THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


Showing posts with label ujian. Show all posts
Showing posts with label ujian. Show all posts

April 10, 2009

+*+*~Stay Calm & Keep Your Focus~*+*+

Pernah tak dengar kata2 yang berbunyi "Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah". Memang betullah...dalam pendakian menuju ke puncak, memang banyak dugaan, memang banyak rintangan. Ada masa saya rasa saya sangat kuat, tapi ada masa saya rasa macam semangat saya merudum menyembah bumi. Tapi, saya tau saya tak boleh berterusan begini. Kalau tiada dugaan, kalau sedikit rintangan itu bukan jalan menuju kejayaan namanya. Semakin hampir kita pada kejayaan, makin hebat dugaan yang datang, makin sempit jalan yang dilalui. TAPI, kalau kita mampu melalui segalanya dengan jayanya...itulah KEJAYAAN yang wajar kita kecapi.

Sheesh....saya mesti terus kuat menghadapi segala dugaan ini. Kalau ada orang yang tak suka, kita salam tangan dia dan ucapkan "Terima Kasih, awak telah berjaya membakar semangat saya". Kalau ada orang yang kondem, salam juga tangannya dan ucapkan "Terima Kasih, kita jumpa di puncak kejayaan". Kalau orang kata apa yang kita buat ni sia-sia dan buang masa, salam tangannya dan ucapkan "It's never too late bebeh". Arghhh...apalah yang saya merepek ni???

Haihh...maybe a day or two vacation will refresh my soul again.... :)

March 20, 2009

+*+*~It's Gonna Be A Big Day For Me!!~*+*+

It's been quite sometime since my last update. Sangat sibuk minggu ini. Alhamdulillah, business saya mula menampakkan progress jadi saya tiada alasan untuk duduk diam lagi.

Since Monday saya terlalu sibuk menyelesaikan perkara-perkara berbangkit. Macam mana pun, I would like to congratulate my colleague, Lisa and Ahmad for completing their supervisorship this month. Hope that we can grow the business wider and wider in future. And to Wardah too as she managed to get into HBL University program. Believe me, this program worth a thousand words to you.

Hari Rabu, naik turun ke Kuala Kubu pula sebab nak open business opportunity to my friend Richard & Farhana. They already got into business just that they're trying to get the product result first. Just imagine, on last Wednesday, we have to split Jeffrey & Conney as I'm closing the business in KKB while my mother closing the business in KL. And the result is....

AM GOING TO DO THE PRESENTATION TOMORROW (SATURDAY) IN TAIPING IN FRONT OF THE VIPs!!

Actually it was my dream to do such thing, get involve in an international business, big & serious business and presenting the company in front of the VIPs. And...few steps before my dreams come true and this coming Saturday is my "examination" day! Am so excited and so nervous too! So, tadi dengan segera saya bergegas ke Jusco untuk membeli sepasang baju baru untuk dipakai esok sewaktu presentation.

I'll update the result after I came back from Taiping. Now, I need to do few homeworks on the presentation and what not.

Wish me luck!

February 19, 2009

+*+*~Claps For The Baby~*+*+

Finally...sang baby telah berjaya sampai ke minggu ke-24!! Big hands for the baby!! +*+*~Clap!Clap!~*+*+

Mungkin bagi ibu mengandung yang lain, mesti excited dengan perkembangan bayi yang sangat positif, dan mungkin juga normal bagi ibu-ibu mengandung kali pertama. Tetapi bagi seorang perempuan yang baru berjaya setelah 4 kali percubaan, perkara ini benar-benar membuatkan saya gembira!! Bayangkan, secara idealnya, ini adalah anak keempat saya. Tetapi dialah yang telah mewarnai hidup saya dan suami saya setelah setahun hidup kami mengalami kesuraman akibat 3 peristiwa keguguran berturut-turut.

Walau bagaimanapun, saya redha dengan keguguran yang lepas-lepas. Saya yakin dan percaya memang banyak hikmah atas peristiwa yang telah berlaku. Dan saya lebih menghargai nyawa yang sedang membesar dalam perut saya sekarang. Dan saya lebih banyak belajar dan memahami tanggung jawab saya sebagai ibu dan PASTI saya akan berbuat yang terbaik untuk bayi saya.

So far, baby is doing well...so well. Setiap hari pasti ada tendangan-tendangan mesra daripadanya yang cuba memberitahu "Mama, baby sentiasa ada dengan mama, no matter what, walaupun baba selalu sibuk dan tak dapat teman mama". Dan sekarang tendangannya lebih slow & steady, tidak sekasar seperti mula-mula dia menyedari dia berupaya untuk menendang. Cuma hari ini saya berasa sedikit sakit pada pinggang dan perut saya, seperti tegang. Bila saya beritahu emak saya tentang perkara ini, katanya itu tandanya baby berada di tempat yang tegang itu.

Dan...perut saya telah mula mengumpul "stretch mark". Tempoh hari, saya lihat stretch mark tersebut kecil-kecil sahaja, tetapi hari ini stretch mark itu semakin besar dan bertambah. Saya adalah sangat malas hendak menyapu apa-apa losyen stretch mark pada perut saya...nantilah mungkin hari Sabtu ini saya dapat outing,so ada chancelah saya pergi membeli cream untuk stretch mark ini. Tetapi bagaimanapun, tak salah saya, saya boleh menggunakan Herbalife Countouring Cream untuk mengurangkan stretch mark saya. Jadi, bolehlah saya membuat penjimatan untuk skin care product, beli skin care daripada Herbalife saya boleh dapat diskaun dan volume points untuk mendapat duit. Kalau saya beli skin care daripada farmasi, dahlah tak dapat diskaun, malah saya tak dapat apa-apa pun melainkan produk itu sahaja. Buy one u get one meh!! Ngeehee...

Setakat ini sahaja update saya untuk hari ini. Saya perlu menyelesaikan 2-3 perkara sebelum hari esok. Saya perlu bekerja keras sekarang untuk mengumpul duit untuk membeli barang-barang keperluan bakal bayi saya dan juga untuk menghantar suami saya ke Korea. Ye, saya mesti menjadi seorang isteri dan ibu yang kuat dan tabah seperti Siti Khadijah, barulah saya mampu menyediakan dan memberikan yang terbaik untuk keluarga saya.

October 15, 2008

+*+*~Lepas 1-1~*+*+

Lama dah tak update blog ni. Actually, daripada last week banyak sangat hal yang berlaku. Hal2 yang di luar kawalan dan jangkaan. Apa yang aku boleh buat +*+*~SABAR~*+*+

Khamis - aku tak pegi ofis. Migrane, sakit perut, badan rasa tak larat. So, rehat cukup2 kat rumah.

Jumaat - sang suami pegi opis sorang2 sebab dia tak sampai hati tengok keadaan aku yang tak berapa nak ok tu. Then, dia call...ada berita buruk katanya. Ofis kami kena ROMPAK!! Setan betullah sape punya keje ni. Memangla tak banyak sangat barang yang diorang angkut +*+*~ sebijik SONY video cam & sebijik laptop ~*+*+. Tapi ralat jugakla...nak beli semua tu kena pakai duit. Kalu free turun dari langit takde la aku ralat sangat kan.


Yang peliknya, boleh tak dua bijik mangga SOLEX kami guna untuk mangga grill ofis kami tewas di tangan mereka. Tapi bukan dia potong mangga tu, dia potong holder mangga tu. Memang KUAT lah sape punya keje ni. Dah tu, habis semua benda yang bernama ALMARI dia selongkar, mungkin dengan harapan dapat jumpa cash moneylah. Hello...duit tempat simpannya kat bank, bukan kat opis cik oiii.. Nak duit kalu, pegila rompak bank..apadaa...

Sabtu - ada appoinment pagi ni. Presentation daripada supplier. Masa dok tengok presentation 1st session boleh tak speck aku still ok lagi, means masih boleh digunakan. Nak masuk second session, break kejap, aku masukkan speck tu kat dalam beg, directly, tak masuk dalam case dulu. Bila aku amik balik sebab nak pakai masa 2nd session, boleh tak SPECK TU DAH PATAH!! Huaaaa!! Itu bermakna duit kena keluar lagilah!! Dahla tengah kritikal ni...chistt!!

Jadi rentetan daripada 2 kisah kat atas tu, solution yang aku dah buat is

1. Skang ni dah tak pakai SOLEX lagi buat mangga grill, tapi kami telah menggunakan benda ni.


Ye, kami guna kunci beskal!! Hari tu pegi rumah kawan aku, tengok selamba dek je dia guna kunci beskal ni buat kunci pagar rumah. Dia kata lagi save sebab penyamun susah nak potong. Betul ke tak tu aku tak jamin lah sebab kalu nak prove kebenarannya kena tunggu sesi ROMPAK kali kedua lah.

2. Kenalah aku pegi buat speck baru. Semalam dah pegi buat dah, hari ni baru siap. jap lagi lepas husband aku dah abis meeting baru nak pegi amik. Terbang jugaklah RM285.00. Tu yang paling murah aku dapat tu. Waaa...high maintenance tau orang rabun ni.

Lupa lak nak citer pasal kes rompak tu. Aku ingat opus kami je yang kena, rupanya opis kat tingkat bawah ni pun kena. Lagilah dasyat sebab aku tengok tahap security diorang boleh tahan power jugak, siap pakai pintu yang ada number pad tu, pastu pasang roller shutter lagi. Roller shutter kena potong, pintu kaca tu kena terajang sampai terbuka.

Kepada sesapa yang terlibat dalam kisah ROMPAK ni, aku doakan korang kaya cepatlah. Ko ingat best sangat ke keje ROMPAK-MEROMPAK ni. Kalau korang dah kaya mest korang kurang sikit aktiviti2 ni kan. Lagi baik korang duduk rumah main dengan anak atau bermain catur dengan jiran sebelah.

August 26, 2008

+*+*~Tak Paham Laaa~*+*+

I'm not sure whether I should blog about this or not. Tapi sebagai pengajaran, I think I SHOULD write about it.

Aku tak paham kenapa manusia khasnya ORANG MELAYU & BERAGAMA ISLAM adalah sangat dengki dengan kejayaan & kemajuan orang yang sebangsa & seagama dengan dia. Bila dah nampak kejayaan tu, bukannya nak sama2 usahakan agar perkara tu berjaya, tapi kalau boleh dia nak susahkan orang tu sampai jahanam lah senang cerita. Lagi aku pelik sebab orang yang bersifat seperti ini adalah seorang yang sangat kaya, berkedudukan dalam politik & sepatutnya menjadi sandaran kepada rakyat jelata.

1 benda jelah aku nak remind, kecil2 cili padi, orang tamak selalu rugi. Kalau kau rasa kau berjaya sebab kau kaya memang kau silap besar. ALLAH tu MAHA KAYA, kalau kau rasa kau dah cukup kaya, ada yang lebih kaya daripada kau. ALLAH tu jauh lebih kaya daripada kau, tapi dia tak pernah zalim pada makhluknya. Kau tunggu jelah....

August 05, 2008

+*+*~Promise!~*+*+

I think I've done this for several time. But untuk menguatkan lagi janji aku kat diri aku sendiri I have to write this +*+*~as a reminder for me that I've made this promise to myself!~*+*+

1. Mulai hari ini aku takkan sedih2 lagi. Aku taknak mood aku terus swinging +*+*~eventho I have to blame the PMS sometimes~*+*+

2. Mulai hari ini aku takkan regret dengan apa yang dah terjadi. Let by gone be by gone. Hidup kena terus. Apa yang dah berlaku semuanya sebagai pelajaran untuk aku teruskan hidup di masa hadapan.

3. Mulai hari ini I want to stop competing with other people. Semalam aku terbaca dalam buku en.Covey yang buat aku terpana. Kalau kita abadikan diri kita untuk keep competing sampai satu tahap kita akan jadi stagnant and comfort dengan apa yang kita ada. Padahal kalau ikutkan prinsip we should live to serve. So, kalau kita sedar yang kita ni adalah servant kita tidak akan stagnant but keep on to improvise ourselves. And that is me, THE SERVANT.

4. Aku akan lebih fokus dengan apa yang aku tengah usahakan sekarang and be strong to face it all. Aku takkan mengalah and don't let anything to broke me off. +*+*~Eventho sometimes I DO broke into tears~*+*+. I believe that nothing can't be solved and there are always rooms for me to improve and to learn.

Just to refresh myself and keep alive! :)

July 30, 2008

+*+*~Sentap...~*+*+

Aku rasa dalam banyak2 hari yang aku dah lalui, hari ni agak rumit & menyentapkan jiwa.

Cerita dia macam ni...

