THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


December 04, 2008

+*+*~Saya Dah Jadi Jahat~*+*+

Tak habis2 cerita geram saya dengan orang tua itu. Semalam saya telah menelefon assistantnya dan bertanya tentang payment. Dia bagitau account clerk dah bank in duit melalui cek ke dalam akaun syarikat saya pada hari Selasa. Buat pengetahuan, saya telah mendaftar Maybank2U application untuk company saya, jadi mudahlah untuk saya berurusan dengan bank tanpa perlu bersesak2 di sana. Jadi, dengan mudah jugalah saya boleh cek sama ada apa yang mereka cakap ni betul atau tidak. Caranya, log in ke dalam account transaction, tengok account details, nanti dia akan tulis Outside Cheque Clearance, 1 day floating & 2 days floating. Itu menandakan ada cek transaction yang berlaku pada akaun kita. Apa yang memeranjatkan saya, ledger itu adalah 0!! Ini bermakna mereka telah menipu kami!!

Pagi tadi, seawal 9 pagi saya call ofis mereka. Kalau boleh saya nak berbincang secara baik dan selesaikan semuanya dengan baik. Tapi sampai pukul 11 pagi panggilan saya tak berjawab. Oleh itu tak salahkan kalau saya beranggapan yang mereka ini cuba mempermainkan kami dan cuba menipu kami. Disebabkan kesabaran saya ada batasnya, saya telah menghantar notis melalui sms kepada orang tua itu dan saya bagitau kepada dia kalau dia tak buat bayaran dalam minggu ini saya akan buat laporan polis! Saya rasa tindakan undang2 adalah lebih baik untuk mengajar orang degil dan kuat menipu seperti ini.

Dalam masa 5 minit selepas saya menghantar sms itu, bertalu2 panggilan daripada mereka masuk ke telefon saya. Saya tak mahu angkat, saya nak bagi silent treatment dulu kepada mereka. Nanti sekejap lagi saya akan call ofis mereka dan mungkin kali ini saya terpaksa berlakon menjadi orang lain dan memberikan kata 2 kepada mereka - bayar atau laporan polis!

Saya terpaksa jadi jahat buat masa ni sebab +*+*~SIAPA YANG KURANG AJAR PATUT DI AJAR!!~*+*+

0 komen: