THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


December 19, 2008

+*+*~Penyakit "Mim"~*+*+

Ada sesiapa pernah dengar Sindrom penyakit "mim"? Antara simptom2nya ialah tidak mampu mengeluarkan idea untuk menulis blog, merasakan seperti mahu duduk di atas sofa di depan TV sambil menonton TV sepanjang hari, tidak mahu melakukan apa2 kerja rumah, tidak mahu itu dan tidak mahu ini. Sindrom penyakit "mim" yang saya maksudkan di sini ialah penyakit "malas".
Ye saya tau itu adalah perkara yang sangat negatif dan tidak bagus untuk kesihatan peningkatan diri (self development). Tapi saya tak tau kenapa, sejak akhir2 ini saya sangat malas hendak menulis, malas hendak melakukan kerja rumah dan segala2nya. Saya rasa saya sangat tidak aktif dan sangat tidak bagus untuk kesihatan anak saya.

Saya rasa saya perlu mula melakukan senaman2 regangan seperti Yoga (bolehkah? Bukankah yoga sudah diharamkan di Malaysia) dan berenang (aktiviti ini adalah percuma kerana di rumah saya terdapat kolam renang). TAPI, bagaimanakah rupa saya kalau memakai pakaian renang di waktu2 sebegini. Adakah seperti ini?



Terima Kasih kepada google kerana memberi gambar ini kepada saya

Atau ini?

Terima Kasih kepada google kerana memberi gambar ini kepada saya

Atau ini?

Terima Kasih kepada google kerana memberi gambar ini kepada saya

Kalaulah saya boleh nampak hot dan sexy seperti mereka, pasti hari2 saya bertapa di swimming pool itu, tapi segalanya adalah TIDAK MUNGKIN! Tapi selepas delivery nanti saya akan pastikan badan saya akan menjadi seperti ini.

Terima Kasih kepada google kerana memberi gambar ini kepada saya

Atau ini.


Terima Kasih kepada google kerana memberi gambar ini kepada saya

Atau ini.


Terima Kasih kepada google kerana memberi gambar ini kepada saya

Yang pentingnya anak saya akan merasa bangga apabila saya membawanya berjalan2 kerana mempunyai seorang mama yang sihat, cantik, bergaya, hot dan seksi..hihi.

Dan minggu ini baby saya telah memasuki minggu ke-15. Mari kita berikan tepukan kepadanya! +*+*~Clap!Clap!~*+*+ Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan dengan lancar dan saya pun tidak mengalami apa2 kejadian yang tidak diingini. Saya harap semuanya akan berjalan lancar sehingga ke minggu ke-40 nanti, amin. Cuma dalam awal minggu ni lower abdomen saya mengalami kesakitan yang mengakibatkan saya sukar untuk membuang air dan kadangkala terasa seperti sukar untuk berjalan. Tapi sejak semalam kesakitan itu mula menghilang dan saya dapat bergerak aktif semula seperti biasa.

Dan sehingga ke hari ini saya masih mengamalkan Herbalife dan saya merasa sihat dan bertenaga secara luar biasa! Lebih membuatkan saya teruja, selepas hari ke-10 mengamalkan Herbalife setiap pagi, suami saya kini mampu untuk bertahan seharian tanpa memakan sebutir nasi pun. Semalam kami pergi ke The Mines kerana ada urusan di sana. Alang2 berada di sana, terus kami menikmati makan tengah hari kami di Medan Selera The Mines. Bayangkan, suami saya memakan satu pinggan Yong Tau Foo sahaja cukup membuatkan dia kenyang sehingga ke malam! Saya tak taulah minggu ini berapa kilo dia akan hilang, tapi minggu pertama dia berjaya menghilangkan 1 kila tanpa perlu bersenam. Memang Herbalife sangat menakjubkan. Terima kasih Herbalife! (Nota: Suami saya mengalami obesiti tahap ke-3. Berat terakhir sebelum dia memulakan program Herbalife ini ialah 153kg dengan tingginya 175cm).

Ok, itu saja update saya untuk hari ini. Saya tau sangat bosan dan tiada perkara2 yang menarik kecuali bahagian Herbalife.

0 komen: