First, I've removed weight loss ticker from this blog and I have my own reason for doing this. Ye, diet saya telah screwed up during this festive month sebab keje saya hari2 adalah makan & tido. Oleh itu, cuba bayangkan badan yang di-pam2...sigh...
Second, hajat saya untuk membeli langsir untuk rumah kami adalah tidak kesampaian. Saya telah membuat lawatan ke IKEA tapi berakhir dengan membeli doblas keping curry puff +*+*~see...makan lagi!!~*+*+ yang rasanya agak kureng daripada version awal2 dulu. Oleh itu, kita akan cuba di lain kali.
Bila misi saya ke IKEA adalah GAGAL, saya telah bergerak ke JUSCO Cheras Selatan, tetapi sekali lagi gagal kerana hari hujan dan parking lot di luar Jusco sahaja telah menunjukkan betapa ramainya manusia di dalam JUSCO itu. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk pulang dan membeli langsir di dalam mimpi sahaja.
Tetapi apabila sampai di rumah saya telah membatalkan niat untuk membeli langsir di dalam mimpi sebaliknya saya telah melayan cerita Kala Malam Bulan Mengambang +*+*~sehingga ke saat saya mengupdate blog ini~*+*+ sambil mencari mood untuk menyusun aktiviti yang bakal dilakukan pada hari esok.
Oh ya, sekarang ini saya sedang gigih membuat bacaan buku The 8th Habit oleh Stephen Covey, dan sebaik saja saya selesai menghabiskan bacaan ini saya akan membeli buku hasil penulisan beliau yang bertajuk First Thing First +*+*~yang mungkin memakan masa 1/2 tahun lagi~*+*+ Walaubagaimanapun, saya mendapati buku ini sangat menarik dan sangat menghidupkan semangat saya yang sekejap terang dan sekejap malap ini.
Sekarang saya sudah berasa lapar semula dan ingin menjengah ke dapur dan melihat apa yang emak saya masak untuk makan tengah hari.
Tata...
+*+*~Quote Of The Day~*+*+
Don't wish it were easier, wish you were better.
Jim Rohn, Business Philosopher
October 05, 2008
+*+*~Hajat Tak Sampai~*+*+
Cerita Rozelia Shariff pada 4:53 PM
Cerita Tentang: cerita kami, my crib, shopping, Shopping mall
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment