THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


Showing posts with label nutrition. Show all posts
Showing posts with label nutrition. Show all posts

December 17, 2009

+*+*~Projek Tanaman Makanan~*+*+

Sementara menunggu si kecik itu bangun. Actually hari ni saya plan nak settelkan separuh lagi kerja menebas kat rumah nutrition kami. Tadi nampak macam langit cerah je, tapi skarang ni nampak macam redup pulak. Janganlah hujan dulu. Kalau stay redup je macam ni kira oklah, taklah letih sangat waktu buat kerja nanti.

Actually, di rumah nutrisi kami itu adalah tanah sekangkang kera. Ni betul punya sekangkang kera, sebab bila kera tu kangkang confirm tulah ukurannya. Sekangkang kera bahagian depan rumah, sekangkang kera belakang rumah. Kat depan tu saya plan nak tanam pokok2 herba yang boleh dimakanlah (contohnya, daun kesum, daun pandan, kucai). Yang penting pokok2 herba tu boleh acting as pokok hiasan sekali.

Sekangkang kera kat belakang rumah tu saya plan nak tanam pokok yang tak hiasan sangat macam pokok halia, atau pokok sayur-sayuran macam timun, kacang panjang, labu dan yang sewaktu dengannya. And oso, adalah ruang kecil in between bilik belakang and laman belakang, bolehlah buat projek hidroponic kat situ. Saya janjikan dengan husband saya, zaman2 recession ni, tak perlu risau lagi pasal makanan. Sebab saya akan start menanam tanaman makanan, so kalau nak beli bahan makanan pun at least kami boleh control perbelanjaan. Insya Allah, saya akan update tentang projek ini time to time dan saya akan explain what is my main objective by doing this instead of a little bit saving during this recession.

Yang pentingnya, saya perlu high light kat sini. Most of us opt to buy everything from the market and what not sebab

1. malas nak menanam sendiri
2. kawasan rumah terhad atau rumah tiada tanah
3. tiada tenaga untuk bekerja-tani seperti ini
4. dan lain-lain

Actually saya perlu bagitau kat sini, banyak kebaikan yang kita dapat kecapi bila kita buat sedikit perubahan dan buat aktiviti seperti ini

1. Kita dapat make sure quality of our vegetables (currently banyak petani yang menggunakan baja kimia dan pesticide in order to increase their vegetables production). So kita dapat pastikan makanan kita mempunyai nilai nutrisi yang tinggi, and fresh some more.
2. Kita dapat mengeluarkan peluh, dalam kata lain bersenam di rumah sendiri tanpa perlu pergi ke gym ataupun jogging track
3. Kita boleh create new hobby yang boleh melibatkan orang lain (in my case they will be my husband and my son) so dalam masa yang sama dapat mengukuhkan institusi kekeluargaan.

Semalam dah pergi melawat Tok Ngah di Puchong. Kecek dia benih pokok macam serai, daun pandan, halia...dan yang sewaktu dengannya. In terms of baja, I use natural organic fertilizer ber-brandkan TONMAI untuk tanah and GANDA untuk pokok, teknologi daripada Thailand. Will blog about it later.

Actually husband saya tiada sampai Sabtu ini, kena out station. I'll make sure that all my task will be completed by the time he came back here as a present for him. :) And later on saya boleh launch kempen kat neighbourhood tu pula tentang tanaman makanan kat rumah.

Oh ya, masa visit Tok Ngah, jumpa anak kak Syakira, Amir. Baru 11 tahun tapi berat badan dia dah mencecah 90kg. High risk of diabetec and semua penyakit kronik sebab inactive and obesity. Need to discuss with Kak Syakira and offer some food therapy for his son, otherwise memang dia tak sempat tua lah jawabnya. This is my responsibilty, need to settel it!

October 19, 2009

+*+*~When Blogging Seems So Boring...~*+*+

Lately saya sangat malas membelog. Bukanlah hidup saya terlalu hambar, tapi saya rasa bosan sangat membelog sekarang ni. Ni semua akibat semua entry saya adalah bosan sebab tiada gambar-gambir (haih...dah bertahun blogging macam ni baru nak perasan?). Hmmm...I have to admit that people change...so, selera saya pun akan berubah mengikut peredaran zaman...ye tak?

Minggu lepas kehidupan saya adalah sangat hectic sebab saya telah membuat pertunjukkan jalan (read: roadshow) di Persidangan Agung UMNO 2009 bertempat di PWTC, KL. Haih...bila attend exhibition macam ni mulalah buat saya berfikir...banyak gila rupanya kerja saya sebab kesedaran tentang kesihatan di kalangan orang Melayu adalah sangat rendah. Mentaliti orang Melayu ni...asalkan boleh ngap apa saja masuk dalam mulut tu lebih penting daripada ambil tahu apa yang sepatutnya disuapkan dalam mulut mereka. I have to tell them that the foods that they eat daily can kill them...if they don't start taking care of what they eat! Sorry tiada gambar sepanjang roadshow kami di sana walaupun saya ada bawa kamera sebab problem saya sekarang PC saya tiada card reader. So, kalau amik gambar bagai nak rak pun, takde makna kalau saya tak boleh transfer. (alasan)

Sudah!! Balik2 cerita takde card reader so takleh transfer gambar. Lepas ni pegi The Mines pegi borong semua makbapakdatuknenekcucucicit card reader kat situ.

Today onwards, hidup saya akan jadi lebih hectic lagi. Group effort - kitorang tengah orgnize Community Weight Loss Challenge in order to help people to lose weight. Our own effort - going to hold Family Nutrition Center so ada 2 minggu saja untuk settelkan invitation, advertising and what not. Hectic memang la hectic, tapi I'm really excited sebab dah tak sabar nak share and bantu orang lain jadi sihat juga :).

Haih...okla. Back to work. Nanti bila saya dah beli card reader I will excitedly update this blog again.


July 08, 2009

+*+*~I Really Want To Let 'Em Know, But...~*+*+

Masa untuk saya berfikir perkara yang karut-marut dan melayan angan2 sudah hampir ke penghujungnya as my confinement pun dah hampir ke penghujungnya. Sekarang ni masa untuk berpijak di bumi yang nyata, back to work dan kembali berfikir secara waras!

2-3 hari kebelakangan ni banyak perkara yang saya perhatikan hingga saya rasa memang banyak tanggungjawab saya yang tak terlangsai lagi. Banyak perubahan yang perlu dibuat, banyak perubahan perlu dibawa tapi...

Let me jot it down one by one what is the things that burden my head so much right now...

1. Kepentingan nutrisi kepada masyarakat Melayu (khasnya)
Saya terbaca satu artikel daripada Bernama yang membincangkan masalah terencat di kalangan kanak-kanak yang berpunca daripada masalah kekurangan nutrisi. Saya ingin sangat nak bagitau kat masyarakat yang nutrisi amat penting kepada mereka dan ada perbezaan di antara makanan (foods) dan nutrisi (nutrition). Bukan setakat "ada beza" malah banyak bezanya. Dan perkembangan otak bermula dari peringkat janin lagi (macam wording iklan Anmum). Haih..tapi masalahnya, saya tak tau macam mana cara terbaik saya untuk saya memberitahu kepada mereka. Nanti kalau saya berceramah banyak2 konpom orang sekeliling akan kata saya macam bagus...maklumla orang melayu. Kalau nak baca isi artikel yang saya baca tu boleh tengok di sini.

2. Masalah pekerja yang terlibat dengan recession dan baru nak memulakan perniagaan sendiri.
Actually isu ni timbul bila saya melawat satu blog kawan saya. To be frank dia memang tak tau saya selalu "melawat" blog dia sebab saya memang suka bersifat silent reader dan tak suka komen banyak2. Ok, dia meluahkan macam mana payahnya nak memulakan bisnesnya, dengan kena kelepet bab pergi kursus and what not. Saya akui, memang susah. Sebelum saya decide untuk menceburkan diri secara serius dengan Herbalife, saya pun ada traditional business saya sendiri. Hampir setahun setengah saya dok tergapai2 nak memulakan bisnes saya and kemuncaknya saya telah ditipu sehingga RM16,000!! Sehingga hari ini saya tak dapat semula duit itu okehh dan yang paling dikesali yang menipu itu adalah orang Melayu juga. Saya nak sangat bercerita dengan dia, saya nak sangat share pengalaman saya ni dengan dia dengan harapan dia boleh gunakan pengalaman saya ini dan lebih mudah perjalanan hidupnya. Tapi adakah dia mahu dengar pengalaman saya ini? Sedangkan dulu saya selalu berkongsi pengalaman dengan dia tapi at the end of the day dia kata "Kau ni macam kau saja yang betul".Haihh...

3. Sifat dengki khianat melayu yang suka nak menjatuhkan bangsanya sendiri.
Bila saya dah memulakan bisnes Herbalife dan mendapat didikan dan tunjuk ajar yang betul, tanpa segan silu saya berkongsi pengalaman ini dengan kawan2 dan sanak saudara saya. TAPI, ada pula orang melayu yang cuba mencari keburukan perniagaan ini (produk ini khasnya) yang harus saya katakan bullshit dan kau tak tau malu ke? Bukanlah saya menyokong sangat produk2 bukan melayu ni, masalahnya who are you yang nak mencari kelemahan satu organisasi yang dah ada 60 juta satisfied customer di seluruh dunia, dah bertapak di lebih 70 buah negara dan telah menjadi big player dalam industri selama hampir 30 tahun?Kau tak takut ke kalau dengan tohmahan kau tu kau akan kena saman berbilion-bilion USD. Dan kau tak rasa ke "kerja" yang kau buat tu kerja sia-sia dan buang masa? Just because orang yang kau kenal buat bisnes ni kau cuba cari kelemahannya, but the question is who are you to do all this? Dahlah...berhentilah daripada meneruskan kebodohan orang Melayu...stop from being Stupid Malays!

4. Kepercayaan karut marut yang tidak ada scientific evidence & explanation.
Tadi saya tidurkan Aimar dalam keadaan meniarap just because I read this so I just want to proof it. Tapi bila saya buat macam tu adalah pulak suara sumbang yang berbunyi "Eh! Kenapa terbalikkan dia. Tak boleh buat macam tu...selagi dia tak meniarap tak boleh balikkan dia, nanti dia tak pandai meniarap sendiri" yang membuatkan saya terfikir no wonder anak orang Melayu selalu ketinggalan. Semuanya tak boleh. Bukanlah saya against the pantang larang orang Melayu and what not, mana yang make sense saya akan ikut, tapi kalau pantang larang yang tiada logic evidence dan against the development memang saya akan tentang. Kenapa tak nak buat sesuatu yang membina?Haih...

See, tu baru 4 perkara yang memeningkan kepala saya. Belum lagi benda2 pelik yang lain. The question is...macam mana saya nak bagitau mereka? I need to find the right way to show them or else they will continue with their stupidness..(not saying that I'm that smart :))


January 30, 2009

+*+*~Nutrisi & Kehamilan~*+*+

Kalau ikutkan kelulusan dan kelayakan saya, memang saya tak layak bercerita tentang nutrisi kerana saya ialah seorang Mechanical Engineer background! Tetapi, semakin hari saya semakin prihatin terhadap nutrisi kerana nutrisi dan makanan merupakan bahan bakar (fuel) yang paling utama dalam badan kita. Terutama sekali nutrisi untuk ibu mengandung. Memandangkan saya juga dikategorikan sebagai ibu mengandung buat masa ini, saya menjadi prihatin terhadap pengetahuan nutrisi terhadap ibu mengandung kerana sepanjang tempoh kehamilan apa yang paling diperlukan oleh ibu mengandung & bayi adalah nutrisi.

Sepertimana yang pernah saya catatkan sebelum ini, pengetahuan tentang nutrisi di kalangan ibu mengandung terutama sekali di Malaysia adalah sangat cetek. (Berdasarkan pemerhatian saya). Kebanyakan ibu mengandung akan makan apa sahaja dengan harapan makanan tersebut dapat membekalkan nutrisi yang secukupnya kepada bayi dalam kandungan tanpa memperdulikan jenis makanan yang diambil. Kesan daripada cara pemakanan yang tidak sihat ini adalah bayi tidak mendapat nutrisi yang secukupnya sebaliknya ibu yang akan mengalami penambahan berat badan yang mendadak.

Menurut artikel yang saya perolehi daripada baby center, secara idealnya ibu mengandung sepatutnya mengalami pertambahan berat badan sebanyak 0.5kg setiap bulan dalam trimester pertama dan kedua dan 0.5kg setiap minggu pada trimester ketiga sehingga melahirkan. Tetapi, menurut pemerhatian saya, kebanyakan ibu mengandung di Malaysia berupaya untuk menambah berat badan sehingga 5-6kg pada trimester pertama dan berterusan sehingga waktu melahirkan. Jika kita puratakan pertambahan berat badan seperti ini, ibu akan mengalami pertambahan berat badan sebanyak 2 kg sebulan dan sehingga waktu melahirkan ibu akan menambah berat badan sehingga 18-20 kg!! Sekiranya amaun berat badan berlebihan ini amat mudah dikurangkan selepas waktu kelahiran, mungkin risiko kesihatan yang lain akan dapat dijauhi oleh ibu mengandung tadi. Tetapi, kebanyakan kes yang berlaku, ibu tidak mampu untuk mengurangkan berat badan dan akibatnya selepas kelahiran bayi ke-3 atau ke-4 ibu akan mengalami banyak risiko kesihatan dan risiko obesiti yang kritikal.

Dengan kesedaran tentang kepentingan nutrisi terhadap ibu mengandung dan pengetahuan tentang nutrisi yang saya perolehi daripada Herbalife, saya mampu membuktikan bahawa mitos pertambahan berat badan terhadap ibu mengandung adalah karut belaka. Ini adalah kerana setelah mengikuti program nutrisi daripada Herbalife, saya mampu mengekalkan berat badan (walaupun tidak ideal) dengan pertambahan berat badan yang ideal iaitu sebanyak 0.5kg sebulan. Walau bagaimanapun, bayi dalam kandungan saya tetap mendapat nutrisi yang mencukupi. Mengapa saya berani mengatakan perkara ini kerana setelah melakukan 2D scan doktor telah mengesahkan bahawa bayi saya berada dalam keadaan yang sangat baik! Selain itu, melalui ukuran yang diambil, bayi saya mempunyai ukuran yang wajar menurut minggu di mana EDD nya tidak lari daripada 20-22 minggu, di mana kalau ikutkan perkiraan ovulasi, saya telah memasuki 21 minggu. Dan dalam situasi ini, saya juga mampu mengalami penurunan berat badan sebanyak 1 kg!

Apa yang telah saya lakukan? Menurut artikel yang saya baca, ibu mengandung memerlukan banyak protein selain daripada vitamin & mineral yang lain. Produk F1 & F3 Herbalife merupakan produk kosentrasi protein yang mana protein tersebut diperolehi daripada protein sayuran. Terdapat perbezaan di antara protein sayuran dengan protein haiwan di mana protein sayuran adalah bebas lemak manakala protein haiwan (terutama sekali ayam dan daging) mempunyai lemak tepu. Protein daripada ikan kaya dengan omega 3, walau bagaimanapun protein jenis ini terdedah kepada pencemaran air yang mana mengakibatkan kandungan protein jenis ini sedikit terganggu. Jadi saya telah mengubah nutrisi saya kepada 3-4 hidangan F1 + F3 Herbalife dan setiap hidangan ini mengandungi protein + kalsium + 55 vitamin dan mineral lain. Dengan ini, saya mampu membekalkan nutrisi yang secukupnya kepada bayi saya tanpa memberi kesan buruk kepada badan saya sendiri.

Sebenarnya banyak informasi lain yang perlu saya kongsikan berkaitan dengan nutrisi dan cara pemakanan kita dan akibatnya kepada sistem dan badan kita. Antaranya tentang oxidation stress yang berlaku akibat berat badan yang berlebihan dan kesannya kepada kesihatan kita. Tetapi, saya akan sambung dalam penulisan saya yang seterusnya kerana hari telah lewat malam dan saya perlu tidur. (Tidur yang cukup juga penting untuk memastikan badan yang sihat).