THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


Showing posts with label .... Show all posts
Showing posts with label .... Show all posts

February 27, 2010

+*+*~Singgah Kejap...~*+*+

Hujung minggu yang sungguh hectic. Bagi orang yang bekerja sepenuh masa bolehlah menarik nafas lega, cuti 3 hari boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya. Bagi saya yang bekerja kais-pagi-makan-pagi-petang-siang-malam ni, hujung minggu begini banyak sangat aktiviti yang perlu diimplemenkan selepas planning segala. Ni pun singgah kejap sebelum nak mengadap power point slide ni.

So, will update later.

February 12, 2010

+*+*~Campur-Campur~*+*+

Pernah tak at one time macam seribu satu benda masuk kat kepala kita sampai tak tau nak sort out macam mana. Hal ni selalu terjadi kat saya, specifically bila sampai masa saya mengadap monitor dan mengadap white blank screen kat blog saya ni. Hati tu macam teringin nak menulis tapi macam tak dapat pick up topik yang best sampai tetiba idea saya jadi macam loncat-loncat dan tidak fokus. Rasanya its better for me to jot down tajuk2 kecil so later on saya boleh lebih fokus dan pick up topik yang lebih best dalam mengupdate blog saya.

Blogging thing

Memang salah satu hobi saya ialah menjadi kak nam di blog orang lain, especially blogs yang menceritakan kisah hidup mereka sehari-harian. Macam lame dan bosan kan, tapi saya tetap suka jadi kak nam. At first (really admit this) bila baca kisah hidup orang ni mulalah saya sibuk compare dgn diri saya, apa yang org tu ada dan saya takda sehingga membuatkan saya hilang fokus siapa diri saya. But its the process of learning dan Jim Rohn ada berkata "Self education will make a fortune". Lama kelamaan instead of comparing to myself saya mula belajar, mula mengkaji tentang manusia dan saya rasa sekarang ni instead of nak menulis tentang diri saya, tentang apa yang saya ada dan takda lebih baik saya menulis sesuatu yang lebih bermakna. Sesuatu yang boleh menjadi solution kepada semua orang. At first the idea is to create the new blog (again), tapi tajuk yang saya suka dah tak available. Mungkin akan terus menulis di sini atau mungkin akan continue dengan create blog lain, still under consideration.

Writing a book thing

Ingat tak saya pernah meluahkan hasrat saya di sini mahu menulis buku tentang "ignorance". Hari tu masa tengok drama Na O Mei kat TV3 baru saya tau pengertian ignorance itu adalah kejahilan. Hoih...berat tu tajuk yang saya nak fokus tapi itulah kenyataan. Takpe, kumpul idea sikit demi sikit, mungkin dalam masa 3-4 tahun lagi bolehlah publish buku saya.

Anak thing

Hero saya itu sudah berusia 8 bulan, makin menjadi-jadi bijaknya. Sekarang ni dah faham kalau kita arahkan dia suruh "sit" atau "duduk". Paling terrer bab makan, tunjuk saja mangkuk berisi makanan, konpim dia akan kejar kita sampai ke hujung dunia. Dan paling best sekarang ni dah pandai demand nak jalan2 kat taman. Siap kalau nak suruh dia tido, bagitau je kat dia "Sekarang kena tido, kalau tak petang karang tak boleh jalan kat taman". Konfirm sekelip mata je dia dah lena. Bila pegi bejalan kat taman, suka pulak tengok aweks2, masalahnya bukan aweks2 baya dia yang dia nak tengok tapi aweks2 senior (read: makcik2 n nenek2). Hoih tak faham pula saya macam mana taste dia.

And also sudah pandai sebut "mama", "babah". Dan paling best sekali sudah pandai bangun pukul 4 pagi, mata pejam tapi mulut bising bersyarah kat mama n babah dia sampai saya tak boleh tido. But its cute...buat masa ini. :)

Eating healthy and losing weight thing

Masih bekerja keras untuk mendisiplinkan keluarga kecil saya tentang helthy eating habits. Frankly, kami memang suka makan dan kami sangat suka mencuba pelbagai jenis makanan. And I realized that kalau kita suka mencuba pelbagai jenis makanan potential untuk kita gain weight adalah sangat rendah sebab kita dapat pelbagai jenis source of nutrition daripada makanan yang varieties tu. Problem akan berlaku bila kita opt untuk makan satu jenis makanan sahaja dalam kuantiti yang banyak. See, nak lose weight mesti makan but make sure you eat variety of foods.

Getting pregnant again

Boleh tak hasben seminggu sekali berzikir kat telinga saya, "Aimar nak adik". Membuatkan saya konfius, Aimar nak adik ke, babah dia yang nak adik? Babah, kalau teringin sangat nak adik sila minta pada mak..muahahaha :D. Not that saya tak berkeinginan untuk pregnant lagi, tapi sabar. Sampai masa nanti kita bagilah adik kat Aimar ye, buat masa ni saya bagi chance kat Aimar dulu to be your highness.

See, saya dah kata dah...macam2 kan. Ni pun start tulis hari Khamis, dah ari Isnin baru nak publish. Nampak sangat keinginan untuk membelog semakin merudum.


January 29, 2010

+*+*~Setelah Sekian Lama Bersenyap Sunyi~*+*+

Hoho, sebenarnya hati ini terlalu ingin nak mengupdate kejadian event Spectacular and 4th anniversary Herbalife hari tu. Tapi, seperti biasa, alasan terbaik adalah kabel kamera tidak ada oleh itu tidak boleh upload gambar so macam tak syok nak update.

But the most important thing is, I really felt energized, refreshed dan become more better, stronger and wiser. Echewah, amik kata2 Jim Rohn ni.

Kadang2 orang yang tak faham mungkin akan mengatakan saya ni ntah apa2 sebab taksub sangat dengan Herbalife ni. No, di sini biar saya buat penjelasan. Saya sama sekali tidak taksub dengan company ni, but I really appreciate this company sebab they manage to make me a better person, wiser and stronger. Kalau dulu, banyak benda yang saya tak tau dan takde kemampuan nak belajar. Yes, saya akui, belajar theoritically tak de masalah, tapi nak belajar to be a better person is really a big problem. Bayangkan, dengan result 4 flat theoritically akan melahirkan saya yang ego, berkuku besi dan berperanan kayak Hitler, saya rasa tak patut jadi macam tu kan. Tapi, di Herbalife I learn a lot about humanity, about sharing, about ignorance, about leadership, about self-growth, dan macam2 lagi. Pendek kata this company really change my life and giving a chance for me to become a better person.

In term of business, saya tak lah pulun sangat buat bisnes kat sini. Cuma kalau ada orang yang really serious nak improve their health, improve their appearance, saya dengan senang hati nak share sebab this company has the best product in the world! Bayangkan, dengan 2 scoop Formula 1 setiap hari saja kita boleh improve kita punya health, improve our appearance, awet muda dan yang paling penting start to enjoy and appreciate our life. Jadi entry saya kali ini adalah untuk menjelaskan keadaan kepada diri saya sendiri dan orang2 lain supaya takde salah anggap lagi lepas ni.

Later I will share the wisdom here, just wait. Kalau nak share I'd be more than happy.

January 12, 2010

+*+*~Bebelan Di Hari Selasa~*+*+

Serangan kuman jahat sudah masuk hari kedua. Akibatnya, 2 hari jugalah saya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji. Hoih...ayat, macamlah keje makan gaji hari2. Takpe, at least ada masa untuk saya bermuka buku dan membelog sesuka hati...hoih...tak sedar diri!

Sebenarnya, dalam kepala saya ni macam2 perkara cuba mengambil bahagian untuk mencuri fokus saya.

According to Hemang Pandit --> Anything that don't bring you closer to your goal, don't do it.

According to Jim Rohn --> Self education will make a fortune (tak de kena mengena)

According to me --> dah poning dah acik ni ha...last2 merapu kat blog ni juga yang best. Tapi tak best juga pun....

Alahai...apesal la susah sangat saya nak fokus ni. Nilah dia bila semua kejadian berlaku serentak dalam keadaan saya tak bersedia, nak sort satu persatu pun jadi susah payah. Last2 I'm totally messed up! aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (terjun gaung)

Sudah2, siapkanlah satu2 benda yang perlu diselesaikan. Takde maknanya terjun gaung kalau tanggungjawab tak selesai. Nanti penat kena soal dengan malaikat.

According to apek dalam cerita madu 3 - hilup susah, mati pun susah. Hilup boleh yalan-yalan, mati kena pegang bendera.

January 10, 2010

+*+*~Mahu Update....~*+*+

tapi malas tak de idea....

later!

December 29, 2009

+*+*~Countdown: 2 Days To Go~*+*+

Hoih, semakin hampir ke penghujung tahun membuatkan jantungku berdebar, dag-dig-dug, dag-dig-dug. Saje seronok nak buat countdown sebab sebelum ni tak pernah appreciate pun kedatangan tahun baru.


Sempena tahun baru ini saya perlu admit, saya adalah seorang yang sangat blur tentang vision. Senang cerita previously saya sangat blur purpose saya di muka bumi Tuhan ini. Saya tidak diajar untuk bermimpi dan hidup saya sangat hambar dan saya hanya biarkan masa saja menentukan jalan hidup saya. Tapi saya sedar bukan itu yang saya mahu, saya mahukan yang lebih dari itu. Saya tak mahu hidup yang biasa2, tapi saya mahukan hidup yang luar biasa. Dengan kemahuan yang kuat terhadap hidup yang luar biasa itu saya mula berimaginasi dan mula belajar apa itu hidup dan mula sedar yang hanya saya yang berhak melakar perjalanan hidup saya.

Lakar punya lakar terkeluar muka Angelina Jollie pulak :P
(picture source from Google)

Dan saya mula belajar,belajar dan belajar. Tapi bukannya belajar secara formal di sekolah (yes, I should be proud with my formal education history, I'm a degree in mechanical engineering you see, but the rest is history), sebaliknya belajar sendiri (self-education) melalui trial and error, observation dan sebagainya. Dan hari inilah kemuncaknya, trial and error saya hampir selesai dan saya akan memulakan langkah yang lebih bertenaga!

Dan hari ini, saya berjaya memulakan hari saya pada jam 9 pagi. Esok hari saya mesti bermula lebih awal lagi.

Another day to go :)




November 29, 2009

+*+*~Aidil Adha Yang Mandom~*+*+

Sebelum terlambat, Salam Aidil Adha kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Sambutan Aidil Adha tahun ni seperti biasa sahaja. Rasanya rata2 umat Islam pun menyambut Aidil Adha ni pun biasa2 saja kan, taklah berhabis bagai macam Aidil Fitri. Cuma siapa yang terlibat dengan ibadah Haji mungkin merasa ke-excited-annya. Ala, apa la nak kecoh dengan raya Haji, dulu masa zaman sekolah saya biasa je tak balik beraya dengan keluarga. Takde pun siri drama lagu dendang perantau masa raya haji pun.

Tapi tahun ni lagi tak best sebab family kecil saya semuanya down with fever. Dimulakan dengan empunya diri yang jatuh demam sakit kuat hanya disebabkan terlebih hidu asap ubat nyamuk cap ikan zaman berzaman. Lepas tu berjangkit pada suaminya pula dan lebih parah bila berpindah pada si kecil pula. Yang tak bestnya, saya demam sorang2, tapi hubby and Aimar demam beregu (dua2 demam dalam satu masa). Jadi yang tak tido malamnya tentulah saya. Masa saya demam, 2-2 orang tu bukan main lena lagi tidonya.

Si kecik tu pulak, lagi best citernya. Dah baik demam macam2 lagi skill baru dia generate. Lagi best dah pandai nangis memberontak tanak tido malam. Bila jam dah menunjukkan pukul 12 tengah malam, masa tulah mata dia lagi bulat nak main play gym dia. Wah..wah..wah...ada hati nak jadi batman ke anak saya ni?

Sampai di sini sahaja cerita tentang raya. Si kecik sudah bangun dari tidur pula. Saya pun tak mandi pagi lagi ni asyik kena layan kerenah dia saja. Nak settlekan laundry lagi ni. Haihh...rasa macam nak ronda2 cuci mata kat Alamanda pun ada....

October 28, 2009

+*+~Time Management: If U Find Something U're Doing That Cannot Bring U Closer To Your Goal, Stop And Leave It!~*+*+

Yeah right! I got this from Hemang Pandit, Senior Executive President's Team Member from India. Its simple isnt it and make sense too.

Well, right now I got a little bit back pain and sore throat. Actually my throat is not that soar but to be exact I lost my voice. Shoot! My voice is the most precious thing for me right now (besides my phone and Tanita Scale) and without it I really cannot focus well on my business. Arghh...please return my voice back! And this back pain, I got it since I gave birth to my son, I hate it so much! Maybe a good massage will relief it. So, Mr.Hubby dearie, can u please find place for me to get that treat..please...please..*wink*

Sometimes a little voice inside me start to ask me to go to vacation. Wait my dear...I have to avoid this for a while because it will not bring me closer to my goal. U see, I really want to be a President's Team in 2011, so please. I need to focus on my goal and after I reach to my President's Team level I have more time to do that :). So, first forget about vacation!

And sometimes that little voice of me will ask me to go back to work. Just because I miss that working environment. Hold on...that definitely won't bring me closer to my goal! It will take me far from it because I know that I can be the best slave you can ever imagine. So, just forget about it, my goal now is to be President's Team and be the boss to myself for the rest of my life!

Aiyaaa...this is just a rambling of me. I want my voice back, that's it!

September 23, 2009

+*+*~Mahu Berhenti Membelog?~*+*+

First of all, selamat menyambut aidilfitri...belum terlambat rasanya saya mengucapkan salam perayaan kepada seluruh umat Islam di dunia walaupun seperti biasa saya masih keliru dengan perayaan ini :)

Saya baru saja pulang daripada kampung halaman suami saya di Gemas. Sepanjang pemerhatian saya sepanjang percutian ini membuatkan hati saya menjerit...banyak sungguh tanggungjawab saya yang belum selesai. Tambahan pula, semalam sewaktu bersiap2 mahu pergi menziarahi jiran tetangga, suami saya sambil memegang anak kecil kami di atas buaian dikelilingi anak2 buahnya telah berkongsi impiannya bersama mereka "2011 nanti jemputlah ke rumah Achu di Ampang". Dan sambutan positif daripada anak buahnya "Mak su, nanti kalau kitorang je yang datang tapi kalau ibu taknak ikut boleh ke?" membuatkan hati saya lebih menjerit lagi. Saya perlu bekerja keras untuk merealisasikan impian suami saya dan anak2 buahnya (kadangkala kita terlupa pada impian kita, tapi kita boleh jadikan impian orang lain untuk menjadi titik tolak kejayaan kita :))

Dengan itu, mungkin saya akan berhenti blogging buat sementara waktu. Saya perlu fokus kepada impian2 yang perlu saya tunaikan. Wish me luck!

August 19, 2009

+*+*~Not Good...Not Good...~*+*+

Lately ni saya berasa sangat malas kesuntukan masa untuk mengupdate blog saya. Kadang2 saya pun hairan, adakah saya kesuntukan masa atau adakah saya memang dah mula ketumpulan idea untuk merepek di sini lagi.

Yang penting...thats not a good attitude. I should do something and keep jotting down my daily activity, barulah boleh dijadikan bahan untuk bergelak ketawa rujukan di masa depan.

May 11, 2009

+*+*~When....~*+*+

There's a time when I feel like everything around me seems so dull,
No motivation, no excitement, no extra-ordinary feeling..
Everything is just the same...
I believe it's time for me to change...

April 29, 2009

+*+*~Kecut Perut~*+*+

Warghhh.....bila dah hujung-hujung bulan and sampai dekat closing date ni mulalah buat saya susah nak tido malam. Mulalah rasa kecut perut....

Hope that everything will end up smoothly as planned.

Amin...

March 26, 2009

+*+*~Celaru...Celaru...~*+*+

Eventhough its been quite late at night, I still cannot sleep. A lot of things coming minggling and jumbling into my head. Sebenarnya, saya agak keletihan sekarang ni. Siang tadi saya dan Herbalife group saya telah ke UPM untuk menyertai car boot sale event kat sana. Aktiviti kami off course educating people about nutrition, buat free body wellness evaluation, promoting Herbalife and collecting phone numbers. Eventhough penat tapi sangat fun! Balik daripada event, straight away tertido sampai petang. My husband pun tak attend volleyball session dia hari ni sebab letih sangat. Alih2 saya terjaga dah pukul 7pm, so cepat2 bergegas ke depan TV sebab nak tengok SPA-Q2...oh..sungguh keji tabiat ini. ;P

Actually, apa yang buat saya tak boleh tido ni? Lately, banyak cerita yang saya dengar especially impak daripada recession. Kawan2 kena VSS and suddenly dapat "tawaran bercuti selama-lamanya". Bukanlah saya nak tepuk tangan dan berkata huray...atau pun ketawa sipi2 malu...kalu saya mampu memang saya nak tolong sangat. Tapi, perlukah mereka dengan pertolongan saya? Memang saya tahu sangat sukar untuk melalui detik-detik kehilangan pekerjaan, especially bila sampai bab nak kena start all over again and cuba mencari apa yang terbaik untuk diri dan keluarga. Setahun yang lepas, saya hampir kalah dalam permainan itu, tapi alhamdulillah dengan kesabaran dan kekuatan yang ada, saya harungi juga segalanya. Saya yakin, untuk dapat sesuatu yang terbaik pasti kita dihadapkan dengan perjalanan yang sangat sukar. Bukanlah Tuhan tu tak adil, tapi itulah cara Dia mengajar.

Lepas tu tadi sementara tunggu siri Mertua Vs Menantu kat Astro Prima (ye...katakan saya ini kji...drama freak!), saya sempat menonton Bersamamu di TV3. Sayu hati bila melihat nasib gadis bernama...saya lupa pula namanya yang jatuh sakit dalam usia yang sangat muda, lebih muda daripada saya. Baru setahun berkahwin, tetapi sewaktu usia kandungannya 7 bulan, tiba-tiba dia mengalami tekanan darah tinggi yang melampau sehingga anak dalam kandungannya meninggal dunia. Impak daripada kejadian tersebut, sekarang dia dah tak mampu nak buat apa2, makanan pun disalurkan melalui tiub daripada hidungnya dan satu lubang kecil terpaksa ditebuk di bahagian lehernya untuk membantu pernafasannya. Ibunya terpaksa menjaganya sepenuh masa dan dalam masa yang sama perlu bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga. Apalah sangat gaji RM500 sebagai cleaner contract di sebuah klinik kesihatan. Huh...kalau saya mampu, memang dah lama saya hulurkan bantuan saya. Tapi buat masa ini...saya sendiri pun separuh nyawa bertarung dengan permainan hidup ni.

Haih....banyak betul tanggungjawab yang tak selesai lagi.....

February 23, 2009

+*+*~Month-6 Ramblings~*+*+

1. Kenapa sejak kebelakangan ini saya sering mengalami kesakitan pinggang yang amat sangat. Nak tido pun susah, bangun tido lagilah susah (hehe..), nak berjalan banyak pun sakit, rasa macam perut saya nak terjatuh ke bawah pun ada.

2. Saya tak boleh nak berjalan banyak/lama. Contohnya, hari Sabtu lepas saya telah ke Midvalley untuk meng-survey barang2 untuk baby, tapi setelah 2 jam berjalan dan berdiri tapak kaki saya mula sakit dan menyebabkan saya lebih berminat untuk duduk daripada berjalan.

3. Walaupun telah masuk ke bulan ke-6, tapi saya masih tidak ada idea untuk membeli apa2 barang untuk baby...(name it cot, stroller, baju-bajan, mitten..atau apa2 saja). Mungkin saya looking forward on shopping spree bila masuk bulan ke-8 nanti (which is 2 months from now), so skang ni nak cari duit banyak2 dulu baru syok sikit nak shopping.

4. Saya tak boleh tahan lapar dalam jangka masa yang lama (saya ke?). Bila dah mula rasa lapar, saya kena terus makan or else "Mohamad Ali" dalam perut saya akan mula meninju dan menyebabkan saya pening kepala. Akibatnya saya akan sakit perut sehingga ke malam dan tidak boleh makan apa pun.

5. Saya tak tau nak tulis apa lagi. Hari tu saya dah buka page ni untuk update blog saya, kesudahannya saya telah tido hingga ke pagi tanpa ada satu update pun.

February 19, 2009

+*+*~Claps For The Baby~*+*+

Finally...sang baby telah berjaya sampai ke minggu ke-24!! Big hands for the baby!! +*+*~Clap!Clap!~*+*+

Mungkin bagi ibu mengandung yang lain, mesti excited dengan perkembangan bayi yang sangat positif, dan mungkin juga normal bagi ibu-ibu mengandung kali pertama. Tetapi bagi seorang perempuan yang baru berjaya setelah 4 kali percubaan, perkara ini benar-benar membuatkan saya gembira!! Bayangkan, secara idealnya, ini adalah anak keempat saya. Tetapi dialah yang telah mewarnai hidup saya dan suami saya setelah setahun hidup kami mengalami kesuraman akibat 3 peristiwa keguguran berturut-turut.

Walau bagaimanapun, saya redha dengan keguguran yang lepas-lepas. Saya yakin dan percaya memang banyak hikmah atas peristiwa yang telah berlaku. Dan saya lebih menghargai nyawa yang sedang membesar dalam perut saya sekarang. Dan saya lebih banyak belajar dan memahami tanggung jawab saya sebagai ibu dan PASTI saya akan berbuat yang terbaik untuk bayi saya.

So far, baby is doing well...so well. Setiap hari pasti ada tendangan-tendangan mesra daripadanya yang cuba memberitahu "Mama, baby sentiasa ada dengan mama, no matter what, walaupun baba selalu sibuk dan tak dapat teman mama". Dan sekarang tendangannya lebih slow & steady, tidak sekasar seperti mula-mula dia menyedari dia berupaya untuk menendang. Cuma hari ini saya berasa sedikit sakit pada pinggang dan perut saya, seperti tegang. Bila saya beritahu emak saya tentang perkara ini, katanya itu tandanya baby berada di tempat yang tegang itu.

Dan...perut saya telah mula mengumpul "stretch mark". Tempoh hari, saya lihat stretch mark tersebut kecil-kecil sahaja, tetapi hari ini stretch mark itu semakin besar dan bertambah. Saya adalah sangat malas hendak menyapu apa-apa losyen stretch mark pada perut saya...nantilah mungkin hari Sabtu ini saya dapat outing,so ada chancelah saya pergi membeli cream untuk stretch mark ini. Tetapi bagaimanapun, tak salah saya, saya boleh menggunakan Herbalife Countouring Cream untuk mengurangkan stretch mark saya. Jadi, bolehlah saya membuat penjimatan untuk skin care product, beli skin care daripada Herbalife saya boleh dapat diskaun dan volume points untuk mendapat duit. Kalau saya beli skin care daripada farmasi, dahlah tak dapat diskaun, malah saya tak dapat apa-apa pun melainkan produk itu sahaja. Buy one u get one meh!! Ngeehee...

Setakat ini sahaja update saya untuk hari ini. Saya perlu menyelesaikan 2-3 perkara sebelum hari esok. Saya perlu bekerja keras sekarang untuk mengumpul duit untuk membeli barang-barang keperluan bakal bayi saya dan juga untuk menghantar suami saya ke Korea. Ye, saya mesti menjadi seorang isteri dan ibu yang kuat dan tabah seperti Siti Khadijah, barulah saya mampu menyediakan dan memberikan yang terbaik untuk keluarga saya.

February 14, 2009

+*+*~It's Valentine's Day!!~*+*+

Hari yang dipenuhi dengan bunga2 dan kasih sayang. Dan ini merupakan tahun kedua saya menyambutnya dengan gelaran "isteri". Tahun lepas suami saya telah menghadiahkan saya Aquariser, tapi tahun ini saya akan menghadiahkan dia satu surprise....yang akan di drag ke hari Isnin (sebab tempat saya nak beli "benda" tu tutup esok).

Walau bagaimanapun, apa yang saya pasti suami saya tidak akan menghadiahkan bunga kepada saya pada hari Valentine mahupun special occassion yang lain sebab saya memang seorang manusia yang tidak pandai menghargai bunga. Daripada hadiahkan saya bunga adalah lebih baik hadiahkan saya pen ataupun buku mengumpul stem. Dan hari valentine bukanlah hari yang sesuai untuk saya.

Dan hari ini, walaupun kebanyakan manusia di seluruh dunia sedang sibuk berkasih sayang saya tidak dapat berjumpa dengan suami saya...mungkin malam nanti bila saya dah lalok dan berlepas ke lala land baru saya dapat berjumpa dengannya. Pagi tadi saya berjumpa dengannnya sekejap sahaja, itupun kerana dia meminta saya menghantarnya ke pejabat, kemudian saya ke rumah customer, suami saya ada meeting dan berterusan sehingga ke malam kerana malam ini dia ada sesi futsal pula. Apa yang penting dia akan menghantar barang yan dipesan oleh kawannya dan membawa pulang wang hasil jualan untuk saya...yipiee!!

Setakat hari ini, baru setengah bulan Februari pendapatan saya telah mencecah RM2,500! Ini bermakna jika saya meneruskan momentum seperti ini saya akan mampu menggandakan pendapatan saya pada hujung bulan ini, jadi bolehlah saya mula saving untuk perbelanjaan suami saya ke Korea dan perbelanjaan untuk membeli barang2 untuk si kecil di dalam perut saya. Ye, bulan Jun ini ada 2 event yang sangat besar untuk saya (besar dari segi persiapan perbelanjaan kot) iaitu kehadiran si kecil dan saya akan menghantar suami saya untuk menghadiri event extravaganza di Korea. Jadi ada lebih kurang 4 bulan lagi untuk saya bekerja keras.

Kesimpulannya, pada hari Valentine's ini saya bukan sekadar belajar dan memahami apa itu erti "kasih sayang" tapi saya juga mula belajar erti pengorbanan dan responsibilty sebagai seorang ibu dan isteri.


February 11, 2009

+*+*~Macam-Macam~*+*+

Dah lama saya tidak menjengah ke blog2 yang selalu saya jengah...especially blog2 kawan2 yang baru dan lama. Maklumlah, sejak saya menyedari terlalu ramai manusia yang perlu saya bantu dari segi kesihatan fizikal, kekuatan emosi dan kemelut kewangan, masa menjadi seperti berlian kepada saya. (Bukankah berlian lebih mahal daripada emas?). Apabila saya mempunyai kesempatan barulah saya dapat menjelajah hari ini.

Kalau ikutkan komitmen memang saya tak sempat nak menjelajah. Pukul 6 petang tadi saya baru sampai dari Melaka, day trip dan sesampai saja di rumah terus ke rumah Mak Sharifah & Pakcik Narais (besan emak saya) untuk membuat wellness evaluation untuk mereka. Ditambah pula dengan keadaan saya yang mempunyai makhluk kecil yang semakin nakal di dalam perut, kalau ikutkan hati memang saya dah tidur sekarang ni tapi dengan nutrisi lengkap daripada Herbalife tenaga saya masih mampu bertahan mungkin sampai ke tengah malam (haha...sempat lagi buat promosi).

Dan kalau ikutkan diri saya, saya memang nak komen dengan kempen besar-besaran yang sedang dijalankan oleh sahabat2...tapi...menurut apa yang telah saya pelajari "Leaders never complain". Jadi, tak mengapalah, biarlah saya memerhatikan saja kerana sekarang ini bukan kempen yang menjadi ukuran tapi hasil daripada kempen itu yang akan menentukan sama ada apa yang kita lakukan benar2 berfaedah atau hanya ikutan sahaja. Biarlah sekuat mana laungan yang cuba diperdengarkan, tetapi kalau tiada hasil laungan akan menjadi sia2. Sampai masa suara makin hilang tapi tiada siapa yang mendengar. Macam mana pun yang paling penting adalah result. Ukurannya adalah result. Yang menentukan sama ada execution adalah benar atau salah adalah result. Yang penting, sanggup belajar dan sanggup diajar.

Dah...tak mampu rasanya nak membebel panjang2 kalau bebelan ini hanya saya yang mendengar. Cuma saya rasa di sini saya punjya hak untuk menyuarakan suara hati saya, tapi di luar pembuktian tetap dengan hasil. Tetap dengan RESULT!

Ok...back to work. :)

November 30, 2008

+*+*~Swinging Moods~*+*+

Adalah ini simptom yang biasa dialami oleh pregnant ladies like me? Ntahlah, tapi kali ni tahap mood swing saya adalah sangat kritikal. Malam tadi sebelum tidur sempat saya bergurau senda dengan suami saya (perkara yang amat jarang sekali saya lalui, oleh itu saya menghargai sangat saat2 seperti ini). Kebetulan dia agak free malam tadi, jadi adalah dia sebagai peneman saya sebelum tidur. Tapi sesi gurau senda hanya berlaku selama 15 minit sahaja, sedang si suami seronok bergelak ketawa dan melanjutkan sesi kutuk mengutuknya (sudah tentu dia mengutuk saya) tiba2 saya boleh MENANGIS teresak2! Sampai sang suami berbisik di telinga saya "Dah la tu, janganlah sedih, nanti abang pun sedih sama". See...kejap ketawa dan kejap menangis adalah GILA okehhh..

Kalau nak diceritakan mood yang sekejap suka dan sekejap marah, memang terlalu banyaklah. Saya rasa sepanjang masa saya jadi macam tu. Sekejap saya boleh jadi baik dengan suami saya, tapi dalam masa 2 minit saya boleh naik angin dengan dia. Kesian sang suami kena melayan kerenah isteri yang begini. Nasib baiklah saya dikurniakan dengan suami yang tinggi tahap kesabarannya dan jarang sekali dia menaikkan suara kepada saya, apatah lagi nak menaikkan benda2 lain (contohnya tangan atau kaki). Dan kadang2 saya rasa tak adil sebab suami saya terlalu baik bagi saya tapi saya selalu buat jahat dengan dia...kesian suami saya.

Kenapalah hormon pembawakan ni jadi macam ni? Saya nak jadi seperti saya yang sebelum ini, lebih banyak relax dan tak mudah melenting dengan apa yang berlaku di sekeliling saya. Bukan macam sekarang ni, kena gigit nyamuk sikit pun boleh buat saya menangis! Saya rasa seperti saya seorang perempuan yang sangat lemah dan saya adalah tidak suka seperti ini kerana sebelum ini saya tidak seperti ini. Macam mana agaknya saya nak mengutip semula sifat2 lama saya yang tegas dalam kelembutan itu?

Dahla, saya nak mandi. Kejap lagi nak pegi kenduri.

Nota: See, saya dah mula mengarut lagi. Maafkan ya gaya penulisan saya yang begini - menulis tanpa berfikir dan menulis apa sahaja yang terlintas di kepala.


Hihi... :P

November 17, 2008

+*+*~Lately~*+*+

Lately I realized that I'm falling in love with spicy foods,
The spicier the better,
Eventhough I'm not fans of spicy foods before & ever,
Let us blame the hormones!

Lately I realized that I'm facing a bad headache,
Especially when it is afternoon and the sun is straight on the head,
High speed and lowest temperature aircond doesn't mean anything to me,
Let us blame the global warming!

Lately I realized that I'm loosing my appetite,
Eating nasi lemak in the morning is sucks!
Same goes for foods called rice
Let us blame the food stock shortage!

Lately I realized that I'm falling in love with the Peel Fresh
It must be orange flavour however
Other than that will end in the tong sampah!
Let us blame.."any fresher, you'll have to peel it yourself"!

**********************************************************************

Haha...sajak merapu-rapan daripada yours truly. Kepala tengah pening sangat ni and rasa macam nak muntah and keluarkan segala isi perut saya. Sebuku roti dan 4 keping cheese tart tidak memberi apa-apa makna kepada saya. Adakah saya lapar atau terkena food poisoning?

November 13, 2008

+*+*~What About Now??~*+*+

+*+*~What About Now? - Daughtry~*+*+
Shadows fill an empty heart
As love is fading,
From all the things that we are
But are not saying.
Can we see beyond the scars
And make it to the dawn?
Change the colors of the sky.
And open up to
The ways you made me feel alive,
The ways I loved you.
For all the things that never died,
To make it through the night,
Love will find you.
What about now?
What about today?
What if you're making me all that I was meant to be?
What if our love never went away?
What if it's lost behind words we could never find?
Baby, before it's too late,
What about now?
The sun is breaking in your eyes
To start a new day.
This broken heart can still survive
With a touch of your grace.
Shadows fade into the light.
I am by your side,
Where love will find you.
What about now?
What about today?
What if you're making me all that I was meant to be?
What if our love, it never went away?
What if it's lost behind words we could never find?
Baby, before it's too late,
What about now?
Now that we're here,
Now that we've come this far,
Just hold on.
There is nothing to fear,
For I am right beside you.
For all my life,
I am yours.
What about now?
What about today?
What if you're making me all that I was meant to be?
What if our love never went away?
What if it's lost behind words we could never find?
What about now?
What about today?
What if you're making me all that I was meant to be?
What if our love never went away?
What if it's lost behind words we could never find?
Baby, before it's too late,
Baby, before it's too late,
Baby, before it's too late,
What about now?
***********************************************************************************************
What makes me go crayzee with this song is their videoclips. I watche it for first time at 8TV, early in the morning and the video clips really open my eyes and made me feeling great with what I'm sacrifying now. You can watch the video clips here. +*+*~Sorry I cannot paste the videoclips here as the embed code is not provided by Daughtry who post the videoclips at YouTube..hishhh..~*+*+
However, enjoy!