THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


January 30, 2009

+*+*~Nutrisi & Kehamilan~*+*+

Kalau ikutkan kelulusan dan kelayakan saya, memang saya tak layak bercerita tentang nutrisi kerana saya ialah seorang Mechanical Engineer background! Tetapi, semakin hari saya semakin prihatin terhadap nutrisi kerana nutrisi dan makanan merupakan bahan bakar (fuel) yang paling utama dalam badan kita. Terutama sekali nutrisi untuk ibu mengandung. Memandangkan saya juga dikategorikan sebagai ibu mengandung buat masa ini, saya menjadi prihatin terhadap pengetahuan nutrisi terhadap ibu mengandung kerana sepanjang tempoh kehamilan apa yang paling diperlukan oleh ibu mengandung & bayi adalah nutrisi.

Sepertimana yang pernah saya catatkan sebelum ini, pengetahuan tentang nutrisi di kalangan ibu mengandung terutama sekali di Malaysia adalah sangat cetek. (Berdasarkan pemerhatian saya). Kebanyakan ibu mengandung akan makan apa sahaja dengan harapan makanan tersebut dapat membekalkan nutrisi yang secukupnya kepada bayi dalam kandungan tanpa memperdulikan jenis makanan yang diambil. Kesan daripada cara pemakanan yang tidak sihat ini adalah bayi tidak mendapat nutrisi yang secukupnya sebaliknya ibu yang akan mengalami penambahan berat badan yang mendadak.

Menurut artikel yang saya perolehi daripada baby center, secara idealnya ibu mengandung sepatutnya mengalami pertambahan berat badan sebanyak 0.5kg setiap bulan dalam trimester pertama dan kedua dan 0.5kg setiap minggu pada trimester ketiga sehingga melahirkan. Tetapi, menurut pemerhatian saya, kebanyakan ibu mengandung di Malaysia berupaya untuk menambah berat badan sehingga 5-6kg pada trimester pertama dan berterusan sehingga waktu melahirkan. Jika kita puratakan pertambahan berat badan seperti ini, ibu akan mengalami pertambahan berat badan sebanyak 2 kg sebulan dan sehingga waktu melahirkan ibu akan menambah berat badan sehingga 18-20 kg!! Sekiranya amaun berat badan berlebihan ini amat mudah dikurangkan selepas waktu kelahiran, mungkin risiko kesihatan yang lain akan dapat dijauhi oleh ibu mengandung tadi. Tetapi, kebanyakan kes yang berlaku, ibu tidak mampu untuk mengurangkan berat badan dan akibatnya selepas kelahiran bayi ke-3 atau ke-4 ibu akan mengalami banyak risiko kesihatan dan risiko obesiti yang kritikal.

Dengan kesedaran tentang kepentingan nutrisi terhadap ibu mengandung dan pengetahuan tentang nutrisi yang saya perolehi daripada Herbalife, saya mampu membuktikan bahawa mitos pertambahan berat badan terhadap ibu mengandung adalah karut belaka. Ini adalah kerana setelah mengikuti program nutrisi daripada Herbalife, saya mampu mengekalkan berat badan (walaupun tidak ideal) dengan pertambahan berat badan yang ideal iaitu sebanyak 0.5kg sebulan. Walau bagaimanapun, bayi dalam kandungan saya tetap mendapat nutrisi yang mencukupi. Mengapa saya berani mengatakan perkara ini kerana setelah melakukan 2D scan doktor telah mengesahkan bahawa bayi saya berada dalam keadaan yang sangat baik! Selain itu, melalui ukuran yang diambil, bayi saya mempunyai ukuran yang wajar menurut minggu di mana EDD nya tidak lari daripada 20-22 minggu, di mana kalau ikutkan perkiraan ovulasi, saya telah memasuki 21 minggu. Dan dalam situasi ini, saya juga mampu mengalami penurunan berat badan sebanyak 1 kg!

Apa yang telah saya lakukan? Menurut artikel yang saya baca, ibu mengandung memerlukan banyak protein selain daripada vitamin & mineral yang lain. Produk F1 & F3 Herbalife merupakan produk kosentrasi protein yang mana protein tersebut diperolehi daripada protein sayuran. Terdapat perbezaan di antara protein sayuran dengan protein haiwan di mana protein sayuran adalah bebas lemak manakala protein haiwan (terutama sekali ayam dan daging) mempunyai lemak tepu. Protein daripada ikan kaya dengan omega 3, walau bagaimanapun protein jenis ini terdedah kepada pencemaran air yang mana mengakibatkan kandungan protein jenis ini sedikit terganggu. Jadi saya telah mengubah nutrisi saya kepada 3-4 hidangan F1 + F3 Herbalife dan setiap hidangan ini mengandungi protein + kalsium + 55 vitamin dan mineral lain. Dengan ini, saya mampu membekalkan nutrisi yang secukupnya kepada bayi saya tanpa memberi kesan buruk kepada badan saya sendiri.

Sebenarnya banyak informasi lain yang perlu saya kongsikan berkaitan dengan nutrisi dan cara pemakanan kita dan akibatnya kepada sistem dan badan kita. Antaranya tentang oxidation stress yang berlaku akibat berat badan yang berlebihan dan kesannya kepada kesihatan kita. Tetapi, saya akan sambung dalam penulisan saya yang seterusnya kerana hari telah lewat malam dan saya perlu tidur. (Tidur yang cukup juga penting untuk memastikan badan yang sihat).

0 komen: