Esok saya akan ke utara lagi tetapi kali ini bapa saudara saya telah mengaturkan satu majlis di rumah beliau. Oleh itu kami akan berpeluang mengadakan sesi ceramah kesihatan dan bertemu dengan orang-orang utara.
Minggu ini dijangkakan jadual saya akan penuh dengan sesi taklimat kesihatan & wellness evaluation. Saya bercadang mengadakan sesi taklimat di MPK pada hari Jumaat dan kemungkinan besar Dr.Nazari juga akan mengadakan taklimat kesihatan pada hujung minggu di Tanjung Karang. Harap-harapnya tenaga saya akan terus berkekalan seperti biasa.
Sekarang ini perut saya kadang-kadang menjadi sangat besar, tetapi kadang-kadang sangat kecil, tidak seperti orang yang hamil 5 bulan ++. Tetapi baby saya memanglah sangat aktif terutama sekali apabila saya mahu tidur, dia akan menendang sekuat-kuat hati mengikut arah saya mengiring sehingga kadang-kadang saya tidak tahu arah mana patutnya saya mengiring. Tendangannya seolah-olah cuba memberitahu pada saya "Mama...tolong...saya tersepit!!". Tetapi perkara itu akan berlaku jika bapanya tiada bersama saya, jika bapanya ada bersama saya, baby saya akan menjadi baby yang paling bersopan di dunia...tiada tendangan sekuat hati cuma sentuhan-sentuhan mesra sahaja daripadanya. Hmmm...dalam perut lagi dah pandai ye??
Ok...saya perlu bersiap kerana saya akan bertolak ke utara agak awal esok. Mungkin selepas sesi taklimat di rumah bapa saudara saya kami akan singgah ke gerai mi udang di sungai dua dan menikmati ketam goreng cili di sana. Dan event ini akan menjadi surprise kepada suami saya.. :) Jumpa lagi bila saya dah balik semula ke KL.
+*+*~Quote Of The Day~*+*+
Don't wish it were easier, wish you were better.
Jim Rohn, Business Philosopher
February 16, 2009
+*+*~Ke Utara Lagi~*+*+
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment