THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


January 09, 2009

+*+*~The 1st Shake Party~*+*+

Malam Rabu tempoh hari, emak saya telah mengadakan Herbalife shakes party yang pertama di rumah beliau. I really had a great time that night. Dengan kehadiran kawan2 lama, Paul & geng, Jeffrey & Connie and my most special guest, Kak Nurni and family.

Jeffrey sedang membuat presentation dan saya menjadi penterjemah tidak bertauliah ;P




Antara tetamu yang hadir


Secara keseluruhan, malam itu telah diadakan presentation tentang syarikat Herbalife, produk2nya, marketing plan dan yang sewaktu dengannya. Selain itu, Connie dengan baik hatinya telah membantu emak saya di dapur dengan menyediakan beberapa Shakes pelbagai perisa dan jamuan makan. I'm sure everybody had really great time!

Walau bagaimanapun, dalam 2-3 hari yang lepas suami saya telah mengalami demam yang agak pelik. Waktu malam suhu badan beliau akan meningkat tapi kemudian menurun, kemudian meningkat dan menurun - satu keadaan di mana suhu badan sangat tidak stabil. Pagi semalam bila saya mengejut beliau daripada tidur saya dapati bintik2 merah mula memenuhi badannya! Sungguh risau saya dibuatnya. Pagi itu juga beliau telah bergegas ke Klinik kerajaan untuk memastikan apakah jenis penyakit yang menjangkiti beliau. Apa yang saya risaukan sangat bimbang kalau beliau dijangkiti DENGGI!! Tetapi apabila pulang daripada klinik beliau memaklumkan kepada saya yang platlet beliau adalah sebanyak 200++ yang bermakna itu adalah sangat bagus!

Jadi malam semalam, sebelum shakes party dimulakan saya bersembang2 dengan Jeffrey dan Connie dan mereka bertanya bagaimana keadaan suami saya. Suami saya memberitahu mereka kemungkinan beliau dijangkiti denggi. Jeffrey lalu bertanya, jika dijangkiti denggi apakah ubat yang biasanya pihak hospital akan berikan. Saya menerangkan kepada beliau bahawa denggi tiada ubat. Normal practice penghidap akan diminta minum 100+ sebanyak2nya untuk menggantikan kandungan hemoglobin yang hilang. Lalu Jeffrey telah meng-offer produk ini kepada kami.



Herbalife H3O Fitness Drink

Menurut apa yang diterangkan dalam website Herbalife, produk ini adalah untuk mengekalkan tenaga dan antioxidan. Antara kebaikannya ialah menghilangkan dahaga dan mengelakkan dehidrasi, memberi tenaga dan tidak mengandungi kafein.

Sayangnya produk ini hanya boleh didapati di USA sahaja, dan saya sangat beruntung kerana coach saya berasal dari sana jadi kami berpeluang untuk explore produk2 Herbalife yang tidak dipasarkan di Malaysia. Rasa H3O ini saaaaangatlah sedap, dan kandungan gulanya sangat rendah berbanding minuman isotonik yang biasanya didapati di Malaysia. Selepas menggunakan produk ini selama 2-3 kali, demam suami saya pulih, bintik2 merah pada badannya hilang dan suami saya telah kembali bertenaga seperi biasa! Terima kasih Herbalife!

Bulan April ini kemungkinan Jeffrey akan pulang ke States untuk melawat ibu beliau, jadi bolehlah saya mengirim beberapa F1 yang tidak dipasarkan di Malaysia seperti F1-cookie 'n cream dan yang terbaru F1-caffe latte.

0 komen: