THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


December 08, 2008

+*+*~Salam Aidil Adha~*+*+

Hampir 2 bulan lebih kita meninggalkan lembaran Ramadhan, muncul pula satu lagi perayaan Hari Raya Aidil Adha. Kalau dulu semasa manusia sibuk menyambut Ramadhan menjadikan saya pening dengan sikap manusia yang sanggup berhabis dan bergolok gadai untuk memastikan hari raya tersebut dapat disambut meriah, kali ini saya pening pula memikirkan adakah takbir raya yang dibaca di pagi hari raya aidil adha adalah relevan dengan perayaan yang disambut pada hari tersebut?

Cuba kita perhatikan satu persatu terjemahan takbir hari raya yang selalu kita laungkan.

Allah maha besar (maha agung), Allah maha besar, Allah maha besar
Tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah dan Allah maha besar
Allah maha besar, bagi Allah segala pujian

Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar sebesar-besarnya
Segala pujian bagi Allah, dan maha suci Allah (dari kekurangan) pagi dan petang

Tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah
tidak kami perhambakan diri melainkan kepadaNya sahaja
dalam keadaan mengikhlaskan diri dalam beragama kepadanya walau dibenci orang-orang kafir

Tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah sahaja
Ia telah membenarkan janjinya (memenangkan Rasul dan para pengikut baginda),
Ia telah menolong(memenangkan) hambanya(Nabi Muhammad),
Ia telah memperkuatkan/memuliakan tenteranya,
Ia telah menewaskan tentera sekutu sendirian
Tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah dan Allah maha besar

Verse 1, 2 dan 3 mungkin relevan, walaupun dalam kehidupan seharian kita kerana menjadi kewajipan kita yang mengaku diri sebagai hamba Allah memuji Allah setiap masa, hari dan saat. Tatpi, cuba perhatikan baik2 verse ke-4, adakah ianya relevan dengan sambutan hari raya korban?

Menurut sejarah, berlaku perang Ahzab pada bulan Syawal dan peperangan ini merupakan peperangan yang terbesar bagi umat Islam kerana umat Islam yang telah menguasai Madinah telah diserang oleh tentera2 sekutu dari seluruh Jazirah Arab. Bayangkan 10,000 tentera daripada tentera bersekutu menyerang 3,000 tentera Islam, bukankah satu bilangan yang besar? Tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah menyusun strategi seterusnya mengetuai tentera Islam maka tentera Islam menang besar dalam peperangan tersebut.

Oleh itu untuk mengenang semula peristiwa ini, maka setiap kali bulan Syawal, umat Islam akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri yang menggambarkan kemenangan tentera Islam dalam peperangan tersebut. Oleh itu bacaan takbir verse ke-4 itu adalah relevan dengan peristiwa ini. Tetapi bayangkan, sambutan hari raya Aidil Adha berlaku pada bulan Zulhijjah, dan peristiwa manusia melakukan ibadat haji telah lama berlaku sejak zama nabi Ibrahim lagi, jadi adakah relevan takbir yang kita laungkan itu?

Saya bukanlah nak mempertikaikan amalan masyarakat kita pada hari ini, cuma bagi saya lebih baik kita melakukan sesuatu itu atas dasar kefahaman dan penghayatan, bukan sekadar ikut-ikut orang atas dasar menyedapkan hati orang sekeliling. Untuk mencapai tahap ini kita sebagai umat Islam perlulah mengkaji dengan lebih dalam tentang agama kita sendiri, bukan sekadar menerima sahaja apa yang telah disuapkan kepada kita.

Salam Aidil Adha.

Aimi. Mukhlis

0 komen: