THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


October 15, 2008

+*+*~Lepas 1-1~*+*+

Lama dah tak update blog ni. Actually, daripada last week banyak sangat hal yang berlaku. Hal2 yang di luar kawalan dan jangkaan. Apa yang aku boleh buat +*+*~SABAR~*+*+

Khamis - aku tak pegi ofis. Migrane, sakit perut, badan rasa tak larat. So, rehat cukup2 kat rumah.

Jumaat - sang suami pegi opis sorang2 sebab dia tak sampai hati tengok keadaan aku yang tak berapa nak ok tu. Then, dia call...ada berita buruk katanya. Ofis kami kena ROMPAK!! Setan betullah sape punya keje ni. Memangla tak banyak sangat barang yang diorang angkut +*+*~ sebijik SONY video cam & sebijik laptop ~*+*+. Tapi ralat jugakla...nak beli semua tu kena pakai duit. Kalu free turun dari langit takde la aku ralat sangat kan.


Yang peliknya, boleh tak dua bijik mangga SOLEX kami guna untuk mangga grill ofis kami tewas di tangan mereka. Tapi bukan dia potong mangga tu, dia potong holder mangga tu. Memang KUAT lah sape punya keje ni. Dah tu, habis semua benda yang bernama ALMARI dia selongkar, mungkin dengan harapan dapat jumpa cash moneylah. Hello...duit tempat simpannya kat bank, bukan kat opis cik oiii.. Nak duit kalu, pegila rompak bank..apadaa...

Sabtu - ada appoinment pagi ni. Presentation daripada supplier. Masa dok tengok presentation 1st session boleh tak speck aku still ok lagi, means masih boleh digunakan. Nak masuk second session, break kejap, aku masukkan speck tu kat dalam beg, directly, tak masuk dalam case dulu. Bila aku amik balik sebab nak pakai masa 2nd session, boleh tak SPECK TU DAH PATAH!! Huaaaa!! Itu bermakna duit kena keluar lagilah!! Dahla tengah kritikal ni...chistt!!

Jadi rentetan daripada 2 kisah kat atas tu, solution yang aku dah buat is

1. Skang ni dah tak pakai SOLEX lagi buat mangga grill, tapi kami telah menggunakan benda ni.


Ye, kami guna kunci beskal!! Hari tu pegi rumah kawan aku, tengok selamba dek je dia guna kunci beskal ni buat kunci pagar rumah. Dia kata lagi save sebab penyamun susah nak potong. Betul ke tak tu aku tak jamin lah sebab kalu nak prove kebenarannya kena tunggu sesi ROMPAK kali kedua lah.

2. Kenalah aku pegi buat speck baru. Semalam dah pegi buat dah, hari ni baru siap. jap lagi lepas husband aku dah abis meeting baru nak pegi amik. Terbang jugaklah RM285.00. Tu yang paling murah aku dapat tu. Waaa...high maintenance tau orang rabun ni.

Lupa lak nak citer pasal kes rompak tu. Aku ingat opus kami je yang kena, rupanya opis kat tingkat bawah ni pun kena. Lagilah dasyat sebab aku tengok tahap security diorang boleh tahan power jugak, siap pakai pintu yang ada number pad tu, pastu pasang roller shutter lagi. Roller shutter kena potong, pintu kaca tu kena terajang sampai terbuka.

Kepada sesapa yang terlibat dalam kisah ROMPAK ni, aku doakan korang kaya cepatlah. Ko ingat best sangat ke keje ROMPAK-MEROMPAK ni. Kalau korang dah kaya mest korang kurang sikit aktiviti2 ni kan. Lagi baik korang duduk rumah main dengan anak atau bermain catur dengan jiran sebelah.

0 komen: