THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


October 30, 2008

+*+*~Mengidam~*+*+

Biasakan dengar orang sebut2 pasal mengidam? Specifically, kalau kita dengar pasal mengidam je mesti terbayang keadaan orang yang teringin kepada sesuatu jenis makanan. DAN bila kita sebut pasal mengidam je mesti terbayang kat kepala kita orang mengandung yang mempunyai keinginan mahu makan itu-dan-ini.

Adakah mengidam itu berlaku pada orang mengandung saja? Aku pernah terbaca dalam Female Magazine tentang mengidam or craving. Menurut kajian, kalau kita mengidam or craving something it means that our body want to tell us something. Contohnya, kalau tetiba kita teringin nak makan cokelat, that's mean badan kita perlukan protein ataupun kalau kita mengidam nak makan sesuatu yang masin, means that badan kita perlukan iron, macam tulah lebih kurang.

That's why orang mengandung memang macam2 dia mengidam. Tapi lagi best, bila mengidam itu-dan-ini and orang yang sepatutnya bertanggungjawab dalam ini gambar tanak penuhi permintaan dia, terus dia cakap "Kesian anak dalam perut ni nak makan". Ada juga supersticious believe yang mengatakan kalau ibu mengandung ni tak dipenuhi keinginannya, especially bab makanan, lahir nanti anak tu mesti air liur dia meleleh. Atau datang pula kejadian2 pelik pada ibu mengandung ini seperti mengidam nak makan daging rusa dara +*+*~how comelah orang tau rusa tu dara atau tidak~*+*+, pastu mengidam nak makan daging landak yang takde duri +*+*~ada ke landak yang takde duri?~*+*+ dan lain2 lagi. Tu baru cerita benda yang boleh dimakan tapi susah nak dapat. Ada kes yang lagi teruk such as nak makan minyak cap kapak lah, nak makan selipar jepun masak lemak cili api lah, nak makan rim kereta size 32" lah.

Pelik...pelik...

Aku terpikir gakkan, apesal orang mengandung ni asyik mengidam tang makanan je ye? Maybe related lah dengan kajian yang diorang buat tu. Tapi ada tak orang mengandung yang mengidam benda2 lain? Contohnya:

" Saya mengidamlah nak jam Rolex 32 biji, nak sambung2 buat tali pinggang, anak dalam perut ni nak rasa pakai jam tu"

atau

"Saya mengidamlah nak rumah banglo kat golf club, siap dengan swimming pool, furnitures, orang gaji. Pas tu saya mengidam jugak nak kereta Rolce Royce...kalau tak pun paling cikai BMW 7-series. Anak kat dalam perut ni nak"

atau

"Saya mengidamlah nak pegi shopping kat London, tapi saya nak pegi esok. Lusa saya nak pegi Sydney pulak. Tulat saya nak pegi Hong Kong. Anak dalam perut ni nak ajak saya pegi jalan2"

Ada tak? Ada tak orang yang mengidam macam tu?

+*+*~It's All About Love~*+*+

Ayat-Ayat Cinta - Rossa

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

reff:
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

repeat reff

Ketika ku bersujud


*********************************************************************************************************
Actually dah lama aku nak menulis something about LOVE. I think everybody need love in their life. Bila diri terasa tak disayangi, rasa macam terhuyung-hayang, hilang arah panduan hidup.

TAPI, what is the real meaning of love? Adakah cinta & sayang itu hanyalah luahan perasaan atau sesuatu yang ditunjukkan melalui body language? Atau adakah cinta itu melalui material??

Aku sangat kagum dengan kisah cinta Khadijah & Muhammad, cinta yang tak mengenal usia. Jadi, apakah tarikan sebenar dalam cinta mereka? Ataupun kisah cinta Fatimah & Ali. Kisah cinta yang begitu hebat. Jadi apakah makna sebuah CINTA?

Cinta adalah satu pengorbanan. Cinta bukan perasaan. Cinta bukan sentuhan lahiriah. Malah cinta juga bukan material. TETAPI, kesanggupan untuk berkorban untuk sesuatu atau sesorang, itulah CINTA. Kesanggupan untuk berkorban untuk suami & anak-anak, itulah cinta. Kesanggupan untuk berkorban untuk agama, itulah cinta.

Dan Rasulullah pernah bersabda, di akhir zaman ini umat Islam akan menjadi semakin lemah sehingga musuh2 mereka akan mengerumuni mereka seolah2 mereka ini hidangan ketika mereka lapar. Dan sahabat baginda bertanya, mengapakah terjadi begitu wahai Rasulullah. Dan Rasulullah menjawab, ini adalah kerana Allah telah mencabut iman mereka dan mencampakkan WAHN ke dalam hati mereka. Lalu sahabat bertanya, apakah itu WAHN wahai Rasulullah. Jawab baginda, CINTA kepada dunia & takut kepada kematian.

Dan kebenaran kata2 Rasulullah itu jelas tergambar pada zaman sekarang. Manusia zaman ini sangat CINTAkan dunia. Sangat CINTAkan kehidupan. Apa saja sanggup dikorbankan untuk KEHIDUPAN. Tetapi apabila diseru ke jalan akhirat, semuanya gentar. Semuanya kecut. Kalau adapun, hanya berani separuh jalan. Sampai di tengah jalan, habis semua lari bertempiaran. Begitu lemah IMAN umat sekarang.

Aku membebel lagi sedangkan adakah sesiapa yang mendengar?

+*+*~Rapu-rapan~*+*+

Terasa sangat best merapu di pagi hari. At least bagi ketenangan jiwa dan fikiran sikit...ngeh...ngeh.

Semalam dengan jayanya aku pegi ke MARA utk dengar taklimat tentang pinjaman perniagaan MARA. Yang paling syok sekali bila dapat tau untuk pinjaman RM50k ke bawah tak perlu penjamin & cagaran. So, MARA ni memang nak tolong. Also, untuk pinjaman sebanyak tu tak perlu apa2 business plan, just that borang dia jelah yang perlu disubmit. Nampak macam mudah, tapi kalau nak tau mudah ke tak kena try apply dulu lah kan.

Now, kena discuss balik dengan board of director, nama siapa kita nak pakai untuk apply loan. Also nak kena discuss jugalah apa nak buat. Duit dah ada depan mata, macam mana nak apply je yang masih jadi persoalan.

However, that business plan is still killing my head. Macam mana pun, nak kena buat jugak sebab kalu tak buat payah business nak berjalan lancar nanti.

October 29, 2008

+*+*~S.M.I.L.E~*+*+

Gila awal aku tercongok kat opis hari ni. Actually, baru lepas breakfast sambil baca UTUSAN kat net. Sorga....!! By the way, I had cappati again today with chicken curry. Tapi kedai mamak adalah sangat mencekik darah hokey...cappati 2 keping + chicken curry + teh halia = RM7.60, which I think is too much! Tapi tak boleh lak nak kata this is the last I went there, because afterwards kalu berlaku perkara2 emergency sebegini for sure aku akan menjengah kedai mamak lagi untuk beli breakfast...but next time maybe not chicken curry anymore but kari kambing perhaps..*wink*wink.

Hari ni keluar awal gila dari rumah sebab hantar sang suami pegi ke rumah kawan dia. Ada meeting kat luar katanya. Tapi by noon dah settle kot sebab petang ni kami ada session dengan MARA pulek. Ikut hati aku, malas nak pegi opis sorang2 ni. Kalu dia dah ada meeting kat luar baik aku duduk lepak kat rumah, buat keje sambil tengok TV +*+*~kononnya~*+*+. Tapi sat lagi dalam kul 10 ada meeting pulak dengan board of director for annual planning. So, nak tanak kena jugaklah tercongok kat opis ni pagi2 buta sebab nak siapkan apa2 yang patut. Lepas meeting, fetch the husband then straight away to MARA. Quite tight huh?

TAPI, syok apa sampai opis awal. Parking pun melambak2 lagi. Ye, buat pengetahuan, apabila anda berofiskan premis di kawasan shop lots dan bukan private area, parking lot adalah sangat crucial sebab kena berebut dengan orang2 awam yang lain. Tambahan pula apabila ofis anda itu adalah di kawasan cinapek yang parking ikut suka, lebih besar ujian kesabarannya. Kadang2 rasa macam nak memaki hamun dan mencarut2 sebab takde parking atau kereta anda di-block sedangkan anda nak cepat sebab ada urgent matter dengan client dan pemilik kereta yang mem-block kereta anda sedang seronok menghisap rokok sambil makan dim sum di depan anda dan buat2 tak tahu kereta siapakah itu sedangkan anda telah membunyikan hon yang frekuensinya boleh meruntuhkan semua bangunan shop lots di situ. Sheishhh...

Nampak gaya, kalu nak masuk opis awal lagi macam ni, aku kena tido kul 10 pm lah, and make sure bangun kul 6 am sebab nak kena prepare bekalan ke opis. Ye, saya kena kurangkan aktiviti ke kedai mamak sebab kedai mamak adalah too much sebab dia perasan dia saja yang boleh provide breakfast kat orang sekeliling. Kalu aku sabotaj buka satu gerai nasi lemak kat tepi jalan dekat dengan kedai dia pagi2 baru dia tau apa itu erti MENYESAL!

DAN membelog di pagi hari adalah sangat menyeronokkan sebab kepala otak masih fresh jadi bebelan dan karutan adalah bukan rekaan tapi daripada hati yang ikhlas. Hahahaha!

October 28, 2008

+*+*~Iklan Petronas Part 2~*+*+

Dulu kan aku penah buat review pasal iklan Petronas yang menyebabkan aku menjuraikan air mata. And I believe that everybody had seen this advertisement which was played during Deepavali 2008.



Iklan ni sekali lagi membuatkan aku terkedu & menitiskan air mata. Tak boleh tahanlah dengan iklan Petronas yang macam ni. Sangat menyengat jiwa.

By the way, enjoy!

+*+*~Reschedule~*+*+

Huarghhh....after a long,long holidays. Nasib baik hari ni macam rajin sket nak pegi opis. Taklah kena blues2 macam sorang my friend yang suka kena Tuesday blues...+*+*~no offense okey, en.S***t~*+*+

Now a days, kena reschedule balik all the activities. Kalau dulu boleh suka2 masuk opis tengah hari skang ni tidak lagi. Later by 10 am dah tercongok depan PC ni. And no more Kinrara-capati-lepak-lepak session because breakfast is at home! Which means, kul 7 am dah kena bangun sebab nak kena prepare the breakfast and what not. Also no more Kakak-Gemuk-Malay-Dishes-Rice session in the afternoon sebab ekonomi makin tenat so kena berjimat2 sikit. Which means, awal pagi bukan saja prepare the breakfast, but the lunch simultaneously!

I did all this because I believe, to achieve something different, you have to act differently. Kalau schedule aku macam tu je, termasuk nak layan malas2 tu, memang company achievement tak ke manalah kan. Pas tu, skang ni memang tengah crack the head for company's next year planning. Ada masa 2 bulan je lagi, which is too short for me sebab banyak benda lain lagi nak tengok - sales, payment, etc.etc. Esok most probably ada meeting belah pagi and petang ada session dengan MARA for financial funding and what not. And this business plan is really crack my head!

Bukan senang nak senang kan. Hari tu terbaca quote ni kat dalam buku The 8th Habit - its okay if you have to sacrifice something good for something better - which is pelepak kena kat muka aku sebijik. Saje nak tulis previous history, actually previously I've secured a good post with one of the listed company in Malaysia. But I sacrifice it all sebab selagi aku duduk kat situ aku takkan dapat buat apa yang aku nak buat dan aku takkan dapat mencungkil potential as leader yang ada dalam jiwa aku ni. Lagipun, senang cerita kalu aku still secure and comfort duduk keje kat sana, bulan2 dapat gaji +*+*~buta & celik~*+*+, aku tidak akan berpeluang untuk menggunakan semua bahagian otak aku untuk berfikir. Saje nak membuktikan teori Einstein yang manusia yang SANGAT PANDAI pun gunakan 1/4 sahaja daripada otak dia adalah SALAH! Sedangkan kalau kita guna kedua-dua bahagian otak untuk berfikir +*+*~left & right brain~*+*+ akan menghasilkan sesuatu yang sangat MIRACLE! Dan itulah yang aku cuba practicekan sekarang and I tell you adalah sangat susah okeh!!

Okey, now back to cerita reschedule. Aku ada masa sebulan je lagi untuk betul2 fokus on this business plan thingy. After that maybe dah nak start focus on financing matters, nak hire staff lagi, staff training & development lagi. At least dalam bulan May tahun depan aku dah boleh lepas sikit2 kat staff aku untuk run the business sebab insya Allah aku akan start bercuti panjang pada pertengahan bulan 6. Cuti panjang & rehat secukupnya...hihihi... Kalau schedule & plan ni tak dilaksanakan, bulan 6 nanti tak boleh cutilah nampak gayanya....huhu...

Hmm...banyak lagi benda nak buat ni. Plan lagi, schedule lagi, BP lagi...huarghh...memang susah la nak senang!


October 24, 2008

+*+*~80's Trilogy~*+*+

Pagi tadi Hot.FM telah mengutarakan 80's trilogy di mana dj2 telah menukar nama mereka kepada Farah Sameon & Faizal Abdillah. My comment is...syiokk!! Best gile...terkenang zaman dolu2...

Yeah...frankly & terang-terangan I am 80's baby. Kalu sape yang pernah dapat email pasal fakta2 80's baby, memang semuanya betul. Paling tak boleh lupa pasal bab Thundercats, Voltron, Transformers,etc.etc. Tu semua memang kartun yang tak boleh tinggal lah masa zaman tu.

Pagi tadi Hot.FM mainkan lagu2 nostalgia 80an, termasuk lagu Kak Melah - kau kunci cintaku dalam hatimu, lagu Francisca Peter - Sekadar Di Pinggiran, Lefthanded - Tiada Lagi Kidungmu and banyak lagilah. Almost semua lagu tu aku boleh nyanyikan sama2, siap hafal lirik semua. Cuba kalau cerita lagu zaman skang ni, harus aku tak tau sepatah haram lagu2 yang ada. Pastu masa zaman 80-an ni memang banyak sangat lagu2 rock and that's the reason why sampai skang ni jiwa aku tetap dengan lagu "Rock uu" +*+*~macam Q-haidar sebut dalam citer ROCK~*+*+ Dulu masa zaman2 kenal lagu rock ni, siap buat audition kat rumah dengan pakcik aku, konon2 nak ganti Nash as vocalist Lefthanded or Amy as vocalist Search. Gila aaa.. Pastu, tadi dia ada mainkan lagu Gersang - Masih Aku Terasa which is aku suka jugak sebab masa mula2 kenal kumpulan Gersang dulu aku telah memilih Man Bai dan Kid sebagai jejaka pujaan sebab Jojet & Acis tak hensem. Haha...gila keji! Pastu bila abang2 aku tak gi sekolah, mulalah pasang lagu2 Lefthanded lah, Search lah, Wings lah, Rusty Blade lah, BPR lah..then buat video clip...haha..gilo!! Tapi, betapa indahnya memori zaman2 tu.

Abang aku lagi teruk. Pengaruh Rock punya pasal, siap alter segala jenis seluar jeans dia jadi ketat macam sarung nangka. Pakcik aku, siap beli seluar jeans ketat yang macam tight jeans tu sampai kena tegur dengan arwah atuk aku "Din, nko ni pakai seluar ke pakai sarung nangka". But who cares, tulah fesyen zaman tu.

Masa Juara Lagu 1988, hari tulah adik bongsu aku dilahirkan +*+*~and I wont forget this tragedy~*+*+ Sebab ayah aku kecoh2 nak menyambut anak baru dia lahir, dia telah mengangkut kami adik-beradik ke hospital, padahal kitorang dah beria nak duduk rumah sebab nak tengok juara lagu. Sebab utama, nak tengok Kak Melah nyanyi..haha..keji!! At the end of the day, pakcik aku kata takpe, nanti dia recordkan kat VHS player +*+*~masih wujudkah player itu di zaman ini?~*+*+ Pas tu ayah aku pun siap bagi tape lagi kat dia. Bila dah balik rumah boleh tak bila kitorang play kan tape tu tetiba keluar cerita pasal Sg.Rajang yang Ahmad Tarmimi Saregar belakon tu. Chissttt!! Di manakah dia Kak Melah?? Rupanya pakcik aku salah setting, VHS player tu set channel lain, dia pegi tengok kat TV cerita lain. And memang sampai sekarang aku tak boleh lupa peristiwa tu sebab frust tak dapat tengok Kak Melah nyanyi dengan baju yang ada lip-lap-lip-lap gambar hati ada kunci kat dada..hihi...

Yeah... banyak gila kenangan waktu zaman membesar tahun 80an ni, and tak sangka ramai yang bernostalgi kaw-kaw tentang apa yang disiarkan tahun 80an ni. Nantilah kalu ada masa aku snapla gamba2 zaman tengah membesar dalam zaman Rock uu tu.

October 23, 2008

+*+*~Takde Tajuk~*+*+

Actually, tak tau nak letak tajuk apa. Ari ni agak awallah masuk ofis, pukul 9.45am dah tercongok kat kedai makan Kinrara for breakfast. Saya telah memakan 2 keping capati+kari daging+ayam goreng+teh tarik dengan jayanya. Apesal ntah tekak ni tetibe rasa nak makan makanan2 sebegitu lak pagi ni.

Suppose that kul 11 am dah tercongok lak kat KKB, further discussion dengan production side. Apa kita nak check ye...let see...capacity planning, stock level, workers availability, quality level, etc.etc. Hmm..I should prepare the meeting minutes firstlah, tapi boleh tak aku pegi update blog ni...sheishhh...

Macam nilah bila takde P.A. Dulu masa keje kat tempat lama, assistant aku yang siapkan semua bila nak pegi meeting. Ni dah gatal nak running sendiri, dan tidak mampu sempat untuk hire PA, so nak pegi meeting semuanya kena prepare sendirilah. Kalau tak nanti, sah masuk meeting jap lagi director akan men-tiow aku tanpa penghujung dunia.

By the way, semalam dah buat administration planning. So, organization structure pun dah buat. Bila present kat director he seems quite satisfy. Tapi kena detailkan job scope lah. Dengan ini saya mengumumkan, there'll be a lot of vacancies in our company, and jawatan2 ini akan dioffer kelak, once our loan is approved lah. Kalu tak sape nak bayar gaji pekerja oiii..

Oklah, oklah..asyik tersangkut kat blog ni je. Banyak keje tertangguh ni. Nanti2lah jap lagi aku sambung update.

October 22, 2008

+*+*~Finaly...!!~*+*+

Finally, this lovely mighty seasoning got its Trademark or TM!! Afterwards, dah bolehla letak lambang TM tu nama seasoning ni. Nampak gaya banyaklah perkara yang kena update, i.e Fliers, Phamplet, Brochure, etc.etc.

Yeah..I'm glad to get it done. +*+*~Clap!Clap!~*+*+

+*+*~Cari Duit Melalui Blog? Part 2~*+*+

Haha...katakanlah apa yang kamu mahu katakan... Aku memang tengah mood TAMAK skarang ni!! Muahahaha!!! +*+*~evil sungguh bunyi gelaknya~*+*+

Semalam setelah terjumpa dengan +*+*~pro-affiliate~*+*+ application, tetiba aku terpikir kan. Daripada aku dok sibuk tulis blog tapi tak memberi apa2 faedah pun kat aku, baik aku letak something yang boleh bagi manfaat kat aku +*+*~so that my husband pun taklah bising sebab keje aku separuh hari asyik dok update blog je..hihi..~*+*+. Jadi dengan jayanya aku telah menginstall widget +*+*~advertlets~*+*+ dan juga +*+*~nuffnang~*+*+ yang selama ini telah kuabaikan kehadirannya...sheishhh... Dan melalui 1 blog cari duit juga +*+*~aku lupa link dia, nanti aku letak kat sini~*+*+ aku telah belajar sikit2 taktik macam mana diorang mencari duit tanpa perlu keluarkan modal, tapi perlukan MASA sahaja. Caranya, cuba buat satu e-book tentang apa saja, publish kat web dan guna affiliate system. Dah ramai orang buat business ni and kalau siapa yang pandai dan kreatif PASTI akan mendapat pulangan yang lumayan. Macam Jutawan Internet Irfan Khairi tu...dia pun start dengan business macam ni juga...and kat oversea yang teknologi internetnya dah tak boleh disangkal lagi..benda macam ni memang dah bersepah2 dah. Jadi, kosekuennya, aku juga akan belajar untuk buat satu e-book yang boleh bagi manfaat kat masyarakat...and am still learning on it.

However, sebelum projek jutaan ini dapat diteruskan, aku kena settlekan +*+*~Arvore Cold Case~*+*+ punya base dulu. Target aku by next year dah boleh jalan fluently, sistem pun start smoothing sebab aku ada 6 months je untuk train staff sebelum aku berlibur panjang...hehe.. :P Bila Cold Case punya progress dah nampak kemajuannya, baru boleh buat internet marketing ni yang PASTINYA tak terbatas market segmentnya. Also, barulah projek e-book aku boleh berjalan.

Skang ni aku tengah build up 1 blog kat wordpress, tapi blog ni more ilmiah lah, takde la mengarut bagai macam kat sini kan, focusing on +*+*~Foods Of Joy~*+*+. Nak tau apa dia, nanti bila dah siap sikit aku reveal kat sini ok. So...tungguuuuu.

So now, have to back off. Banyak keje tak siap lagi ni. Will update more later.

+*+*~Happy Working~*+*+

October 21, 2008

+*+*~Cari Duit Melalui Blog??~*+*+

Should I say +*+*~side income~*+*+. Kisahnya macam ni, masa aku tengah dok sibuk check email pagi tadi, tiba2 tersangkut kat satu iklan ni, which I found sangatlah bagusnya. Sekali sekala try benda baru apa salahnya ye tak??

Actually, am alert with this affiliate system, especiallu Nuffnang. Cakap, blog sape yang tak serve nuffnang? +*+*~Kecuali blog aku..miahahaha~*+*+. Normally, siapa yang ada blog mesti serve nuffnang punyalah. Just that, nuffnang ni susah sikit sebab kalau nak jadi servant dia kena ada banyak traffic ke blog kita. Kalau kena blog aku yang hanya aku sebagai pengunjung setia, kan ke parah namanya.

So, bila terjumpa affiliate system ni, aku rasa its better if I try. Lagipun, semua registration adalah PERCUMA. Siap boleh dapat e-book lagi macam mana nak jadi affiliate yang berjaya. Kalau nak tau lebih lanjut, bolehla lawat ke rahsia-pro-affiliate.com. Manalah tau ada rezeki, boleh dapat side income yang melimpah ruah...hihi... Boleh jugaklah buat cover duit minyak ke, bil telefon + elektrik + air ke.

Ok, now back to work. Aku tengah sibuk nak siapkan next year planning ni. Of coursela business plan kena setup baru. Nak kena mengadap MARA dan konco-konconya sebab nak minta budget untuk run business tahun depan. So, wish me luck!




October 20, 2008

+*+*~Hapuskan Air Mata~*+*+

Pejam celik, pejam celik, dah nak dekat penghujung tahun 2008 dah. Means tahun depan adalah tahun penghujung aku memegang title 20-an. Hiii...dah tua rupanya.

Malam tadi attend satu presentation which really inspired me. Ye, keje sangat banyak dan keje tersebut tak lain dan tak bukan semata-mata untuk menaikkan semula martabat orang Melayu seterusnya martabat Islam itu sendiri. Masa pun dah tak panjang, bermula tahun depan tinggal 6 tahun saja lagi sebelum impian menjadi kenyataan.

So, untuk diri aku sendiri, aku rasa cukuplah tahun ini sebagai tahun penghabisan untuk kesedihan. Aku dah tak larat nak layan tohmahan orang sekeliling, apa lagi caci maki dan kata nista. Lepas ni, perjalanan akan diteruskan. Siapa yang nak turut serta, boleh ikut sama, siapa yang tak nak, duduk jelah kat tepi. Tunggu je lah aku balik bawak hasil nanti. Aku dah tak larat nak layan kerenah2 mereka, air mata aku ni dah kering sebab nak melayan mereka saja.

Walaupun perjalanan ini terasa sangat jauh dan sangat banyak susah payahnya, tapi tak pe, sekurang-kurangnya dah nampak tempat yang nak dituju. Sekurang-kurangnya dah kurang semak samun yang nak ditebas. Dah nipis belukar yang nak direntas. Dah nampak denai untuk berjalan. Tak lah takut terpijak duri di tengah jalan.

Pelayarannya pula dah kurang ribut yang melanda. Ombak pun dah makin reda. Sekarang kapal dah boleh gerak, sebab pulau impian dah makin jelas di depan mata. Harap2 nakhoda nya biarlah sehebat Jack Sparrow, sanggup berkorban apa saja termasuk nyawa semata2 untuk selamatkan kapalnya.

Ye...perjalanan yang sukar pasti akan dipermudahkan, yang penting ikhlas dan tau hala tujunya.

October 16, 2008

+*+*~Itu Maknanya...~*+*+

Bila kepala terasa berat,
Bila badan merasa lesu,
Bila tekak merasa loya,

Itu maknanya....


ANDA SUDAH TERKENA BUATAN ORANG!!!

Sheishhh.....










October 15, 2008

+*+*~Susah Sangat ke?~*+*+

Lately, aku memang suka sangat membebel pasal ORANG MELAYU. Bukan sebab aku anti atau tak suka, tapi sebab aku amik berat. Dah kata aku terlahir sebagai ORANG MELAYU, so daripada aku dok sibuk amik tau pasal bangsa lain, lagi baik aku sibuk pasal bangsa aku sendiri. Its not ada intention pasal racist or what so ever, tapi kalau aku sebagai MELAYU tak amik berat pasal BANGSA MELAYU, sape lagi yang nak amik berat?

Apa masalah dengan ORANG MELAYU? Banyak sangat kah masalah dengan ORANG MELAYU? ORANG MELAYU suka timbulkan masalah?

Ya benar...sebagai seorang MELAYU aku akui, memang ORANG MELAYU banyak masalah dan banyak timbulkan masalah.

Masalahnya, orang Melayu tak pernah kenal akar umbi Melayu. Tak kenal siapa ORANG MELAYU. Cuba tanya dengan budak2 kecik zaman sekarang, siapa orang MELAYU? Jawapan dia MESTI "orang yang tinggal kat MALAYSIA lah". Kesian diorang. Diorang tak tau ke yang Orang Filipina itu juga orang MELAYU, orang THAILAND itu juga orang MELAYU, orang Singapura itu juga orang MELAYU, orang Brunei juga orang MELAYU, orang Indonesia juga orang MELAYU, orang TIMOR-LASTE juga orang MELAYU, orang MADAGASCAR juga orang MELAYU?

See, orang MELAYU, jajahan MELAYU terlalu luas, tapi kenapa MELAYU makin LAYU? Pernah sorang kawan aku berkata "Kau jangan senyum dengan Indon, jatuh maruah". Aku tanya dia balik, "abis tu kalau Indon tu ialah Dian Sostrowojoyo, jatuh jugak ke maruah". Dia jawab, "yang tu tak lahhhh". Bagi aku apehal pulak? Indon pun MELAYU jugak apa? Cuma bahasa dan negaranya saja yang berbeza.

Dulu, aku cuba mengkaji adakah MELAYU ini tidak bertamadun. Kalau ikutkan, definisi TAMADUN adalah satu kelompok masyarakat yang mempunyai:-
1. Bentuk agama yang tinggi.
2. Negara yang tersusun rapi.
3. Sistem undang-undang
4. Kehidupan bandar.
5. Sistem tulisan yang maju.
6. Bentuk-bentuk kesenian dan senibina yang istimewa.


Kalau ikutkan definisi aku boleh buat kesimpulan yang MELAYU memang bertamadun. TETAPI, kenapa bangsa MELAYU hidup seolah-olah manusia yang tak bertamadun. Semakin hari semakin mundur bukan semakin maju.

Kalau menurut apa yang aku baca dalam buku tulisan Stephen Covey:The 8th Habit- From Effectiveness to Greatness, beliau ada menulis tentang tahap2 civilization manusia. Dimulai dengan Hunting Age, meningkat kepada Agricultural Age, kemudian meningkat kepada Industrial Age, meningkat lagi kepada Information Age seterusnya hirarki paling tinggi ialah Wisdom Age. Barat memang dah buktikan semua ni (and I believe that Mr.Covey did this research base on his surrounding, sebab dia orang BARAT). Tapi, cuba perhatikan orang Melayu...kat mana agaknya tahap civilization dia?

Kalau daripada pemerhatian aku, MELAYU tetap di takuk Hunting Age. Sebabnya, walaupun keje kat dalam bangunan batu, tetap kais pagi makan pagi, kais petang makan petang (itulah situasi dalam hunting age). That's why tahap MORAL orang Melayu juga tak berkembang. Dapat pendidikan tinggi pun masih rendah MORAL dan AKHLAKNYA. Adakah itu yang layak kita gelar TAMADUN MELAYU?

Aku menulis ni atas dasar kesedaran. Kalau aku tak mengambil langkah untuk berubah sekarang, PASTI anak-cucu-cicit-piut aku esok pun dok comfort dalam hunting age. "Orang dah sampai bulan, kau kat mana?". Dan bagaimana untuk mengubah semua ni, sebagai orang MELAYU aku perlu faham dan berbalik semula kepada Prinsip, prinsip asal kejadian manusia dan prinsip asal alam semesta. Insya Allah, kalau berkesempatan, aku akan terus menulis di sini hasil2 kajian aku. Tapi buat masa ni memang aku suggest sangat bacalah buku by Stephen Covey: The 8th Habit - From Effectiveness to Greatness. Memang banyak cerita tentang prinsip dan baca dengan otak, bukan baca dengan mata saja.

So, bersambung di keluaran akan datang, renung2kan dan selamat beramal.

+*+*~Lepas 1-1~*+*+

Lama dah tak update blog ni. Actually, daripada last week banyak sangat hal yang berlaku. Hal2 yang di luar kawalan dan jangkaan. Apa yang aku boleh buat +*+*~SABAR~*+*+

Khamis - aku tak pegi ofis. Migrane, sakit perut, badan rasa tak larat. So, rehat cukup2 kat rumah.

Jumaat - sang suami pegi opis sorang2 sebab dia tak sampai hati tengok keadaan aku yang tak berapa nak ok tu. Then, dia call...ada berita buruk katanya. Ofis kami kena ROMPAK!! Setan betullah sape punya keje ni. Memangla tak banyak sangat barang yang diorang angkut +*+*~ sebijik SONY video cam & sebijik laptop ~*+*+. Tapi ralat jugakla...nak beli semua tu kena pakai duit. Kalu free turun dari langit takde la aku ralat sangat kan.


Yang peliknya, boleh tak dua bijik mangga SOLEX kami guna untuk mangga grill ofis kami tewas di tangan mereka. Tapi bukan dia potong mangga tu, dia potong holder mangga tu. Memang KUAT lah sape punya keje ni. Dah tu, habis semua benda yang bernama ALMARI dia selongkar, mungkin dengan harapan dapat jumpa cash moneylah. Hello...duit tempat simpannya kat bank, bukan kat opis cik oiii.. Nak duit kalu, pegila rompak bank..apadaa...

Sabtu - ada appoinment pagi ni. Presentation daripada supplier. Masa dok tengok presentation 1st session boleh tak speck aku still ok lagi, means masih boleh digunakan. Nak masuk second session, break kejap, aku masukkan speck tu kat dalam beg, directly, tak masuk dalam case dulu. Bila aku amik balik sebab nak pakai masa 2nd session, boleh tak SPECK TU DAH PATAH!! Huaaaa!! Itu bermakna duit kena keluar lagilah!! Dahla tengah kritikal ni...chistt!!

Jadi rentetan daripada 2 kisah kat atas tu, solution yang aku dah buat is

1. Skang ni dah tak pakai SOLEX lagi buat mangga grill, tapi kami telah menggunakan benda ni.


Ye, kami guna kunci beskal!! Hari tu pegi rumah kawan aku, tengok selamba dek je dia guna kunci beskal ni buat kunci pagar rumah. Dia kata lagi save sebab penyamun susah nak potong. Betul ke tak tu aku tak jamin lah sebab kalu nak prove kebenarannya kena tunggu sesi ROMPAK kali kedua lah.

2. Kenalah aku pegi buat speck baru. Semalam dah pegi buat dah, hari ni baru siap. jap lagi lepas husband aku dah abis meeting baru nak pegi amik. Terbang jugaklah RM285.00. Tu yang paling murah aku dapat tu. Waaa...high maintenance tau orang rabun ni.

Lupa lak nak citer pasal kes rompak tu. Aku ingat opus kami je yang kena, rupanya opis kat tingkat bawah ni pun kena. Lagilah dasyat sebab aku tengok tahap security diorang boleh tahan power jugak, siap pakai pintu yang ada number pad tu, pastu pasang roller shutter lagi. Roller shutter kena potong, pintu kaca tu kena terajang sampai terbuka.

Kepada sesapa yang terlibat dalam kisah ROMPAK ni, aku doakan korang kaya cepatlah. Ko ingat best sangat ke keje ROMPAK-MEROMPAK ni. Kalau korang dah kaya mest korang kurang sikit aktiviti2 ni kan. Lagi baik korang duduk rumah main dengan anak atau bermain catur dengan jiran sebelah.

October 08, 2008

+*+*~Enough!!~*+*+

Petang semalam lepas balik je dari opis, my husband & I terus gi singgah kat Jusco IOI Mall Puchong dengan misi mencari langsir untuk rumah kami.

Luckily, we found the suitable one for our home sweet home.

Unfortunately, the SALES was over!

Sheishhh...

Tapi takpelah, beli jugalah untuk master bedroom & living area punya. Lepas tu kami terus gerak ke food court sebab cadang2 nak makan dulu sebelum balik. Tapi boleh tak, bila lalu je dekat food stalls tu makanan dia bau macam dah basi! Apa kejadahnya nkorang bisnes macam ni? My husband pun terus pegi beli popia & me went to the toilet, then straight made our way home.

Cadang2 nak cari makanan dekat area Bukit Puchong 1, the nearest housing area to ours. TAPI, here when the story begin.

Dekat sejam kami dok berputar kat area Bukit Puchong tu tapi boleh tak 1 haram kedai makan ORANG MELAYU kami tak jumpa. Kat ceruk2 pedalaman Bukit Puchong tu ada kedai makan, tapi kedai makan Cina. Like, wtf la weyyy...

Actually bolehje aku nak beli makanan kat kedai makan Cina tu, tapi tekak ni rasa nak makan nasi goreng ikan masin which is impossible to find at chinese restaurant. Then pegi kat area Batu 14, pun takde kedai makan Melayu. Yang ada Cina & Mamak saja. Pegi pulak opposite road dekat2 dengan our house, boleh tak...TAK DE JUGAK!! Finally, pegi kat belakang MOBIL tu adalah satu kedai mamak yang ada stall orang Melayu kat situ.

See?? Nampak tak apa ceritanya??

And that is the reason why aku nak running business jugak eventhough aku tau bukan mudah nak running business ni. Banyak sangat pahit-jerih, lagi banyak cerita susah daripada cerita senang, tapi siapa lagi yang nak mengubah mentaliti orang melayu ni kalau tak orang melayu sendiri? Kalau ada pun orang Melayu yang running business, bukannya makin maju, tapi makin merudum. Tokey kedai mungkin makin kaya, tapi service quality macam lahanat..apa barang??

Contohnya, tadi aku pegi makan kat satu kedai sup kat area Puchong jugak. Sebelum ni, kalau kita order nasik dengan sup, dia akan bagi ulam, telur asin & sambal belacan sekali. TAPI, bila aku pegi tadi, boleh tak telur asin dia dah takde! Harga makin mahal lak tu! My husband pun complain lah, tapi one thing je yang aku boleh remind dia, ini kedai Melayu...nama pun ME-LAYU, bukan ME-NGEMBANG...tu pasal makin hampeh bukan makin maju. Kalu aku kata Melayu ni b*****t marah pulak kan???

Takpe, sabar2...kalau tak nampak masalah takdelah benda yang nak diselesaikan pulak kan? Tapi ni lah masalah orang Melayu sekarang, bila nampak diri macam dah sempurna mulalah buat keje sambil lewa. Persoalannya, dah sempurna ke?

October 07, 2008

+*+*~Penawar Luka~*+*+

Tadi lepas makan kat Kopitiam kat bawah ofis ni, terus aku gi singgah kat +*+*~Mr.DIY~*+*+ kat sebelah kopitiam tu. Hajat asal nak survey harga railing sebab my husband dah berbunyi ajak pegi tengok langsir petang ni. Kami taklah bercadang nak pasang railing yang fancy2 tu, pasang railing aluminum biasa tu pun takpe. Yang penting rumah kami berlangsir.
Survey punya survey, tetiba aku terbeli benda ni for myself.


Hehe...suka! Sebab mousepad ni kiut!! Pas tu ada wrist holder lagi. Harga pun taklah mahal sangat, RM6.50 sahaja. Lepas ni aku dah boleh pakai mouse pad yang selesa. Taklah macam sebelum ni, mouse pad aku boleh jadi apa saja - kertas a4, envelope, buku, yellow pages - u name it. Sungguh tak berdisiplin!

Instead of that, aku juga membeli benda2 ini.



Ini dinamakan fridge magnet. Aku suka kumpul benda2 ni. Skang ni nak start baliklah mengumpul ini FM. Yang ni aku beli bentuk bag. Aritu ada juga jumpa kat blog orang FM bentuk cokelat - hersheys la, snickers la - will find it later, bila ada masa. Ari tu masa pegi kat the Curve ada aku beli FM bentuk Woody & Buzz (from Toy Story), tapi yang tu aku letak kat fridge mak aku. Nanti nak cari lagilah sebab surely FM ni akan menjadikan fridge kami lebih cantik & comel sekali.

Ye, ini dinamakan penawar luka. Maklumlah, hajat nak beli langsir tak tercapai2 sampai la ni. Nanti kita cari penawar2 luka yang lainlah.

Tata...

+*+*~Back to the Crib~*+*+

Betapa rindunya hati ini pada rumah yang terchenta...ewah...

Tadi pagi angkat bungkus daripada rumah my parents terus balik ke rumah kami kat Puchong. Gila lama tinggalkan rumah tu. Tak salah aku sepanjang bulan Ramadhan hari tu dekat sebulan gak lah aku tak duduk kat sana. Tapi, sebab projek kat sana dah settle, aku balikla semula ke syurga kami.

Tapi satu benda je yang tak tercapai kat hati lagi. Aku belum dapat lagi beli langsir untuk syurga kami tu. Dah dekat setahun aku duduk kat situ, memang belum pernah pasang langsir lagi. Maklumla, duduk kat situ macam main2, kejap duduk, kejap tak. So, sebab rumah selalu tinggal, takdelah aku nak hias rumah beria-ia. Tapi rasanya macam nak start serious balik duduk kat sana...gilo...

So malam ni aku nak basuh baju yang bertimbun-timbun tu. Tadi dah beli sabun, softener & clorox for colour kat kedai runcit Ban Kah Chai. Jadi ada semangat sikitlah nak buat keje rumah. Pastu nak kemas apa2 yang patut. Maklumla dah lama tinggal rumah tu, nak harap adik aku yang duduk kat situ sekali alamatnya...jangan harap.

By the way, aku dah jumpa supplier kordial lain. So makcik, bersiap sedialah untuk tutup kedai lepas ni....muahahahaha!! +*+*~gelak evil~*+*+

Now, back to work.

Tata...

October 06, 2008

+*+*~Not In Mood~*+*+

Apa kena ntah dengan aku hari ni. Semuanya serba tak kena. Dah masuk opis pun takde selera nak buat keje. Bencilah macam ni.

Actually aku sakit hati deal dengan orang melayu ni. Kalu nak bisnes, buatlah cara nak bisnes. Ni tak, hati besar nak bisnes, tapi bila sampai masa cuti raya, mulalah lupa diri. Sakit hati tau! Tadi masuk je opis aku terus call supplier kordial dengan harapan dia dah startla operation dia, tapi, HAMPEH! Boleh tak kedai tak buka lagi? Bila aku tanya bila nak start operation boleh tak jawapan dia "Botol tak sampai lagi lah, macam mana makcik nak buat". Makcik...boleh tak makcik telefon supplier botol tu suh dia cepat sikit. Kalau makcik buat tak port je tu pasal jadi macam tu...

Patutla 12 tahun makcik buat kordial, kedai makcik besar "tu" je....

Yang buat aku sakit hati sangat ni, orang melayu ni tak serius buat bisnes. Main2! Bila dah dapat untung sikit, mulalah dia bunyi...."Cukuplah tu...dah boleh cover makan-pakai kita anak beranak...tak baik tamak2 ni".. PUII!!

Bosanlah! Kena tang customer lak, buat order bagai nak rak, tapi tang payment...punya liatnak settle. Memang PUII la!!

Dahla, cukup emo aku ari ni. Skang ni aku nak duduk diam2 tamau buat apa2...

October 05, 2008

+*+*~My Flickr~*+*+

Tetibe teringat kat account My Flickr. Rindulah pulak. Dah lama tak update gambar kat sana. Sebabnya, aktiviti keluar & berjalan2 adalah sangat berkurangan sekarang. Semenjak kamera aku dipinjam oleh kawan suamiku untuk majlis perkahwinannya tempoh hari, mood untuk mengambil gambar telah terpadam di sudut hati ini +*+*~ewah!sungguh beremosi ayat aku~*+*+ Lepas ni lah, aku nak beli balik rechargeable battery and mula semula aktiviti mengambil gambar ni, sungguh tak best update blog tanpa gambar.

We'll see.

+*+*~Hajat Tak Sampai~*+*+

First, I've removed weight loss ticker from this blog and I have my own reason for doing this. Ye, diet saya telah screwed up during this festive month sebab keje saya hari2 adalah makan & tido. Oleh itu, cuba bayangkan badan yang di-pam2...sigh...

Second, hajat saya untuk membeli langsir untuk rumah kami adalah tidak kesampaian. Saya telah membuat lawatan ke IKEA tapi berakhir dengan membeli doblas keping curry puff +*+*~see...makan lagi!!~*+*+ yang rasanya agak kureng daripada version awal2 dulu. Oleh itu, kita akan cuba di lain kali.

Bila misi saya ke IKEA adalah GAGAL, saya telah bergerak ke JUSCO Cheras Selatan, tetapi sekali lagi gagal kerana hari hujan dan parking lot di luar Jusco sahaja telah menunjukkan betapa ramainya manusia di dalam JUSCO itu. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk pulang dan membeli langsir di dalam mimpi sahaja.

Tetapi apabila sampai di rumah saya telah membatalkan niat untuk membeli langsir di dalam mimpi sebaliknya saya telah melayan cerita Kala Malam Bulan Mengambang +*+*~sehingga ke saat saya mengupdate blog ini~*+*+ sambil mencari mood untuk menyusun aktiviti yang bakal dilakukan pada hari esok.

Oh ya, sekarang ini saya sedang gigih membuat bacaan buku The 8th Habit oleh Stephen Covey, dan sebaik saja saya selesai menghabiskan bacaan ini saya akan membeli buku hasil penulisan beliau yang bertajuk First Thing First +*+*~yang mungkin memakan masa 1/2 tahun lagi~*+*+ Walaubagaimanapun, saya mendapati buku ini sangat menarik dan sangat menghidupkan semangat saya yang sekejap terang dan sekejap malap ini.

Sekarang saya sudah berasa lapar semula dan ingin menjengah ke dapur dan melihat apa yang emak saya masak untuk makan tengah hari.

Tata...

+*+*~Refreshed!~*+*+

Dah selamat kami sampai ke KL. Pukul 9pm tadi baru bergerak balik dari Gemas. Mulanya nak lalu highway je, tapi bila dengar laporan traffic bagitau exit Senawang sampai Seremban jam, langsung kami batalkan niat nak lalu kat highway but we used the old road instead. Masa sampai kat area Mantin, boleh tak jam jugak jalan. Rupanya ada accident, Kancil & Wira aeroback & rasanya passenger Kancil tu mati kot! Sebabnya, masa lalu kat accident area tu nampak ada bodies yang ditutup dengan guni...sah! Berderau jap darah...

However, hari tu punyalah happy sebab STREAMYX connection dah ok & janji2 palsu pun di tabur untuk meng-update blog dengan cerita2 yang lebih sensasi. Tapi kan aku dah bagitau...JANJI2 PALSU! Tak de update pun daripada raya pertama sampai ke hari ni...muahahaha...

So, now dah quite refresh after looong holiday. Start hari Isnin ni dah boleh masuk ofis dengan semangat baru, dengan fantasi2 baru untuk direalisasikan. Baaaanyak keje menanti ni..sigh...ni yang malas nak cuti nih.

By the way, esok rasa macam nak pegi IKEA kejap sebab nak beli langsir. We'll see.