Dalam 2-3 minggu ni am keep on chasing one of the supplier for packaging. Mulanya supplier tu macam buat dek je...maklumla company kitorang ni kan masih kecik, so of course la financial tak berapa nak stable lagi.So, of coz la macam malas nak layan kan... Tapi aku keep on push gak dia untuk keluarkan quotation and what not sebab top management dah bising. So, semalam supplier tu cari kan jugaklah untuk aku and hari ni pagi2 dia bagitau ada tempat boleh buat apa yang aku nak tu..and the result is...

Printing block = RM 5,400 each +*+*~and I need 5 blocks for the products~*+*+

Minimum order quantity = 30,000 every month for every design +*+*~which is market share aku takleh lagi nak cover banyak ni & also I have 5 products to go~*+*+

Plastic cost = 50% upon P.O +*+*~bila aku kira cost about RM 48,000~*+*+

Total Cost (Printing + Plastic) = RM 123,000 +*+*~rasa mcm nak menangis tengok figure ni~*+*+

Gilakah??
Manalah aku nak cekau duit banyak tu dalam saat2 genting macam ni?

Oh God, please gimme strength to carry on....

+*+*~sigh....~*+*+

July 22, 2008

+*+*~Boleh tak kalau....~*+*+

Aku rasa aku nak ubah style menulis kat blog ni. Kalau selama ni aku asyik cerita aktiviti seharian yang sama je hari-hari, aku nak tukar.

After this no more same lame daily activities.

Tadi aku keluar pagi-pagi buta dari rumah, singgah rumah mak aku jap, angkut barang-barang and harta pusaka yang penting2 pas tu lepak sembang2 dgn my mother. See...boring kan aktiviti aku. But after that aku telah membuat aktiviti lawatan ke serata Kajang dengan tujuan nak survey harga barang kat hypermarkets yang ada kat Kajang tu.

Tujuan utama - nak cari Chedar Cheese yang paling murah.

Outcome dia:-

Kat GIANT
1. Beqa - RM 17.49
2. Cowhead - RM 15.99
3. Kraft - RM 18.99
4. Chesdale - RM 17.49

Kat TESCO
1. Kraft - RM 18.99
2. Chesdale - RM 15.75

Kat ECONSAVE
1. Chesdale - RM 16.80

** semua price ni untuk 24 pcs in pack **

Kenapa aku buat macam ni?

1. Sebab aku nak cari cheese yang paling murah.
2. Sebab aku nak belajar macam mana nak letak harga kat customer. Adakah harga ni bergantung kepada order quantity or what?

Seems like panjang lagi route yang aku nak lalu ni also banyak lagi benda yang aku nak kena belajar. Previously, aku tak alert sangat pasal harga barang2 ni sebab parents aku tak pernah ajar aku pasal price comparison ni. Kalau ada pun aku main agak-agak je kat mana price yang murah. So, I need to change and start with such activities. Ye, my background is engineering, so theoretically pasal engineering senang la aku nak faham. Kalau cerita pasal ekonomi ke, accountancy ke memang la aku fail sangat. Kalau setakat nak cerita pasal costing..mungkin takde masalah besarlah sebab masa kat company lama aku pernah handle cerita2 costing ni. Tapi, tang financial management ni yang aku fail sikit. So, nak tak nak, sebab dah terjun dalam bisnes ni, semua benda ni nak kena dipersiapkan lah. Takkan aku nak terima financial report macam tu je daripada my accountant tanpa aku tau apa benda isi kat dalamnya. Kalau dia tipu, cam ne?

Hmmm...memang susah nak berjaya ni kan... Tapi aku takleh fed-up. Aku kena kuat harungi semua cabaran ni.

Chaiyok!!


July 21, 2008

+*+*~Please...sigh~*+*+

Macam ni lah rasa kalau keje sendiri...

Kalau cerita tang FREEDOM, memang best...
Office hour ikut suka kita, nak pakai apa pun ikut suka jugak...yang penting keje beres...

Tapi, bila citer pasal funding mula la pening...
Huwaaa...MAHA dah dekat, tapi budget tak cukup..
Nak minta bantuan daripada kerajaan, company tak cukup umur...

Kat manalah aku nak gali ni...
Rasa menyesal lak muda-muda dulu tanak cari sugar daddy +*+*~lalala~*+*+

Apa boleh buat..skang ni kenalah doa banyak-banyak...
Hopefully by this week semua tu boleh kasi settle...

Sebabnya, lepas bulan 8 ni, makin banyak keje nak kena settle....