Sepatutnya saya memblogkan 2 perkara yang berbeza ini dalam 2 entry yang berbeza, tapi seperti yang saya bertahu dalam entry sebelum ini, saya sangat kekurangan masa untuk mengupdate blog dengan jayanya. Sekiranya saya tidak menggabungkan peristiwa2 yang sepatutnya saya catitkan dalam satu entry yang sama alamatnya berhabuklah blog ini.
Ok, first of all journey saya ke utara tanah air. Sepatutnya saya telah membuat satu janji temu dengan ibu saudara saya yang kini berada di Kuala Kedah. Malangnya, pada hari itu beliau terpaksa menghadiri kursus luar daerah dan beliau terpaksa menginap di hotel berdekatan (last minute confirmation). Jadi kami terpaksa membatalkan niat kami ke Kedah. Walau bagaimanapun kami tetap ke Bukit Mertajam Pulau Pinang untuk bertemu dengan sepupu saya dan seorang lagi bapa saudara saya. Sekali lagi malang tak berbau, rumah sepupu saya telah dimasuki pencuri pada petang itu dan sesampainya kami di rumah beliau, polis baru sahaja selesai melakukan siasatan.
Jadi malam itu kami tumpang bermalam di rumah beliau, tanpa sempat bercerita tentang produk Herbalife. Tetapi esok pagi sewaktu sarapan kami menunjukkan kepada beliau cara membancuh sarapan pagi F1 Herbalife, tetapi kami terlupa memberi beliau merasa keenakkan sarapan pagi tersebut!
Semasa kunjungan kami ke sana, kami telah membawa bersama satu alat penimbang yang dapat memberi bacaan tentang struktur badan pelanggan jadi dengan cara ini lebih mudah untuk wellness coach seperti saya mendiagnosis keadaan pesakit berdasarkan keadaan fizikal mereka.
Alat penimbang ini boleh menimbang sehingga berat maksimum 180kg. Alat ini juga membantu memberi bacaan terhadap beberapa perkara yang melibatkan keadaan fizikal seseorang seperti berat, peratusan lemak badan, peratusan air dalam badan, muscle mass, physique rating, BMR, Basal Metabolic Age dan visceral fats. Saya akan membuat tutorial tentang penggunaan Tanita scale dan elemen2 yang boleh diukur dalam entry akan datang (ingatkan saya kalau saya terlupa).
Secara keseluruhan, apa yang boleh saya perhatikan daripada kunjungan saya di utara tanah air ini ialah:-
1. Kesedaran masyarakat terhadap tahap kesihatan adalah sangat rendah.
2. Masyarakat masih alpa bahawa masalah kesihatan berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak baik.
3. Tahap tenaga saya dan suami saya sepanjang perjalanan adalah sangat memberansangkan. Pada hari kami bertolak ke utara suami saya berupaya untuk memandu selama 6 jam tanpa henti dan tidak berasa penat. Pada hari kami pulang ke KL, beliau memandu selama lebih kurang 5 jam tanpa henti dan tanpa berasa letih dan selepas itu masih mampu berjaga hingga lewat malam untuk menghadiri business meeting beliau. Bagi saya pula, saya merasakan sangat bertenaga sepanjang perjalanan seperti orang yang tidak membawa berat lebihan (maksud saya tidak mengandung). Sekali lagi terima kasih kepada produk Herbalife!
Saya rasa setakat ini dahulu update saya untuk kali ini. Ada beberapa perkara yang perlu saya selesaikan dan malam makin larut, oleh itu saya perlu mengejar masa untuk tidur kerana esok saya perlu bangun awal pagi memandangkan saya perlu menghadiri satu sesi pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Semenyih.
0 komen:
Post a Comment