THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


January 05, 2009

+*+*~The Outer Nutrition~*+*+

Selama suami saya mengikuti program diet bersama Herbalife, saya banyak memfokuskan kepada produk nutrisi dalaman (inner nutrition). Tetapi setelah mengikuti beberapa seminar dengan Herbalife saya mula mempelajari bahawa organ terbesar pada badan kita ialah "Kulit" (skin) dan organ inilah yang paling mudah rosak kerana ia merupakan organ yang terdedah kepada kerosakan alam sekitar di sekeliling kita.

Oleh itu saya mengambil keputusan untuk memulakan program "Outer Nutrition" atau dikenali sebagai "Total Plan". Produk yang saya gunakan ialah rangkaian "Nourifusion" yang meliputi set asas (basic) - pembersih (cleanser), penyegar (toner) dan pelembab (moisturizer). Selain daripada itu dalam rangkaian ini terdapat juga rangkaian untuk treatment iaitu scrub, clarifying mask, moisturizer mask, eye gel, eye cream dan night cream.

Secara asasnya, penggunaan asas menekankan kepada treatment asas iaitu - membersih, menyegar dan melembab. Dan untuk treatment yang lebih advance bolehlah menggunakan rangkaian treatment seperti scrub, clarifying mask & moisturizer mask. Untuk penjagaan mata boleh pula menggunakan eye gel dan eye cream. Dan untuk mendapatkan treatment pada waktu malam bolehlah menggunakan night cream.

Selain itu terdapat juga rangkaian "Radiant-C" yang boleh membantu memperbaiki struktur kulit, rangkaian "Skin Activator" untuk mengurangkan kesan penuaan dan rangkaian "Herbal Aloe" yang meliputi losyen badan, tangan dan penjagaan rambut (syampu dan perapi).

Pemerhatian

Setelah menggunakan rangkaian "Nourifusion" - basic + advance treatment + Radiant-C - skin booster saya mendapati kulit muka saya menjadi sangat lembut, selembut kulit bayi atau secara khasnya selembut buntut bayi. Saya juga menggunakan rangkaian "Herbal Aloe" - syampu dan perapi dan alhamdulillah setakat ini masalah kelimumur dan rambut luruh saya semakin berkurangan.

Dan diperkuatkan lagi dengan nutrisi dalaman (inner nutrition), insya Allah dalam masa 3 bulan badan saya akan pulih seperti yang sepatutnya. Saya benar2 menginginkan badan dan sistem badan yang ideal kerana saya tahu jasad saya ini hanyalah pinjaman sahaja oleh itu saya bertanggungjawab untuk menjaganya.

So, kalau ada sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang nutrisi dan produk2 Herbalife boleh email kepada saya di aimi.mukhlis@gmail.com atau boleh terus menelefon saya di talian 017-2584589.

0 komen: