THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


May 29, 2009

+*+*~Less Than 15!!~*+*+

Cepat betul masa berlalu. Cepat sangat. Tau-tau less than 15 days the baby will say hello to the world. Buat masa ni saya tak berapa sihat due to cuaca yang makin panas and kering that caused me suffering bad cough. Sungguh tidak selesa dan sangat susah untuk tidur di waktu malam kerana kena melayan batuk yang bertalu-talu.

And one more thing yang menyebabkan saya kurang selesa is the heart burn. Sekarang ni this heart burn akan menyerang tidak kira masa. Just imagine, tengah syok tido tiba-tiba heart burn attacked! Straight saya bangun, kena terus duduk and buat macam2 to relieve it. Adakah dengan memakan Gaviscon akan melegakan heart burn ini? Tapi solution saya ialah Susu Dutch Lady perasa Cokelat yang saya pastikan stocknya tidak kurang daripada 3 kotak di dalam fridge. Manalah tak batuk....haih...

Dan semalam adalah lebih kesianlah. Dahla saya terkocoh-kocoh bersiap sebab dah lambat for my check-up session. Masa dok kelam kabut tu saya tak perasan my husband's belt dok seronok berlingkaran di atas lantai, ended with saya terpijak directly kat buckle head tu and the hook tembus terus ke tapak kaki saya. Aduh...sangatlah sakit and luckily hook tu tak berkarat. Tapi sakitnya sampai hari ini masih terasa dan menyebabkan saya tidak boleh tidur dengan aman dan selesa malam tadi.

And sometimes I will felt like I'm losing my balance. Macam lawak kan? Through my observation most of the preggers dah start rasa lose balance in 7th-8th months pregnancy. Ni dah 38 minggu baru nak complain. What do you expect from a 5kg-weight-gain pregnant lady? Yes...I admit, so far I only gain 5kgs through out my pregnancy, which make the mid wife start babling to me. Nak buat macam mana, saya makan macam rasaksa juga tapi weight saya tanak naik begitu mendadak. Semalam jumpa my ex-colleague, Zila kat Shah Alam (sempat lagi..), pun dia complain, apesal perut kau tak besar? Yes...my baby bump is not that obvious. Kalau ada orang tanya saya pregnant berapa bulan and I told that I got another 2 weeks, most of them couldn't believe it! Rata-rata sangka saya baru 7 bulan+ pregnant. And met another x-colleague who is now 5 months pregnant and guess what...her 5 months pregnant size almost the same like me who is 9 months+ pregnant! Adakah ini bermakna selepas deliver nanti my chance to get back to my ideal weight is obviously high?? Kalau jawapannya adalah "Ya" maknanya saya akan tersenyum lebar hari ini :).

Rasanya macam nak ikut mu husband ke Melaka this weekend, but we'll see how.

May 26, 2009

+*+*~How It Flies~*+*+

Cepat betul masa berlalu. Sedar tak sedar lagi 16 hari je lagi (approximate) baby akan rest in my bump. Skang ni memanglah dia tengah lasak sangat. Setiap gerakan yang dia buat akan menyebabkan perut saya bergegar dan berombak-ombak. Hmm...baby mama ni dah tak sabar ke nak keluar??

As what I told before, I need to monitor my blood pressure selang sehari sampai hari Khamis ni. Barulah saya tau tentang satu simptom yang menyerang pregnant mummies and biasanya simptom ni akan menyerang bila pregnancy dah mencecah 37 weeks and above. Kalau awal-awal simptom ni dah menyerang, maknanya sangat berbahaya pada mummy and baby. This simptom is called preeclampsia or something related to toxidicity. And kenapa simptom ni boleh menyerang preggers is still a mystery. So, kalau nak tau lebih lanjut tentang simptom ni please refer here.

Hopefully everything will be ok in this 2-3 days. Kalau simptom yang menyerang saya ni nampak macam kritikal I need to be refered to the hospital as soon as possible and the possibility for the baby to be induced is high. It is due to mommy's body is not safe for the baby to hybernate anymore. Kalau boleh saya taknak lah jadi macam tu eventhough I know that the baby is full term now. Kalau dia keluar pun forsure dia boleh survive dengan environment sekeliling ni. But I will miss the tickling and kicking sensation yang dia selalu buat inside of me, so please baby, let mama enjoy this last moment before I see you kicking everything for real outside :).

And for my husband, sekarang ni seems like dia pun tak sabar nak tunggu baby keluar. Everyday dia akan provoke baby to come out as soon as possible. Maybe sebab husband saya bukanlah jenis suka mengada-ngada nak main-main dengan anak through perut bini. That's why he canot wait for the baby to come out so that he can holds the baby, sees the baby's face and talks directly to the baby's ear. I understand that, that's why kalau sekarang ni dia tak layan baby tendang-tendang mama dia and keep on concerntrating on his PSP saya tak heran. Tak pe bang, u layan PSP tu cukup-cukup. Lepas ni u layan lah anak pulak cukup2 ye :)

Coming Sunday most probably my husband and my mom are going to Malacca for some presentation to the customer. Saya rasa macam nak ikut, tapi macam takut lak kalu terjadi apa-apa hal, terberanak kat high way ke...kan ke naya namanya. Need to discuss this with husband dear. Tapi is it still safe for me to travel in my 10-days-more waiting days?

May 23, 2009

+*+*~Please...I Need A Haircut!!~*+*+

I think before I deliver the baby I need to do the haircut first. Risau juga kalau rambut panjang sangat, a week after delivery susah pula saya nak uruskan rambut-rambut saya ni as for sure banyak benda lain lagi yang nak diuruskan.

Tapi, sampai ke hari ni saya tak sempat lagi nak menunaikan niat suci murni saya itu. Padahal, I know that baby will say hello to the world anytime from now. Bilalah saya berkesempatan nak pegi ke saloon ni.

By the way, cerita pasal rambut, last time I really face a hard time with my hair. With my flaky dandruff problem.maybe this sound disgusting but that's the truth...masalah kelimumur kat kepala saya ni sangat-sangatlah kritikal. At one time ada juga terniat kat hati saya nak botakkan saja rambut saya and kikis semua dandruff yang ada kat kepala saya ni. Macam-macam treatment I went through, daripada cara moden (saloon treatment) sampailah ke cara tradisional (resdung treatment), but nothing works! Kalau nak cerita berapa jenis shampoo yang saya cuba, jangan ceritalah. Daripada range Mustika Ratu sampailah ke range Selsun Blue...semuanya tak berkesan pada saya. At the end of the day, I'm not only facing with the dandruff problem, I also got the autumn in my head (macam ayat Iza Pink Stilettos...sori ye, I suka dengan u punya terms tu)

But when I met with this amazing shampoo, my problem is resolved! And my dandruff disappear from day 1 I used it until now!

Herbalife Herbal Aloe Moisturizing Shampoo


Herbalife Herbal Aloe Moisturizing Conditioner

And oh the conditioner. It keeps my hair smooth and no fritz up to a week! I really love this amazing products from Herbalife!

That's why I love Herbalife so much! Kebanyakan produk2nya memang banyak membantu saya mengubah hidup saya. Ni baru masalah kecik, dandruff on my head. But at least it helps me to stop my husband's complain on my hair condition. Banyak kali dia complain "Teruk betul kepala awak ni...banyak sangat alien". But now he has stop complaining and he love to touch and kiss my head every day - attracted to the smell I guess. :)

Tu belum saya cerita tentang inner nutrition yang lagi banyak mengubah kehidupan saya. Contohnya, saya dapat suami yang lebih sihat, hensem, macho dan yang sewaktu dengannya, dan lebih best lagi saya berjaya melalui proses kehamilan saya dengan jayanya dengan bantuan produk inner nutrition Herbalife! Alhamdulillah...thank God sebab ketemukan saya dengan produk yang sangat luar biasa ini!

Actually, tadi saya ada business dinner dengan Herbalife clanz. Will update the story later sebab saya nak transfer gambar dulu. So, see ya!

May 22, 2009

+*+*~False Alarm~*+*+

Makin hampir waktu nak explode ni makin banyak false alarm or false contraction yang saya alami.

Contohnya, siang tadi. Actually saya ada check up session yang bermula jam 8.15am dan selesai pada jam 1.15pm!! Biasalah, pegi check up kat klinik kerajaan, macam tulah ceritanya. So, sepanjang hari baby asyik mengeras je kat dalam perut. Sepanjang waktu check up tu pun macam tu. And hari ni sekali lagi baby telah membuat aksi tendang-mikrofon-kurang-sopan di depan nurse...hihi. So, bila balik dari check up tu, tiba-tiba my lower abdomen sakit ya ampun. But am sure it's a false alarm sebab sakit dia sekali tu jelah, takdelah rasa sakit berulang-ulang.

So, balik daripada check up, makan tengah hari and saya pun merehatkan diri dan tidur buat beberapa minit. Masa ni, lower abdomen saya punyalah sakit, tak tau macam mana nak cakap. Luckily my husband was at home today, so kalu ada apa-apa memang dialah yang kena kejarkan saya pegi hospital immediately. Tapi disebabkan saya masih dengan mood malas nak layan, saya tahan kan sajalah sakit di bawah itu. Sabar jelah dengan false alarm nih.

And one more thing, saya tak taulah kenapa lately BP saya asyik naik saja. Disebabkan reading BP yang kurang memberansangkan waktu check up tadi, saya kena pegi monitor BP selang sehari selama seminggu. According to staff nurse yang check saya tadi, dia kata simptom macam ni memang biasa berlaku pada pregnant mummy. Tapi kalau tak closely monitor takut boleh mengakibatkan sawan and kalau perkara ni berlaku boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi. Oh My God...mintak simpanglah daripada perkara-perkara yang kurang enak ini kan.

So, the solution is...more shakes intake everyday sebab lately memang saya kurang minum shake sebab sibuk makan benda lain. However, nurse juga bising sebab dia kata saya mengalami poor weight gain. Just imagine, along my pregnancy, saya cuma gain total 4.5kg to date. Waa...kalau saya gain sampai 10 kg alamatnya lepas ni memang confirm saya kena join program the biggest loser! Tapi takpe, tinggal about 21 days before I can start on my weight lose and shaping program. I really can't wait!

And also, looking forward for the make over program after delivery. Saya tetap nak anak saya bangga menjadi anak seorang mama yang hot and sophisticated. Skang ni tengah usha make up range dulu...(Herbalife do have the skin care, tapi takde make up range) and after that I will look at the fasion and wardrobe collection. Ye, saya mahu make over. Lepas ada anak saya mesti kelihatan lebih anggun dan sophisticated. Lagipun saya telah menjadi Herbalife Independent distributor skarang so penampilan diri adalah nombor satu because I'm the brand!

May 19, 2009

+*+*~Rambling On 23 Days~*+*+

Saya akan cuba sedaya upaya untuk update blog ni setiap hari sehingga time bom saya explode! I know it will be anytime from now, so I need to be aware. Dan disebabkan from now on lebih banyak kerja dan masa saya akan dimanfaatkan di rumah, so Insya-Allah saya akan cuba update blog ini setiap hari walaupun diisi dengan perkara-perkara yang merapu. Nak tengok saya yang serious version, feel free to drop here.


Lately, saya sangat suka minum soya cincau. Almost everyday saya akan minum minuman itu, tapi saya tak beli yang siap diproses daripada kedai, ataupun soya cincau yang siap dalam packaging. Apa yang saya beli ialah biji kacang soya, rendam selama 6 jam, blend to get the extract dan masak sehingga mendidih and also Cincau. And of course cincau tu dah siap diproses lah sebab saya tak tau macam mana nak buat home made cincau...hihi..:P


So, macam mana saya buat, saya akan tambahkan gula merah, cincau dan soya yang dimasak sendiri itu. Campurkan sedikit ice cube dan rasanya adalah sorga!! Boleh minum 3-4 kali sehari dengan cost yang sangat murah!


Kenapa saya campurkan dengan gula merah? Sebab rasanya lebih sedap dan lebih umph...terima kasih Papa Rich sebab memperkenalkan campuran ini kepada saya dan membuatkan saya sangat addicted!

Macam nilah rupanya lebih kurang soya cincau yang saya minum kat Papa Rich tu

+*+*~Image From Google~*+*+

Haaa...ni lah dia. Sebenarnya saya nak tulis tentang benda lain tadi, tapi dah termelalut ke soya cincau pula. Takpe, I'll write again later. Skang ni saya kena pegi rest dulu sebab baby dah kicking dengan begitu hebat sekali sampai berombak-ombak perut saya dibuatnya.

See ya!

May 18, 2009

+*+*~24 Days To Go!!~*+*+

Pejam-celik-pejam-celik....kalau ikut tickers another 24 days the baby will say hello to the world, while mama still tidak duduk diam2 di rumah dan masih sibuk entertaining customer and attending event itu dan ini.

Last Sunday was so fantastic! As our monthly schedule, I was having monthly supervisor training by Herbalife and this time the guest speakers were George Knight, Senior Executive Presidents Team from Australia and Alexandra Deneux, 15K Presidents Team from Spain. Actually, they're married and both of them met in Herbalife! How Herbalife really gave a life to them!

Saya sangat teruja dengan leadership mereka. Both of them have different organization and they have to lead their own organization, on their own way...but leading their family with their combine way. I don't know, lately I'm so into leadership thing and what not...and this all started with John Maxwell books which really inspired me!

And hope that my baby won't be that stressed out as mama will read about leadership to the baby almost every night! Yeah...that is my dream..I want my baby to be a great leader one day and I believe I have to start the process now. Just as what happened to our Prophet, he was taught the leadership skill since he was a child! So, I have a responsiblity to equip my baby about leadership skills since "baby". Then, my life will be PERFECT!

For baby prepartion, I think for the time being everything is ready. Play pen for baby is ready with bedding sets and mosquito nets, bath tub baby pun dah siap, toiletteries pun dah beli, baju-baju dah lama siap dah. Just that 1 thing je yang tak siap lagi that is Mama's confinement set. Decided to buy Ammy 60-days from Sendayu Tinggi sebab masa survey hari tu saya tengok set dia macam complete je. But I will buy the confinement set only without bengkung/corset sebab atuk sedara saya telah menjahitkan bengkung tersebut untuk saya. Tomorrow my mother will take the bengkung from her and also she prepared the Kuih Talam Gula Merah for me!! Yeay!!

Haa...cerita pasal makan2 ni, I think most of the foods yang saya craving sangat that day dah selamat di proses dalam perut saya. Cuma ada tambahan pula dalam list that is "Nasi Goreng Seafood kat Kiwi's Express". Am not sure ada ke Kiwi Express ni kat area KL, so far yang saya tahu cafe ni ada kat Shah Alam saja. Will figure out later.

This coming Friday we'll going to have another Business Celebration Dinner and this time it will be held in Bora Ombak Cafe And Restaurant, Ampang. Haha...ni lah dia, attend event selagi boleh, dah berat macam ni pun I won't miss this celebration dinner! Will update about the event later...this time with pictures...promise!

Ok, need to take a rest. By the way, I've created another blog, and this will be more serious one as I will write more about leadership thingy and leadership process and what not. I need the oppoinions so feel free to drop by and leave your comment at Life On Soccerfield. See ya!

May 15, 2009

+*+*~Menghitung Hari~*+*+

Finally, I've been in my 36th weeks, which means a few days to go before the baby pops out. Kalau ikut ticker, another 27 days to go...huh..seram lak rasanya.

Well, eventhough on my 36th weeks, saya masih tidak duduk diam-diam di rumah. Masih berjalan-jalan di sekitar KL dan berjumpa dengan orang-orang di sekeliling and mempromosikan program turun berat badan secara selamat. Masih sibuk membuat body analysis untuk orang-orang yang berminat untuk mengetahui tahap kesihatan mereka. Masih sibuk membuat presentation untuk membantu orang lain memperbaiki tahap kesihatan dan bagi sesiapa yang mahu mendapatkan part ytime income. Masih lagi sibuk entertain customer kalau mereka ada masalah dengan pemakanan mereka. Pendek kata, saya masi bekerja sehingga ke saat terakhir...sama macam hari closing every month lah..kerja sampai saat yang terakhir.

Akibatnya...waa..penat pulak rasanya. Ni pun mata dah rasa berat semacam, tapi ku gagahkan juga diri sebab masih ada kerja yang belum selesai lagi. Semalam saya berkesempatan menonton filen "The Pursuit of Happiness", full version. Thanks to my dear husband sebab dengan gigihnya mencari DVD cerita tu untuk isteri comelnya. So, bila nak beli slumpdog millionaire pulak? +*+*~Haha...lari tajuk~*+*+

Apa yang saya nak share di sini, saya sangat teruja dengan cara Chris Gardner (lakonan Will Smith) melakukan penjimatan masa just to make sure he work effectively in 9 hours time. Contohnya, bila buat cold call to customers, kalau colleague dia yang lain setiap kali lepas call customer diorang akan letak gagang telefon kat tempat dia before buat next call. Tapi Chris tak buat macam tu, sebaliknya dia just tekan je hang button tu. Lepas tu, dia tak minum air banyak-banayk sebab boleh jimat masa untuk ke toilet (notes: ni tabiat yang kurang baik ye murid-murid). Tapi dengan cara ni, dia dapat settlekan kerja dengan effectivenya dalam masa 9 jam saja.

So, sekarang ni dengan keupayaan yang ada saya tetap bekerja, but work smart rather than work hard. Dah katanya menghitung hari....

May 13, 2009

+*+*~29 Days To Go...~*+*+

How time really flies...I have another 29 days to go (plus minus) before the baby says hye to the world. Soalan yang selalu saya tanyakan pada suami saya sekarang.."Sudahkah kamu bersedia untuk menerima kehadiran orang ketiga antara kita?". Ya...dan kehadiran orang ketiga ini bukanlah untuk jangkamasa yang temporary sebaliknya permanent. :)

Hari ni saya ada check up kat klinik as now on I have to go through weekly basis checkup and I have to meet the doctor everytime during the checkup. Saya buat check up kat klinik kesihatan kerajaan sahaja, klinik desa to be specific, so normally saya hanya di periksa oleh bidan saja. Tapi memandangkan my pregnancy dah masuk bulan ke-9, maka doktor perlu memastikan keadaan kesihatan saya memuaskan sebelum delivery day. So far, menurut kata doktor everything is excellent. Kaki saya pun takde urat yang tersimpul and my HB has increase to 15! Terkejut doktor sebab menurut doktor its very difficult for pregnant lady to get HB reading like this. Again, thanks to good nutrition from Herbalife. And also menurut staff nurse yang check perut saya tadi, baby pun dah on "on you mark" position. Kepala dia dah locking di bawah sana and menantikan hari untuk keluar saja...alhamdulillah.

However, for me now, dah mula terasa berat. Rasa macam nak baring je sebab bila duduk dan berdiri adalah sangat tidak selesa apatah lagi berjalan. Terasa sangat sakit di "bawah" sana. Tapi I know that I still need to walk a lot to ease the delivery process later. Takpelah, tahan sikit sakit...yang penting senang kemudian hari.

I also love to blog hop into first-time mommy-to-be blog or any other pregnant ladies blog. Seronok tengok they all sangat excited menantikan kehadiran orang baru, but for me, tak taulah. Tak dapat nak rasakan/expresskan ke-excited-an saya. Maybe sebab sepatutnya ini adalah anak keempat saya...mungkin sebab phobia dengan losses sebelum ni..or I just don't know. Apa yang saya tau, selepas bulan 6 ini tanggungjawab saya akan menjadi lebih besar lagi sebab ada 2 orang yang perlu saya persiapkan untuk menjadi leader..of course my husband and my baby. Sekiranya impian saya ini tak terlaksana, how could I say that my life is complete with the arrival of my baby. Hidup saya takkan sempurna selagi mereka tidak menjadi "somebody" kepada masyarakat saya.

Enough bebel. Today I just need a little bit of rest. Will write more later.

May 11, 2009

+*+*~Tukar Plan Lagi~*+*+

As usual, planning is essential especially when it was the beginning of the year. At least you know what you want to achieve along the year, right? As for me, I've done my 4-quarters planning and most of them ended with holiday vacation for me...as a token for my hard work. However...along the way it seems like I have to make slightly changes to the plan.

1st quarter - I wish that I can go to Singapore for a holiday. Actually, saje gatal kaki dan tangan nak menjenguk abang ipar saya yang bekerja di sana. Tapi, setelah ditimbang tara keadaan saya yang kurang mengizinkan so saya terpaksa membatalkan niat murni saya itu.

2nd quarter - Oo...2nd quarter adalah menantikan kehadiran baby kami yang pertama. Yang ni memang tak boleh ubahlah sebab saya memang sedang menunggu hari saja sekarang ini. To date pun saya ada 31 hari saja lagi before the baby pop out (according to the tickers lah). However, during this period my husband will be going for the training a.k.a holiday to South Korea. We're having Herbalife Asia Pacific Extravaganza event a week after I deliver the baby. So, takpelah, tak dapat pegi holiday dapat hantar husband saya pegi event pun dah cukup buat hati saya puas!

3rd quarter - how I wish that I can go to Langkawi for a short holiday. Cadang-cadangnya nak pergi bertiga saja..(akhem, by that time kami kan dah bertiga). However, I think that I need to change again this plan as we're going to have Herbalife Asia Pacific World Team School in Taipei, Taiwan. And this time baby adalah sangat bertuah sebab saya akan bawa dia sekali ke sana. So, after deliver and after confinement, I have a big job to be done that is upgrading my downline to World Team. Tak maulah pegi ke sana bertiga saja...saya nak bawa yang lain-lain ke sana juga. And, I think boleh kot sambil menyelam minum air....boleh la jenguk2 sikit negara orang..(hope that by that time H1N1 influenza dah terkawallah).

4th quarter - I wish to go to Spain in this quarter. After a hard work along the year, I think I deserve a great holiday, right? However, sekali lagi seems like I have to postphone this holiday as Herbalife organizing a Future President's Team Retreat in Sydney, Australia. From what they told us, the retreat will be held in one of the 5-star hotel in one of the Island in Sydney, Australia. I really want to go to this retreat as I wish to be the millionaire team by end of this year. So, hard work after world team school, and join the retreat at the end of the year (with the husband and baby)...its cool right??

And there's another thing that I want to achieve...a cruise holiday by Herbalife. Tak salah saya qualification until September 2009, so more hard work to do! Am not sure when will the cruise holiday, tapi of courselah selepas saya deliver and confinement period. But a 3day-4nights holiday on cruise from Port Klang,Malaysia to Phuket, Thailand is cool right? And the best thing is it is fully paid by Herbalife! I can't resist this.

Wah...nampak gaya untung lah baby saya. Kecik-kecik lagi dah boleh pergi berjalan merata-rata. Saya tak berpeluang nak dapat lifestyle macam ni masa kecik dulu, that's why I need to change everything. And I will bring my parents together...if God wills! :) So, harder work needed and I believe that I can achieve my dreams!

+*+*~When....~*+*+

There's a time when I feel like everything around me seems so dull,
No motivation, no excitement, no extra-ordinary feeling..
Everything is just the same...
I believe it's time for me to change...

May 03, 2009

+*+*~Di Mana Dia..Bihun Goreng Saya..lalala~*+*+

Towards the end of pregnancy ni selera saya menjadi bertambah "buruk". Bukannya buruk sebab saya tak lalu makan, tapi, sekarang ni tekak saya dah pandai teringin nak makan itu dan ini.

Macam 2 minggu lepas, masa tengom TV tetiba ternampak iklan chipsmore...straight called hubby minta tolong beli biskut chipsmore hazelnut. Siap bagitau dia, kalau tak dapat beli yang besar dapat yang kecik je pun jadilah, end up with saya belasah sebungkus biskut chipsmore hazelnut tu dalam masa tak sampai 15 minit. Terkejut suami saya bila melihat kelakuan saya itu.

Sekarang ni saya dah buat few list apa benda yang saya teringin nak makan. Agak pelik kan sebab during early pregnancy sampai middle of trimester 3 hari tu takde pun tekak saya ni pandai nak teringin-teringin ni. Sekarang ni pulak pandai dia buat cerita.

So..here goes the list:-
1. Kuih kacang tumbuk - yang bulat2 and lembut tu. Once get into your mouth it will melt away. - Got it, tadi beli kat 7-eleven Berjaya Times Square setelah memburu di beberapa kedai and pump station selama beberapa hari.
2. Kuih talam gula merah - dok pujuk my mother minta tolong my atuk sedara to prepare this for me.
3. Mee hailam kat kedai sate kajang - actually dulu masa kecik-kecik my father selalu bawa my family makan kat kedai tu. Skang ni anak saya pula yang teringin nak makan...haha..dan-dan politik anak.

See..tak delah benda yang merepek-repek pun kan. That's why I told my husband, luckily I just craving for Kajang's Mee Hailam...kalau tetiba saya teringin nak makan mee hailam Uganda, macam mana agaknya ye?? Macamlah kat Uganda tu ada mee hailam..hihi..

And now...am waiting for my husband to come back with bihun goreng basah...cepatlah balik..orang dalam perut ni dah menumbuk-numbuk sakan dah sebab nakkan bihun goreng tu. See..siapa yang bersalah atas selera yang semakin buruk ini? Mama nya kah atau anak nya kah?

May 01, 2009

+*+*~Sudah Berat...~*+*+

Pejam-celik-pejam-celik pregnancy saya dah masuk 34 minggu dah. Cepat sungguh masa berlalu dan alhamdulillah saya berjaya menempuh minggu-minggu yang penuh mencabar dengan jayanya.

However, bila dah masuk minggu ke-34 saya dapat merasakan perubahan yang sangat-sangat ketara. 1) Saya mula rajin sakit-sakit kepala and sakit badan macam awal pregnancy dulu. 2) Saya rasa makin berat, nak jalan pun tak boleh laju-laju (as today lah...sebelum ni ok je).

Berat-berat pun, malam tadi lepas jugaklah pegi Jusco Cheras Selatan and melayan hubby menonton cerita X-Men. Cerita yang fantastic and superb...mungkin sebab saya memang peminat-kipas-susah-mati cerita X-Men. Lepas tu pagi ni saya bangun awal sebab nak ikut hubby pegi Pavillion. Actually my husband ada meeting kat sana, so saya bercadang nak ikut sebab nak buat walk-n-talk activity and kalau larat nak pegi bagi flyers. But end up saya telah melepak kat The Times and saya rasa heaven sangat sebab dah lama tak melepak kat kedai buku...(patutlah kesengalan melanda 2-3 menjak kebelakangan ni).

Balik dari Pavillion makan nasik kat rumah. Lepas makan rasa macam...Ya Allah...beratnya aku...nak naik tangga pun bukan main mengah lagi. Simptom biasa ke bila dah masuk bulan ke-8 ni ye??

Oklah...need to do more activity or else saya rasa tidak selesa dengan keberatan yang melampau ni. Yuk kita pegi sidai baju yuk... :)