Rasanya belum terlambat saya mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2009". Sebenarnya saya bercadang untuk update semalam, supaya lebih enak dan seronok bercerita tentang new resolution, tapi sambutan tahun baru saya diserikan lagi dengan demam, sakit tekak dan selsema! Mungkin kerana cuaca di Melaka sangat panas tempoh hari menyebabkan ketahanan badan saya tercabar. Tapi takpe, masuk hari ni demam saya dah berkurangan cuma masih sakit tekak dan selsema. Insya Allah, menjelang esok demam saya ini akan baik semula.
Setelah mengrti mengapa saya perlu ada resolusi dan menyenaraikan resolusi saya untuk tahun 2009 ini, saya rasa saya mahu mencatatkannya di sini supaya saya tidak lupa (dan inikan blog saya, jadi saya ada hak untuk menulis apa pun di sini).
Resolusi pertama - Saya mahu jadi Presindent's Team member pada penghujung tahun ini. Ini adalah kerana sewaktu mula2 menyertai HBL tempoh hari saya agak blur dengan karier saya di sini, tapi selepas sebulan saya dah mula nampak hala tuju saya. Pada mulanya saya memutuskan saya mahu menjadi Millionaire's Team member dalam masa 3 tahun, tapi setelah saya meneliti semula peluang dan sistem yang disediakan saya menjadi yakin utnuk menjadi President's Team member dalam masa 1 tahun. Oleh itu, hujung tahun ini saya WAJIB menjadi President's Team member.
Resolusi kedua - Pendapatan saya WAJIB mencecah RM100k++ menjelang hujung tahun ini.
Resolusi ketiga - Saya mahu bercuti ke Spain pada penghujung tahun ini. Sepatutnya saya perlu menyertai satu course-event yang bakal diadakan di Korea pada pertengahan tahun ini tapi nampak gaya suami saya dan adik saya sahaja yang boleh ke sana kerana saya akan menyambut kehadiran orang baru dan emak saya WAJIB berada di sisi saya sekiranya suami saya tiada.
Resolusi keempat - Saya mahu mengurangkan jisim berlebihan pada badan saya sehingga 20kg++ dan ini hanya akan berlaku selepas pertengahan tahun ini. Saya berkeyakinan kerana saya telah menemui penyelesaiannya dan caranya tidak menyakitkan, sihat dan sangat mudah! Selain itu keputusannya juga amat cepat! Jadi kalau suami saya boleh menukar 50kg lemaknya kepada RM1 juta, mungkin jisim berlebihan saya akan bernilai RM1/2 juta...oleh itu kami berpeluang untuk menjadi jutawan sebelum mencecah 30 tahun!
Saya rasa itu sahaja resolusi saya. Dan saya mencatatkan ini semua kerana perkara2 ini boleh diukur dan dinilai. Daripada saya menulis perkara2 seperti "Saya mau jadi emak/anak/isteri yang baik, menjadi seorang muslimin yang solehah, menjadi seorang usahawan yang berjaya, yada..yada..yada..", bagi saya no point sebab perkara tersebut sangat subjektif dan sukar untuk saya menilainya semula sebelum bermula tahun hadapan.
Selesai sudah catatan resolusi saya. Oh ya, suka saya nak bercerita tentang program herbalife saya. Suami saya telah berjaya menurunkan 4 kg dalam masa 3 minggu. Dan sekarang beliau lebih serius dengan program ini dan saya menjangkakan beliau akan kehilangan lagi 2 kg dalam masa seminggu ini. Baju dan seluar beliau yang dibeli sewaktu hari raya yang lepas semuanya telah menjadi terlalu longgar, mungkin dia akan kembali semula ke saiz xxl nya (sebelum ini suami saya adalah 3xl atau 4xl). Visceral fat (lemak yang menyelaputi organ) beliau juga telah menunjukkan perkembangan yang positif iaitu daripada bacaan 24 ke 23. Saya seronok sangat dengan perkembangan positif ini dan akan lebih serius memastikan beliau berjaya dalam program ini (kerana itulah janji saya kepada anak saya).
Ok..of to lala land...kepala saya dah mula berat semula jadi saya memerlukan rehat yang secukupnya!
+*+*~Quote Of The Day~*+*+
Don't wish it were easier, wish you were better.
Jim Rohn, Business Philosopher
January 02, 2009
+*+*~My New Year Resolution~*+*+
Cerita Rozelia Shariff pada 2:43 PM
Cerita Tentang: cerita kami, HBL, resolution
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
kak aimi ..
lily doakan semoga apa yang akak citakan dan plan untuk 2009 akan tercapai ..
Insya-Allah
happy new year !!
:D
Lily.Lulu
Tenkiu my dear...
Kita sama2 usahakan yang terbaik ye...
Happy new Year!!
:)
Post a Comment