THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


December 31, 2008

+*+*~2 Hari Lagi~*+*+

Saya rasa macam nak sangat update blog malam ni. Ada banyak perkara bermain di fikiran dan yang paling penting sekali Resolusi Tahun Baru!! Tetapi, saya merasa sangat mengantuk sekarang ini dan apa bermain di kepala saya hanyalah bantal dan tilam empuk saya.

Mungkin esok saja. Macam mana pun esok pagi saya akan balik ke Melaka, sang suami telah mula merindui ibundanya. Petang saya akan balik semula ke KL dan malam itu saya akan pergi "bekerja" kerana saya yakin ramai orang akan keluar pada malam itu dan peluang saya akan terbuka luas.

Jadi dalam kesempatan ini saya mengucapkan "Selamat Tahun Baru", sudah siapkah resolusi 2009 dan sudah bersediakah kita untuk berubah dan menghadapi ujian yang lebih getir pada 2009?? Tepuk dada, tanyalah diri...bersediakah kita??

Salam Tahun Baru

aimi.mukhlis
http://ceritadiadanaku.blogspot.com

December 27, 2008

+*+*~Towards The End Of Year~*+*+

Tinggal kurang lebih 4 hari lagi sebelum berakhirnya 2008. Semakin hampir penghujung tahun, saya semakin sibuk mengejar penghabisan tahun dan menyelesaikan perancangan untuk tahun hadapan. Dan, semakin banyak seminar yang perlu saya selesaikan sebelum penghabisan 2008. (Tapi, saya masih ada masa untuk berblogging..hihi..)

Esok, saya akan melalui satu lagi seminar besar. Lebih ramai peserta dijangkakan dan there will be a lots of funs! Dan penghujung tahun ini juga akan menyaksikan saya memulakan langkah baru dalam bisnes saya, dengan bantuan dan sokongan rakan2 yang baru dan saya yakin inilah peluang yang perlu saya ambil. Sekiranya saya melepaskan peluang ini, mungkin peluang keemasan seperti ini tidak akan datang lagi kepada saya. Great opportunity never comes twice!

Dan banyak nota2 seminar perlu saya salin semula. Saya perlu menyelesaikan semuanya sebelum bermula tahun hadapan kerana apabila banyak cuti bererti lebih banyak peluang keemasan saya. Saya perlu mengaut semua peluang yang ada dan saya yakin saya boleh melakukannya!

Tinggal kurang lebih 4 hari saja lagi. Kalau saya tak selesaikan semuanya sebelum berakhir tahun 2008 ini dan membawa perkara2 yang tertangguh ke tahun hadapan bererti saya belum cukup bersedia untuk menghadapi tahun hadapan. Oleh itu, semua pekerjaan untuk tahun ini perlu diselesaikan sebelum bermula 2009 kerana apabila bermulanya 2009 bermula bererti saya akan mula membuka lembaran baru dengan lonjakan berserta momentum yang sangat hebat.

2009, wait for my resolution!

December 26, 2008

+*+*~Towards The New Year & New Resolution~*+*+

Sejak kali pertama saya memegang title "pekerja dengan ijazah" *+*+~ maknanya selepas semua sesi pembelajaran formal saya selesai ~*+*+ setiap tahun saya menginginkan yang terbaik bagi diri saya. Prinsip saya mudah, apa yang bakal saya lakukan pada tahun depan MESTILAH berbeza dengan apa yang saya telah lakukan pada tahun lepas. Tetapi bila disentuh bab resolution, saya sendiri pun kurang mengerti kenapa saya perlu buat resolution setiap awal tahun tetapi pada penghujung tahun bukan sahaja saya tak dapat memenuhi resolution pada awal tahun bahkan saya sama sekali lupa akan resolusi saya setiap tahun!

Lebih menyedihkan, saya tidak tahu bagaimana hendak mengungkap semula kejayaan saya pada tahun tersebut sebelum melangkah ke tahun baru. Tetapi, alhamdulillah, pada tahun ini hala tuju saya untuk tahun depan lebih jelas dan saya dapat merasakan tahun hadapan hidup saya akan lebih bermakna dan lebih mengujakan kerana dalam beberapa hari yang tinggal untuk tahun ini saya akan mula melakar perjalanan saya untuk tahun depan. Terima kasih kepada suami saya dan juga kepada 2 coach saya yang sangat baik hati kerana sedikit sebanyak membimbing saya dan mengajar saya apa itu erti hidup!

Jadi, dalam 3-4 hari sebelum tahun baru ini saya perlu memulakan perancangan saya untuk tahun depan, dimulai dengan New Year Resolution. Mengapa resolution? Kerana itu adalah mimpi saya untuk tahun depan dan saya akan bekerja keras untuk memenuhi impian saya untuk tahun hadapan. Yang penting dan pasti, saya mesti melakukan perubahan dan melakukan sesuatu yang lain daripada tahun2 sebelumnya. Dan saya yakin dengan perubahan yang saya lakukan pada kali ini akan memberi impak yang besar untuk saya mungkin untuk 10-20 tahun yang akan datang.

So, wish me luck!

December 24, 2008

+*+*~Bila Kita Jatuh...~*+*+

"Bila kita jatuh, itu maknanya peluang untuk kita melompat lebih tinggi akan muncul depan mata kita".

Malam tadi sepanjang perjalan pulang daripada seminar, itulah butir bicara yang saya bincangkan dengan suami tercinta. Maklumlah, dah sampai penghujung tahun 2008 ni, banyak sangat cerita jatuh dan bangun yang kami dah lalui, dan yang paling sukar untuk dipercayai ialah kami telah melaluinya dalam usia yang sangat muda! Tapi kami yakin, jatuh dan bangun ini hanyalah bunga2 dalam kami melakar cerita kehidupan kami. Tiada jatuh dan bangun hidup tak berseri, perjalanan jadi hambar. Nanti bila dah tua tiada cerita yang menarik boleh kami ceritakan kepada anak cucu kami.

Apa yang penting, kami semakin kuat menghadapi apa saja rintangan. Biarlah orang nak kata apa pun, kami yakin kalau kami nak melangkah lebih jauh kami perlu melakukan sesuatu yang lain, sesuatu yang orang biasa tak sanggup nak lakukan. Dan kami sedang melakukannya.

Dan yang lebih penting lagi, kalau jatuh bermakna itulah peluang untuk melompat lebih tinggi lagi. Semoga 2009 yang akan datang kami akan melompat lebih tinggi.

Merry Christmas & Happy New Year!

Aimi.Mukhlis
http://ceritadiadanaku.blogspot.com

December 22, 2008

+*+*~Moreo Attack~*+*+

Teruk betul saya pagi ni. Bangun pagi je terus pasang lappy dan terus blog hop. Apa yang saya dapat? Saya singgah kat blog Green Apple, dan terbaca tentang Moreo Attack! Ye, saya sangat setuju dengan Green Apple, cerita ni memang legend! Tak salah saya cerita ni masa zaman saya darjah 4 dulu, dan yang paling tak best sekali saya dah mula terlibat dengan pasukan holi sekolah. Kalau tak salah saya cerita ni tayangan dia bermula jam 4.00~4.30pm dan latihan hoki saya bermula lebi kurang waktu tu. Dan itu yang membuatkan saya kurang semangat nak pegi latihan hoki.



Masa demam Moreo Attack ni memang semua budak nak jadi pemain bola tampar. Saya ingat lagi ada seorang junior saya, balik mengaji terus singgah kat padang, pegi kat court badminton main bola tampar ramai-ramai. Junior saya tu perempuan, jadi, kalau main bola tampar pakai baju kurung kan ke tak semenggah namanya. Tau apa dia buat? Dia lipat kain baju kurung dia, masukkan dalam "spender", jadi adalah rupa macam Moreo Attack sikit. Hahaha...macam2 lah zaman budak2 dulu.

Masa yang sama, adik saya ada bola KFC. Bola tu bola tiup tu je, tapi ada satu bahagian kat bawah dia boleh diisi dengan air, jadi bola tu agak berat juga dan sedap untuk dipukul. Bayangkan, punyalah saya berangan nak jadi Chun dalam cerita tu, habis sampai bocor bola adik saya tu saya kerjakan. Hari2 pukul bola kat dinding, serupa macam Chun buat masa dia tengah berlatih.

Tapi, apa yang paling buat saya teruja ialah aksi2 dia. Summersault berpusinglah, apa tu...pukulan berkembar? Banyak lagilah. Kalaulah betul diorang boleh buat aksi macam tu, konpim Jepun asyik menang je dalam pertandingan bola tampar.

December 19, 2008

+*+*~Penyakit "Mim"~*+*+

Ada sesiapa pernah dengar Sindrom penyakit "mim"? Antara simptom2nya ialah tidak mampu mengeluarkan idea untuk menulis blog, merasakan seperti mahu duduk di atas sofa di depan TV sambil menonton TV sepanjang hari, tidak mahu melakukan apa2 kerja rumah, tidak mahu itu dan tidak mahu ini. Sindrom penyakit "mim" yang saya maksudkan di sini ialah penyakit "malas".
Ye saya tau itu adalah perkara yang sangat negatif dan tidak bagus untuk kesihatan peningkatan diri (self development). Tapi saya tak tau kenapa, sejak akhir2 ini saya sangat malas hendak menulis, malas hendak melakukan kerja rumah dan segala2nya. Saya rasa saya sangat tidak aktif dan sangat tidak bagus untuk kesihatan anak saya.

Saya rasa saya perlu mula melakukan senaman2 regangan seperti Yoga (bolehkah? Bukankah yoga sudah diharamkan di Malaysia) dan berenang (aktiviti ini adalah percuma kerana di rumah saya terdapat kolam renang). TAPI, bagaimanakah rupa saya kalau memakai pakaian renang di waktu2 sebegini. Adakah seperti ini?



Terima Kasih kepada google kerana memberi gambar ini kepada saya

Atau ini?

Terima Kasih kepada google kerana memberi gambar ini kepada saya

Atau ini?

Terima Kasih kepada google kerana memberi gambar ini kepada saya

Kalaulah saya boleh nampak hot dan sexy seperti mereka, pasti hari2 saya bertapa di swimming pool itu, tapi segalanya adalah TIDAK MUNGKIN! Tapi selepas delivery nanti saya akan pastikan badan saya akan menjadi seperti ini.

Terima Kasih kepada google kerana memberi gambar ini kepada saya

Atau ini.


Terima Kasih kepada google kerana memberi gambar ini kepada saya

Atau ini.


Terima Kasih kepada google kerana memberi gambar ini kepada saya

Yang pentingnya anak saya akan merasa bangga apabila saya membawanya berjalan2 kerana mempunyai seorang mama yang sihat, cantik, bergaya, hot dan seksi..hihi.

Dan minggu ini baby saya telah memasuki minggu ke-15. Mari kita berikan tepukan kepadanya! +*+*~Clap!Clap!~*+*+ Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan dengan lancar dan saya pun tidak mengalami apa2 kejadian yang tidak diingini. Saya harap semuanya akan berjalan lancar sehingga ke minggu ke-40 nanti, amin. Cuma dalam awal minggu ni lower abdomen saya mengalami kesakitan yang mengakibatkan saya sukar untuk membuang air dan kadangkala terasa seperti sukar untuk berjalan. Tapi sejak semalam kesakitan itu mula menghilang dan saya dapat bergerak aktif semula seperti biasa.

Dan sehingga ke hari ini saya masih mengamalkan Herbalife dan saya merasa sihat dan bertenaga secara luar biasa! Lebih membuatkan saya teruja, selepas hari ke-10 mengamalkan Herbalife setiap pagi, suami saya kini mampu untuk bertahan seharian tanpa memakan sebutir nasi pun. Semalam kami pergi ke The Mines kerana ada urusan di sana. Alang2 berada di sana, terus kami menikmati makan tengah hari kami di Medan Selera The Mines. Bayangkan, suami saya memakan satu pinggan Yong Tau Foo sahaja cukup membuatkan dia kenyang sehingga ke malam! Saya tak taulah minggu ini berapa kilo dia akan hilang, tapi minggu pertama dia berjaya menghilangkan 1 kila tanpa perlu bersenam. Memang Herbalife sangat menakjubkan. Terima kasih Herbalife! (Nota: Suami saya mengalami obesiti tahap ke-3. Berat terakhir sebelum dia memulakan program Herbalife ini ialah 153kg dengan tingginya 175cm).

Ok, itu saja update saya untuk hari ini. Saya tau sangat bosan dan tiada perkara2 yang menarik kecuali bahagian Herbalife.

December 17, 2008

+*+*~Gilakah?~*+*+

Baru sekejap tadi saya menerima panggilan daripada satu company yang berpengkalan di Canada dan mereka menjemput saya ke sesi temuduga pada hari Isnin depan. Bila saya dengar dan tenung2 balik memanglah macam best sebab multi-national company, with friendly working environment, letak kat belakan Pavilion pulak tu. TAPI, job yang dia offer kepada saya adalah di luar bidang saya - Executive, Land Management dan berkaitan dengan Land Banking.

Gilakah kalau saya terima jawatan ini? Mesti saya tak tau nak buat apa sebab saya tak pernah involve dengan real estate and what not. Aiyoh..susahlah ini macam.

Takpe, saya dah ada office baru kat Jalan Raja Chulan. Rasanya saya tak pergi kot ke sesi temuduga tu.

Tengoklah macam mana.

December 15, 2008

+*+*~My HBL Program Day 6 & Lumut Holiday~*+*+

First update about my HBL progress. Well, we consume it as usual eventhough during the holidays and we're away from our home. And again, thanks to Herbalife because it really save our breakfast! Stranded in a place of nowhere, or, would I say a place we're unfamiliar to and having this great breakfast is really a pleasure for us! And the really great thing is my husband manage to drive 4 hours non stop without feeling sleepy even for one second! Thank you HERBALIFE!

So, for our holiday in Lumut (sorry no picture, I brought along the camera but I forgot the SD card). Actually we went there for my husband's cousin wedding ceremony. The bridegroom is really sweet and so young! She just only 22 years old! And we really had a great weekend there because all my husband's siblings were there (Yong, Abang Sham, Kak Wa).

After wedding ceremony we off to Lumut Town because I wish to buy some salted fish and my husband bought some sotong kering and fish satay. I bought Talang fish and straight away headed to my mother's house, drop the salted fish and request her to cook some masak lemak with pineapple which is soooo sedap!! Can't wait to have it tonight!

Today suppose that I'm having an appointment with Jeffrey but need to postphone to tomorrow because he's busy today. And I'm quite tired today, maybe due to long hours journey and long hours af sitting and bumping in the car and so and so.

Suddenly I'm short of idea, so I don't know what to write. Just a bimbo update. Looking forward to watching SPA-Q 2 this evening.

I'm off now.

+*+*~Bukan Superstar~*+*+

Tempoh hari semasa dalam perjalanan ke Lumut, saya dan suami bertemankan Hot FM telah mendengar lagu ini. Saya teringin sangat nak tengok video klipnya sebab sebelum ni saya pernah melihat klip video mereka yang bertajuk "Dangdut Is the Music Of My Country". Bagi saya Projek Pop adalah sewel tetapi sangatlah kelakar. So, enjoy the clip!




Dan saya selitkan juga video klip "Dangdut Is The Music Of My Country"


December 12, 2008

+*+*~Sekali Ada Sambungan Daa~*+*+

Dok telek2 kat You Tube tu rupa2nya lagu apo kono eh jang tu ada sambungan. Panjang gak cerita si Ujang ni ye??