Hari yang dipenuhi dengan bunga2 dan kasih sayang. Dan ini merupakan tahun kedua saya menyambutnya dengan gelaran "isteri". Tahun lepas suami saya telah menghadiahkan saya Aquariser, tapi tahun ini saya akan menghadiahkan dia satu surprise....yang akan di drag ke hari Isnin (sebab tempat saya nak beli "benda" tu tutup esok).
Walau bagaimanapun, apa yang saya pasti suami saya tidak akan menghadiahkan bunga kepada saya pada hari Valentine mahupun special occassion yang lain sebab saya memang seorang manusia yang tidak pandai menghargai bunga. Daripada hadiahkan saya bunga adalah lebih baik hadiahkan saya pen ataupun buku mengumpul stem. Dan hari valentine bukanlah hari yang sesuai untuk saya.
Dan hari ini, walaupun kebanyakan manusia di seluruh dunia sedang sibuk berkasih sayang saya tidak dapat berjumpa dengan suami saya...mungkin malam nanti bila saya dah lalok dan berlepas ke lala land baru saya dapat berjumpa dengannya. Pagi tadi saya berjumpa dengannnya sekejap sahaja, itupun kerana dia meminta saya menghantarnya ke pejabat, kemudian saya ke rumah customer, suami saya ada meeting dan berterusan sehingga ke malam kerana malam ini dia ada sesi futsal pula. Apa yang penting dia akan menghantar barang yan dipesan oleh kawannya dan membawa pulang wang hasil jualan untuk saya...yipiee!!
Setakat hari ini, baru setengah bulan Februari pendapatan saya telah mencecah RM2,500! Ini bermakna jika saya meneruskan momentum seperti ini saya akan mampu menggandakan pendapatan saya pada hujung bulan ini, jadi bolehlah saya mula saving untuk perbelanjaan suami saya ke Korea dan perbelanjaan untuk membeli barang2 untuk si kecil di dalam perut saya. Ye, bulan Jun ini ada 2 event yang sangat besar untuk saya (besar dari segi persiapan perbelanjaan kot) iaitu kehadiran si kecil dan saya akan menghantar suami saya untuk menghadiri event extravaganza di Korea. Jadi ada lebih kurang 4 bulan lagi untuk saya bekerja keras.
Kesimpulannya, pada hari Valentine's ini saya bukan sekadar belajar dan memahami apa itu erti "kasih sayang" tapi saya juga mula belajar erti pengorbanan dan responsibilty sebagai seorang ibu dan isteri.
+*+*~Quote Of The Day~*+*+
Don't wish it were easier, wish you were better.
Jim Rohn, Business Philosopher
February 14, 2009
+*+*~It's Valentine's Day!!~*+*+
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment