THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


Showing posts with label this pain. Show all posts
Showing posts with label this pain. Show all posts

December 27, 2009

+*+*~Kaki Terseliuh & Hawaii~*+*+

Picture source from GOOGLE

Aduh...kaki saya terseliuh pulak. Ni semua gara2 terlebih excited main badminton semalam. Tak sedar diri, badan belum cukup ringan ada hati nak buat jumping smash. Sudah rupa seperti beruang panda melompat tau!

Picture source from GOOGLE

Akibatnya, hari ni jalan terhencot-hencot tapi masih bajet ayu semasa ikut hasben pegi kenduri kawin. Dahla masa sampai tu hujan turun lebat, dengan nak letak Aimar dalam stroller lagi, nak lindung dia daripada kena hujan lagi, consequently, saya yang basah kena hujan. Tapi masih kontrol ayu walaupun basah ;P

Dan tiba2 teringat satu post daripada my fren, San San regarding 2010 Holiday to Hawaii. Saya mahu pergi!! Dahla wish holiday untuk tahun 2009 terbantut, tak boleh jadi 2010 saya mesti pergi holiday dan mahu bawa seluruh family bersama. Mungkin boleh buat family gathering sekali, tapi mahukah mereka ikut saya pergi Hawaii. Takpe, yang penting saya mesti mahu pergi!

4 hari lagi sebelum berakhirnya 2009. Mesti mahu set clear picture for 2010!



July 08, 2009

+*+*~I Really Want To Let 'Em Know, But...~*+*+

Masa untuk saya berfikir perkara yang karut-marut dan melayan angan2 sudah hampir ke penghujungnya as my confinement pun dah hampir ke penghujungnya. Sekarang ni masa untuk berpijak di bumi yang nyata, back to work dan kembali berfikir secara waras!

2-3 hari kebelakangan ni banyak perkara yang saya perhatikan hingga saya rasa memang banyak tanggungjawab saya yang tak terlangsai lagi. Banyak perubahan yang perlu dibuat, banyak perubahan perlu dibawa tapi...

Let me jot it down one by one what is the things that burden my head so much right now...

1. Kepentingan nutrisi kepada masyarakat Melayu (khasnya)
Saya terbaca satu artikel daripada Bernama yang membincangkan masalah terencat di kalangan kanak-kanak yang berpunca daripada masalah kekurangan nutrisi. Saya ingin sangat nak bagitau kat masyarakat yang nutrisi amat penting kepada mereka dan ada perbezaan di antara makanan (foods) dan nutrisi (nutrition). Bukan setakat "ada beza" malah banyak bezanya. Dan perkembangan otak bermula dari peringkat janin lagi (macam wording iklan Anmum). Haih..tapi masalahnya, saya tak tau macam mana cara terbaik saya untuk saya memberitahu kepada mereka. Nanti kalau saya berceramah banyak2 konpom orang sekeliling akan kata saya macam bagus...maklumla orang melayu. Kalau nak baca isi artikel yang saya baca tu boleh tengok di sini.

2. Masalah pekerja yang terlibat dengan recession dan baru nak memulakan perniagaan sendiri.
Actually isu ni timbul bila saya melawat satu blog kawan saya. To be frank dia memang tak tau saya selalu "melawat" blog dia sebab saya memang suka bersifat silent reader dan tak suka komen banyak2. Ok, dia meluahkan macam mana payahnya nak memulakan bisnesnya, dengan kena kelepet bab pergi kursus and what not. Saya akui, memang susah. Sebelum saya decide untuk menceburkan diri secara serius dengan Herbalife, saya pun ada traditional business saya sendiri. Hampir setahun setengah saya dok tergapai2 nak memulakan bisnes saya and kemuncaknya saya telah ditipu sehingga RM16,000!! Sehingga hari ini saya tak dapat semula duit itu okehh dan yang paling dikesali yang menipu itu adalah orang Melayu juga. Saya nak sangat bercerita dengan dia, saya nak sangat share pengalaman saya ni dengan dia dengan harapan dia boleh gunakan pengalaman saya ini dan lebih mudah perjalanan hidupnya. Tapi adakah dia mahu dengar pengalaman saya ini? Sedangkan dulu saya selalu berkongsi pengalaman dengan dia tapi at the end of the day dia kata "Kau ni macam kau saja yang betul".Haihh...

3. Sifat dengki khianat melayu yang suka nak menjatuhkan bangsanya sendiri.
Bila saya dah memulakan bisnes Herbalife dan mendapat didikan dan tunjuk ajar yang betul, tanpa segan silu saya berkongsi pengalaman ini dengan kawan2 dan sanak saudara saya. TAPI, ada pula orang melayu yang cuba mencari keburukan perniagaan ini (produk ini khasnya) yang harus saya katakan bullshit dan kau tak tau malu ke? Bukanlah saya menyokong sangat produk2 bukan melayu ni, masalahnya who are you yang nak mencari kelemahan satu organisasi yang dah ada 60 juta satisfied customer di seluruh dunia, dah bertapak di lebih 70 buah negara dan telah menjadi big player dalam industri selama hampir 30 tahun?Kau tak takut ke kalau dengan tohmahan kau tu kau akan kena saman berbilion-bilion USD. Dan kau tak rasa ke "kerja" yang kau buat tu kerja sia-sia dan buang masa? Just because orang yang kau kenal buat bisnes ni kau cuba cari kelemahannya, but the question is who are you to do all this? Dahlah...berhentilah daripada meneruskan kebodohan orang Melayu...stop from being Stupid Malays!

4. Kepercayaan karut marut yang tidak ada scientific evidence & explanation.
Tadi saya tidurkan Aimar dalam keadaan meniarap just because I read this so I just want to proof it. Tapi bila saya buat macam tu adalah pulak suara sumbang yang berbunyi "Eh! Kenapa terbalikkan dia. Tak boleh buat macam tu...selagi dia tak meniarap tak boleh balikkan dia, nanti dia tak pandai meniarap sendiri" yang membuatkan saya terfikir no wonder anak orang Melayu selalu ketinggalan. Semuanya tak boleh. Bukanlah saya against the pantang larang orang Melayu and what not, mana yang make sense saya akan ikut, tapi kalau pantang larang yang tiada logic evidence dan against the development memang saya akan tentang. Kenapa tak nak buat sesuatu yang membina?Haih...

See, tu baru 4 perkara yang memeningkan kepala saya. Belum lagi benda2 pelik yang lain. The question is...macam mana saya nak bagitau mereka? I need to find the right way to show them or else they will continue with their stupidness..(not saying that I'm that smart :))


April 10, 2009

+*+*~Stay Calm & Keep Your Focus~*+*+

Pernah tak dengar kata2 yang berbunyi "Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah". Memang betullah...dalam pendakian menuju ke puncak, memang banyak dugaan, memang banyak rintangan. Ada masa saya rasa saya sangat kuat, tapi ada masa saya rasa macam semangat saya merudum menyembah bumi. Tapi, saya tau saya tak boleh berterusan begini. Kalau tiada dugaan, kalau sedikit rintangan itu bukan jalan menuju kejayaan namanya. Semakin hampir kita pada kejayaan, makin hebat dugaan yang datang, makin sempit jalan yang dilalui. TAPI, kalau kita mampu melalui segalanya dengan jayanya...itulah KEJAYAAN yang wajar kita kecapi.

Sheesh....saya mesti terus kuat menghadapi segala dugaan ini. Kalau ada orang yang tak suka, kita salam tangan dia dan ucapkan "Terima Kasih, awak telah berjaya membakar semangat saya". Kalau ada orang yang kondem, salam juga tangannya dan ucapkan "Terima Kasih, kita jumpa di puncak kejayaan". Kalau orang kata apa yang kita buat ni sia-sia dan buang masa, salam tangannya dan ucapkan "It's never too late bebeh". Arghhh...apalah yang saya merepek ni???

Haihh...maybe a day or two vacation will refresh my soul again.... :)

April 09, 2009

+*+*~I Hate It...~*+*+

Theres time when I feel so excited, full of energy and everything good around me.

But there are also sometimes when I'm feeling down, tired with the things happening and I felt like am full of negative energy...

Please...I hate to face that negative energy...

Shooh...negative aura and energy...please go away...you're not welcome here!

March 27, 2009

+*+*~What's Happening To Me??...Sigh...~*+*+

I read through baby center & baby-gaga on how's mom doing in this 29th week. Kedua-dua webbies bagitau salah satu perkara yang saya akan hadapi ialah "constipation, back pain and heart-burn" due to hormon changes..yadi and yada... Saya mengalami heart-burn itu especially bila saya lambat makan bila saya dah berasa lapar but alhamdulillah, no constipation so far. Sakit belakang pun ta obvious sangat cuma terasa bila saya baring waktu nak tido (saya adalah jenis manusia yang suka tidur menelentang, nak suruh saya tido mengiring adalah sangat sukar sekali). However, I found that I faced with this problem...I got the allergic...some kind like eczema. Peha saya dah dipenuhi dengan rashes yang gatalnya ya ampunnn...and also skarang ni dah merebak pula kat bawah lipatan lutut saya. Tak larat rasanya nak menggaru...sebab makin digaru makin gatal pula jadinya.

Before this I used to face the same problem. Actually saya ni bukanlah orang yang ada allergic pada apa2 pun, especially foods. But sometimes, the allergic will come, tapi taklah kerap, mungkin 2-3 tahun sekali. Bila allergic tu dah start menyerang saya tidak boleh makan ayam (ayam goreng ok, tapi kena pastikan ayam tu betul2 masak), udang (same thing, kalau digoreng atau dibakar boleh, tapi kena pastikan betul2 masak). Tapi kali ni lain pula kesnya. Baru sekejap tadi saya makan french fries (off course digoreng, ada ke french fries rebus??) tapi still the allergic come. Aduh...gatalnya...dah sampai kat lengan saya rasa gatalnya.

Saya tak tau nak buat macam mana. Saya dah sapukan air laut mati dari Jordan dengan harapan boleh hilanglah kegatalan yang saya alami ni. Tapi, makin perit and gatal jadinya. Dulu saya pernah diserang oleh virus ladang (penyakit yang selalu menyerang budak2 UPM yang suka curi buah di ladang...now you know why I got it right??), habis dua2 belah kaki saya kat area tulang kering jadi gatal and berparut kehitaman macam kena bakar. Masa tu puaslah saya pegi klinik nak cari ubat gatal and doktor prescribe losyen untuk hilangkan parut kat kaki, tapi lepas 2-3 kali ulang-alik jumpa doktor, virus tu tak hilang langsung. Bila mak saya bagi air laut mati tu dan saya sapukan kat tempat yang diserang tu, lepas 2-3 hari gatal2 and parut2 sekali hilang. Thanks to air laut mati from Jordan.

However, ni lain pula kesnya. Kenapa ye? Hormonal change ke??

**Luckily that allergic rashes goes up until my lengan saja. Kalu dia menyerang sampai ke muka saya yang jelita ini susahlahhh**

December 04, 2008

+*+*~Luahan Petang Khamis~*+*+

4 update dalam satu hari, mesti muakkan baca blog ni. Tapi bukankah awal2 lagi saya dah bagitau, hari ini saya akan keep on update blog saya ini kerana saya tidak ada banyak kerja dan hari ini merupakan hari yang sangat sukar bagi saya.

Saya peliklah, kenapa manusia ni (especially orang melayu) apabila mereka lebih senior atau lebih kaya atau lebih apa2 sajalah, mereka sangat ego dan mereka mahu mengawal segala-galanya. Senang kata, mereka boleh claim seolah2 mereka ni kebal dari segala2nya, termasuk undang2. Adakah mereka lupa bahawa Allah itu ada dan Malaysia ini ada undang2? Saya tak sukalah nak panjang2kan cerita ni, tapi saya sangat marah dan geram dan saya rasa kat sini tempat paling baik untuk saya melepaskan marah.

Adakah mereka rasa apabila mereka lebih segala2nya, hidup mereka dah sempurna? Apakah definisi kesempurnaan hidup mereka? Adakah dengan mempunyai pelajaran yang tinggi, mempunyai duit yang banyak, ada anak2, itu definisi sempurna? Haihh...kenapalah mereka ni sangat cetek ilmu pengetahuannya, sangat jahil tentang kehidupan??

Bagi saya, hidup saya takkan sempurna selagi saya tidak dapat betulkan keadaan dan kembalikan semula keadaan kepada yang sepatutnya. Dan apa yang sepatutnya itu adalah berdasarkan prinsip, dan lebih mudah prinsip hidup manusia tertulis dan tersimpan rapi di dalam Al-Quran. Bagi saya mudah saja, Al-Quran kalau dibaca2 sahaja tiada gunanya, takde manfaat dan macam mana kita nak claim kita dapat pahala kalau kita baca2 sahaja. Contohnya, kalau kita baca2 saja buku matematik, kita hanya dapat simbol2 yang kita sendiri tak mengerti, tapi kalau kita baca & belajar ilmu matematik, barulah ada manfaat dalam hidup kita. Begitu juga dalam amalan2 ritual (sembahyang 5 waktu, puasa dan sebagainya) kalau tidak diserap dalam kehidupan ritual2 itu akan jadi ritual sahaja, sia2 dan tiada maknanya.

Saya tahu apa yang saya tulis ni agak sensitif, tapi semakin jauh perjalanan yang saya lalui ni semakin saya pelik dengan sifat manusia. Ini adalah kerana daripada pemerhatian saya, manusia hari ini semakin hilang nilai2 kemanusiaan dan lupa prinsip hidup sebagai manusia (atau tidak mengerti apa prinsip hidup sebagai manusia). Dalam kes saya dengan perempuan tua itu, saya tak nak bergaduh dan bercakaran dengan manusia yang tidak ada prinsip, oleh itu prinsip saya mudah saja, Malaysia ini ada undang2, oleh itu biarlah undang2 yang menentukan segalanya.

Saya harap esok adalah hari yang lebih cerah untuk saya. Doakan saya ya.

+*+*~Kenapa Saya Mesti Takut Dengan Mereka?~*+*+

Tak habis lagi dengan kes saya dengan perempuan tua itu. Selepas waktu makan tengah hari tadi saya telah menelefon mereka semula untuk mendapatkan maklumat. Tetapi, apa yang saya dapat? Tengkingan dan makian dari dalam telefon!!

Macam ni ke cara orang jalankan perniagaan? Dahlah buat salah, tapi pretend macam dia tak buat salah. Kalau nak tahu, dahlah mereka deal dengan kami menggunakan nama yang tak wujud dalam ROC/ROB. Isyy..diorang ni, ingatkan kami ni orang yang duduk dalam gua macam diorang ke? Sekarang ni dunia berinternet, maklumat di hujung jari sahaja. Kalau saya nakkan maklumat, saya hanya taip dan tekan enter, maklumat tu akan sampai kepada saya dalam masa 0.005 saat!

Takpe, saya bersabar sedikit lagi. Kalau saya tak dapat juga payment daripada mereka dalam masa 2-3 hari ni, saya akan laporkan kepada KPDNHEP. Kan saya dah kata, sekarang ni dunia berinternet, kalau saya nak buat laporan melalui internet pun boleh. Saya dah ambil nombor telefon tribunal aduan pengguna daripada KPDNHEP siap2. Apa diorang ni tak takut dengan undang2 ke? Saya malas nak gaduh, nak santau atau kaedah2 yang tidak professional seperti mereka. Tengking2 dalam telefon pun saya tak mau. Tetapi kalau nak tunjuk ego, tunjuk ego depan hakim dalam mahkamah lah. Tengkinglah hakim kalau kau berani.

Rasanya siri cerita geram saya ni takkan habis kat sini dan takkan habis selagi saya tak dapat payment daripada customer ni. Saya akan terus mencatat cerita ini buat pelajaran bagi semua. Yang penting saya tak boleh takut dengan mereka sebab mereka yang berhutang dengan saya bukan saya yang berhutang dengan mereka.

+*+*~Saya Dah Jadi Jahat~*+*+

Tak habis2 cerita geram saya dengan orang tua itu. Semalam saya telah menelefon assistantnya dan bertanya tentang payment. Dia bagitau account clerk dah bank in duit melalui cek ke dalam akaun syarikat saya pada hari Selasa. Buat pengetahuan, saya telah mendaftar Maybank2U application untuk company saya, jadi mudahlah untuk saya berurusan dengan bank tanpa perlu bersesak2 di sana. Jadi, dengan mudah jugalah saya boleh cek sama ada apa yang mereka cakap ni betul atau tidak. Caranya, log in ke dalam account transaction, tengok account details, nanti dia akan tulis Outside Cheque Clearance, 1 day floating & 2 days floating. Itu menandakan ada cek transaction yang berlaku pada akaun kita. Apa yang memeranjatkan saya, ledger itu adalah 0!! Ini bermakna mereka telah menipu kami!!

Pagi tadi, seawal 9 pagi saya call ofis mereka. Kalau boleh saya nak berbincang secara baik dan selesaikan semuanya dengan baik. Tapi sampai pukul 11 pagi panggilan saya tak berjawab. Oleh itu tak salahkan kalau saya beranggapan yang mereka ini cuba mempermainkan kami dan cuba menipu kami. Disebabkan kesabaran saya ada batasnya, saya telah menghantar notis melalui sms kepada orang tua itu dan saya bagitau kepada dia kalau dia tak buat bayaran dalam minggu ini saya akan buat laporan polis! Saya rasa tindakan undang2 adalah lebih baik untuk mengajar orang degil dan kuat menipu seperti ini.

Dalam masa 5 minit selepas saya menghantar sms itu, bertalu2 panggilan daripada mereka masuk ke telefon saya. Saya tak mahu angkat, saya nak bagi silent treatment dulu kepada mereka. Nanti sekejap lagi saya akan call ofis mereka dan mungkin kali ini saya terpaksa berlakon menjadi orang lain dan memberikan kata 2 kepada mereka - bayar atau laporan polis!

Saya terpaksa jadi jahat buat masa ni sebab +*+*~SIAPA YANG KURANG AJAR PATUT DI AJAR!!~*+*+

+*+*~She Made It to 13th!!~*+*+

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, finally my baby reach to 13th weeks!! Give her a big hand. +*+*~Clap!Clap!~*+*+

Alhamdulillah, setakat ni takde masalah kritikal yang saya alami (seperti dulu). Cuma sakit2 abdomen, sakit pinggang dan tak lalu makan sangat lah! Cuma yang saya perasan buat masa ni saya suka makan ayam goreng, tapi bukan ayam goreng KFC, McDonald atau yang sewaktu dengannya. Saya suka ayam yang digoreng dengan kunyit sahaja, plain gitu. Kalau dapat yang macam tu, makan dengan nasi + kicap dah cukup membuka selera saya.

Dan lebih menggembirakan saya lagi, minggu ni merupakan minggu terakhir untuk first trimester yang membawa erti semakin berkurangan risiko keguguran. I'm proud of my baby because she successfully make it to 13th!! Dan yang paling best sekali, my baby taught me a lot especially on human phisiology, psychology, nutrition, etc.etc. Kalau sebelum ni saya memang sangat fail tentang benda hidup ni sebab saya tak pernah belajar biology daripada sekolah menengah lagi. Kali terakhir saya belajar biologi dalam subjek sains masa tingkatan 3, tu pun bila masuk bab biologi saya akan escape kelas sains..hohoho.

Maaf ye dalam entry yang lepas saya sangat marah dan melepaskan kata2 yang kurang enak dibaca. Saya memang geramlah dengan itu perempuan tua, dia rasa dia kaya, bukan main sombong dan bongkak lagi. Saya baru test sikit, belum lagi saya test kau-kau punya. Saya ingatkan dia baik, tapi betullah kata bijak-pandai, don't judge a book from its cover. Nampak je macam baik, hati dia...Masya Allah... Tapi takpelah, let by gone be by gone, saya tak nak teruskan bisnes dengan dia. Saya tak ralat hilang customer macam tu dan Insya Allah saya akan invest dalam satu cabang bisnes yang baru yang saya dah nampak cahayanya. Nanti saya share di sini.

Saya rasa saya akan keep on updating blog hari ni sebab saya takde keje nak buat hari ni. Suami saya minta saya rehat saja kat rumah sebab dia ada kerja di luar. Bermakna saya tak perlu ke ofis. Nasib baik rumah mak saya ada internet, jadi bolehlah saya bertenet seharian..hohoho.

December 03, 2008

+*+*~Pedih~*+*+

Apa yang saya nak ceritakan hari ini bukanlah satu rekaan, atau cerita emosi yang diada-adakan. Tapi saya menceritakan kisah sebenar, yang merupakan pengalaman hidup saya dan duri yang terpaksa saya lalui untuk menempuh kejayaan.

Baru sekejap tadi saya menelefon customer saya di Taiping. Buat pengetahuan, customer ini sangatlah bermasalah dan yang lebih menyedihkan customer ini adalah Melayu! Bayangkan, betapa mereka meperkotak-katikkan kami mungkin sebab pada mata mereka kami ini hanyalah budak2 mentah yang boleh ditipu, tapi adakah mereka lupa bahawa Allah itu ada? Pada awalnya saya telah menerima order daripada mereka dan mereka bersetuju untuk membuat pembayaran selepas 1 minggu barang2 diterima. Tetapi, sampai ke hari ini dah masuk 2 bulan lebih kami hanya menerima 1 pembayaran saja dan itu pun tak sampai 50% daripada harga barang yang sebenar.

Saya tak suka nak berkata buruk tentang orang, dan tujuan utama saya menjalankan perniagaan ini adalah untuk menaikkan taraf orang Melayu dan menggalakkan lebih ramai Melayu berkecimpung dalam perniagaan. Tetapi dengan wujudnya bangsa Melayu yang bangsat seperti ini memanglah saya yakin yang bangsa Melayu takkan ke mana. Kalau bangsa Melayu sendiri berusaha untuk menjahanamkan bangsanya, apatah lagi bangsa lain.

Tempoh hari salah seorang daripada teman saya telah menghantar SMS yang agak keras bunyinya antaranya "Puan tolonglah jangan tindas kami, kita sama2 mencari rezeki di bumi Allah ini". Saya rasa dah cukup baik bahasa yang kami gunakan, tapi sebab dia ego dan sangka dia adalah manusia yang paling kaya dalam dunia, dia telah menelefon saya dan memberi amaran pada saya "U tak payahlah cakap2 macam tu kat I. Kami tak pernah lagi makan duit haram. Tanyalah kat orang kat Taiping ni, ada kami makan duit haram?" Dan sebentar tadi sewaktu saya membuat panggilan untuk bertanya tentang bayaran, sekali lagi saya mendapat "I sangat terkilan sebab hari tu, sebab cakap2 I yang bukan2. I sangat2 terkilan". L****U lah! Kau nak pikir kau punya terkilan je? Kami punya terkilan sebab kau tak tunaikan janji ni macam mana? Kau ni memang P*****K lah!

Nama company ni (berdasarkan P.O yang mereka hantar kepada pihak kami) Al Nur Wholeseller Sdn Bhd. Tapi mereka tak bagi nombor registration company pada kami. Dah lah tu, baru2 ni saya cek semula pendaftaran syarikat ni dan saya dapati nama syarikat ini tidak wujud! Jadi, apakah itu? Nampak sangat mereka ni cuba menipu kan? Memang haramlah kalau mereka tak bayar duit kami. Hutang mereka pada kami bukan sedikit tau, RM16,000++! Saya rasa nak saman je syarikat ni, saya dah tak boleh bersabar lagi!

Kenapalah wujud Melayu bangsat macam ni? Kalau nak menipu pun biarlah professional sikit, janganlah nampak sangat nak menipu!

Nota: Lagi satu nama perempuan yang deal dengan kami tu ialah Rosmah Tua Bangka Tak Sedar Diri, bawak kereta Mercedes C-Class yang dah eksiden dan takde duit RM78,000 nak repair kereta tu, dah lah loklak, eksiden sebab diri sendiri langgar tembok, nasib baik tak mampus, kalau kau mampus kan lagi bagus, taklah menyusahkan orang!

November 25, 2008

+*+*~Penyelesaiannya....~*+*+

Dalam entry lepas kan saya ada bertanya tentang pengaduan hal2 orang yang lembab buat payment ni kan. Nampaknya takde respon sebab saya tau saya takde pembaca setia...huhu..

Walau bagaimanapun, saya telah mengaplikasikan penyelesaian cara saya sendiri iaitu:-

+*+*~Siapa Yang Kurang Ajar Patut Diajar~*+*+

Walaupun tidak berapa professional saya tak kesah asalkan kerja saya boleh jalan. Kalau kita deal dengan kaum C*** pun diorang akan guna approach seperti ini di mana, +*+*~Peduli hapa sama undang-undang, janji gua punya luit lapat~*+*+.

Tetapi, saya sedar yang approach seperti ini tidak akan bertahan lama, jadi saya mengambil pendekatan untuk menyertai mana2 kursus keusahawanan pada tahun hadapan kerana saya ada satu persoalan yang amat saya musykilkan iaitu +*+*~Apa patut kita buat kepada customer yang penipu dan maha lembab dalam bab payment ini??~*+*+

Doakanlah kejayaan saya.

Nota: Saya sekarang tengah sibuk mengulangkaji semula subjek Termodinamik, rasa macam nak buat research tentang aplikasi haba dalam masakan, tapi tak tau nak tulis macam mana. Takpe, saya akan teruskan kajian saya secara perlahan2 dan saya tidak akan mengalah. +*+*~Berusahalah!!~*+*+

November 24, 2008

+*+*~Ada Sesiapa Yang Tahu??~*+*+

Saya sedang menghadapi masalah yang sangat BESAR! Maklumlah bagi orang yang baru2 menjalankan perniagaan seperti saya, PASTI akan menghadapi masalah yang bertimpa2. Tapi bagi saya, masalah akan mematangkan kita, jadi saya taklah ralat sangat menghadapi masalah ni cuma saya perlukan bantuan untuk menyelesaikan masalah ni.

Ini adalah berkaitan dengan customer yang lambat buat payment. Dulu, janji cash term. Tapi dengan baik hati saya bagi 1 week term. Tetiba dia pandai2 buat term sendiri - 1 month term. Saya bersabar dengan term yang dia buat sendiri tu. So, dah sampai sebulan saya pun follow up balik macam mana dengan progress payment saya. Alih-alih, 1 month term telah menjadi 2-months term dan bagi saya ini adalah sesuatu yang sangat MELAMPAU. Tindakan ini menyebabkan peniaga2 baru seperti saya menderita.

Jadi sekarang ni, saya nak solution yang paling baik. Kalau ada channel untuk saya buat aduan, kat mana agaknya yang patut saya lakukan? Saya ni memang bodoh sikit bab2 mengadu ni, jadi kalau ada sesiapa yang tahu boleh tak bagi tunjuk ajar sikit kat saya? Bolehkan? Bolehkan?

August 26, 2008

+*+*~Tak Paham Laaa~*+*+

I'm not sure whether I should blog about this or not. Tapi sebagai pengajaran, I think I SHOULD write about it.

Aku tak paham kenapa manusia khasnya ORANG MELAYU & BERAGAMA ISLAM adalah sangat dengki dengan kejayaan & kemajuan orang yang sebangsa & seagama dengan dia. Bila dah nampak kejayaan tu, bukannya nak sama2 usahakan agar perkara tu berjaya, tapi kalau boleh dia nak susahkan orang tu sampai jahanam lah senang cerita. Lagi aku pelik sebab orang yang bersifat seperti ini adalah seorang yang sangat kaya, berkedudukan dalam politik & sepatutnya menjadi sandaran kepada rakyat jelata.

1 benda jelah aku nak remind, kecil2 cili padi, orang tamak selalu rugi. Kalau kau rasa kau berjaya sebab kau kaya memang kau silap besar. ALLAH tu MAHA KAYA, kalau kau rasa kau dah cukup kaya, ada yang lebih kaya daripada kau. ALLAH tu jauh lebih kaya daripada kau, tapi dia tak pernah zalim pada makhluknya. Kau tunggu jelah....