THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


November 17, 2008

+*+*~Apa Dah Jadi??~*+*+

Hari ni saya ada citer panassss nak citer. Tadi rasa macam takde benda nak blog, terlupa lak satu citer panas ni.

Pagi tadi saya pegi ke Bukit Subang dengan Sang Suami atas urusan menghantar order customer. Punyalah pusing bagai nak rak, tapi akhirnya kami berjaya juga menghantar order tersebut dengan selamat.

Masa nak balik, saya cadangkan pada suami supaya ikut jalan Subang Airport terus ke pejabat kami, senang sikit, tak perlu pusing balik ke Shah Alam. Tapi sebab suami saya tak berapa familiar dengan kawasan Subang, dia langsung terlajak dan kami terpaksa berpatah balik ke Shah Alam. Selepas saja melepasi kawasan traffic light Bukit Subang tu, naik sikit ke jalan besar, saya ternampak motor polis dan seorang polis dok usyar kereta2 yang lalu kat situ. Dan2 tu jugak saya berpusing ke arah suami dan mendapati dia terlupa memasang tali pinggang keledar. Baru saya bersuara "Tu..polis..tu..", di depan dah tercongok sekumpulan polis trafik sedang menahan kereta2 yang melakukan kesalahan lalu lintas, dan masa tu jugak suami saya dok sibuk menarik tali pinggang keledar. Tapi kat depan tu, polis trafik dah melambai-lambai mengarahkan suami saya memberhentikan kereta di sisi jalan.

Bila suami saya dah berhenti saja, terus seorang polis trafik menghampiri kereta kami. "Assalamualaikum cik", sapanya. Sambil tu dia sibuk juga memeriksa kalau2 roadtax kereta dah tamat tempoh. "Boleh minta lesen encik", kata polis tersebut.

Suami saya pun menghulurkan lesennnya kepada polis tersebut.

Polis: "En. N ye, kesalahan encik ialah tidak memakai tali pinggang keledar. Denda RM250"
En.N: Ye ke encik. Banyaknya. Tak boleh rayuan ke?
Polis: Rayuan (sambil buat muka senyum kambing). Rayuan kat sini ke rayuan kat balai? Macam nilah, asal encik senang saya pun senang dah cukup baik. Kalau dah tulis, pegi balai, lain pulak ceritanya nanti.

En. N: (Buka wallet, keluar not RM50)
Polis: (Pelan2, hulur balik lesen & amik not RM50)
En.N: Terima kasih ye encik.
Polis: Terima kasih encik.

Haiyaaa!! Macam ni pun boleh ke??

2 komen:

MOLY said...

tengah bulan kak ..
biasalah tuh .. polis nak cari duit haram ...

hari tuh pun lily baru je keluar rumah nak ke petronas isi minyak .. tetiba polis tahan .. sib baik x kena saman .. sbb hujan dah turun .. uhuhuh :D

Rozelia Shariff said...

Lily.Lulu,

You're saved by the rain!!
Ngeh..ngeh..

Isy..isy..tak baik tau polis tu..
Nasib baik akak lupa amik no. ID dia, kalu tak free je akak publish kat sini