THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


December 04, 2008

+*+*~Kenapa Saya Mesti Takut Dengan Mereka?~*+*+

Tak habis lagi dengan kes saya dengan perempuan tua itu. Selepas waktu makan tengah hari tadi saya telah menelefon mereka semula untuk mendapatkan maklumat. Tetapi, apa yang saya dapat? Tengkingan dan makian dari dalam telefon!!

Macam ni ke cara orang jalankan perniagaan? Dahlah buat salah, tapi pretend macam dia tak buat salah. Kalau nak tahu, dahlah mereka deal dengan kami menggunakan nama yang tak wujud dalam ROC/ROB. Isyy..diorang ni, ingatkan kami ni orang yang duduk dalam gua macam diorang ke? Sekarang ni dunia berinternet, maklumat di hujung jari sahaja. Kalau saya nakkan maklumat, saya hanya taip dan tekan enter, maklumat tu akan sampai kepada saya dalam masa 0.005 saat!

Takpe, saya bersabar sedikit lagi. Kalau saya tak dapat juga payment daripada mereka dalam masa 2-3 hari ni, saya akan laporkan kepada KPDNHEP. Kan saya dah kata, sekarang ni dunia berinternet, kalau saya nak buat laporan melalui internet pun boleh. Saya dah ambil nombor telefon tribunal aduan pengguna daripada KPDNHEP siap2. Apa diorang ni tak takut dengan undang2 ke? Saya malas nak gaduh, nak santau atau kaedah2 yang tidak professional seperti mereka. Tengking2 dalam telefon pun saya tak mau. Tetapi kalau nak tunjuk ego, tunjuk ego depan hakim dalam mahkamah lah. Tengkinglah hakim kalau kau berani.

Rasanya siri cerita geram saya ni takkan habis kat sini dan takkan habis selagi saya tak dapat payment daripada customer ni. Saya akan terus mencatat cerita ini buat pelajaran bagi semua. Yang penting saya tak boleh takut dengan mereka sebab mereka yang berhutang dengan saya bukan saya yang berhutang dengan mereka.

0 komen: