THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


July 08, 2009

+*+*~I Really Want To Let 'Em Know, But...~*+*+

Masa untuk saya berfikir perkara yang karut-marut dan melayan angan2 sudah hampir ke penghujungnya as my confinement pun dah hampir ke penghujungnya. Sekarang ni masa untuk berpijak di bumi yang nyata, back to work dan kembali berfikir secara waras!

2-3 hari kebelakangan ni banyak perkara yang saya perhatikan hingga saya rasa memang banyak tanggungjawab saya yang tak terlangsai lagi. Banyak perubahan yang perlu dibuat, banyak perubahan perlu dibawa tapi...

Let me jot it down one by one what is the things that burden my head so much right now...

1. Kepentingan nutrisi kepada masyarakat Melayu (khasnya)
Saya terbaca satu artikel daripada Bernama yang membincangkan masalah terencat di kalangan kanak-kanak yang berpunca daripada masalah kekurangan nutrisi. Saya ingin sangat nak bagitau kat masyarakat yang nutrisi amat penting kepada mereka dan ada perbezaan di antara makanan (foods) dan nutrisi (nutrition). Bukan setakat "ada beza" malah banyak bezanya. Dan perkembangan otak bermula dari peringkat janin lagi (macam wording iklan Anmum). Haih..tapi masalahnya, saya tak tau macam mana cara terbaik saya untuk saya memberitahu kepada mereka. Nanti kalau saya berceramah banyak2 konpom orang sekeliling akan kata saya macam bagus...maklumla orang melayu. Kalau nak baca isi artikel yang saya baca tu boleh tengok di sini.

2. Masalah pekerja yang terlibat dengan recession dan baru nak memulakan perniagaan sendiri.
Actually isu ni timbul bila saya melawat satu blog kawan saya. To be frank dia memang tak tau saya selalu "melawat" blog dia sebab saya memang suka bersifat silent reader dan tak suka komen banyak2. Ok, dia meluahkan macam mana payahnya nak memulakan bisnesnya, dengan kena kelepet bab pergi kursus and what not. Saya akui, memang susah. Sebelum saya decide untuk menceburkan diri secara serius dengan Herbalife, saya pun ada traditional business saya sendiri. Hampir setahun setengah saya dok tergapai2 nak memulakan bisnes saya and kemuncaknya saya telah ditipu sehingga RM16,000!! Sehingga hari ini saya tak dapat semula duit itu okehh dan yang paling dikesali yang menipu itu adalah orang Melayu juga. Saya nak sangat bercerita dengan dia, saya nak sangat share pengalaman saya ni dengan dia dengan harapan dia boleh gunakan pengalaman saya ini dan lebih mudah perjalanan hidupnya. Tapi adakah dia mahu dengar pengalaman saya ini? Sedangkan dulu saya selalu berkongsi pengalaman dengan dia tapi at the end of the day dia kata "Kau ni macam kau saja yang betul".Haihh...

3. Sifat dengki khianat melayu yang suka nak menjatuhkan bangsanya sendiri.
Bila saya dah memulakan bisnes Herbalife dan mendapat didikan dan tunjuk ajar yang betul, tanpa segan silu saya berkongsi pengalaman ini dengan kawan2 dan sanak saudara saya. TAPI, ada pula orang melayu yang cuba mencari keburukan perniagaan ini (produk ini khasnya) yang harus saya katakan bullshit dan kau tak tau malu ke? Bukanlah saya menyokong sangat produk2 bukan melayu ni, masalahnya who are you yang nak mencari kelemahan satu organisasi yang dah ada 60 juta satisfied customer di seluruh dunia, dah bertapak di lebih 70 buah negara dan telah menjadi big player dalam industri selama hampir 30 tahun?Kau tak takut ke kalau dengan tohmahan kau tu kau akan kena saman berbilion-bilion USD. Dan kau tak rasa ke "kerja" yang kau buat tu kerja sia-sia dan buang masa? Just because orang yang kau kenal buat bisnes ni kau cuba cari kelemahannya, but the question is who are you to do all this? Dahlah...berhentilah daripada meneruskan kebodohan orang Melayu...stop from being Stupid Malays!

4. Kepercayaan karut marut yang tidak ada scientific evidence & explanation.
Tadi saya tidurkan Aimar dalam keadaan meniarap just because I read this so I just want to proof it. Tapi bila saya buat macam tu adalah pulak suara sumbang yang berbunyi "Eh! Kenapa terbalikkan dia. Tak boleh buat macam tu...selagi dia tak meniarap tak boleh balikkan dia, nanti dia tak pandai meniarap sendiri" yang membuatkan saya terfikir no wonder anak orang Melayu selalu ketinggalan. Semuanya tak boleh. Bukanlah saya against the pantang larang orang Melayu and what not, mana yang make sense saya akan ikut, tapi kalau pantang larang yang tiada logic evidence dan against the development memang saya akan tentang. Kenapa tak nak buat sesuatu yang membina?Haih...

See, tu baru 4 perkara yang memeningkan kepala saya. Belum lagi benda2 pelik yang lain. The question is...macam mana saya nak bagitau mereka? I need to find the right way to show them or else they will continue with their stupidness..(not saying that I'm that smart :))


0 komen: