THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


December 04, 2008

+*+*~Luahan Petang Khamis~*+*+

4 update dalam satu hari, mesti muakkan baca blog ni. Tapi bukankah awal2 lagi saya dah bagitau, hari ini saya akan keep on update blog saya ini kerana saya tidak ada banyak kerja dan hari ini merupakan hari yang sangat sukar bagi saya.

Saya peliklah, kenapa manusia ni (especially orang melayu) apabila mereka lebih senior atau lebih kaya atau lebih apa2 sajalah, mereka sangat ego dan mereka mahu mengawal segala-galanya. Senang kata, mereka boleh claim seolah2 mereka ni kebal dari segala2nya, termasuk undang2. Adakah mereka lupa bahawa Allah itu ada dan Malaysia ini ada undang2? Saya tak sukalah nak panjang2kan cerita ni, tapi saya sangat marah dan geram dan saya rasa kat sini tempat paling baik untuk saya melepaskan marah.

Adakah mereka rasa apabila mereka lebih segala2nya, hidup mereka dah sempurna? Apakah definisi kesempurnaan hidup mereka? Adakah dengan mempunyai pelajaran yang tinggi, mempunyai duit yang banyak, ada anak2, itu definisi sempurna? Haihh...kenapalah mereka ni sangat cetek ilmu pengetahuannya, sangat jahil tentang kehidupan??

Bagi saya, hidup saya takkan sempurna selagi saya tidak dapat betulkan keadaan dan kembalikan semula keadaan kepada yang sepatutnya. Dan apa yang sepatutnya itu adalah berdasarkan prinsip, dan lebih mudah prinsip hidup manusia tertulis dan tersimpan rapi di dalam Al-Quran. Bagi saya mudah saja, Al-Quran kalau dibaca2 sahaja tiada gunanya, takde manfaat dan macam mana kita nak claim kita dapat pahala kalau kita baca2 sahaja. Contohnya, kalau kita baca2 saja buku matematik, kita hanya dapat simbol2 yang kita sendiri tak mengerti, tapi kalau kita baca & belajar ilmu matematik, barulah ada manfaat dalam hidup kita. Begitu juga dalam amalan2 ritual (sembahyang 5 waktu, puasa dan sebagainya) kalau tidak diserap dalam kehidupan ritual2 itu akan jadi ritual sahaja, sia2 dan tiada maknanya.

Saya tahu apa yang saya tulis ni agak sensitif, tapi semakin jauh perjalanan yang saya lalui ni semakin saya pelik dengan sifat manusia. Ini adalah kerana daripada pemerhatian saya, manusia hari ini semakin hilang nilai2 kemanusiaan dan lupa prinsip hidup sebagai manusia (atau tidak mengerti apa prinsip hidup sebagai manusia). Dalam kes saya dengan perempuan tua itu, saya tak nak bergaduh dan bercakaran dengan manusia yang tidak ada prinsip, oleh itu prinsip saya mudah saja, Malaysia ini ada undang2, oleh itu biarlah undang2 yang menentukan segalanya.

Saya harap esok adalah hari yang lebih cerah untuk saya. Doakan saya ya.

0 komen: