THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


Showing posts with label handbags. Show all posts
Showing posts with label handbags. Show all posts

March 10, 2009

+*+*~Keciwa...Tsk..Tsk..~*+*+

Memandangkan semalam adalah public holiday sempena Maulidur Rasul so sempatlah saya ke The Pavillion KL untuk memulakan ekspedisi mencari bag Coach saya +*+*~wink~*+*+. Disebabkan suami saya pun tidak ada apa2 hal yang direncanakan pada siang hari itu, dengan senang hati beliau telah meneman saya ke The Pavillion.

Hasilnya....
Butik Coach memang ada di Pavillion, tapi bag yang bermain-main di otak saya tidak ada! Dan lebih menyedihkan lagi menurut SA di butik itu that type of bag tidak masuk ke Malaysia! Hmm..nampak gaya takde rezekilah saya nak pakai bag tu.. Menurut apa yang telah saya pelajari dalam "The Secret", its ok kalau saya tak dapat bag tu skarang sebab mungkin belum sampai waktunya bag itu sampai ke tangan saya. Yang pentingnya saya tidak boleh putus asa dan "believe" (yakin & percaya) yang satu hari saya akan dapat juga bag tersebut.

Takpelah, dah tak ada nak buat macam mana kan. So, there come another plans in my head that are:-

1. Contact my mother's friend, Auntie E-Ding who lived in US and minta dia beli that bag straight away from US.
2. Perhaps boleh try ushar kat Singapore (as we most probably going over there next month) mana tau ada bag tu kat sana.
3. Try tengok kat butik kat KLCC or The Gardens (thanks Sab for the info), but it will be the last resort

4. Beli through the www, straight from Coach :) (but untuk option yang ni kena takes time sikitlah because I already terminated ALL my credit cards, so need to stabilized my company before I can apply for new one!)

So, sebab dah sampai kat sana, so macam buang karan setakat pegi kat butik and terus balik. The husband pun ajaklah singgah kat GSC and we watched this movie...

The Street Fighter - Legend Of Chun-Li

Overall cerita dia marvellous (as I'm the type of action movies fan). Seronok juga bila tengok Kristin Kreuk yang selalu berlakon lemah gemalai & helpless Superman's girlfriend jadi seorang yang hebat, powerfull...siap boleh kalahkan Bison penjenayah paling ditakuti di Bangkok masa tu. Lagi best bila tengok dia lawan Vega....senang2 je dia kalahkan mamat tu...kalau nak ikutkan memang tak logiklah sebab mamat Vega tu merupakan pembunuh upahan Bison, tapi senang2 je kalah dengan awek kan... But it's ok, I'm still enjoying this movie (and the baby too..ngeehee ;P). Kalau nak tengok detail review of this movie feel free to visit here.

And, malam tadi saya telah berjaya menonton cerita ini pula.


Epic Movie

Mungkin agak lambat saya menonton cerita ni (eh...cerita ni masuk ke kat cinema Malaysia), tapi cerita dia memang lawak bodoh gila baban. Ntah hape2 ntah, boleh pulak cerita2 serious jadi cerita lawak bodoh. But still am enjoying this movie to the fullest!

Isy...tetiba terjadi lame update lak...sebenarnya saya nak cerita pasal bag Coach tu je, dah tersasul lak ke cerita2 lain.

March 07, 2009

+*+*~I Need This~*+*+

Lately saya terperasan yang handbag saya semakin hari semakin parah. Mana taknya, hampir segala keperluan seharian saya telah dihumban dengan jayanya ke dalam beg tersebut yang mengakibatkan bag tersebut terpaksa memikul lebih bebanan yang mengakibatkan stress dan kesan wear & tear.

Contohnya, button untuk menutup kedua belah poket tepi beg saya telah lama tercabut menyebabkan tidak selamat untuk saya menyimpan handphone di dalam poket tersebut. Consequentnya, saya terpaksa menghumban menyelitkan handphone saya di celah-celah dokumen dan laptop saya. Oleh itu apabila handphone saya berbunyi terutama sekali di waktu saya sedang melakukan aktiviti lain seperti memandu, berjalan atau window shopping saya tidak perasan bunyi telefon itu kerana terlalu asyik dengan aktiviti saya akan lambat meyambut panggilan dan mengakibatkan saya banyak terlepas opportunity perniagaan saya. Tambahan lagi dengan kesibukan yang bertambah-tambah menyebabkan saya merasakan handbag saya semakin tidak teratur jadi saya perlu melakukan perubahan.

Langkah pertama yang perlu saya ambil - mencari design bag yang boleh memenuhi keperluan saya (dari aspek interior, exterior, compartment, color, etc.etc.)


Apa yang saya perlukan?

Interior - saya perlukan separator antara laptop dan dokumen serta sampah sarap yang lain. Saya juga memerlukan compartment untuk meletakkan handphone, purse, pen, notebook, so that lebih mudah untuk saya mengambil barang2 tersebut apabila saya memerlukannya on the spot. Dan comparment separatornya perlulah tahan lasak dan tidak mudah koyak.

Exterior - handle bag ini mestilah agak panjang so that convenient for me to sling it on my shoulder. Saya tidak suka beg yang saya hanya boleh pegang di tangan (seperti briefcase) kerana akan mengakibatkan saya mudah tertinggal beg ini di mana2 (read: short term memory lost). Mungkin sedikit poket dibahagian luar mencukupi untuk saya meletakkan lipstick, kunci
kereta, name card dan tiket parking.

Color - it shouldn't be black please. Atau brown, atau white, atau patent. Saya tidak mahu ia berupa bag yang satu color sahaja sebab ia akan menyebabkan satu kesusahan untuk saya matchkan dengan pakaian saya. Contohnya, baju saya banyak yang berwarna biru, jadi
katakanlah saya menggunakan bag yang berwarna coral red, mungkin kurang sesuai walaupun dalam dunia yang semakin colourful ini. Bertukar2 handbag not a good idea for me sebab saya tak suka bertukar2 handbag...frankly collection handbag saya sangatlah limited sebab selalunya saya akan menggunakan satu handbag yang paling saya suka sekali sehingga bag tersebut meminta tolong saya bertukar kepada yang baru kerana tidak sanggup didera lagi.

Observation


Saya telah melihat beberapa designer's collection (walaupun saya tak berapa arif dalam bab ini) kerana saya merasakan kali ini saya mahu memberikan sesuatu kepada diri saya. Saya juga mendambakan (ewah..bahasa) design yang descent...bukan design ranggi yang biasanya saya gilakan (read: Guess, Juicy Couture). Ini adalah kerana bag ini akan berfungsi sebagai bag kerja saya, jadi adalah kurang professional bagi seorang yang professional bertemu dengan client
menggunakan "tools" yang tak berapa professional.

Saya telah melawat ke Prada, Marc Jacob, Versace, Tod's....tapi kebanyakan design mereka tidak mampu untuk memenuhi citarasa saya. (Read: descent, smart and elegant). Jadi for the last resort saya telah melawat ke sini.

Hasilnya.....



The interior - exactly like what in my imagination!

And this is the spec

ADDISON SIGNATURE SATEEN BAG


  • Inside zip pocket
  • Accommodates a laptop
  • Cellphone/multifunction pockets
  • One exterior front pocket with turnlock closure
  • Two exterior open pockets
  • One exterior open pocket with magnetic snap
  • Zip-top closure
  • Signature fabric with crinkle patent leather trim
  • Fabric lining
  • 26” straps
  • 10” drop
  • 14 1/2 (L) x 10 3/4 (H) x 5 (W)

  • Nampak gaya kena pegi butik Coach lah to witness the actual look and how's it feels when it sling on my shoulder. Yang saya tau butik coach ada kat Pavillion, kat tempat lain ada ke...KLCC ke, OU ke. And ada sale ke ini Coach? Anyone??