Setelah hampir 3 bulan mengharungi pengalaman sebagai bakal ibu, barulah saya mengerti bahawa untuk menjadi seorang ibu bukanlah senang. Satu pengalaman yang sukar tapi sangat bererti kepada makhluk yang bernama perempuan.
Sejak semalam lagi saya mengalami kekejangan perut yang melampau. Mungkin kerana baby sedang mengalami tumbesaran yang berterusan. Tapi sakitnya, Tuhan saja yang tahu. Sehingga membuatkan saya berasa makan salah, duduk salah, tidur pun salah.
Malam tadi hampir jam 4.30 pagi baru saya dapat melelapkan mata. Sedangkan saya dah mula berbaring sejak jam 11.30pm lagi. Macam2 hal bermain di fikiran saya. Dengan keadaan perut yang kurang stabil. Jam 12.30am saya terpaksa bergegas ke tandas kerana melayan kerenah muntah2 yang selalunya saya malas nak layan. Ini semua mungkin kerana saya termakan nasi berantah di kenduri kahwin semalam, dan saya tak sangka kesannya adalah sangat teruk kepada preggie macam saya, sedangkan sebelum ada makhluk dalam perut ni dulu apa saja saya boleh makan - kayu, batu, besi, cermin - namakan saja.
Sehingga ke hari ini perut saya masih kurang stabil.Sakit, memulas2 dan berdenyut2. Dan saya tidak boleh melengahkan waktu makan sama sekali kerana kalau waktu makan dilengahkan PASTI saya tak boleh makan lagi selepas itu. Aduh...sungguh seksa nak jadi mama ni. Kadang2 saya terpaksa usap2 perut saya untuk menenagkan si kecil...apalah yang kamu mahu sayang? Mama tak mengerti....
Macam manapun saya terus berdoa agar kandungan kali ni akan berada dalam keadaan yang baik2 saja. Mungkin kesakitan yang saya alami sekarang membawa erti si kecil ini berada dalam keadaan yang sangat sihat. Saya perlu sentiasa positif!
+*+*~Quote Of The Day~*+*+
Don't wish it were easier, wish you were better.
Jim Rohn, Business Philosopher
December 01, 2008
+*+*~Barulah Saya Mengerti~*+*+
Cerita Rozelia Shariff pada 3:42 PM
Cerita Tentang: pengalaman baru, pregnancy
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komen:
ameen...
;)
Post a Comment