Adalah ini simptom yang biasa dialami oleh pregnant ladies like me? Ntahlah, tapi kali ni tahap mood swing saya adalah sangat kritikal. Malam tadi sebelum tidur sempat saya bergurau senda dengan suami saya (perkara yang amat jarang sekali saya lalui, oleh itu saya menghargai sangat saat2 seperti ini). Kebetulan dia agak free malam tadi, jadi adalah dia sebagai peneman saya sebelum tidur. Tapi sesi gurau senda hanya berlaku selama 15 minit sahaja, sedang si suami seronok bergelak ketawa dan melanjutkan sesi kutuk mengutuknya (sudah tentu dia mengutuk saya) tiba2 saya boleh MENANGIS teresak2! Sampai sang suami berbisik di telinga saya "Dah la tu, janganlah sedih, nanti abang pun sedih sama". See...kejap ketawa dan kejap menangis adalah GILA okehhh..
Kalau nak diceritakan mood yang sekejap suka dan sekejap marah, memang terlalu banyaklah. Saya rasa sepanjang masa saya jadi macam tu. Sekejap saya boleh jadi baik dengan suami saya, tapi dalam masa 2 minit saya boleh naik angin dengan dia. Kesian sang suami kena melayan kerenah isteri yang begini. Nasib baiklah saya dikurniakan dengan suami yang tinggi tahap kesabarannya dan jarang sekali dia menaikkan suara kepada saya, apatah lagi nak menaikkan benda2 lain (contohnya tangan atau kaki). Dan kadang2 saya rasa tak adil sebab suami saya terlalu baik bagi saya tapi saya selalu buat jahat dengan dia...kesian suami saya.
Kenapalah hormon pembawakan ni jadi macam ni? Saya nak jadi seperti saya yang sebelum ini, lebih banyak relax dan tak mudah melenting dengan apa yang berlaku di sekeliling saya. Bukan macam sekarang ni, kena gigit nyamuk sikit pun boleh buat saya menangis! Saya rasa seperti saya seorang perempuan yang sangat lemah dan saya adalah tidak suka seperti ini kerana sebelum ini saya tidak seperti ini. Macam mana agaknya saya nak mengutip semula sifat2 lama saya yang tegas dalam kelembutan itu?
Dahla, saya nak mandi. Kejap lagi nak pegi kenduri.
Nota: See, saya dah mula mengarut lagi. Maafkan ya gaya penulisan saya yang begini - menulis tanpa berfikir dan menulis apa sahaja yang terlintas di kepala.

Hihi... :P
0 komen:
Post a Comment