Finally...sang baby telah berjaya sampai ke minggu ke-24!! Big hands for the baby!! +*+*~Clap!Clap!~*+*+
Mungkin bagi ibu mengandung yang lain, mesti excited dengan perkembangan bayi yang sangat positif, dan mungkin juga normal bagi ibu-ibu mengandung kali pertama. Tetapi bagi seorang perempuan yang baru berjaya setelah 4 kali percubaan, perkara ini benar-benar membuatkan saya gembira!! Bayangkan, secara idealnya, ini adalah anak keempat saya. Tetapi dialah yang telah mewarnai hidup saya dan suami saya setelah setahun hidup kami mengalami kesuraman akibat 3 peristiwa keguguran berturut-turut.
Walau bagaimanapun, saya redha dengan keguguran yang lepas-lepas. Saya yakin dan percaya memang banyak hikmah atas peristiwa yang telah berlaku. Dan saya lebih menghargai nyawa yang sedang membesar dalam perut saya sekarang. Dan saya lebih banyak belajar dan memahami tanggung jawab saya sebagai ibu dan PASTI saya akan berbuat yang terbaik untuk bayi saya.
So far, baby is doing well...so well. Setiap hari pasti ada tendangan-tendangan mesra daripadanya yang cuba memberitahu "Mama, baby sentiasa ada dengan mama, no matter what, walaupun baba selalu sibuk dan tak dapat teman mama". Dan sekarang tendangannya lebih slow & steady, tidak sekasar seperti mula-mula dia menyedari dia berupaya untuk menendang. Cuma hari ini saya berasa sedikit sakit pada pinggang dan perut saya, seperti tegang. Bila saya beritahu emak saya tentang perkara ini, katanya itu tandanya baby berada di tempat yang tegang itu.
Dan...perut saya telah mula mengumpul "stretch mark". Tempoh hari, saya lihat stretch mark tersebut kecil-kecil sahaja, tetapi hari ini stretch mark itu semakin besar dan bertambah. Saya adalah sangat malas hendak menyapu apa-apa losyen stretch mark pada perut saya...nantilah mungkin hari Sabtu ini saya dapat outing,so ada chancelah saya pergi membeli cream untuk stretch mark ini. Tetapi bagaimanapun, tak salah saya, saya boleh menggunakan Herbalife Countouring Cream untuk mengurangkan stretch mark saya. Jadi, bolehlah saya membuat penjimatan untuk skin care product, beli skin care daripada Herbalife saya boleh dapat diskaun dan volume points untuk mendapat duit. Kalau saya beli skin care daripada farmasi, dahlah tak dapat diskaun, malah saya tak dapat apa-apa pun melainkan produk itu sahaja. Buy one u get one meh!! Ngeehee...
Setakat ini sahaja update saya untuk hari ini. Saya perlu menyelesaikan 2-3 perkara sebelum hari esok. Saya perlu bekerja keras sekarang untuk mengumpul duit untuk membeli barang-barang keperluan bakal bayi saya dan juga untuk menghantar suami saya ke Korea. Ye, saya mesti menjadi seorang isteri dan ibu yang kuat dan tabah seperti Siti Khadijah, barulah saya mampu menyediakan dan memberikan yang terbaik untuk keluarga saya.
+*+*~Quote Of The Day~*+*+
Don't wish it were easier, wish you were better.
Jim Rohn, Business Philosopher
February 19, 2009
+*+*~Claps For The Baby~*+*+
Cerita Rozelia Shariff pada 10:13 PM
Cerita Tentang: ..., cerita kami, Herbalife, ujian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment