THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


October 30, 2008

+*+*~Mengidam~*+*+

Biasakan dengar orang sebut2 pasal mengidam? Specifically, kalau kita dengar pasal mengidam je mesti terbayang keadaan orang yang teringin kepada sesuatu jenis makanan. DAN bila kita sebut pasal mengidam je mesti terbayang kat kepala kita orang mengandung yang mempunyai keinginan mahu makan itu-dan-ini.

Adakah mengidam itu berlaku pada orang mengandung saja? Aku pernah terbaca dalam Female Magazine tentang mengidam or craving. Menurut kajian, kalau kita mengidam or craving something it means that our body want to tell us something. Contohnya, kalau tetiba kita teringin nak makan cokelat, that's mean badan kita perlukan protein ataupun kalau kita mengidam nak makan sesuatu yang masin, means that badan kita perlukan iron, macam tulah lebih kurang.

That's why orang mengandung memang macam2 dia mengidam. Tapi lagi best, bila mengidam itu-dan-ini and orang yang sepatutnya bertanggungjawab dalam ini gambar tanak penuhi permintaan dia, terus dia cakap "Kesian anak dalam perut ni nak makan". Ada juga supersticious believe yang mengatakan kalau ibu mengandung ni tak dipenuhi keinginannya, especially bab makanan, lahir nanti anak tu mesti air liur dia meleleh. Atau datang pula kejadian2 pelik pada ibu mengandung ini seperti mengidam nak makan daging rusa dara +*+*~how comelah orang tau rusa tu dara atau tidak~*+*+, pastu mengidam nak makan daging landak yang takde duri +*+*~ada ke landak yang takde duri?~*+*+ dan lain2 lagi. Tu baru cerita benda yang boleh dimakan tapi susah nak dapat. Ada kes yang lagi teruk such as nak makan minyak cap kapak lah, nak makan selipar jepun masak lemak cili api lah, nak makan rim kereta size 32" lah.

Pelik...pelik...

Aku terpikir gakkan, apesal orang mengandung ni asyik mengidam tang makanan je ye? Maybe related lah dengan kajian yang diorang buat tu. Tapi ada tak orang mengandung yang mengidam benda2 lain? Contohnya:

" Saya mengidamlah nak jam Rolex 32 biji, nak sambung2 buat tali pinggang, anak dalam perut ni nak rasa pakai jam tu"

atau

"Saya mengidamlah nak rumah banglo kat golf club, siap dengan swimming pool, furnitures, orang gaji. Pas tu saya mengidam jugak nak kereta Rolce Royce...kalau tak pun paling cikai BMW 7-series. Anak kat dalam perut ni nak"

atau

"Saya mengidamlah nak pegi shopping kat London, tapi saya nak pegi esok. Lusa saya nak pegi Sydney pulak. Tulat saya nak pegi Hong Kong. Anak dalam perut ni nak ajak saya pegi jalan2"

Ada tak? Ada tak orang yang mengidam macam tu?

0 komen: