THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


Showing posts with label confinement. Show all posts
Showing posts with label confinement. Show all posts

July 23, 2009

+*+*~After The Confinement Ended~*+*+

Finally, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Saya telah melalui confinement period saya dengan jayanya, tetapi....

Bila confinement ended, apa yang diangan-angankan sepanjang confinement period hanya tinggal angan-angan saja. No jalan-jalan ukur shopping mall dengan Aimar, no shopping2 session untuk penuhkan wardrobe..NO..NO..NO!! Uwaaa....!!

Sebaliknya...hari2 meeting, roadshow, jumpa customer... Shud be saya semakin happy sebab ini bermakna bisnes semakin bagus thats why hari2 busy,busy,busy. Tapi...punah harapanku untuk pergi mengukur shopping mall itu. Nantilah, dah berjaya jadi President's Team nanti kita pegi ukur shopping mall ramai2 ye...

That's why nak update blog pun takde masa. Nak jadi kak Nam menenggek kat blog orang lain pun dah tak sempat. So, catch up the updates seminggu sekali is ok kan?

Lagi kesian kat anak bujang-busuk-masam saya tu. Almost everyday nak kena ikut mama dia keluar. Macam yesterday, I had roadshow kat UIA, daripada jam 11am sampai 3.30pm dia dok menenggek dengan saya kat sana. Tido kat dalam stroller lah. Balik rumah terus dia pengsan tak hengat dunia. Kesian anak bujang saya tu.

Dan saya mahu potong rambut, tapi tak sempat2 sampai skarang. Kali ni had terpanjang rambut saya yang saya pernah simpan...almost nak sampai pinggang dah. Sikit hari lagi kalau saya tak potong konpom akan jadi bahan tarikan anak bujang saya tu. And..most of the new mummies out there keep on complaining that they are facing hair falls problem after few months the gave birth. Perkara itu berlaku kerana kita telah kekurangan zat besi dalam darah, so dapatkan makanan yang boleh membekalkan zat besi pada tubuh badan..ok. +*+~Haha..sempat lagi bersyarah tentang nutrition..but that is the most important thing in our life..rite??~*+*+

Nanti kalau sempat saya update lagi. Now I need to get ready for next meeting. Haiya..meeting lagi...

June 29, 2009

+*+*~Cepatlah Habis Pantang...~*+*+

Luahan hati seorang ibu beranak seorang yang dah 25 hari dalam pantang.

Aiyohh...cepatlah abis pantang ni. Saya dah jadi sengal duduk terperap kat dalam rumah macam ni. Bukan setakat tak boleh keluar jalan2 keliling mall, malahan nak keluar daripada pintu rumah pun mak saya dah jeling2 pandang slek. Haritu 3 hari diorang keluar beraktiviti kat Shah Alam. Balik je diorang kat rumah sakan diorang bercerita betapa seronoknya mereka beraktiviti kat sana...tapi saya...balik2 citer anak. Takkan saya nak citer kat diorang citer mak pulak...konpom takde sape nak dengar.

1 benda je yang saya boleh buat nak menghilangkan boring dalam berpantang ni...wujudkan bonding yang paling erat dengan anak saya. Masalahnya dia berjaga beberapa jam saja, lepas tu dia tido. Bila dia dah tido, saya pun akan tido sama. Kalau macam ni macam mana weight lose program saya nak berjaya...bertambah kembang la maknya.

Keje lain...menyibuk kat blog orang lain..buat saya rasa macam loser. Blog sendiri malas nak update tapi dok sibuk kat blog orang lain macam kak nam. Ala....bosan betullah asyik duduk terperap dalam rumah saja macam ni.

Cepatla abis pantang ni....dah tak tahan jadi sengal macam ni. 25 days over, another 19 days to go.


June 16, 2009

+*+*~My Confinement~*+*+

Kebanyakan ibu yang baru lepas bersalin pasti akan melalui tempoh berpantang, begitu juga saya. Kebanyakan ibu tidak sabar menantikan tempoh berpantang habis kerana dalam tempoh berpantang semuanya dicatu. Alhamdulillah, bagi saya, saya sangat enjoy dengan tempoh berpantang saya. Berpantang maksudnya lebih masa rehat sebelum saya mengerah tenaga semula selepas ini.


Dalam tempoh berpantang ini, saya masih mengamalkan Herbalife Shakes setiap pagi, bahkan saya mengambil shake setiap petang dan malam sebelum tidur. Ini adalah kerana baby makin kuat menyusu jadi untuk memastikan bekalan susu yang mencukupi saya perlu mengambil ekstra kalori. Saya catatkan di sini rutin meal plan saya setiap hari.


Pagi


1/2 jam sebelum mengambil sarapan saya akan makan pil Amme 60 Days daripada Sendayu Tinggi. Ini adalah untuk memastikan badan saya mendapat rawatan daripada dalam.

Saya beli set Amme Complete sebagai confinement set saya.
Gambar daripada Google.

Selepas itu saya akan mengambil Herbalife Shake sebagai sarapan pagi saya. Saya campurkan 2 scoop F1 dengan 2 scoop Quaker Oats dan air masak.

Delicious F1 Shake + Quaker Oats as my complete daily nutrition supply.
Picture from here.
Selepas selesai mandi dan menggunakan Tummy Tone dan Body Tone daripada set Amme Complete serta berbengkung, saya akan makan 3-4 keping roti dan Kopi Herba Folia 4 in 1 daripada Sendayu Tinggi. Saya mengamalkan "mandi daun" pada waktu pagi dan dengan cara ini saya dapat mengurangkan angin dalam badan dan mengembalikan kesegaran badan. Dan ya, saya mengamalkan berbengkung supaya perut saya dapat diflatkan semula.



Tengah hari



Waktu makan tengah hari biasanya saya akan makan nasi dengan lauk yang dimasak oleh emak saya. Biasanya lauk saya adalah ikan yang dikukus atau dibakar. Kemudian saya akan meminum Pati Herba Amme 60 Days daripada Sendayu Tinggi.




Pati Herba Amme 60 Days - saya ambil sebagai minuman selepas makan.
Gambar daripada Google.

Selepas makan saya akan makan vitamin range daripada Herbalife iaitu:-




Tripple berry complex.
Gambar daripada sini.





Formula 2 Multivitamin Complex.
Gambar daripada sini.




Cell-U-Loss - Thermojetic Dietary Supplement.
Gambar daripada sini.


Herbalifeline.
Gambar daripada sini.


Sebenarnya vitamin range daripada Herbalife ini tidak boleh didapati daripada Herbalife Malaysia. Tetapi rakan saya yang baik hati iaitu Jeffrey & Connie telah menghadiahkan set vitamin ini kepada saya untuk saya gunakan sepanjang waktu berpantang saya. Apa yang saya tahu secara keseluruhannya vitamin-vitamin Herbalife ini membantu saya merawat semula sel-sel saya dan seterusnya membantu saya dalam proses menurunkan berat badan saya.


Petang/Malam


Saya akan mengambil F1 shake sekali lagi pada waktu minum petang. Waktu makan malam saya akan makan nasi dan lauk disusuli dengan Pati Herba Amme 60 Days. Dan sebelum tidur saya akan mengambil sekali lagi Herbalife Shake.

Observation

Alhamdulillah, dengan halthy meal plan yang saya ikuti sekarang ini saya berjaya menurunkan berat badan saya sebanyak 9kg selepas 10 hari berpantang!! Dan tiada allergy yang berlaku pada saya mahupun bayi saya bahkan bayi saya semakin sihat dan semakin bijak pula. Bayangkan dalam usia 12 hari bayi saya mampu bermain dengan jari-jemarinya, sudah pandai memegang jari-jari saya dan telah mampu mengangkat kepalanya sendiri.

Enough on my confinement meal plan. Sekarang ni nak persiapkan barang untuk Husband saya, dia akan ke Korea esok. Am gonna miss him so much...sobs.