Pertama-tamanya, ampun beribu-ribu ampun sebab agak lama menyepi dan tidak mengupdate blog ini. Kesuntukan masa yang melanda dan keadaan yang kurang mengizinkan menyebabkan saya terpaksa bercuti daripada dunia blogging sekali sekala. Belum lagi disebabkan oleh krisis ekonomi dunia dan krisis ekonomi yang berlaku di Perak. Semua tu menjadikan saya pemerhati dan menyebabkan saya lebih memahami nilai saya di pasaran global sekarang...:)
Kali ni saya hendak bercerita tentang Perancangan 90 Hari (atau dikenali sebagai 90 days plan). Kenapa 90 hari? Ini adalah kerana dalam setahun kita mempunyai 12 bulan yang boleh dibahagikan kepada 4 sukuan dan setiap sukuan mengandungi 3 bulan atau 90 hari. Jadi, untuk memudahkan planning 90 hari ini dilakukan, kita hendaklah mempunyai wish dan vision apa yang akan kita lalui selepas 90 hari. (Perkara ini saya pelajari dalam seminar Herbalife, dan disebabkan plan inilah ramai yang telah benar2 berjaya dalam Herbalife). Menurut Jim Rohn, seorang ahli falsafah dalam perniagaan (perkara ini disampaikan kepada saya oleh Mitti Nafte dalam HBL University), hidup bukanlah bererti kita bergantung kepada takdir sahaja. Tetapi hidup mestilah berdasarkan rekacipta (design) dan setiap individu berhak merekacipta perjalanan hidupnya berdasarkan prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.
Jadi, kalau tengok di blog saya ini, saya telah mengupdate beberapa item di dinding sebelah kanan blog saya dengan meletakkan 4 quadrant wish list saya untuk tahun 2009. Biar saya cerita satu persatu wish list saya di sini.
+*+*~My 2009 1st Quarter Wish List~*+*+
Sebenarnya, saya sangat suka bercuti dan melihat sendiri keindahan dan keindahan negara lain. Sebelum ini saya cuma berpeluang melakukan aktiviti ini sewaktu saya masih bergelar pelajar (zaman sekolah dan zaman universiti). Apabila saya telah bergelar wanita berkerjaya saya tidak mempunyai peluang untuk melakukan aktiviti seperti ini lagi kerana komitmen saya kepada kerja dan kepayahan untuk mengambil cuti. Oleh itu, setelah menjalankan perniagaan sendiri ini saya menyimpan cita-cita untuk meneruskan aktiviti yang sangat saya gemari ini.
Untuk sukuan yang pertama (1st quarter), saya berhasrat untuk bercuti ke Singapura. Sebab utama ialah, saya belum berkesempatan untuk bercuti di sana. Kalau setakat melintas tambak kedua dan terus ke airport Singapura pernahlah. Tetapi mengunjungi tempat2 perlancongan di sana memang saya belum berkesempatan lagi. Saya merancang percutian ini akan berlaku dalam bulan April , mungkin selepas seminar South East Asia Supervisor School yang dianjurkan oleh Herbalife di Kuala Lumpur. Lagipun, apabila mencecah ke bulan April bererti kandungan saya telah berusia lebih kurang 7 bulan, oleh itu bercuti ke tempat2 yang hanya boleh dikunjungi dengan menaiki kapal terbang adalah mustahil. Dan percutian ini mestilah mengambil masa paling kurang 1 minggu.
Walau bagaimanapun, percutian ini akan menjadi hambar jika saya tidak mencapai apa2 kejayaan dalam karier saya bersama Herbalife. Oleh itu saya berhasrat pada sukuan pertama ini saya haruslah telah menjadi World Team dan dapat mencapai target 12,500V.P!
+*+*~My 2009 2nd Quarter Wish List~*+*+
+*+*~My 2009 3rd Quarter Wish List~*+*+
Setelah bercuti selama sebulan, saya akan all out selama 2 bulan dan pada sukuan ketiga saya mahu menghabiskan masa dengan keluarga baru saya di Langkawi. Saya memilih untuk menghabiskan masa selama seminggu di Awana Portomalai bersama suami dan anak saya kerana selepas majlis perkahwinan saya 2 tahun lepas kami merancang untuk berbulan madu di Awana Portomalai. Tetapi disebabkan kesuntukan masa dan keadaan kewangan yang kurang stabil saya terpaksa membatalkan niat saya untuk ke sana. Tapi kali ini saya akan pastikan impian saya ini akan tercapai.
Dan lebih meriah lagi jika saya berjaya menjadi GET Team dalam bulan ini berserta dengan kelayakan Millionaire Team untuk bulan yang pertama dengan sekurang-kurangnya 2,000 R.P yang bersamaan dengan 30,000 V.P!
+*+*~My 2009 4th Quarter Wish List~*+*+
Setelah pulang bercuti, saya pasti akan menjadi lebih segar (fresh) dan akan bekerja lebih kuat lagi. Jadi sebagai ganjarannya, saya akan membawa keluarga saya bercuti dan melancong di Cordoba, Spain pada penghujung tahun ini. Dan yang pasti percutian saya kali ini akan menjadi sangat bermakna kerana saya telah berjaya menjadi Millionaire Team! Dan saya akan manfaatkan percutian ini dengan menghabiskan masa dengan suami dan anak saya dan memulakan perancangan untuk tahun 2010. Semoga tahun 2010 nanti akan lebih bererti buat diri saya dan keluarga saya kerana saya akan pastikan pula kami berjaya menjadi President's Team dalam tahun tersebut!
0 komen:
Post a Comment