THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


January 13, 2009

+*+*~The Training Weekend~*+*+

Saya rasa 2-3 hari kebelakangan ni saya kekurangan masa untuk mengupdate blog saya. Tapi, takpe, kalau saya sempat, saya tetap akan mengupdate blog ini.

Weekend saya yang lepas sangat full dengan aktiviti. Walaupun agak penat, tapi saya sangat seronok!

Jumaat

Pagi saya pergi ke klinik kesihatan Semenyih sebab suami saya perlu menjalani ujian darah sekali lagi. Bacaan kali ini menunjukkan platlet (sel darah merah) beliau telah berkurangan daripada border (border = 140, bacaan suami saya = 110). Beliau perlu mengulangi semula ujian pada keesokkan harinya (Sabtu), sekiranya platlet beliau masih menurun, beliau perlu ditahan di wad. Apa yang membuatkan saya agak pelik, walaupun bacaan platlet beliau menurun, beliau tetap bertenaga, tidak demam dan tidak mengalami sakit2 sendi. (Saya agak arif dengan jangkitan Denggi sebab saya sendiri telah menghidapi demam tersebut 2 tahun lepas). Doktor juga agak pelik dan tidak dapat memberi gambaran sebenar penyakit apa yang beliau hidapi.

Selepas selesai urusan di hospital, saya bergegas ke pasar untuk membeli ketam dan sebaik saja sampai di rumah saya memasakkan sup ketam untuk suami saya. (Ada beberapa pendapat yang saya pernah dengar, bagi sesiapa yang dijangkiti/suspek denggi digalakkan untuk makan sup ketam selain daripada meminum 100+).

Jam 4.00pm saya bergegas pula ke rumah sepupu saya di Selayang untuk bertemu dengan ibu saudara saya dan memperkenalkan Herbalife F1 kepada beliau. Ibu saudara saya ini telah berusia 74 tahun, sangat suka mencuba apa saja jenis produk kesihatan tetapi akibatnya beliau telah mengalami gastrik, sesak nafas, pedih ulu hati, sakit lutut dan beberapa penyakit lain. Kami telah memberi beliau rasa shakes yang sangat lazat daripada Herbalife (perisa vanila + susu putih) dan setelah minum dan menunggu dalam 1/2 jam, beliau mendapati tiada perkara2 pelik berlaku kepada beliau, bermakna shakes ini boleh beliau nikmati dan dijangkakan akan memberi tahap kesihatan yang diingini oleh beliau!

Selepas itu kami bergegas pula ke Restoran Sari Ratu di Jalan Sultan Ismail kerana saya perlu menghadiri satu jamuan makan malam bagi graduan2 daripada HBL University. (HBL Universiti adalah satu program yang diaturkan oleh pemimpin2 tertinggi dalam Herbalife dengan tujuan untuk membina personaliti (self development) dan memberi pengetahuan tambahan kepada Distributor baru dalam Herbalife). Dan saya dan suami saya merupakan salah seorang graduan pada malam itu! Kami sangat enjoy dengan makanan dan jamuan pada malam itu kerana dengan event seperti ini memberikan kami lebih peluang untuk mengenali dengan lebih dekat leaders2 dalam Herbalife seterusnya mempelajari sesuatu daripada pengalaman mereka.

Sabtu

Awal pagi saya bergegas semula ke klinik kesihatan Semenyih untuk mengulangi ujian darah suami saya. Apa yang menakjubkan, bacaan platlet kali ini telah meningkat daripada 110 kepada 280!! Terima kasih kepada sup ketam dan Herbalife H30! Dan suami saya tidak mengambil walau setitik pun 100+ oleh itu kandungan gula dalam darah tidak dicemari.

Jam 12 kami bergegas pula ke Bandar Tun Hussien Onn untuk menghadiri satu majlis perkahwinan, dan selepas itu terus bergegas ke pejabat HBL untuk sesi HOM (Herbalife Opportunity Meeting), Basic Training dan Organization Meeting. Semua aktiviti selesai lebih kurang jam 8.30pm. Tapi, tiada masalah, saya tetap bertenaga walaupun perlu mengahadapi aktiviti seharian dan membawa berat lebihan di dalam perut. Sekali lagi, terima kasih Herbalife!

Ahad

Saya sekeluarga (suami, emak dan adik saya) keluar daripada rumah jam 9.30pagi dan berada di Berjaya Times Square jam 10.00 pagi untuk menghadiri satu event Herbalife iaitu Mega HOM & Bahasa Melayu Quick start. Sekali lagi event saya ini diserikan lagi dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu Kak Nurni & Abang Zul. Event kali ini agak besar, lebih kurang 700+ tetamu and I'm really having so much fun! Event habis lebih kurang jam 7.00pm, kami singgah sebentar di Restoran Ehsan di Berjaya Plaza dan selepas mengisi perut kami bergegas pulang ke rumah.

Isnin

Saya keluar rumah jam 11.30pagi, terus ke Glenmarrie, Shah Alam untuk mengambil Tanita Scale yang telah kami order minggu lepas. Selesai urusan di Shah Alam, saya bergegas pula ke Jalan Raja Chulan untuk mengambil order dan membuat beberapa order baru. Selepas itu, saya bergegas pula ke Taman Selaseh, Gombak, ke rumah sepupu saya untuk memperkenalkan produk Herbalife F1 kepada beliau. Sepupu saya ini telah berusia 56 tahun dan mengalami masalah kolestrol yang sangat tinggi. Beliau bergantung kepada ubat-ubatan dan perlu mengambil pil kolestrol setiap malam sebelum tidur. Oleh itu saya WAJIB membantu beliau.

Selesai urusan di Gombak, saya bergegas pula ke Shah Alam untuk menghantar barang2 adik perempuan saya, selepas itu singgah di rumah emak saya untuk mengecas bateri henpon dan selepas mengecas bateri henpon lebih kurang 10 minit saya keluar pula ke Taman Bukit Mewah, Kajang untuk menghantar pesanan.

Kesimpulan

Sebenarnya di sini, saya bukanlah nak menceritakan lame story tentang schedule harian saya, tapi saya perlu menceritakan pemerhatian saya tentang tahap tenaga saya selepas menggunakan produk Herbalife, terutama sekali Herbalife F1 dan Tea mix. Cuba bayangkan, saya sedang mengandung 18 minggu tapi saya masih mampu bergerak cergas seperti orang yang tidak mengandung. 3 bulan pertama kandungan saya, dan pada waktu itu saya belum menggunakan produk Herbalife lagi, saya sangat cepat penat. Kalau saya bangun tidur jam 8.00 pagi, jam 10.00 pagi atau 11.00 pagi saya akan tidur semula dan bangun jam 2.00 petang atau 3.00 petang di mana selepas itu saya bukan merasa bertenaga semula, tetapi badan saya semakin lesu dan tenaga saya sangat berkurangan. Bayangkan, tenaga saya sekarang lebih hebat daripada bateri henpon saya! Oleh itu mari kita berikan tepukan hebat kepada produk hebat Herbalife! +*+*~clap!clap!~*+*+

Dan apa yang lebih menggembirakan dan mengujakan saya lagi, peristiwa yang berlaku kepada suami saya. Walaupun beliau termasuk dalam golongan suspek Denggi, tetapi beliau tetap bertenaga seperti orang yang tidak sakit. Dan tanpa di tahan di wad atau menggunakan 100+ langsung, beliau mampu pulih seperti biasa! (Impak selepas Denggi yang saya alami selepas ditahan di wad selama 3 hari dan menggunakan 100+ dalam kuantiti yang banyak - berat badan saya naik mendadak dan batuk teruk selama 2 bulan. Thank God perkara itu tak berlaku kepada suami saya).

Cuma satu perkara saja yang membuatkan saya agak terkilan, saya lupa mengambil gambar bagi setiap event yang saya sertai. Selepas ini saya mesti ingat sebab gambar itu adalah bukti dan gambar boleh menceritakan segala-galanya. Ya, saya mesti ingat untuk sentiasa bawa kamera dan mengambil gambar setiap event yang saya sertai.

Sekarang saya perlu masuk tidur sebab esok saya akan ke Utara tanah air untuk berjumpa dengan saudara mara saya di sana dan memperkenalkan produk Herbalife kepada mereka. Saya akan update apa yang berlaku di sana hari Rabu atau Khamis nanti.

0 komen: