THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


March 31, 2009

+*+*~Great Sunday vs Hectic Monday~*+*+

Pheww...lega. Baru dapat duduk and melepaskan lelah. Hectic Monday lah katakan... :).

Sunday

Went back to husband's hometown in Gemas, Negeri Sembilan to attend his old friend wedding. Bertolak dalam jam 11.30am and sampai jam 2.00pm. Ye...Gemas adalah jauh ok daripada KL and believe me, kali pertama saya sampai ke Gemas adalah selepas saya berkahwin dengan suami saya. Makan..makan..makan...(lauk kenduri adalah marvellous as they prepared traditional N9 cuisines...i loikee), sembang..sembang..sembang, then made a move to my BIL house, also in Gemas, just near by that area. Duduk...duduk...duduk...sembang...sembang...sembang...then cepat2 angkat punggung sebab my husband nak rush back to KL for his volleyball session. Unluckily, jalan kat highway adalah jam daripada sebelum exit Senawang sehingga ke selepas exit Seremban. Puncanya, ada sebuah kereta kancil rosak kat tepi jalan and Plus dah datang tolong pun...and pemandu2 lain pun nak tolong sama...tolong tengok. Lepas tu bila sampai dekat2 area Bangi, sekali lagi jam sebab pemandu2 sibuk nak tengok "bekas eksiden". Sangat marah okeh dengan habit memandu orang Malaysia. Disebabkan tersangkut banyak kali kat jalan, my husband terpaksa melupakan volleyball session on that day sebab dah lewat and hari pun dah hujan.

Monday

Got a call from Jeffrey early in the morning regarding closing day on Tuesday. Actually, there are few things we need to do to make sure that we can get that 12,500VP by closing date on Tuesday. Jadi bermula tengah hari, henpon saya tak berhenti-henti berbunyi sebab nak settlekan hal closing ni. And my husband pun tak balik lagi sampai sekarang sebab still fighting for that 12,500VP. This VP is really2 important to us as I really want that VIP seating for him in Korea, and also VIP seating in Supervisor Academy next month. By the way, I already got the tickets for Supervisor Academy!

And tomorrow adalah dijangkakan lebih hectic lagi sebab tomorrow is the closing day!

And, baby tidak duduk diam langsung hari ni. Daripada siang tadi dia sibuk menumbuk dan menendang saya dan petang tadi saya mengalami sakit perut dan sakit belakang. Sampai sekarang ni, di waktu saya sedang menaip di komputer ini, baby still punching and kicking my belly. Tak taulah apa yang tak cukup, but I'm sure sebenarnya dia sedang menjadi budak pom-pom yang cuba memberi semangat kepada bonda dan ayahanda tercinta agar dapat mencapai target closing sebanyak 12,500VP! Thanks baby for your support.

Cukup dulu update setakat ini...saya perlu tidur sekarang untuk mengumpul tenaga untuk hari esok. Nite....

March 27, 2009

+*+*~What's Happening To Me??...Sigh...~*+*+

I read through baby center & baby-gaga on how's mom doing in this 29th week. Kedua-dua webbies bagitau salah satu perkara yang saya akan hadapi ialah "constipation, back pain and heart-burn" due to hormon changes..yadi and yada... Saya mengalami heart-burn itu especially bila saya lambat makan bila saya dah berasa lapar but alhamdulillah, no constipation so far. Sakit belakang pun ta obvious sangat cuma terasa bila saya baring waktu nak tido (saya adalah jenis manusia yang suka tidur menelentang, nak suruh saya tido mengiring adalah sangat sukar sekali). However, I found that I faced with this problem...I got the allergic...some kind like eczema. Peha saya dah dipenuhi dengan rashes yang gatalnya ya ampunnn...and also skarang ni dah merebak pula kat bawah lipatan lutut saya. Tak larat rasanya nak menggaru...sebab makin digaru makin gatal pula jadinya.

Before this I used to face the same problem. Actually saya ni bukanlah orang yang ada allergic pada apa2 pun, especially foods. But sometimes, the allergic will come, tapi taklah kerap, mungkin 2-3 tahun sekali. Bila allergic tu dah start menyerang saya tidak boleh makan ayam (ayam goreng ok, tapi kena pastikan ayam tu betul2 masak), udang (same thing, kalau digoreng atau dibakar boleh, tapi kena pastikan betul2 masak). Tapi kali ni lain pula kesnya. Baru sekejap tadi saya makan french fries (off course digoreng, ada ke french fries rebus??) tapi still the allergic come. Aduh...gatalnya...dah sampai kat lengan saya rasa gatalnya.

Saya tak tau nak buat macam mana. Saya dah sapukan air laut mati dari Jordan dengan harapan boleh hilanglah kegatalan yang saya alami ni. Tapi, makin perit and gatal jadinya. Dulu saya pernah diserang oleh virus ladang (penyakit yang selalu menyerang budak2 UPM yang suka curi buah di ladang...now you know why I got it right??), habis dua2 belah kaki saya kat area tulang kering jadi gatal and berparut kehitaman macam kena bakar. Masa tu puaslah saya pegi klinik nak cari ubat gatal and doktor prescribe losyen untuk hilangkan parut kat kaki, tapi lepas 2-3 kali ulang-alik jumpa doktor, virus tu tak hilang langsung. Bila mak saya bagi air laut mati tu dan saya sapukan kat tempat yang diserang tu, lepas 2-3 hari gatal2 and parut2 sekali hilang. Thanks to air laut mati from Jordan.

However, ni lain pula kesnya. Kenapa ye? Hormonal change ke??

**Luckily that allergic rashes goes up until my lengan saja. Kalu dia menyerang sampai ke muka saya yang jelita ini susahlahhh**

+*+*~29th Weeks!!~*+*+

Yesterday went for monthly check-up. The baby already turned to 29th weeks..how time flew... cepat betul masa berlalu sampai saya tak perasan baby saya dah hampir selesai pembentukannya dalam rahim saya. Tinggal beberapa hari saja lagi before baby say hi to the world.

Baby saya sangat..sangat..sangat active lately. Maybe perkara biasa bagi babies yang dah officially 7th month in the womb. However, semalam sewaktu check-up dia telah melakukan aksi kurang sopan sehingga membuatkan nurse terperanjat. Sewaktu nurse meletakkan heart-beat reader microphone kat perut saya untuk memeriksa kadar degupan jantung baby, dengan jayanya dia telah menendang microphone itu sekuat hati. Bukan sekali, tetapi setiap kali nurse mengalihkan microphone itu, dia akan menendang tepat ke arah microphone itu, as if tried to say "May day...may day...intruder detected..". Ngeehee...sungguh comel and now I know that my baby is getting brilliant from day to day. Herbalife baby lah katakan....

So far my condition pun sangatlah meng-impressed-kan para nurse. BP under control, 122 over 67, urine condition ok, blood sugar sangatlah terkawal...last MGTT result just 4.4mmol/L selepas minum air gula, HB reading 13.2..which is high and very good...so skang ni saya dapat lihat sendiri kelebihan mengambil nutrisi lengkap setiap hari. Baby heart beat between 154-156 bit per second....see..everything in good condition, alhamdulillah. And thanks to Herbalife too!

Last night went to my eldest brother's house as he organizing his youngest son "Majlis Cukur Jambul". Baby is doing well and so behave along the ceremony, tapi bila sepupu-sepapat dia mula buat bising sementara tunggu nak balik, dia mula tak duduk diam...macam dah tak sabar nak keluar and join sama buat bising. Sabar baby...I'm sure when you already here you'll be the hero..ngeehee.. :)

As for baby preparation, hari tu adalah beli sikit2 tambahan lagi macam tikar getah, berus botol, face towel. Yang lain-lain tu dah banyak, baju dia dah ada 5 pasang, lampin 25 helai, mitten & booties dekat 6 pasang (in case mama adalah pemalas untuk basuh weekly), cap sehelai, blanket with hood sehelai, feeding bottle 1 set...apa lagi ye?? Setakat barang basic tu dah almost completelah kan. Cuma next month nak kena cari playpen (saya tak mahu baby cott...boleh pakai kejap je), and bedding set. Also kaki buai. Yang tu boleh beli kat kedai Ah Keong je...tak perlu kot saya nak kena cari sampai ke IKEA. Eventhough ramai yang kata jangan biasakan anak tido dalam buai, nanti susah kalu nak pegi rumah orang...but as what my SIL always said.."Tak pe...nanti nak pegi rumah orang pandailah aku nak angkut kaki buai ni macam mana".

Oh ya...one more thing. I think this is the part yang buat most of the mommy-to-be most excited, to do the detail scan. I just wonder...perlu ke saya buat detail scan itu? 3D-4D scan itu juga...adakah penting? Dulu masa mak saya mengandungkan saya dia takde pun buat scan tapi saya tetap sihat dan bijak sampai sekarang. Actually, I'm still considering it as I see it as non-added value activity so better duit yang digunakan untuk membuat aktiviti non-added value ini disalurkan kepada aktiviti yang lebih berfaedah seperti membeli tiket untuk Herbalife SEA Supervisor Academy next month (each ticket cost about USD100 @ RM357) ataupun dihimpun untuk membeli bag Coach untuk mama.

Yeah...next month there will be an amazing seminar training organized by Herbalife...SEA Supervisor Academy, only for Supervisors in Herbalife. Can't wait for the event!

March 26, 2009

+*+*~Celaru...Celaru...~*+*+

Eventhough its been quite late at night, I still cannot sleep. A lot of things coming minggling and jumbling into my head. Sebenarnya, saya agak keletihan sekarang ni. Siang tadi saya dan Herbalife group saya telah ke UPM untuk menyertai car boot sale event kat sana. Aktiviti kami off course educating people about nutrition, buat free body wellness evaluation, promoting Herbalife and collecting phone numbers. Eventhough penat tapi sangat fun! Balik daripada event, straight away tertido sampai petang. My husband pun tak attend volleyball session dia hari ni sebab letih sangat. Alih2 saya terjaga dah pukul 7pm, so cepat2 bergegas ke depan TV sebab nak tengok SPA-Q2...oh..sungguh keji tabiat ini. ;P

Actually, apa yang buat saya tak boleh tido ni? Lately, banyak cerita yang saya dengar especially impak daripada recession. Kawan2 kena VSS and suddenly dapat "tawaran bercuti selama-lamanya". Bukanlah saya nak tepuk tangan dan berkata huray...atau pun ketawa sipi2 malu...kalu saya mampu memang saya nak tolong sangat. Tapi, perlukah mereka dengan pertolongan saya? Memang saya tahu sangat sukar untuk melalui detik-detik kehilangan pekerjaan, especially bila sampai bab nak kena start all over again and cuba mencari apa yang terbaik untuk diri dan keluarga. Setahun yang lepas, saya hampir kalah dalam permainan itu, tapi alhamdulillah dengan kesabaran dan kekuatan yang ada, saya harungi juga segalanya. Saya yakin, untuk dapat sesuatu yang terbaik pasti kita dihadapkan dengan perjalanan yang sangat sukar. Bukanlah Tuhan tu tak adil, tapi itulah cara Dia mengajar.

Lepas tu tadi sementara tunggu siri Mertua Vs Menantu kat Astro Prima (ye...katakan saya ini kji...drama freak!), saya sempat menonton Bersamamu di TV3. Sayu hati bila melihat nasib gadis bernama...saya lupa pula namanya yang jatuh sakit dalam usia yang sangat muda, lebih muda daripada saya. Baru setahun berkahwin, tetapi sewaktu usia kandungannya 7 bulan, tiba-tiba dia mengalami tekanan darah tinggi yang melampau sehingga anak dalam kandungannya meninggal dunia. Impak daripada kejadian tersebut, sekarang dia dah tak mampu nak buat apa2, makanan pun disalurkan melalui tiub daripada hidungnya dan satu lubang kecil terpaksa ditebuk di bahagian lehernya untuk membantu pernafasannya. Ibunya terpaksa menjaganya sepenuh masa dan dalam masa yang sama perlu bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga. Apalah sangat gaji RM500 sebagai cleaner contract di sebuah klinik kesihatan. Huh...kalau saya mampu, memang dah lama saya hulurkan bantuan saya. Tapi buat masa ini...saya sendiri pun separuh nyawa bertarung dengan permainan hidup ni.

Haih....banyak betul tanggungjawab yang tak selesai lagi.....

March 24, 2009

+*+*~Sebuah Kisah Klasik Untuk Masa Depan~*+*+



Sebuah Kisah Klasik Untuk Masa Depan

Jabat tanganku, mungkin untuk yang terakhir kali
Kita berbincang tentang memori di masa itu
Peluk tubuhku usapkan juga air mataku
Kita terharu seakan tidak bertemu lagi

Bersenang-senanglah
Kar'na hari ini yang 'kan kita rindukan
Di hari nanti sebuah kisah klasik untuk masa depan
Bersenang-senanglah
Kar'na waktu ini yang 'kan kita banggakan di hari tua

Reff:
Sampai jumpa kawanku
S'moga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan
Sampai jumpa kawanku
S'moga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan

Bersenang-senanglah
Kar'na hari ini yang 'kan kita rindukan
Di hari nanti...

Ke: Reff

Mungkin diriku masih ingin bersama kalian
Mungkin jiwaku masih haus sanjungan kalian

*************************************************************************************************

Masa tengah duduk2 sambil menonton cerita Jelita di TV3, tiba2 saya teringat kepada lagu ini. Tak salah saya, lagu ni macam theme song saya masa final year kat UPM dulu...masa tu tengah sewel menyiapkan final project and prepare for final year presentation. How I miss that memories so much!!


Saya masih ingat lagi macam mana kami struggle sama2 waktu final year exam, stay back kat fakulti sampai awal2 pagi sebab project soalan untuk exam and buat toyol juga...(ye, tanpa toyol siapalah kami). By the way, course saya dulu terbahagi kepada 2 major - Pure Mechanical and Mechanical & Manufacturing. Saya termasuk dalam kategori Mechanical & Manufacturing sebab saya suka hands on instead of asyik masuk lab and belajar teori sahaja. Kawan2 seperjuangan - Mie, Chequn, Siti, Ajai, Ujang (al-fatihah for him, rest in peace in 2006 tak salah saya)...sape lagi ye. So far yang selalu hang out dengan saya adalah Mie & Chequn.


Skang ni, semua dah ada family masing2 and sibuk dengan komitmen masing2. Kalaulah saya boleh kembali ke masa lalu...tapi takpe, yang penting kita tetap akan menjadi kisah klasik untuk masa depan..menjadi legenda dan sebutan di tempat kita dulu.


Wish you guys best of luck in life!

March 23, 2009

+*+*~From Taiping With Love~*+*+

Well, as planned, we went to Taiping last Saturday. We started our journey at 4.00pm and managed to reach Taiping at 7.30pm. The presentation started at 8.30 pm in a seminar room at Legend Inn, Taiping. Most of the guests are business man who always travel overseas (which means an opportunity for us to spread our wings overseas, right?). So, the presentation went well (so did the foods too! :)), tapi agak tak best sikit apabila sang buyung yang membuat pembentangan. Tak sangka setelah officially bulan ke-7 ini saya adalah sangat kemengahan so tidak berapa cukup angin untuk bercakap banyak. However, luckily the guests still satisfied with the presentation outcome.


Legend Inn, Taiping (main entrance)


Signage to the presentation (tengok je benda ni buat saya jadi nervous sangat)



Jeffrey with the guests


The Shakes team - Connie & My mother



Then, on Sunday sekali lagi saya ke Ipoh untuk menghantar adik-bongsu-kesayangan saya yang bercuti semester minggu lepas. Bertolak jam 9.00pm dan sampai di Ipoh jam 11.45pm. Selepas menurunkan barang-barangnya terus bertolak balik ke KL dan sampai di KL jam 2.00am. Mujurlah driver rasmi saya (suami sayalah, siapa lagi) tiada apa2 urusan so confidentlah sikit kan nak travel malam2.

Hmm...besides that, I'm officially 7th month pregnant..how time flies! So, some random ramblings of 7th month pregger...

1. Baby sangat,sangat,sangatlah active especially bila dia dalam keadaan lapar. Kalau lambat makan dia akan buat mamanya pening kepala.

2. My appetite become worse (??)...saya tak berapa suka makan nasi, benda lain saya sukalah especially benda2 yang lemak berkrim macam ice-cream and Herbalife F1 shake!

3. Taking a photo at this 7th month is a big NO-NO. That's why gambar kat Taiping tu takde muka saya (eventhough my brother did took it one, tapi saya tak mahu publish di sini).

4. Saya lebih selesa untuk memakai pakaian maternity skarang ini, and setiap hari saya kena pakai "uniform" itu menyebabkan saya terpaksa mengeluarkan duit untuk membeli pakaian2 maternity sewaktu musim sale ini.

5. Saya baru mula membeli barang2 untuk si kecik, so far hospital bag dah complete, pakaian basic pun dah complete cuma tinggal nak beli playpen, besi buat and stroller sahaja.

Ini namanya update hentam kromo...tengah cerita pasal bisnes tetiba masuk cerita lain. Haihh...

March 20, 2009

+*+*~It's Gonna Be A Big Day For Me!!~*+*+

It's been quite sometime since my last update. Sangat sibuk minggu ini. Alhamdulillah, business saya mula menampakkan progress jadi saya tiada alasan untuk duduk diam lagi.

Since Monday saya terlalu sibuk menyelesaikan perkara-perkara berbangkit. Macam mana pun, I would like to congratulate my colleague, Lisa and Ahmad for completing their supervisorship this month. Hope that we can grow the business wider and wider in future. And to Wardah too as she managed to get into HBL University program. Believe me, this program worth a thousand words to you.

Hari Rabu, naik turun ke Kuala Kubu pula sebab nak open business opportunity to my friend Richard & Farhana. They already got into business just that they're trying to get the product result first. Just imagine, on last Wednesday, we have to split Jeffrey & Conney as I'm closing the business in KKB while my mother closing the business in KL. And the result is....

AM GOING TO DO THE PRESENTATION TOMORROW (SATURDAY) IN TAIPING IN FRONT OF THE VIPs!!

Actually it was my dream to do such thing, get involve in an international business, big & serious business and presenting the company in front of the VIPs. And...few steps before my dreams come true and this coming Saturday is my "examination" day! Am so excited and so nervous too! So, tadi dengan segera saya bergegas ke Jusco untuk membeli sepasang baju baru untuk dipakai esok sewaktu presentation.

I'll update the result after I came back from Taiping. Now, I need to do few homeworks on the presentation and what not.

Wish me luck!

March 17, 2009

+*+*~The Pursuit Of Happyness~*+*+

The Pursuit Of Happiness

Watched this movie last week at HBO (if am not wrong). Sebenarnya cerita ni kinda dah basi in movie sebab masuk movie in Malaysia on March last year. Tapi, tahun lepas bukanlah tahun movie untuk saya so bila dah tayang kat net-TV ni barulah saya ada peluang nak tengok cerita ni.

Actually, waktu saya tengok cerita ni pun dah separuh jalan, about and hour to finish. Mana taknya, sebelum tu sibuk nak tengok cerita Ponti Anak Remaja kat Astro Ria lah, pusing channel sana sini...last2 terhinggap kat cerita ni. Tapi walaupun hanya sejam saja saya dapat menonton cerita ni, memang jalan ceritanya benar-benar mengujakan saya sebab cerita ni berdasarkan kisah benar yang berlaku kepada seorang lelaki bernama Chris Gardner (lakonan Will Smith) yang begitu bersungguh-sungguh berjuang semata-mata untuk memberi kebahagiaan kepada anak lelakinya. Pengorbanan sang ayah nilah yang menyebabkan saya benar-benar terharu dan terfikir, setiap hari ramai daripada kita yang keep on complaining about their life, itu tak cukup, ini tak cukup, tapi adakah keadaan yang kita complainkan itu benar-benar meletakkan kita dalam keadaan yang mendesak? Dan sekiranya kita telah berada dalam keadaan yang mendesak apakah tindakan kita? Ataukah adakah kita akan keep on complaining about our life tanpa memikirkan apa yang sepatutnya kita buat sehingga hidup itu sendiri mula mendesak kita barulah kita akan letak satu action untuk memperbaikinya?

Saya memang recommend sangat kat semua orang to watch this movie (walaupun dah terlambat, but you still have the chance because you're still alive!). Two thumbs up!! For more review please visit here.

March 16, 2009

+*+*~He Turned 29th, The Baby Turned 27th~*+*+

He referred to my husband. Yes, he turned 29th on last Friday, 13th March. Happy Birthday Hubby dear... love you so mucho! No special occassion on that day (kejamkah saya?) but we celebrated his birthday on Saturday, together with my sister as her birthday was on last Wednesday, 11th March. So, double celebration in one, great saving huh??

No..no...no fine dining and VIP treatment. Just a simple and humble celebration at KFC, Plaza Alam Central, Shah Alam. Waktu tu suami saya baru habis meeting, and my sister pun break kejap daripada kerja on her final project. Tu yang tak boleh nak celebrate kat tempat yang fabulous sangat...katanya semua orang sibuk.

The Cake from Secret Recipe - Hazelnut Cheese (Sorry, no lilin2, kata share cake)

Birthday "boy" - ready to serve the cake to the guest (see the Buyung beside him?)

And the birthday girl


And the baby turned 27th week a day before! And this time I think we should give really big hand to the baby because the baby really made it! And now he/she cannot stop dancing and kicking in my belly. Sampai mama dia nak tido pun susah...but it still keep me smiling :).

Happy birthday to both of you, hope you get more success in 2009.

March 11, 2009

+*+*~Nampak Gaya Kena KIV Pegi Singapore~*+*+

Still remember my 1st quarter wish list to go to Singapore? Gambar pun dah siap saya pampangkan kan wall sebelah kanan tu. Nampak gaya macam kena KIV je pegi Singapore...or, mungkin pergi but on business purpose.

Ceritanya macam ni, saya memang bercadang nak ke Singapore somewhere around April, for business trip and shopping-mopping session dan niat untuk mengepow suami saya sebuah bag Coach sempena birthday saya. Memang dah well plan pun, where to stay, what activity to do and what not. Siap pegi tengok kat website lagi and plan the ittinary with them (Singapore Tourism).

Tapi malam semalam, bila saya attend HBL University for 2nd session, the coach (yang ni bukan bag tau) announced that there will be a World Team School in September and it will be held in Taipei, Taiwan! So far yang saya tau ada leadership retreat on this coming April and also Supervisor Academy, tapi event tu will be held in KL sahaja (which means I still manage to go..yippiee!!). And then in June, there will be Extravaganza in Seoul, Korea (event yang ni saya hantar suami saya pergi sebab saya tak boleh pergi...confinement..tskk..). Terlupa pula lagi satu event, World Team School...kat Taipei pulak tu. Nampak gaya, salah satu holiday saya memang kena KIV dululah...mungkin Singapore, mungkin Langkawi...but most probably Singapore lah..sebab saya pun dah masuk fasa2 tak larat ni so tak syok lah kan pegi shopping-mopping dalam keadaan tak larat.

So, consequentnya ialah....saya tak boleh nak cari bag Coach kat Singapore, so option number 1 will be cancelled. Luckily, my friend gave me another option so bolehla masukkan dalam my option list. :)

Actually, I just came back from my SIL house in Malacca. Pegi melawat my MIL because I already got her on Herbalife program, seriously, started last month. So, kenalah pegi tengok macam mana progress dia. Alhamdulillah, berat MIL pun dah turun 2 kg (without any exercise) so kami akan keep on monitoring sebab kami berharap sangat MIL boleh berjalan semula. Currently she needs to use the walker to support her sebab berat badan berlebihan dan masalah tulang. The most important thing is Sabar dan Pengorbanan.

So, am already tired now. Dan cuaca yang sejuk sebab hujan ini menyebabkan saya rasa hendak tido. Till then...daaa.

March 10, 2009

+*+*~Keciwa...Tsk..Tsk..~*+*+

Memandangkan semalam adalah public holiday sempena Maulidur Rasul so sempatlah saya ke The Pavillion KL untuk memulakan ekspedisi mencari bag Coach saya +*+*~wink~*+*+. Disebabkan suami saya pun tidak ada apa2 hal yang direncanakan pada siang hari itu, dengan senang hati beliau telah meneman saya ke The Pavillion.

Hasilnya....
Butik Coach memang ada di Pavillion, tapi bag yang bermain-main di otak saya tidak ada! Dan lebih menyedihkan lagi menurut SA di butik itu that type of bag tidak masuk ke Malaysia! Hmm..nampak gaya takde rezekilah saya nak pakai bag tu.. Menurut apa yang telah saya pelajari dalam "The Secret", its ok kalau saya tak dapat bag tu skarang sebab mungkin belum sampai waktunya bag itu sampai ke tangan saya. Yang pentingnya saya tidak boleh putus asa dan "believe" (yakin & percaya) yang satu hari saya akan dapat juga bag tersebut.

Takpelah, dah tak ada nak buat macam mana kan. So, there come another plans in my head that are:-

1. Contact my mother's friend, Auntie E-Ding who lived in US and minta dia beli that bag straight away from US.
2. Perhaps boleh try ushar kat Singapore (as we most probably going over there next month) mana tau ada bag tu kat sana.
3. Try tengok kat butik kat KLCC or The Gardens (thanks Sab for the info), but it will be the last resort

4. Beli through the www, straight from Coach :) (but untuk option yang ni kena takes time sikitlah because I already terminated ALL my credit cards, so need to stabilized my company before I can apply for new one!)

So, sebab dah sampai kat sana, so macam buang karan setakat pegi kat butik and terus balik. The husband pun ajaklah singgah kat GSC and we watched this movie...

The Street Fighter - Legend Of Chun-Li

Overall cerita dia marvellous (as I'm the type of action movies fan). Seronok juga bila tengok Kristin Kreuk yang selalu berlakon lemah gemalai & helpless Superman's girlfriend jadi seorang yang hebat, powerfull...siap boleh kalahkan Bison penjenayah paling ditakuti di Bangkok masa tu. Lagi best bila tengok dia lawan Vega....senang2 je dia kalahkan mamat tu...kalau nak ikutkan memang tak logiklah sebab mamat Vega tu merupakan pembunuh upahan Bison, tapi senang2 je kalah dengan awek kan... But it's ok, I'm still enjoying this movie (and the baby too..ngeehee ;P). Kalau nak tengok detail review of this movie feel free to visit here.

And, malam tadi saya telah berjaya menonton cerita ini pula.


Epic Movie

Mungkin agak lambat saya menonton cerita ni (eh...cerita ni masuk ke kat cinema Malaysia), tapi cerita dia memang lawak bodoh gila baban. Ntah hape2 ntah, boleh pulak cerita2 serious jadi cerita lawak bodoh. But still am enjoying this movie to the fullest!

Isy...tetiba terjadi lame update lak...sebenarnya saya nak cerita pasal bag Coach tu je, dah tersasul lak ke cerita2 lain.

March 07, 2009

+*+*~I Need This~*+*+

Lately saya terperasan yang handbag saya semakin hari semakin parah. Mana taknya, hampir segala keperluan seharian saya telah dihumban dengan jayanya ke dalam beg tersebut yang mengakibatkan bag tersebut terpaksa memikul lebih bebanan yang mengakibatkan stress dan kesan wear & tear.

Contohnya, button untuk menutup kedua belah poket tepi beg saya telah lama tercabut menyebabkan tidak selamat untuk saya menyimpan handphone di dalam poket tersebut. Consequentnya, saya terpaksa menghumban menyelitkan handphone saya di celah-celah dokumen dan laptop saya. Oleh itu apabila handphone saya berbunyi terutama sekali di waktu saya sedang melakukan aktiviti lain seperti memandu, berjalan atau window shopping saya tidak perasan bunyi telefon itu kerana terlalu asyik dengan aktiviti saya akan lambat meyambut panggilan dan mengakibatkan saya banyak terlepas opportunity perniagaan saya. Tambahan lagi dengan kesibukan yang bertambah-tambah menyebabkan saya merasakan handbag saya semakin tidak teratur jadi saya perlu melakukan perubahan.

Langkah pertama yang perlu saya ambil - mencari design bag yang boleh memenuhi keperluan saya (dari aspek interior, exterior, compartment, color, etc.etc.)


Apa yang saya perlukan?

Interior - saya perlukan separator antara laptop dan dokumen serta sampah sarap yang lain. Saya juga memerlukan compartment untuk meletakkan handphone, purse, pen, notebook, so that lebih mudah untuk saya mengambil barang2 tersebut apabila saya memerlukannya on the spot. Dan comparment separatornya perlulah tahan lasak dan tidak mudah koyak.

Exterior - handle bag ini mestilah agak panjang so that convenient for me to sling it on my shoulder. Saya tidak suka beg yang saya hanya boleh pegang di tangan (seperti briefcase) kerana akan mengakibatkan saya mudah tertinggal beg ini di mana2 (read: short term memory lost). Mungkin sedikit poket dibahagian luar mencukupi untuk saya meletakkan lipstick, kunci
kereta, name card dan tiket parking.

Color - it shouldn't be black please. Atau brown, atau white, atau patent. Saya tidak mahu ia berupa bag yang satu color sahaja sebab ia akan menyebabkan satu kesusahan untuk saya matchkan dengan pakaian saya. Contohnya, baju saya banyak yang berwarna biru, jadi
katakanlah saya menggunakan bag yang berwarna coral red, mungkin kurang sesuai walaupun dalam dunia yang semakin colourful ini. Bertukar2 handbag not a good idea for me sebab saya tak suka bertukar2 handbag...frankly collection handbag saya sangatlah limited sebab selalunya saya akan menggunakan satu handbag yang paling saya suka sekali sehingga bag tersebut meminta tolong saya bertukar kepada yang baru kerana tidak sanggup didera lagi.

Observation


Saya telah melihat beberapa designer's collection (walaupun saya tak berapa arif dalam bab ini) kerana saya merasakan kali ini saya mahu memberikan sesuatu kepada diri saya. Saya juga mendambakan (ewah..bahasa) design yang descent...bukan design ranggi yang biasanya saya gilakan (read: Guess, Juicy Couture). Ini adalah kerana bag ini akan berfungsi sebagai bag kerja saya, jadi adalah kurang professional bagi seorang yang professional bertemu dengan client
menggunakan "tools" yang tak berapa professional.

Saya telah melawat ke Prada, Marc Jacob, Versace, Tod's....tapi kebanyakan design mereka tidak mampu untuk memenuhi citarasa saya. (Read: descent, smart and elegant). Jadi for the last resort saya telah melawat ke sini.

Hasilnya.....



The interior - exactly like what in my imagination!

And this is the spec

ADDISON SIGNATURE SATEEN BAG


  • Inside zip pocket
  • Accommodates a laptop
  • Cellphone/multifunction pockets
  • One exterior front pocket with turnlock closure
  • Two exterior open pockets
  • One exterior open pocket with magnetic snap
  • Zip-top closure
  • Signature fabric with crinkle patent leather trim
  • Fabric lining
  • 26” straps
  • 10” drop
  • 14 1/2 (L) x 10 3/4 (H) x 5 (W)

  • Nampak gaya kena pegi butik Coach lah to witness the actual look and how's it feels when it sling on my shoulder. Yang saya tau butik coach ada kat Pavillion, kat tempat lain ada ke...KLCC ke, OU ke. And ada sale ke ini Coach? Anyone??

    +*+*~Its All Begin With A~*+*+

    Been tag by Wazan (thanks babe sebab bagi reason untuk aku update blog yang dah berhabuk ni :P)

    The rules:It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours and tag twenty people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question. Have fun! Don't forget to post it!

    What is your name: Aimi Mukhlis
    Four letter word: A.S.A.P
    A boy's name: Akin (my youngest brother)
    A girl's name: Ain (My lovely little bunnies)
    An occupation: Astronaut
    A color: Amethyst
    Something you'll wear: Apron
    A food: Apple pie
    Something found in the bathroom: Atap (dulu bathroom kat rumah atuk saya tak de atap, nak mandi waktu malam punyalah takottt)
    A place: Alabama
    A reason for being late: Aku tak ada jam! :P
    Something you'd shout: Apadia?!
    A movie title: Americans Beauty
    Something you drink: Apple juice
    A musical group: Abba (dancing queen)
    An animal: Ayam
    A street: Jalan Kampung Atap (bolehlah, janji ada gak letter A)
    A type of car: Audi
    The title of a song: Aku tapak sulaiman (ye ke ni tajuk lagu Elyana tu)

    Nak tag lagi 20 orang? Saya pun dah berpeluh2 buat benda ni.... But, let us try....

    1. Ruhil
    2. Sab
    3. Mimi
    4. Haze
    5. Lily (consider as your wedding gift,boleh?)
    20. Apasal ramai sangat aaa??