THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


November 27, 2008

+*+*~Silence Is Golden~*+*+

Lately saya perasan saya lebih banyak merepek dalam belog ni berbanding menulis idea2 bernas seperti dahulu (bernaskah aku?). Semenjak-dua-menjak ni saya rasa seperti critical mind saya dah mula faded. Adakah kerana situasi saya yang kurang bertemu dengan orang ramai seperti dulu, atau adakah simptom lain?

Sebenarnya banyak perkara yang berlaku di sekeliling saya yang membuatkan saya tak puas hati. Kemelut politik di Thailand yang menyebabkan negara tersebut kerugian berjuta-juta RM (puluhan juta dalam Baht). Aktiviti YOGA yang diharamkan oleh majlis fatwa Malaysia. Percaturan jawatan dalam UMNO sempena pemilihan March 2009. Sikap YB2 yang keanak-anakan dalam persidangan di Parlimen. Hakisan yang semakin teruk berlaku di pantai di Kelantan. Skandal MELAMIN. Apa lagi...namakan saja. Semuanya membuatkan saya pening kepala dan sangat tidak berpuas hati.

Tapi apa yang boleh saya lakukan? Saya hanya rakyat biasa yang memegang IC biru dan mempunyai hak mengundi 5 tahun sekali (yang tidak saya manfaatkan sepenuhnya kerana saya merasa seperti mengundi calon2 AF untuk peringkat akhir). Saya mengharapkan PERUBAHAN dan saya yakin PERUBAHAN itu tidak akan berlaku sekiranya KITA SEBAGAI RAKYAT tidak mampu melakukan perubahan (yang mana akhirnya kita sebagai rakyat akan menjadi seperti rubah = bersifat ke-animal-ism). Dan saya tidak suka bermulut lancang kerana bagi saya tak guna kita mengomen dan mengomel terlalu banyak jika kita tak mampu adakan pelan tindakan seterusnya melaksanakan pelan tindakan tersebut.

Dan satu lagi, berita terkini hiburan sensasi, saya mungkin kurang bermulut lancang kerana saya sedang menantikan kehadiran "bakal pemimpin negara" yang dijangkakan tiba pada bulan 6 nanti. Masih kurang faham? Sukacita saya maklumkan, saya telah menderita simptom2 buatan orang selama kurang lebih 3 bulan dan alhamdulillah sampai di hari ini saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa SAYA AKAN MENJADI IBU KEPADA BAKAL PEMIMPIN NEGARA dalam masa kurang lebih 6 bulan lagi.


Saya akan menantikan senyumannya dengan penuh sabar.




Saya berdoa agar dia sentiasa sihat (tak kira lelaki atau perempuan)


Dan saya yakin dia akan menjadi penawar duka dalam perjalanan kami kelak.

Doakan semuanya selamat dan saya dapat mengharungi pengalaman ini dengan jayanya (tidak seperti experience yang lepas). Dan saya harapkan perubahan ini yang dapat saya lakukan untuk negara saya yang tercinta. Amin.

+*+*~Nota: Kepada Missy Dullness & Madam Mimi, tekaan kalian adalah benar tapi saya tak mampu untuk reveal awal2 sebab saya takut buah pisang akan berbuah kali ke-empat. Accept my apology ok~*+*+

+*+*~Oh ya, lagi satu. Saya akan introduce-kan satu blog baru +*+*~From The Lense Of The CEO~*+*+ tak lama lagi kalau rindukan kelancangan mulut sayalah (masih sempat saya berlancangan walaupun dalam keadaan begini)~*+*+






2 komen:

missy dullness said...

;)

I knew it..
Call it kembar punyer instinct.. ;p


Anyways, congratulations.
Jaga anak sedaraku baik-baik, jangan lasak-lasak sangat. ;)

Bulan 6 ek..?
Just in time aku balik menjenguk, InsyaAllah.

Rozelia Shariff said...

Missy dullness,

Thank you very much for the wish,
Insya Allah, akan ku jaga anak sedara mu ini baik2..
Kerna aku meletakkan harapan padanya untuk merubah dunia..

Doakan semuanya selamat ya!