THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


Showing posts with label emo freak. Show all posts
Showing posts with label emo freak. Show all posts

July 08, 2009

+*+*~I Really Want To Let 'Em Know, But...~*+*+

Masa untuk saya berfikir perkara yang karut-marut dan melayan angan2 sudah hampir ke penghujungnya as my confinement pun dah hampir ke penghujungnya. Sekarang ni masa untuk berpijak di bumi yang nyata, back to work dan kembali berfikir secara waras!

2-3 hari kebelakangan ni banyak perkara yang saya perhatikan hingga saya rasa memang banyak tanggungjawab saya yang tak terlangsai lagi. Banyak perubahan yang perlu dibuat, banyak perubahan perlu dibawa tapi...

Let me jot it down one by one what is the things that burden my head so much right now...

1. Kepentingan nutrisi kepada masyarakat Melayu (khasnya)
Saya terbaca satu artikel daripada Bernama yang membincangkan masalah terencat di kalangan kanak-kanak yang berpunca daripada masalah kekurangan nutrisi. Saya ingin sangat nak bagitau kat masyarakat yang nutrisi amat penting kepada mereka dan ada perbezaan di antara makanan (foods) dan nutrisi (nutrition). Bukan setakat "ada beza" malah banyak bezanya. Dan perkembangan otak bermula dari peringkat janin lagi (macam wording iklan Anmum). Haih..tapi masalahnya, saya tak tau macam mana cara terbaik saya untuk saya memberitahu kepada mereka. Nanti kalau saya berceramah banyak2 konpom orang sekeliling akan kata saya macam bagus...maklumla orang melayu. Kalau nak baca isi artikel yang saya baca tu boleh tengok di sini.

2. Masalah pekerja yang terlibat dengan recession dan baru nak memulakan perniagaan sendiri.
Actually isu ni timbul bila saya melawat satu blog kawan saya. To be frank dia memang tak tau saya selalu "melawat" blog dia sebab saya memang suka bersifat silent reader dan tak suka komen banyak2. Ok, dia meluahkan macam mana payahnya nak memulakan bisnesnya, dengan kena kelepet bab pergi kursus and what not. Saya akui, memang susah. Sebelum saya decide untuk menceburkan diri secara serius dengan Herbalife, saya pun ada traditional business saya sendiri. Hampir setahun setengah saya dok tergapai2 nak memulakan bisnes saya and kemuncaknya saya telah ditipu sehingga RM16,000!! Sehingga hari ini saya tak dapat semula duit itu okehh dan yang paling dikesali yang menipu itu adalah orang Melayu juga. Saya nak sangat bercerita dengan dia, saya nak sangat share pengalaman saya ni dengan dia dengan harapan dia boleh gunakan pengalaman saya ini dan lebih mudah perjalanan hidupnya. Tapi adakah dia mahu dengar pengalaman saya ini? Sedangkan dulu saya selalu berkongsi pengalaman dengan dia tapi at the end of the day dia kata "Kau ni macam kau saja yang betul".Haihh...

3. Sifat dengki khianat melayu yang suka nak menjatuhkan bangsanya sendiri.
Bila saya dah memulakan bisnes Herbalife dan mendapat didikan dan tunjuk ajar yang betul, tanpa segan silu saya berkongsi pengalaman ini dengan kawan2 dan sanak saudara saya. TAPI, ada pula orang melayu yang cuba mencari keburukan perniagaan ini (produk ini khasnya) yang harus saya katakan bullshit dan kau tak tau malu ke? Bukanlah saya menyokong sangat produk2 bukan melayu ni, masalahnya who are you yang nak mencari kelemahan satu organisasi yang dah ada 60 juta satisfied customer di seluruh dunia, dah bertapak di lebih 70 buah negara dan telah menjadi big player dalam industri selama hampir 30 tahun?Kau tak takut ke kalau dengan tohmahan kau tu kau akan kena saman berbilion-bilion USD. Dan kau tak rasa ke "kerja" yang kau buat tu kerja sia-sia dan buang masa? Just because orang yang kau kenal buat bisnes ni kau cuba cari kelemahannya, but the question is who are you to do all this? Dahlah...berhentilah daripada meneruskan kebodohan orang Melayu...stop from being Stupid Malays!

4. Kepercayaan karut marut yang tidak ada scientific evidence & explanation.
Tadi saya tidurkan Aimar dalam keadaan meniarap just because I read this so I just want to proof it. Tapi bila saya buat macam tu adalah pulak suara sumbang yang berbunyi "Eh! Kenapa terbalikkan dia. Tak boleh buat macam tu...selagi dia tak meniarap tak boleh balikkan dia, nanti dia tak pandai meniarap sendiri" yang membuatkan saya terfikir no wonder anak orang Melayu selalu ketinggalan. Semuanya tak boleh. Bukanlah saya against the pantang larang orang Melayu and what not, mana yang make sense saya akan ikut, tapi kalau pantang larang yang tiada logic evidence dan against the development memang saya akan tentang. Kenapa tak nak buat sesuatu yang membina?Haih...

See, tu baru 4 perkara yang memeningkan kepala saya. Belum lagi benda2 pelik yang lain. The question is...macam mana saya nak bagitau mereka? I need to find the right way to show them or else they will continue with their stupidness..(not saying that I'm that smart :))


June 21, 2009

+*+*~The Bonding~*+*+

Its really fun and blessed to have a baby, a new comer, a new face in the family. I admit it. At the moment I saw my baby's face for the first time after I delivered him I almost drop into tears. To see his decent face is really a relieve for me.

Tapi, selepas beberapa hari yang perlu saya harungi, termasuk siri tak dapat tido malam sebab dia bangun nak menyusu and also sudah pandai cari akal nak ajak main2, kadang2 buat saya rasa fed up. Yes, call me selfish or bodo punya emak, I don't care. The main thing is The Bonding between me and the baby.

Seriously, masa saya pregnantkan Aimar saya tak pernah mewujudkan bonding itu. Saya tahu ada makhluk kecil di dalam perut saya yang setiap hari menggeletek dan berakrobat di dalam perut saya tapi saya tidak pernah mewujudkan bonding itu. Maksud saya, saya tidak pernah mengadakan sesi dialog dengan makhluk kecil di dalam perut atau cakap2 sambil panggil nama atau apa saja. Bagi saya aktiviti seperti itu adalah bullshit dan buang masa.

But when the time comes, saya rasa macam...kenapalah my son ni susah sangat nak dengar cakap saya? Kadang2 saya rasa macam takde connection dengan dia. Kadang2 saya rasa dia macam orang asing. That's why bila dia bangun malam nak menyusu saya akan marah2 and minta dia tido and tidak menganggu tido saya. How I wish all that to happen, tapi dia hanyalah seorang baby dan dia tetap akan kekal dengan tindak balas refleksinya. The problem is me, I have to create the bonding.

However, alhamdulillah, after 16 days with me slowly I can feel the bonding became tighter and tighter. I know he is my son and what ever it is he will choose me to comfort him. That's why masa dia demam and saya letak dia tido dalam dia punya cot dia asyik meragam saja. Tapi bila dia dah ok and started to sleep with me again dia tak meragam banyak sangat pada waktu malam. I have to work hard to make the bonding even tighter. He is my son. He came out from my womb. I had carried him for last 9 months. He is the proof of the meaning of true love between my husband and I.

Adakah simptom ini normal for first time mommies? Ada confinement-blues kah?

By the way, tomorrow my husband will be back from Korea so our small family will unite back. Yeayy...can't wait to see my daddy boo again.

And specially for my husband...Happy Father's Day, sayang. U're so lucky sebab sempat sambut father's day dengan anak di sisi. Hope that you will be the best father for our little bundle of joy.


April 10, 2009

+*+*~Stay Calm & Keep Your Focus~*+*+

Pernah tak dengar kata2 yang berbunyi "Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah". Memang betullah...dalam pendakian menuju ke puncak, memang banyak dugaan, memang banyak rintangan. Ada masa saya rasa saya sangat kuat, tapi ada masa saya rasa macam semangat saya merudum menyembah bumi. Tapi, saya tau saya tak boleh berterusan begini. Kalau tiada dugaan, kalau sedikit rintangan itu bukan jalan menuju kejayaan namanya. Semakin hampir kita pada kejayaan, makin hebat dugaan yang datang, makin sempit jalan yang dilalui. TAPI, kalau kita mampu melalui segalanya dengan jayanya...itulah KEJAYAAN yang wajar kita kecapi.

Sheesh....saya mesti terus kuat menghadapi segala dugaan ini. Kalau ada orang yang tak suka, kita salam tangan dia dan ucapkan "Terima Kasih, awak telah berjaya membakar semangat saya". Kalau ada orang yang kondem, salam juga tangannya dan ucapkan "Terima Kasih, kita jumpa di puncak kejayaan". Kalau orang kata apa yang kita buat ni sia-sia dan buang masa, salam tangannya dan ucapkan "It's never too late bebeh". Arghhh...apalah yang saya merepek ni???

Haihh...maybe a day or two vacation will refresh my soul again.... :)

April 09, 2009

+*+*~I Hate It...~*+*+

Theres time when I feel so excited, full of energy and everything good around me.

But there are also sometimes when I'm feeling down, tired with the things happening and I felt like am full of negative energy...

Please...I hate to face that negative energy...

Shooh...negative aura and energy...please go away...you're not welcome here!

November 30, 2008

+*+*~Swinging Moods~*+*+

Adalah ini simptom yang biasa dialami oleh pregnant ladies like me? Ntahlah, tapi kali ni tahap mood swing saya adalah sangat kritikal. Malam tadi sebelum tidur sempat saya bergurau senda dengan suami saya (perkara yang amat jarang sekali saya lalui, oleh itu saya menghargai sangat saat2 seperti ini). Kebetulan dia agak free malam tadi, jadi adalah dia sebagai peneman saya sebelum tidur. Tapi sesi gurau senda hanya berlaku selama 15 minit sahaja, sedang si suami seronok bergelak ketawa dan melanjutkan sesi kutuk mengutuknya (sudah tentu dia mengutuk saya) tiba2 saya boleh MENANGIS teresak2! Sampai sang suami berbisik di telinga saya "Dah la tu, janganlah sedih, nanti abang pun sedih sama". See...kejap ketawa dan kejap menangis adalah GILA okehhh..

Kalau nak diceritakan mood yang sekejap suka dan sekejap marah, memang terlalu banyaklah. Saya rasa sepanjang masa saya jadi macam tu. Sekejap saya boleh jadi baik dengan suami saya, tapi dalam masa 2 minit saya boleh naik angin dengan dia. Kesian sang suami kena melayan kerenah isteri yang begini. Nasib baiklah saya dikurniakan dengan suami yang tinggi tahap kesabarannya dan jarang sekali dia menaikkan suara kepada saya, apatah lagi nak menaikkan benda2 lain (contohnya tangan atau kaki). Dan kadang2 saya rasa tak adil sebab suami saya terlalu baik bagi saya tapi saya selalu buat jahat dengan dia...kesian suami saya.

Kenapalah hormon pembawakan ni jadi macam ni? Saya nak jadi seperti saya yang sebelum ini, lebih banyak relax dan tak mudah melenting dengan apa yang berlaku di sekeliling saya. Bukan macam sekarang ni, kena gigit nyamuk sikit pun boleh buat saya menangis! Saya rasa seperti saya seorang perempuan yang sangat lemah dan saya adalah tidak suka seperti ini kerana sebelum ini saya tidak seperti ini. Macam mana agaknya saya nak mengutip semula sifat2 lama saya yang tegas dalam kelembutan itu?

Dahla, saya nak mandi. Kejap lagi nak pegi kenduri.

Nota: See, saya dah mula mengarut lagi. Maafkan ya gaya penulisan saya yang begini - menulis tanpa berfikir dan menulis apa sahaja yang terlintas di kepala.


Hihi... :P

October 08, 2008

+*+*~Enough!!~*+*+

Petang semalam lepas balik je dari opis, my husband & I terus gi singgah kat Jusco IOI Mall Puchong dengan misi mencari langsir untuk rumah kami.

Luckily, we found the suitable one for our home sweet home.

Unfortunately, the SALES was over!

Sheishhh...

Tapi takpelah, beli jugalah untuk master bedroom & living area punya. Lepas tu kami terus gerak ke food court sebab cadang2 nak makan dulu sebelum balik. Tapi boleh tak, bila lalu je dekat food stalls tu makanan dia bau macam dah basi! Apa kejadahnya nkorang bisnes macam ni? My husband pun terus pegi beli popia & me went to the toilet, then straight made our way home.

Cadang2 nak cari makanan dekat area Bukit Puchong 1, the nearest housing area to ours. TAPI, here when the story begin.

Dekat sejam kami dok berputar kat area Bukit Puchong tu tapi boleh tak 1 haram kedai makan ORANG MELAYU kami tak jumpa. Kat ceruk2 pedalaman Bukit Puchong tu ada kedai makan, tapi kedai makan Cina. Like, wtf la weyyy...

Actually bolehje aku nak beli makanan kat kedai makan Cina tu, tapi tekak ni rasa nak makan nasi goreng ikan masin which is impossible to find at chinese restaurant. Then pegi kat area Batu 14, pun takde kedai makan Melayu. Yang ada Cina & Mamak saja. Pegi pulak opposite road dekat2 dengan our house, boleh tak...TAK DE JUGAK!! Finally, pegi kat belakang MOBIL tu adalah satu kedai mamak yang ada stall orang Melayu kat situ.

See?? Nampak tak apa ceritanya??

And that is the reason why aku nak running business jugak eventhough aku tau bukan mudah nak running business ni. Banyak sangat pahit-jerih, lagi banyak cerita susah daripada cerita senang, tapi siapa lagi yang nak mengubah mentaliti orang melayu ni kalau tak orang melayu sendiri? Kalau ada pun orang Melayu yang running business, bukannya makin maju, tapi makin merudum. Tokey kedai mungkin makin kaya, tapi service quality macam lahanat..apa barang??

Contohnya, tadi aku pegi makan kat satu kedai sup kat area Puchong jugak. Sebelum ni, kalau kita order nasik dengan sup, dia akan bagi ulam, telur asin & sambal belacan sekali. TAPI, bila aku pegi tadi, boleh tak telur asin dia dah takde! Harga makin mahal lak tu! My husband pun complain lah, tapi one thing je yang aku boleh remind dia, ini kedai Melayu...nama pun ME-LAYU, bukan ME-NGEMBANG...tu pasal makin hampeh bukan makin maju. Kalu aku kata Melayu ni b*****t marah pulak kan???

Takpe, sabar2...kalau tak nampak masalah takdelah benda yang nak diselesaikan pulak kan? Tapi ni lah masalah orang Melayu sekarang, bila nampak diri macam dah sempurna mulalah buat keje sambil lewa. Persoalannya, dah sempurna ke?

October 06, 2008

+*+*~Not In Mood~*+*+

Apa kena ntah dengan aku hari ni. Semuanya serba tak kena. Dah masuk opis pun takde selera nak buat keje. Bencilah macam ni.

Actually aku sakit hati deal dengan orang melayu ni. Kalu nak bisnes, buatlah cara nak bisnes. Ni tak, hati besar nak bisnes, tapi bila sampai masa cuti raya, mulalah lupa diri. Sakit hati tau! Tadi masuk je opis aku terus call supplier kordial dengan harapan dia dah startla operation dia, tapi, HAMPEH! Boleh tak kedai tak buka lagi? Bila aku tanya bila nak start operation boleh tak jawapan dia "Botol tak sampai lagi lah, macam mana makcik nak buat". Makcik...boleh tak makcik telefon supplier botol tu suh dia cepat sikit. Kalau makcik buat tak port je tu pasal jadi macam tu...

Patutla 12 tahun makcik buat kordial, kedai makcik besar "tu" je....

Yang buat aku sakit hati sangat ni, orang melayu ni tak serius buat bisnes. Main2! Bila dah dapat untung sikit, mulalah dia bunyi...."Cukuplah tu...dah boleh cover makan-pakai kita anak beranak...tak baik tamak2 ni".. PUII!!

Bosanlah! Kena tang customer lak, buat order bagai nak rak, tapi tang payment...punya liatnak settle. Memang PUII la!!

Dahla, cukup emo aku ari ni. Skang ni aku nak duduk diam2 tamau buat apa2...

September 15, 2008

+*+*~Sick Man of Europe~*+*+

Ada sesiapa yang tahu siapakah +*+*~Sick Man of Europe~*+*+?

Pedih!

Semalam aku dapat peluang menonton sendiri video Sick Man of Europe ni. Actually ada cerita di sebalik pembikinan video ni tapi tak perlu rasanya aku review KENAPA video ni dibikin, lebih baik aku review KESAN daripada pembikinan video ni.

+*+*~Menitis lagi air mata ini~*+*+

Video tu memaparkan kesan yang berlaku kepada dunia Islam selepas kejatuhan kekhilafahan Islam terakhir di Turki pada 3 Mac 1924. Dipaparkan juga MENGAPA Mustafa Kamal Atartuk sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agamanya sendiri. Semuanya kerana KUASA.

Sebaik sahaja sistem kekhilafahan Islam dimansuhkan, umat Islam semakin menderita. Semua jenis PEMBALASAN dilakukan ke atas etnik Muslim. Apa yang membuatkan hati ini lebih pedih apabila dipaparkan juga bagaimana suara seorang Imam merayu "Di manakah Tentera Pakistan? Di manakah tentera Iran? Di manakah tentera Indonesia?". Rayuan yang tak diendahkan. Lebih pedih lagi rayuan daripada anak2 yang tak berdosa yang memohon diri mereka dibela.

Kalau di Algeria, wanita muslim dibasuh dan disiapkan untuk dirogol. Penghinaan apakah itu? Di Kashmir, wanita muslim dirogol beramai2 dan dibunuh serta dibakar. Penghinaan apakah itu?

Di Serbenica, pada mulanya rakyat diletakkan di bawah penguasaan PBB, kemudian apabila lewat petang diserahkan pula di bawah penguasaan Tentera Serbia dan akibatnya? "Masa untuk membalas dendam kepada umat Islam atas apa yang telah dilakukan di Turki". Kurang ajar kah itu?

Persoalannya, apa yang aku lakukan di sini? Adakah aku boleh untuk terus berpeluk tubuh dan melihat saudara-mara yang lain menderita? Adakah aku akan terus membiarkan mereka terus memusnahkan Islam dan membiarkan kemusnahan itu berterusan sehingga ke tempat aku sendiri? Sekarang ini kita merasa selamat dan aman, tapi adakah kita boleh menjangka apa yang akan berlaku esok hari?

Selagi umat ISLAM tidak bersatu, selagi itu kekuatan itu tidak akan ada. Fikirkanlah umat ISLAM semua.

September 13, 2008

+*+*~Melayu Oh Melayu~*+*+

Pernah tak kita terfikir..."Banggakah aku menjadi MELAYU?"

Aku rasa mulai sekarang aku akan mula mengkaji apa itu Melayu, siapakah Melayu, asal-usul Melayu dan sebagainya yang berkaitan dengan Melayu. Bukanlah aku berniat nak jadi racist atau yang sewaktu dengannya, tapi sejak lahir lagi aku dikenali sebagai Melayu, tapi aku pelik kenapa sampai ke hari ini aku belum berbangga memegang title Melayu. Aku rasa takde point yang aku nak banggakan sebagai bangsa Melayu.

Paling sedih, kenapa sampai ke hari ini, bangsa inilah bangsa yang dikategorikan sebagai antara bangsa yang haprak dan paling mundur di dunia? Salahkah aku dilahirkan sebagai Melayu?

Dan paling geram sekali, orang Melayu tetap dengan typical mindednya. Kalau buat sesuatu cukuplah ala kadar saja, asal siap jadilah. Tak pernah nak buat sesuatu tu dengan kesungguhan dan keikhlasan yang mana hasilnya pasti hampeh. Lepas tu dahla buat keje macam melepaskan batuk di tangga, dengki khianat lagi. Kalau ikutkan hati, memang aku benci jadi orang Melayu, tapi boleh ke aku tukar status bangsa aku? Dan adakah dengan cara menukar status bangsa tu segala masalah ni dapat diselesaikan? TIDAK! Aku kena bertindak, kalau aku sendiri tak mampu berubah PASTI bangsa Melayu takkan berubah.

+*+*~Sebenarnya aku dah cukup bosan dengan perangai TYPICAL MALAY, tak nak berubah, tapi kalu orang kata Melayu Mundur tau lak dia nak marah!~*+*+

August 05, 2008

+*+*~Promise!~*+*+

I think I've done this for several time. But untuk menguatkan lagi janji aku kat diri aku sendiri I have to write this +*+*~as a reminder for me that I've made this promise to myself!~*+*+

1. Mulai hari ini aku takkan sedih2 lagi. Aku taknak mood aku terus swinging +*+*~eventho I have to blame the PMS sometimes~*+*+

2. Mulai hari ini aku takkan regret dengan apa yang dah terjadi. Let by gone be by gone. Hidup kena terus. Apa yang dah berlaku semuanya sebagai pelajaran untuk aku teruskan hidup di masa hadapan.

3. Mulai hari ini I want to stop competing with other people. Semalam aku terbaca dalam buku en.Covey yang buat aku terpana. Kalau kita abadikan diri kita untuk keep competing sampai satu tahap kita akan jadi stagnant and comfort dengan apa yang kita ada. Padahal kalau ikutkan prinsip we should live to serve. So, kalau kita sedar yang kita ni adalah servant kita tidak akan stagnant but keep on to improvise ourselves. And that is me, THE SERVANT.

4. Aku akan lebih fokus dengan apa yang aku tengah usahakan sekarang and be strong to face it all. Aku takkan mengalah and don't let anything to broke me off. +*+*~Eventho sometimes I DO broke into tears~*+*+. I believe that nothing can't be solved and there are always rooms for me to improve and to learn.

Just to refresh myself and keep alive! :)

August 03, 2008

+*+*~....~*+*+

I always try to avoid myself to remember the memories..especially the bad memories. For me let the memories remain as MEMORIES and I have to continue my life journey and don't let all these memories from stopping me to keep alive and keep moving. But, I'm still a normal human being rite and I do have an "uneraseable" (is there such word??hoho..) Recycle Bin. What burden me is when the memories keep coming to me and how I can clearly flash all the memories in my head.

Memori yang paling pedih sekali bagi aku bila aku rasa dikhianati (its not the matter of "rasa", tapi "memang"). Bila aku betul-betul thrust sopmeone and that someone simply broken it. Aku memang rasa nak bunuh je orang macam tu and lagi satu pantang aku kalau orang yang buat satu keputusan suddenly dia against that keputusan. Memang sepatutnya aku tak perlu fikir "apa jenis la ini orang", tapi that things really burden me. Menyampah tau tak, kalau kau rasa kau dah tak suka aku dah la, kau keluarkan je aku daripada diari hidup kau dan jangan ingat aku lagi sampai bila2. Ni tak, kau dahla cuba keluarkan aku daripada hidup kau, tapi kau sibuk nak amik tau apa jadi kat aku. Apa kau ingat tanpa kau aku tak boleh hidup ke?

And sometimes I feel bad when I keep thinking this way. Taking things negatively adalah tidak baik untuk kesihatan. That's why an leading my live this way now adays, am hardly tried to eliminate all the negative memories that keeps coming to my head.

Richard's wedding is just around the corner so am planning to bake some cupcakes for him. So, lets get BUSY!! +*+*~yeehah!!~*+*+

July 31, 2008

+*+*~Tak Soka!!~*+*+

Uwaaa....!!

Hari ni kepala pening, jalan pun macam melayang2...

+*+*~sigh~*+*+

July 16, 2008

+*+*~The Truth~*+*+

Perasan tak lately aku jarang sangat update blog. I got a few reason for this....

1. I just moved back to my crib. Banyak keje nak kena settlekan daripada kain baju sampai kemas rumah & bil2 tertunggak. Maklumla dah dekat 1/2 tahun aku tinggalkan rumah tu. I'll blog about it later as I really miss my crib so much!!

2. Tinggal beberapa hari je lagi before MAHA. This event will be the biggest event for my company this year and this is my first time joining such event. Sangat pening ok sebab takut tak dapat persembahkan something yang memuaskan hati. Pas tu tak tau apa nak buat. Pening..pening...

3. Lagi pening aku nak pikir macam mana nak jadi kaya. Skang ni budget sangat tight and I need to start builiding up stocks. Takut jugak kalau tak dapat sediakan stock yang mencukupi untuk MAHA nanti, which is so pening ok!! Kalau tak cukup, macam mana agaknya nak buat?? Pastu baaaaaanyak lagi benda yang tak settle lagi. Packaging la, gerai layout la...and what not. Seramnyaaa...

4. Bila dah jammed sangat buat aku malas nak buat apa-apa. I need a rest or else aku akan meroyan and mengamuk sakan and my husband akan menjadi mangsa which at the end of the day I will feel sorry for him tapi esok aku buat lagi...muahahaha..

Ok, enough!!

July 14, 2008

+*+*~Emo Freak~*+*+

Ye..hari ni aku sangat-sangat EMO!

1. Semalam kitorang ada buka gerai kat Shah Alam sempena karnival sukan Proton. Masa tengah kemas2 nak balik hujan turun lebat gila. So, bila dah sampai rumah unload barang sume, aku terus pengsan sebab penat sangat so aku tak check barang2 yang dah selamat di-unload-kan tu. Beru kejap my mother call, bising2 bagitau burner dah hilang 1. Argghhhh...aku dahla tengah pening ni, tetiba bising2 sebab benda kecik je yang hilang. Do you expect me to come home and find that thing??herghhh...

2. Tengah pening dengan partner JV ni. Hari tu janji nak produce product untuk KAMI sahaja, suddenly ada 3rd party yang nak penetrate 10k market, terus diorang berpaling arah kat investor yang tu and cuba berbuat jahat kepada KAMI. Oh tidak..this is our business so we need to secure our market.

3. Seharian argue dengan my husband sebab aku tak sabar menyabar nak buka kilang frozen foods by end of this year tanpa secure market dulu. Peningla dengan dia ni...kata nak cepat jadi kaya, hari2 bising2 bila aku nak bawak balik duit, tapi bila aku dah beria-ia nak bawak balik duit berjuta-juta dia suruh tangguh lak dulu. Kompius la...apa la yang dia ni nak sebenarnya??

4. Stress gila! MAHA lagi 28 hari je, banyak benda yang belum settle lagi. Dahla modal dah tinggal sikit, nak kena build up stock product lagi, nak allocate untuk marketing lagi...peningla..sape la yang nak tolong aku di kala aku betul-betul perlukan pertolongan ni???

+*+*~herghhhh...susah betul nak jadi kaya ni ye..~*+*+

July 10, 2008

+*+*~???~*+*+

Skang ni banyak betul persoalan yang tengah bermain kat kepala aku. Jalan setapak je +*+*~why?~*+*+. Jalan setapak lagi +*+*~why?~*+*+ Menyebabkan hati ku gundah gulana as I really need answers and explanation for the questions. So, untuk menghilangkan sedikit kegusaran tu, aku nak tulis kat sini persoalan2 yg asyik bermain kat kepala aku tu.

1. Aku pernah terbaca fakta tentang harga minyak seluruh dunia. Mengikut fakta tu, harga minyak di negara-negara pengeluar minyak adalah jauh lebih murah berbanding dgn negara yg takde sumber minyak. So, persoalannya, kenapa Malaysia yang ada sumber minyak, tapi harga minyak bergantung kepada nilai USD? Apa dah jadi dengan sumber kat Malaysia ni? Kenapa Malaysia tak mampu marketkan sendiri minyak dia? Kenapa? Kenapa?

2. Skang ni ramai anak-anak Malaysia ni yang pegi study kat oversea kan? Aku rasa study kat oversea ni dah jadi satu prestige & 1 trend. Kalu tanya kat budak yg baru nk amik SPM mesti jawapan dia +*+*~nak score SPM sebab nak pegi belajar kat obersea~*+*+. Persoalannya, kenapa? Apa tujuan belajar kat oversea tu? Apa yg nkorang dapat bila pegi belajar kat oversea tu? Betul ke kalau nko pegi belajar kat oversea tu menjamin nko akan dapat duit banyak n pekerjaan yg elok bila nko balik nanti? Kalu tak, so apa sebab nko galak sangat nak pegi belajar kat oversea tu?

3. Tadi aku jumpa Mie, dia MC hari ni due to high BP. So, sembang punya sembang terpacul la kat mulut dia +*+*~aku bosanlah keje dgn org Melayu ni. Tak nak berubah.~*+*+ which I really agree and that is the main reason aku meninggalkan company aku dulu and start my own business. Aku pelik sangat dgn org melayu ni, dia sedar dia susah, dia sedar dia miskin, dia sedar dia tertindas, tapi dia TAK DE KEINGINAN UNTUK BERUBAH. Bosan tau tak dengar nkorang asyik membebel and what not. Kenapa takde apa-apa tindakan? Kenapa? Kenapa?

4. Siapa yang harus dipersalahkan atas kejadian2 yg berlaku di atas? Aku peningla nak pikir persoalan ni sorang2...