Dah selamat kami sampai ke KL. Pukul 9pm tadi baru bergerak balik dari Gemas. Mulanya nak lalu highway je, tapi bila dengar laporan traffic bagitau exit Senawang sampai Seremban jam, langsung kami batalkan niat nak lalu kat highway but we used the old road instead. Masa sampai kat area Mantin, boleh tak jam jugak jalan. Rupanya ada accident, Kancil & Wira aeroback & rasanya passenger Kancil tu mati kot! Sebabnya, masa lalu kat accident area tu nampak ada bodies yang ditutup dengan guni...sah! Berderau jap darah...
However, hari tu punyalah happy sebab STREAMYX connection dah ok & janji2 palsu pun di tabur untuk meng-update blog dengan cerita2 yang lebih sensasi. Tapi kan aku dah bagitau...JANJI2 PALSU! Tak de update pun daripada raya pertama sampai ke hari ni...muahahaha...
So, now dah quite refresh after looong holiday. Start hari Isnin ni dah boleh masuk ofis dengan semangat baru, dengan fantasi2 baru untuk direalisasikan. Baaaanyak keje menanti ni..sigh...ni yang malas nak cuti nih.
By the way, esok rasa macam nak pegi IKEA kejap sebab nak beli langsir. We'll see.
+*+*~Quote Of The Day~*+*+
Don't wish it were easier, wish you were better.
Jim Rohn, Business Philosopher
October 05, 2008
+*+*~Refreshed!~*+*+
Cerita Rozelia Shariff pada 12:38 AM 0 komen
Cerita Tentang: cerita kami, syawal
September 28, 2008
+*+*~Raya???~*+*+
Masih kuingat lagi, 3 tahun lepas aku menyambut hari raya dengan penuh kekeliruan. Betapa aku keliru melihat manusia begitu taksub menyambut hari raya, semuanya berasak2 membuat persiapan, kalau boleh biar berhabis, setahun sekali saja, kalau boleh biar semua berganti baru.
Keliru..aku keliru! Apakah itu pengertian RAYA? Adakah itu pengertian SYAWAL?
Tapi selepas 3 tahun, walaupun jawapan yang aku jumpa masih samar2, tapi sekurang-kurangnya aku dapat juga sedikit gambarannya.
Adakah benar kita LAYAK menyambut raya? Apakah pengertian RAYA yang sebenarnya?
Biar aku letakkan situasi RAYA KINI dan RAYA SEPATUTNYA. +*+*~Ni semua hasil pemerhatian aku selama 3 tahun~*+*+
RAYA KINI:-
Sebelum raya, semua sibuk pikir nak raya kat mana. Berapa duit raya yang nak dikeluarkan. Apa perabot baru yang nak ditukar. Berapa banyak kuih raya nak beli. Berapa jenis juadah yang nak disediakan untuk santapan pagi raya. Yada..yada..yada..
Lepas raya, semua dah start pokai. Makan megi hari2 sebab budget dah lari. +*+*~Not applicable to all lah, tapi still berlaku perkara ni~*+*+ Duit simpanan makin susut. Kalau boleh nak golok-gadai semua sebab nak cover apa yang tak boleh dicover.
RAYA SEPATUTNYA:-
Sebelum raya, sibuk fikirkan apa future planning, apa yang nak dibuat selepas raya, apa development yang bakal dilakukan, apa lagi kesejahteraan yang boleh dicontributekan kepada masyarakat sekeliling.
Selepas raya, kemajuan semakin jelas di pandangan, masyarakat semakin sejahtera, tiada lagi kumpulan yang dibelenggu kemiskinan, semua manusia hidup dalam aman dan harmoni, tiada dengki mendengki, tiada syak wasangka dan yang paling penting TIADA LAGI PENINDASAN dan TIADA LAGI YANG MELAMPAUI BATAS!
Rasanya situasi yang aku ceritakan ni dah cukup menjelaskan APA ITU PENGERTIAN RAYA +*+*~pada sudut pandangan aku buat masa sekarang~*+*+ Macam mana pun aku berhajat juga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN kepada sesiapa saja yang sudi singgah di pondok kecil saya ini. Raya tu raya jugak, tapi ingat, perjuangan belum selesai, perjalanan perlu diteruskan, ingat2 siapa kita.
Salam SYAWAL,
Aimi Mukhlis @ ceritadiadanaku.blogspot.com
Cerita Rozelia Shariff pada 12:06 PM 2 komen
Cerita Tentang: deep thinking, syawal