Sudah agak lama saya tidak mengupdate blog ini. Keadaan cuaca yang panas sepanjang minggu ini mengakibatkan saya terdedah kepada jangkitan demam selsema. Walau bagaimanapun, saya tetap berterima kasih kepada Herbalife kerana dengan bantuan produk yang sangat menakjubkan ini saya telah berjaya mengelak sebarang jenis ubatan (medication) daripada didedahkan kepada bayi saya.
Hari ini saya telah pergi melalui prosedur biasa yang perlu dilalui oleh ibu mengandung yang lain iaitu monthly check up. Saya hanya melakukan check up di klinik desa Sungai Sekamat, berhampiran dengan rumah ibu saya. Senang cerita, jalan kaki pun boleh sampai. Memandangkan saya bercadang untuk melahirkan bayi pertama saya di hospital kerajaan sahaja, check up di klinik kerajaan sudah memadai, tambahan free check up pula.
Apa yang menakjubkan saya dan memeranjatkan doktor dan nurse ialah, saya berupaya menurunkan berat badan walaupun ketika hamil. Sehingga doktor bertanya kepada saya, "Diet ke?". Apalah maknanya diet kepada ibu mengandung 5 bulan seperti saya. Tambahan keinginan untuk makan adalah meningkat setiap hari, tetapi saya mampu mengawal itu semua kerana saya mula memahami apa itu perbezaan makanan dan nutrisi.
Memandangkan di klinik kerajaan tidak ada perkhidmatan scan ditawarkan, saya mengajak suami saya pergi ke sebuah klinik swasta yang selalu kami kunjungi yang boleh memberi perkhidmatan scan. Untuk 2D scan mereka hanya mengenakan bayaran sebanyak RM40 sahaja. Pada mulanya, saya rasa sangatlah berdebar2, maklumlah setelah hampir 21 minggu ini kali pertama saya akan menjengah makhluk kecil dalam perut saya ni. Apabila prosedur scan dijalankan saya dapat melihat si kecil mengangguk-anggukkan kepalanya dan dia juga berpusing2 dalam perut saya seolah2 mengatakan "mama, janganlah bagi dr tengok saya, malulah saya tak pakai baju.." ngeee... So far menurut doktor, bayi saya berada dalam keadaan yang sangat baik, tadi saya dapat lihat tulang peha dan tulang belakangnya dengan jelas. Menurut perkiraan melalui ukuran yang dibuat bayi saya berada dalam lebih kurang 20-22 minggu yang mana menurut doktor tidak lari jauh daripada perkiraan ovulasi saya dan saiznya adalah normal. Keadaan uri dan air ketuban juga adalah sangat baik dan saya bersyukur dan berdoa agar kehamilan kali ini benar2 dapat berjalan dengan lancar.
Memandangkan baby bertingkah laku agak sopan di depan dr hari ini walaupun ada cubaan untuk melakukan aksi2 yang tak sepatutnya, mama hadiahkan F1 shakes perasa Cappuccino pada baby petang ni..ngeee.. ;P
Ok, now time to go to Tesco. Mama punya shower gel dah abis.
+*+*~Herbalife Notes: Suami saya dah hilang 10 kg tau! Skarang ni dia dah boleh pakai jam G-Shock.. :)~*+*+
0 komen:
Post a Comment