THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


Showing posts with label Al Nur. Show all posts
Showing posts with label Al Nur. Show all posts

December 04, 2008

+*+*~Luahan Petang Khamis~*+*+

4 update dalam satu hari, mesti muakkan baca blog ni. Tapi bukankah awal2 lagi saya dah bagitau, hari ini saya akan keep on update blog saya ini kerana saya tidak ada banyak kerja dan hari ini merupakan hari yang sangat sukar bagi saya.

Saya peliklah, kenapa manusia ni (especially orang melayu) apabila mereka lebih senior atau lebih kaya atau lebih apa2 sajalah, mereka sangat ego dan mereka mahu mengawal segala-galanya. Senang kata, mereka boleh claim seolah2 mereka ni kebal dari segala2nya, termasuk undang2. Adakah mereka lupa bahawa Allah itu ada dan Malaysia ini ada undang2? Saya tak sukalah nak panjang2kan cerita ni, tapi saya sangat marah dan geram dan saya rasa kat sini tempat paling baik untuk saya melepaskan marah.

Adakah mereka rasa apabila mereka lebih segala2nya, hidup mereka dah sempurna? Apakah definisi kesempurnaan hidup mereka? Adakah dengan mempunyai pelajaran yang tinggi, mempunyai duit yang banyak, ada anak2, itu definisi sempurna? Haihh...kenapalah mereka ni sangat cetek ilmu pengetahuannya, sangat jahil tentang kehidupan??

Bagi saya, hidup saya takkan sempurna selagi saya tidak dapat betulkan keadaan dan kembalikan semula keadaan kepada yang sepatutnya. Dan apa yang sepatutnya itu adalah berdasarkan prinsip, dan lebih mudah prinsip hidup manusia tertulis dan tersimpan rapi di dalam Al-Quran. Bagi saya mudah saja, Al-Quran kalau dibaca2 sahaja tiada gunanya, takde manfaat dan macam mana kita nak claim kita dapat pahala kalau kita baca2 sahaja. Contohnya, kalau kita baca2 saja buku matematik, kita hanya dapat simbol2 yang kita sendiri tak mengerti, tapi kalau kita baca & belajar ilmu matematik, barulah ada manfaat dalam hidup kita. Begitu juga dalam amalan2 ritual (sembahyang 5 waktu, puasa dan sebagainya) kalau tidak diserap dalam kehidupan ritual2 itu akan jadi ritual sahaja, sia2 dan tiada maknanya.

Saya tahu apa yang saya tulis ni agak sensitif, tapi semakin jauh perjalanan yang saya lalui ni semakin saya pelik dengan sifat manusia. Ini adalah kerana daripada pemerhatian saya, manusia hari ini semakin hilang nilai2 kemanusiaan dan lupa prinsip hidup sebagai manusia (atau tidak mengerti apa prinsip hidup sebagai manusia). Dalam kes saya dengan perempuan tua itu, saya tak nak bergaduh dan bercakaran dengan manusia yang tidak ada prinsip, oleh itu prinsip saya mudah saja, Malaysia ini ada undang2, oleh itu biarlah undang2 yang menentukan segalanya.

Saya harap esok adalah hari yang lebih cerah untuk saya. Doakan saya ya.

+*+*~Kenapa Saya Mesti Takut Dengan Mereka?~*+*+

Tak habis lagi dengan kes saya dengan perempuan tua itu. Selepas waktu makan tengah hari tadi saya telah menelefon mereka semula untuk mendapatkan maklumat. Tetapi, apa yang saya dapat? Tengkingan dan makian dari dalam telefon!!

Macam ni ke cara orang jalankan perniagaan? Dahlah buat salah, tapi pretend macam dia tak buat salah. Kalau nak tahu, dahlah mereka deal dengan kami menggunakan nama yang tak wujud dalam ROC/ROB. Isyy..diorang ni, ingatkan kami ni orang yang duduk dalam gua macam diorang ke? Sekarang ni dunia berinternet, maklumat di hujung jari sahaja. Kalau saya nakkan maklumat, saya hanya taip dan tekan enter, maklumat tu akan sampai kepada saya dalam masa 0.005 saat!

Takpe, saya bersabar sedikit lagi. Kalau saya tak dapat juga payment daripada mereka dalam masa 2-3 hari ni, saya akan laporkan kepada KPDNHEP. Kan saya dah kata, sekarang ni dunia berinternet, kalau saya nak buat laporan melalui internet pun boleh. Saya dah ambil nombor telefon tribunal aduan pengguna daripada KPDNHEP siap2. Apa diorang ni tak takut dengan undang2 ke? Saya malas nak gaduh, nak santau atau kaedah2 yang tidak professional seperti mereka. Tengking2 dalam telefon pun saya tak mau. Tetapi kalau nak tunjuk ego, tunjuk ego depan hakim dalam mahkamah lah. Tengkinglah hakim kalau kau berani.

Rasanya siri cerita geram saya ni takkan habis kat sini dan takkan habis selagi saya tak dapat payment daripada customer ni. Saya akan terus mencatat cerita ini buat pelajaran bagi semua. Yang penting saya tak boleh takut dengan mereka sebab mereka yang berhutang dengan saya bukan saya yang berhutang dengan mereka.

+*+*~Saya Dah Jadi Jahat~*+*+

Tak habis2 cerita geram saya dengan orang tua itu. Semalam saya telah menelefon assistantnya dan bertanya tentang payment. Dia bagitau account clerk dah bank in duit melalui cek ke dalam akaun syarikat saya pada hari Selasa. Buat pengetahuan, saya telah mendaftar Maybank2U application untuk company saya, jadi mudahlah untuk saya berurusan dengan bank tanpa perlu bersesak2 di sana. Jadi, dengan mudah jugalah saya boleh cek sama ada apa yang mereka cakap ni betul atau tidak. Caranya, log in ke dalam account transaction, tengok account details, nanti dia akan tulis Outside Cheque Clearance, 1 day floating & 2 days floating. Itu menandakan ada cek transaction yang berlaku pada akaun kita. Apa yang memeranjatkan saya, ledger itu adalah 0!! Ini bermakna mereka telah menipu kami!!

Pagi tadi, seawal 9 pagi saya call ofis mereka. Kalau boleh saya nak berbincang secara baik dan selesaikan semuanya dengan baik. Tapi sampai pukul 11 pagi panggilan saya tak berjawab. Oleh itu tak salahkan kalau saya beranggapan yang mereka ini cuba mempermainkan kami dan cuba menipu kami. Disebabkan kesabaran saya ada batasnya, saya telah menghantar notis melalui sms kepada orang tua itu dan saya bagitau kepada dia kalau dia tak buat bayaran dalam minggu ini saya akan buat laporan polis! Saya rasa tindakan undang2 adalah lebih baik untuk mengajar orang degil dan kuat menipu seperti ini.

Dalam masa 5 minit selepas saya menghantar sms itu, bertalu2 panggilan daripada mereka masuk ke telefon saya. Saya tak mahu angkat, saya nak bagi silent treatment dulu kepada mereka. Nanti sekejap lagi saya akan call ofis mereka dan mungkin kali ini saya terpaksa berlakon menjadi orang lain dan memberikan kata 2 kepada mereka - bayar atau laporan polis!

Saya terpaksa jadi jahat buat masa ni sebab +*+*~SIAPA YANG KURANG AJAR PATUT DI AJAR!!~*+*+

December 03, 2008

+*+*~Pedih~*+*+

Apa yang saya nak ceritakan hari ini bukanlah satu rekaan, atau cerita emosi yang diada-adakan. Tapi saya menceritakan kisah sebenar, yang merupakan pengalaman hidup saya dan duri yang terpaksa saya lalui untuk menempuh kejayaan.

Baru sekejap tadi saya menelefon customer saya di Taiping. Buat pengetahuan, customer ini sangatlah bermasalah dan yang lebih menyedihkan customer ini adalah Melayu! Bayangkan, betapa mereka meperkotak-katikkan kami mungkin sebab pada mata mereka kami ini hanyalah budak2 mentah yang boleh ditipu, tapi adakah mereka lupa bahawa Allah itu ada? Pada awalnya saya telah menerima order daripada mereka dan mereka bersetuju untuk membuat pembayaran selepas 1 minggu barang2 diterima. Tetapi, sampai ke hari ini dah masuk 2 bulan lebih kami hanya menerima 1 pembayaran saja dan itu pun tak sampai 50% daripada harga barang yang sebenar.

Saya tak suka nak berkata buruk tentang orang, dan tujuan utama saya menjalankan perniagaan ini adalah untuk menaikkan taraf orang Melayu dan menggalakkan lebih ramai Melayu berkecimpung dalam perniagaan. Tetapi dengan wujudnya bangsa Melayu yang bangsat seperti ini memanglah saya yakin yang bangsa Melayu takkan ke mana. Kalau bangsa Melayu sendiri berusaha untuk menjahanamkan bangsanya, apatah lagi bangsa lain.

Tempoh hari salah seorang daripada teman saya telah menghantar SMS yang agak keras bunyinya antaranya "Puan tolonglah jangan tindas kami, kita sama2 mencari rezeki di bumi Allah ini". Saya rasa dah cukup baik bahasa yang kami gunakan, tapi sebab dia ego dan sangka dia adalah manusia yang paling kaya dalam dunia, dia telah menelefon saya dan memberi amaran pada saya "U tak payahlah cakap2 macam tu kat I. Kami tak pernah lagi makan duit haram. Tanyalah kat orang kat Taiping ni, ada kami makan duit haram?" Dan sebentar tadi sewaktu saya membuat panggilan untuk bertanya tentang bayaran, sekali lagi saya mendapat "I sangat terkilan sebab hari tu, sebab cakap2 I yang bukan2. I sangat2 terkilan". L****U lah! Kau nak pikir kau punya terkilan je? Kami punya terkilan sebab kau tak tunaikan janji ni macam mana? Kau ni memang P*****K lah!

Nama company ni (berdasarkan P.O yang mereka hantar kepada pihak kami) Al Nur Wholeseller Sdn Bhd. Tapi mereka tak bagi nombor registration company pada kami. Dah lah tu, baru2 ni saya cek semula pendaftaran syarikat ni dan saya dapati nama syarikat ini tidak wujud! Jadi, apakah itu? Nampak sangat mereka ni cuba menipu kan? Memang haramlah kalau mereka tak bayar duit kami. Hutang mereka pada kami bukan sedikit tau, RM16,000++! Saya rasa nak saman je syarikat ni, saya dah tak boleh bersabar lagi!

Kenapalah wujud Melayu bangsat macam ni? Kalau nak menipu pun biarlah professional sikit, janganlah nampak sangat nak menipu!

Nota: Lagi satu nama perempuan yang deal dengan kami tu ialah Rosmah Tua Bangka Tak Sedar Diri, bawak kereta Mercedes C-Class yang dah eksiden dan takde duit RM78,000 nak repair kereta tu, dah lah loklak, eksiden sebab diri sendiri langgar tembok, nasib baik tak mampus, kalau kau mampus kan lagi bagus, taklah menyusahkan orang!