THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


Showing posts with label happy time. Show all posts
Showing posts with label happy time. Show all posts

January 18, 2010

+*+*~New Hair Cut Does The Wonders!~*+*+

Oh, tersangat sangatlah happy today - for no reason. Just because today saya bangun, badan saya rasa tidak letih, perhaps from the good night sleep I had. Thanks to Aimar dan kuman jahat yang telah dilawan dengan jayanya oleh sistem imunisasi Aimar. And thanks to Herbalife yang membina sistem imunisasi Aimar dengan jayanya.

Dan hari ini saya memulakan hari dengan hair cut yang baru. Kali ni saya potong pendek terus, tak payah ikat, tak payah sepit dan sangat lega. Bak kata suami saya ,"Saya dah dapat isteri baru". Tapi dengan hair cut baru ni memang rasa sangat refreh, kepala pun rasa ringan saja.

So hari ini bolehlah focus dengan projek saya yang tengah on going. Dah siap projek yang ni ada lagi satu projek nak kena buat proposal. The best thing now is, I really start to understand what is goal and vision. Betullah kata Jim Rohn - set your sail so you can navigate in any storm and have success in any weather. Bermakna kalau vision dan goal kita clear, no matter what happen PASTI kita akan sanggup menghadapinya.

Atau, mungkin ini yang dinamakan MATURITY. Yeah, am going to be thirty this year, manakan boleh berfikiran seperti kanak2 lagi. Tapi I admit, jadi kanak2 memang best sebab everything are indah2 belaka. Kalau sesuatu perkara itu menjadi tidak indak seperti imaginasi kita, silalah push orang lain untuk jadikan ia indah. Tapi kalau MATURITY main peranan, we have to make it wonderful, beautiful and fabulous! We're the one who make it happen! And we're the one who responsible for our imagination!

Mahu teruskan kerja. Sudah lega membebel di sini :)


April 15, 2009

+*+*~The Celebrations~*+*+

As promised, few updates on KL Silver Dinner Night and STS on Sunday.

+*+*~KL Silver Dinner April 2009~*+*+

Actually this dinner was organized in order to celebrate the supervisors who completed 2,500VP in March and also the newly qualified supervisors. The dinner was held in Restoran Sari Ratu, Jalan Sultan Ismail. The foods was great and we had a lot of fun that night.

Our table - the newly qualified supervisors with Abang Azhan and Sis Kartika (The Active World Team Member)

Other clanz - Aws and the gang

The newly qualified supervisors - excuse the shaky picture, the cameraman having parkinson that night...akhemm

+*+*~English STS, 12th April 2009, Ritz Carlton Hotel, Jalan Imbi~*+*+

As usual, once a month we'll be having special training and this training is the international training. Normally we will have international leaders as a guest speaker but this time we're so lucky because we had our local Malaysian, Mr. Daniel Tan as the guest speaker. He was the highest recruiter last year (been honored during Asian Spectacular last January) and predicted to be Malaysian 1st Herbalife President's team. He was a great trainer and most of the things that he taught us today really inspired us in this business.

The guest speaker - Mr Daniel Tan

Later after the training we had a great dinner party with my newly qualified supervisors. Can't wait for the next event which will be held on this weekend - The South East Asia Supervisor Academy. This event is the biggest event of the year for this year and we're so lucky because Malaysia has been honored as a host this year.

With the partners - from left - Me (The Buyung), Mr Najib, Wardah, Shahid and Ahmad

Hope to see you all this weekend!

March 16, 2009

+*+*~He Turned 29th, The Baby Turned 27th~*+*+

He referred to my husband. Yes, he turned 29th on last Friday, 13th March. Happy Birthday Hubby dear... love you so mucho! No special occassion on that day (kejamkah saya?) but we celebrated his birthday on Saturday, together with my sister as her birthday was on last Wednesday, 11th March. So, double celebration in one, great saving huh??

No..no...no fine dining and VIP treatment. Just a simple and humble celebration at KFC, Plaza Alam Central, Shah Alam. Waktu tu suami saya baru habis meeting, and my sister pun break kejap daripada kerja on her final project. Tu yang tak boleh nak celebrate kat tempat yang fabulous sangat...katanya semua orang sibuk.

The Cake from Secret Recipe - Hazelnut Cheese (Sorry, no lilin2, kata share cake)

Birthday "boy" - ready to serve the cake to the guest (see the Buyung beside him?)

And the birthday girl


And the baby turned 27th week a day before! And this time I think we should give really big hand to the baby because the baby really made it! And now he/she cannot stop dancing and kicking in my belly. Sampai mama dia nak tido pun susah...but it still keep me smiling :).

Happy birthday to both of you, hope you get more success in 2009.

March 10, 2009

+*+*~Keciwa...Tsk..Tsk..~*+*+

Memandangkan semalam adalah public holiday sempena Maulidur Rasul so sempatlah saya ke The Pavillion KL untuk memulakan ekspedisi mencari bag Coach saya +*+*~wink~*+*+. Disebabkan suami saya pun tidak ada apa2 hal yang direncanakan pada siang hari itu, dengan senang hati beliau telah meneman saya ke The Pavillion.

Hasilnya....
Butik Coach memang ada di Pavillion, tapi bag yang bermain-main di otak saya tidak ada! Dan lebih menyedihkan lagi menurut SA di butik itu that type of bag tidak masuk ke Malaysia! Hmm..nampak gaya takde rezekilah saya nak pakai bag tu.. Menurut apa yang telah saya pelajari dalam "The Secret", its ok kalau saya tak dapat bag tu skarang sebab mungkin belum sampai waktunya bag itu sampai ke tangan saya. Yang pentingnya saya tidak boleh putus asa dan "believe" (yakin & percaya) yang satu hari saya akan dapat juga bag tersebut.

Takpelah, dah tak ada nak buat macam mana kan. So, there come another plans in my head that are:-

1. Contact my mother's friend, Auntie E-Ding who lived in US and minta dia beli that bag straight away from US.
2. Perhaps boleh try ushar kat Singapore (as we most probably going over there next month) mana tau ada bag tu kat sana.
3. Try tengok kat butik kat KLCC or The Gardens (thanks Sab for the info), but it will be the last resort

4. Beli through the www, straight from Coach :) (but untuk option yang ni kena takes time sikitlah because I already terminated ALL my credit cards, so need to stabilized my company before I can apply for new one!)

So, sebab dah sampai kat sana, so macam buang karan setakat pegi kat butik and terus balik. The husband pun ajaklah singgah kat GSC and we watched this movie...

The Street Fighter - Legend Of Chun-Li

Overall cerita dia marvellous (as I'm the type of action movies fan). Seronok juga bila tengok Kristin Kreuk yang selalu berlakon lemah gemalai & helpless Superman's girlfriend jadi seorang yang hebat, powerfull...siap boleh kalahkan Bison penjenayah paling ditakuti di Bangkok masa tu. Lagi best bila tengok dia lawan Vega....senang2 je dia kalahkan mamat tu...kalau nak ikutkan memang tak logiklah sebab mamat Vega tu merupakan pembunuh upahan Bison, tapi senang2 je kalah dengan awek kan... But it's ok, I'm still enjoying this movie (and the baby too..ngeehee ;P). Kalau nak tengok detail review of this movie feel free to visit here.

And, malam tadi saya telah berjaya menonton cerita ini pula.


Epic Movie

Mungkin agak lambat saya menonton cerita ni (eh...cerita ni masuk ke kat cinema Malaysia), tapi cerita dia memang lawak bodoh gila baban. Ntah hape2 ntah, boleh pulak cerita2 serious jadi cerita lawak bodoh. But still am enjoying this movie to the fullest!

Isy...tetiba terjadi lame update lak...sebenarnya saya nak cerita pasal bag Coach tu je, dah tersasul lak ke cerita2 lain.

February 07, 2009

+*+*~The 90 Days Plan~*+*+

Pertama-tamanya, ampun beribu-ribu ampun sebab agak lama menyepi dan tidak mengupdate blog ini. Kesuntukan masa yang melanda dan keadaan yang kurang mengizinkan menyebabkan saya terpaksa bercuti daripada dunia blogging sekali sekala. Belum lagi disebabkan oleh krisis ekonomi dunia dan krisis ekonomi yang berlaku di Perak. Semua tu menjadikan saya pemerhati dan menyebabkan saya lebih memahami nilai saya di pasaran global sekarang...:)

Kali ni saya hendak bercerita tentang Perancangan 90 Hari (atau dikenali sebagai 90 days plan). Kenapa 90 hari? Ini adalah kerana dalam setahun kita mempunyai 12 bulan yang boleh dibahagikan kepada 4 sukuan dan setiap sukuan mengandungi 3 bulan atau 90 hari. Jadi, untuk memudahkan planning 90 hari ini dilakukan, kita hendaklah mempunyai wish dan vision apa yang akan kita lalui selepas 90 hari. (Perkara ini saya pelajari dalam seminar Herbalife, dan disebabkan plan inilah ramai yang telah benar2 berjaya dalam Herbalife). Menurut Jim Rohn, seorang ahli falsafah dalam perniagaan (perkara ini disampaikan kepada saya oleh Mitti Nafte dalam HBL University), hidup bukanlah bererti kita bergantung kepada takdir sahaja. Tetapi hidup mestilah berdasarkan rekacipta (design) dan setiap individu berhak merekacipta perjalanan hidupnya berdasarkan prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Jadi, kalau tengok di blog saya ini, saya telah mengupdate beberapa item di dinding sebelah kanan blog saya dengan meletakkan 4 quadrant wish list saya untuk tahun 2009. Biar saya cerita satu persatu wish list saya di sini.

************************************************************

+*+*~My 2009 1st Quarter Wish List~*+*+

Gambar ini telah di Google

Sebenarnya, saya sangat suka bercuti dan melihat sendiri keindahan dan keindahan negara lain. Sebelum ini saya cuma berpeluang melakukan aktiviti ini sewaktu saya masih bergelar pelajar (zaman sekolah dan zaman universiti). Apabila saya telah bergelar wanita berkerjaya saya tidak mempunyai peluang untuk melakukan aktiviti seperti ini lagi kerana komitmen saya kepada kerja dan kepayahan untuk mengambil cuti. Oleh itu, setelah menjalankan perniagaan sendiri ini saya menyimpan cita-cita untuk meneruskan aktiviti yang sangat saya gemari ini.

Untuk sukuan yang pertama (1st quarter), saya berhasrat untuk bercuti ke Singapura. Sebab utama ialah, saya belum berkesempatan untuk bercuti di sana. Kalau setakat melintas tambak kedua dan terus ke airport Singapura pernahlah. Tetapi mengunjungi tempat2 perlancongan di
sana memang saya belum berkesempatan lagi. Saya merancang percutian ini akan berlaku dalam bulan April , mungkin selepas seminar South East Asia Supervisor School yang dianjurkan oleh Herbalife di Kuala Lumpur. Lagipun, apabila mencecah ke bulan April bererti kandungan saya telah berusia lebih kurang 7 bulan, oleh itu bercuti ke tempat2 yang hanya boleh dikunjungi dengan menaiki kapal terbang adalah mustahil. Dan percutian ini mestilah mengambil masa paling kurang 1 minggu.

Walau bagaimanapun, percutian ini akan menjadi hambar jika saya tidak mencapai apa2 kejayaan dalam karier saya bersama Herbalife. Oleh itu saya berhasrat pada sukuan pertama ini saya haruslah telah menjadi World Team dan dapat mencapai target 12,500V.P!

+*+*~My 2009 2nd Quarter Wish List~*+*+



Gambar ini telah di Google

Yang pasti dalam sukuan kedua saya menantikan kehadiran orang baru dalam hidup saya. Oleh itu saya akan bercuti selama sebulan untuk menghabiskan masa bersama-sama dengannya. Dan lebih menggembirakan lagi kalau kehadiran orang baru ini diserikan lagi dengan kejayaan saya menjadi Active World Team dengan kelayakan Get Team bulan pertama di mana saya perlu mempunyai sekurang-kurangnya 1000 R.P (Royalti points) yang bersamaan dengan 20,000 V.P!

+*+*~My 2009 3rd Quarter Wish List~*+*+


Gambar ini telah di Google

Setelah bercuti selama sebulan, saya akan all out selama 2 bulan dan pada sukuan ketiga saya mahu menghabiskan masa dengan keluarga baru saya di Langkawi. Saya memilih untuk menghabiskan masa selama seminggu di Awana Portomalai bersama suami dan anak saya kerana selepas majlis perkahwinan saya 2 tahun lepas kami merancang untuk berbulan madu di Awana Portomalai. Tetapi disebabkan kesuntukan masa dan keadaan kewangan yang kurang stabil saya terpaksa membatalkan niat saya untuk ke sana. Tapi kali ini saya akan pastikan impian saya ini akan tercapai.


Dan lebih meriah lagi jika saya berjaya menjadi GET Team dalam bulan ini berserta dengan kelayakan Millionaire Team untuk bulan yang pertama dengan sekurang-kurangnya 2,000 R.P yang bersamaan dengan 30,000 V.P!

+*+*~My 2009 4th Quarter Wish List~*+*+


Gambar ini telah di Google

Setelah pulang bercuti, saya pasti akan menjadi lebih segar (fresh) dan akan bekerja lebih kuat lagi. Jadi sebagai ganjarannya, saya akan membawa keluarga saya bercuti dan melancong di Cordoba, Spain pada penghujung tahun ini. Dan yang pasti percutian saya kali ini akan menjadi sangat bermakna kerana saya telah berjaya menjadi Millionaire Team! Dan saya akan manfaatkan percutian ini dengan menghabiskan masa dengan suami dan anak saya dan memulakan perancangan untuk tahun 2010. Semoga tahun 2010 nanti akan lebih bererti buat diri saya dan keluarga saya kerana saya akan pastikan pula kami berjaya menjadi President's Team dalam tahun tersebut!


************************************************************

Setelah melakarkan 4 quadrant impian saya untuk tahun ini rasanya lebih jelas untuk apa yang saya kerjakan. Oleh itu telah sampai masanya untuk meletakkan action ke dalam impian saya dan memberi sepenuh komitmen terhadap apa yang ingin saya perolehi ini. Insya Allah tahun 2009 ini akan membawa perubahan yang amat besar kepada saya sekeluarga.

January 09, 2009

+*+*~The 1st Shake Party~*+*+

Malam Rabu tempoh hari, emak saya telah mengadakan Herbalife shakes party yang pertama di rumah beliau. I really had a great time that night. Dengan kehadiran kawan2 lama, Paul & geng, Jeffrey & Connie and my most special guest, Kak Nurni and family.

Jeffrey sedang membuat presentation dan saya menjadi penterjemah tidak bertauliah ;P




Antara tetamu yang hadir


Secara keseluruhan, malam itu telah diadakan presentation tentang syarikat Herbalife, produk2nya, marketing plan dan yang sewaktu dengannya. Selain itu, Connie dengan baik hatinya telah membantu emak saya di dapur dengan menyediakan beberapa Shakes pelbagai perisa dan jamuan makan. I'm sure everybody had really great time!

Walau bagaimanapun, dalam 2-3 hari yang lepas suami saya telah mengalami demam yang agak pelik. Waktu malam suhu badan beliau akan meningkat tapi kemudian menurun, kemudian meningkat dan menurun - satu keadaan di mana suhu badan sangat tidak stabil. Pagi semalam bila saya mengejut beliau daripada tidur saya dapati bintik2 merah mula memenuhi badannya! Sungguh risau saya dibuatnya. Pagi itu juga beliau telah bergegas ke Klinik kerajaan untuk memastikan apakah jenis penyakit yang menjangkiti beliau. Apa yang saya risaukan sangat bimbang kalau beliau dijangkiti DENGGI!! Tetapi apabila pulang daripada klinik beliau memaklumkan kepada saya yang platlet beliau adalah sebanyak 200++ yang bermakna itu adalah sangat bagus!

Jadi malam semalam, sebelum shakes party dimulakan saya bersembang2 dengan Jeffrey dan Connie dan mereka bertanya bagaimana keadaan suami saya. Suami saya memberitahu mereka kemungkinan beliau dijangkiti denggi. Jeffrey lalu bertanya, jika dijangkiti denggi apakah ubat yang biasanya pihak hospital akan berikan. Saya menerangkan kepada beliau bahawa denggi tiada ubat. Normal practice penghidap akan diminta minum 100+ sebanyak2nya untuk menggantikan kandungan hemoglobin yang hilang. Lalu Jeffrey telah meng-offer produk ini kepada kami.



Herbalife H3O Fitness Drink

Menurut apa yang diterangkan dalam website Herbalife, produk ini adalah untuk mengekalkan tenaga dan antioxidan. Antara kebaikannya ialah menghilangkan dahaga dan mengelakkan dehidrasi, memberi tenaga dan tidak mengandungi kafein.

Sayangnya produk ini hanya boleh didapati di USA sahaja, dan saya sangat beruntung kerana coach saya berasal dari sana jadi kami berpeluang untuk explore produk2 Herbalife yang tidak dipasarkan di Malaysia. Rasa H3O ini saaaaangatlah sedap, dan kandungan gulanya sangat rendah berbanding minuman isotonik yang biasanya didapati di Malaysia. Selepas menggunakan produk ini selama 2-3 kali, demam suami saya pulih, bintik2 merah pada badannya hilang dan suami saya telah kembali bertenaga seperi biasa! Terima kasih Herbalife!

Bulan April ini kemungkinan Jeffrey akan pulang ke States untuk melawat ibu beliau, jadi bolehlah saya mengirim beberapa F1 yang tidak dipasarkan di Malaysia seperti F1-cookie 'n cream dan yang terbaru F1-caffe latte.

December 22, 2008

+*+*~Moreo Attack~*+*+

Teruk betul saya pagi ni. Bangun pagi je terus pasang lappy dan terus blog hop. Apa yang saya dapat? Saya singgah kat blog Green Apple, dan terbaca tentang Moreo Attack! Ye, saya sangat setuju dengan Green Apple, cerita ni memang legend! Tak salah saya cerita ni masa zaman saya darjah 4 dulu, dan yang paling tak best sekali saya dah mula terlibat dengan pasukan holi sekolah. Kalau tak salah saya cerita ni tayangan dia bermula jam 4.00~4.30pm dan latihan hoki saya bermula lebi kurang waktu tu. Dan itu yang membuatkan saya kurang semangat nak pegi latihan hoki.



Masa demam Moreo Attack ni memang semua budak nak jadi pemain bola tampar. Saya ingat lagi ada seorang junior saya, balik mengaji terus singgah kat padang, pegi kat court badminton main bola tampar ramai-ramai. Junior saya tu perempuan, jadi, kalau main bola tampar pakai baju kurung kan ke tak semenggah namanya. Tau apa dia buat? Dia lipat kain baju kurung dia, masukkan dalam "spender", jadi adalah rupa macam Moreo Attack sikit. Hahaha...macam2 lah zaman budak2 dulu.

Masa yang sama, adik saya ada bola KFC. Bola tu bola tiup tu je, tapi ada satu bahagian kat bawah dia boleh diisi dengan air, jadi bola tu agak berat juga dan sedap untuk dipukul. Bayangkan, punyalah saya berangan nak jadi Chun dalam cerita tu, habis sampai bocor bola adik saya tu saya kerjakan. Hari2 pukul bola kat dinding, serupa macam Chun buat masa dia tengah berlatih.

Tapi, apa yang paling buat saya teruja ialah aksi2 dia. Summersault berpusinglah, apa tu...pukulan berkembar? Banyak lagilah. Kalaulah betul diorang boleh buat aksi macam tu, konpim Jepun asyik menang je dalam pertandingan bola tampar.

October 24, 2008

+*+*~80's Trilogy~*+*+

Pagi tadi Hot.FM telah mengutarakan 80's trilogy di mana dj2 telah menukar nama mereka kepada Farah Sameon & Faizal Abdillah. My comment is...syiokk!! Best gile...terkenang zaman dolu2...

Yeah...frankly & terang-terangan I am 80's baby. Kalu sape yang pernah dapat email pasal fakta2 80's baby, memang semuanya betul. Paling tak boleh lupa pasal bab Thundercats, Voltron, Transformers,etc.etc. Tu semua memang kartun yang tak boleh tinggal lah masa zaman tu.

Pagi tadi Hot.FM mainkan lagu2 nostalgia 80an, termasuk lagu Kak Melah - kau kunci cintaku dalam hatimu, lagu Francisca Peter - Sekadar Di Pinggiran, Lefthanded - Tiada Lagi Kidungmu and banyak lagilah. Almost semua lagu tu aku boleh nyanyikan sama2, siap hafal lirik semua. Cuba kalau cerita lagu zaman skang ni, harus aku tak tau sepatah haram lagu2 yang ada. Pastu masa zaman 80-an ni memang banyak sangat lagu2 rock and that's the reason why sampai skang ni jiwa aku tetap dengan lagu "Rock uu" +*+*~macam Q-haidar sebut dalam citer ROCK~*+*+ Dulu masa zaman2 kenal lagu rock ni, siap buat audition kat rumah dengan pakcik aku, konon2 nak ganti Nash as vocalist Lefthanded or Amy as vocalist Search. Gila aaa.. Pastu, tadi dia ada mainkan lagu Gersang - Masih Aku Terasa which is aku suka jugak sebab masa mula2 kenal kumpulan Gersang dulu aku telah memilih Man Bai dan Kid sebagai jejaka pujaan sebab Jojet & Acis tak hensem. Haha...gila keji! Pastu bila abang2 aku tak gi sekolah, mulalah pasang lagu2 Lefthanded lah, Search lah, Wings lah, Rusty Blade lah, BPR lah..then buat video clip...haha..gilo!! Tapi, betapa indahnya memori zaman2 tu.

Abang aku lagi teruk. Pengaruh Rock punya pasal, siap alter segala jenis seluar jeans dia jadi ketat macam sarung nangka. Pakcik aku, siap beli seluar jeans ketat yang macam tight jeans tu sampai kena tegur dengan arwah atuk aku "Din, nko ni pakai seluar ke pakai sarung nangka". But who cares, tulah fesyen zaman tu.

Masa Juara Lagu 1988, hari tulah adik bongsu aku dilahirkan +*+*~and I wont forget this tragedy~*+*+ Sebab ayah aku kecoh2 nak menyambut anak baru dia lahir, dia telah mengangkut kami adik-beradik ke hospital, padahal kitorang dah beria nak duduk rumah sebab nak tengok juara lagu. Sebab utama, nak tengok Kak Melah nyanyi..haha..keji!! At the end of the day, pakcik aku kata takpe, nanti dia recordkan kat VHS player +*+*~masih wujudkah player itu di zaman ini?~*+*+ Pas tu ayah aku pun siap bagi tape lagi kat dia. Bila dah balik rumah boleh tak bila kitorang play kan tape tu tetiba keluar cerita pasal Sg.Rajang yang Ahmad Tarmimi Saregar belakon tu. Chissttt!! Di manakah dia Kak Melah?? Rupanya pakcik aku salah setting, VHS player tu set channel lain, dia pegi tengok kat TV cerita lain. And memang sampai sekarang aku tak boleh lupa peristiwa tu sebab frust tak dapat tengok Kak Melah nyanyi dengan baju yang ada lip-lap-lip-lap gambar hati ada kunci kat dada..hihi...

Yeah... banyak gila kenangan waktu zaman membesar tahun 80an ni, and tak sangka ramai yang bernostalgi kaw-kaw tentang apa yang disiarkan tahun 80an ni. Nantilah kalu ada masa aku snapla gamba2 zaman tengah membesar dalam zaman Rock uu tu.

October 22, 2008

+*+*~Cari Duit Melalui Blog? Part 2~*+*+

Haha...katakanlah apa yang kamu mahu katakan... Aku memang tengah mood TAMAK skarang ni!! Muahahaha!!! +*+*~evil sungguh bunyi gelaknya~*+*+

Semalam setelah terjumpa dengan +*+*~pro-affiliate~*+*+ application, tetiba aku terpikir kan. Daripada aku dok sibuk tulis blog tapi tak memberi apa2 faedah pun kat aku, baik aku letak something yang boleh bagi manfaat kat aku +*+*~so that my husband pun taklah bising sebab keje aku separuh hari asyik dok update blog je..hihi..~*+*+. Jadi dengan jayanya aku telah menginstall widget +*+*~advertlets~*+*+ dan juga +*+*~nuffnang~*+*+ yang selama ini telah kuabaikan kehadirannya...sheishhh... Dan melalui 1 blog cari duit juga +*+*~aku lupa link dia, nanti aku letak kat sini~*+*+ aku telah belajar sikit2 taktik macam mana diorang mencari duit tanpa perlu keluarkan modal, tapi perlukan MASA sahaja. Caranya, cuba buat satu e-book tentang apa saja, publish kat web dan guna affiliate system. Dah ramai orang buat business ni and kalau siapa yang pandai dan kreatif PASTI akan mendapat pulangan yang lumayan. Macam Jutawan Internet Irfan Khairi tu...dia pun start dengan business macam ni juga...and kat oversea yang teknologi internetnya dah tak boleh disangkal lagi..benda macam ni memang dah bersepah2 dah. Jadi, kosekuennya, aku juga akan belajar untuk buat satu e-book yang boleh bagi manfaat kat masyarakat...and am still learning on it.

However, sebelum projek jutaan ini dapat diteruskan, aku kena settlekan +*+*~Arvore Cold Case~*+*+ punya base dulu. Target aku by next year dah boleh jalan fluently, sistem pun start smoothing sebab aku ada 6 months je untuk train staff sebelum aku berlibur panjang...hehe.. :P Bila Cold Case punya progress dah nampak kemajuannya, baru boleh buat internet marketing ni yang PASTINYA tak terbatas market segmentnya. Also, barulah projek e-book aku boleh berjalan.

Skang ni aku tengah build up 1 blog kat wordpress, tapi blog ni more ilmiah lah, takde la mengarut bagai macam kat sini kan, focusing on +*+*~Foods Of Joy~*+*+. Nak tau apa dia, nanti bila dah siap sikit aku reveal kat sini ok. So...tungguuuuu.

So now, have to back off. Banyak keje tak siap lagi ni. Will update more later.

+*+*~Happy Working~*+*+

October 07, 2008

+*+*~Penawar Luka~*+*+

Tadi lepas makan kat Kopitiam kat bawah ofis ni, terus aku gi singgah kat +*+*~Mr.DIY~*+*+ kat sebelah kopitiam tu. Hajat asal nak survey harga railing sebab my husband dah berbunyi ajak pegi tengok langsir petang ni. Kami taklah bercadang nak pasang railing yang fancy2 tu, pasang railing aluminum biasa tu pun takpe. Yang penting rumah kami berlangsir.
Survey punya survey, tetiba aku terbeli benda ni for myself.


Hehe...suka! Sebab mousepad ni kiut!! Pas tu ada wrist holder lagi. Harga pun taklah mahal sangat, RM6.50 sahaja. Lepas ni aku dah boleh pakai mouse pad yang selesa. Taklah macam sebelum ni, mouse pad aku boleh jadi apa saja - kertas a4, envelope, buku, yellow pages - u name it. Sungguh tak berdisiplin!

Instead of that, aku juga membeli benda2 ini.



Ini dinamakan fridge magnet. Aku suka kumpul benda2 ni. Skang ni nak start baliklah mengumpul ini FM. Yang ni aku beli bentuk bag. Aritu ada juga jumpa kat blog orang FM bentuk cokelat - hersheys la, snickers la - will find it later, bila ada masa. Ari tu masa pegi kat the Curve ada aku beli FM bentuk Woody & Buzz (from Toy Story), tapi yang tu aku letak kat fridge mak aku. Nanti nak cari lagilah sebab surely FM ni akan menjadikan fridge kami lebih cantik & comel sekali.

Ye, ini dinamakan penawar luka. Maklumlah, hajat nak beli langsir tak tercapai2 sampai la ni. Nanti kita cari penawar2 luka yang lainlah.

Tata...

August 18, 2008

+*+*~MAHA day 7 - meletup!!!~*+*+

Hari ni sales memang betul2 meletup. Pagi2 lagi aku dah dapat SMS daripada Kelantan bertanya tentang this magical seasoning sauce. Pelik gak aku, macam mana phone number aku boleh terlepas sampai ke sana?

Buka gerai dalam kul 11, sebab terlambat sikit & jalan masuk nak ke parking dah jem. Dah buka gerai & prepare apa yang patut, tetiba ada kawan my mother datang bagi tau muka aku masuk surat khabar!! Punyalah excited nak tau surat khabar mana, terus call one of my collegue suruh gi tengok. Rupanya, masuk kat UTUSAN, bahagian dalam negeri +*+*~sori, tak dapat upload gambar dia, scanner rosak & camera kawan my husband pinjam~*+*+. Tapi, memang salutla sama itu brother UTUSAN, memang dia tak tipu punyalah.

Alhamdulillah, skang aku dah start dapat call daripada seluruh Malaysia. Insya Allah, lepas MAHA ni memang aku kena round satu Malaysia sebab nak start cari agen untuk pasarkan produk ni.

Wish me luck kay. Aku nak rest kejap, hari ni penat sangat... :)

+*+*~edited~*+*+

nilah gambar dalam newspaper tu, courtesy of my friend Ridza. Thank you very much friend! Nanti aku dah bukak steak house I'll make sure kau orang pertama aku jemput.

July 28, 2008

+*+*~Off the Weekend & Drive Test~*+*+

Last Saturday went to my brother's house in Serdang sebab jiran sebelah rumah dia ada kenduri kawin. Actually they used to be our neighbour and orang yang kenduri haritu ialah kawan gaduh saya masa kecik2 dulu. Haha..macam tak sangka je kan..rasa macam baru semalam berlari-lari dengan dia sambil main rounders. Dulu masa kecik memang aku lasak gila, maklumla aku ni kan takde akak, so dah namanya membesar dengan abang2, so apa aje "permainan" abang2 aku, tu jugaklah permainan aku. Daripada sukan bermusim (i.e badminton, rounders, bola sepak, lumba basikal, etc.) sampailah ke sukan rekaan sendiri (cari gula dlm tepung, main kapal kat longkang, tangkap ikan dlm longkang, main bunga api buatan sendiri +*+*~mcm interesting, will blog it later~*+*+), so u name it lah. Port utama kat laman surau depan rumah kitorang kat Serdang ni. Nantilah, I'll surely blog about this later.

So, sementara tunggu pengantin sampai, lepak2 kat laman rumah abang aku (well, dah kata jiran sebelah yg kenduri, haruslah laman rumah abang aku ni jadi port lepak) sambil melayan these 2 bunnies. Tengoklah muka si Mamud tu senyum, bukan main macam playboy lagi..muahahaha.. (Nama sebenar dia Mohd Faris Azimi, tapi disebabkan cik bunny Ain, jadilah nama panggilan dia AHMAD MAMUD)

After that aku pun bergegas dengan my mother to Chow Kit Road sebab aku nak beli cheese kat sana. Setelah aku puas merayau and compare segala harga cheese kat sekitar kawasan rumah mak aku, finally I found that kat satu kedai frozen kat Lorong Raja Bot jual cheese dengan harga yg murah gila, brand Cowhead, 24 pcs aku beli dgn harga RM 12.90 sahaja padahal masa survey haritu kat Giant harga dia RM15.99. Lepas tu, masuk jap kat pasar Chow Kit tu, beli buah oren, pomegranate (delima) & longan. Today aku plan nak masak ayam steam & buat pomagranate & orange salad, so wait for the recipe to be published in develish's kitchen. Tapi one thing jelah kan, actually rarely lah aku pegi Pasar Chow Kit ni. Dulu2 rajinlah sebab aku suka beli ikan kat situ. Kalau pegi pun, beli ikan, pastu balik terus. Kali ni aku pegi siap tawaf kat Jalan Chow Kit, Lorong Raja Bot, Jalan Raja Hussin and kawasan sekitarnya. Masa dok syok menawaf tu boleh tak tetiba aku rasa macam aku berada di Jogjakarta...huaaaa!!


Pagi tadi, awal pagi aku dah keluar pegi ke HQ MPSJ. Sebabnya nak ambik borang application untuk project bulan 9 ni. Pas tu ingat nak terus ke KKB sebab nak collect bread crumb yang dah diorder minggu lepas. Unluckily they cannot make it today, so kena pegi esok aja lah. Wahhh..esok banyak betul keje nak kena buat.

1. Nak hantar staff pegi food handling training & TY-2 injection.

2. Pegi KKB collect bread crumb.

3. Pegi Shah Alam jumpa En Syed & discuss for packaging.

4. Nak pegi saloon for hair treatment.

Kalaulah badan aku ni boleh kerat2...mesti tak tercungap2 nak buat keje kan...

So, memandangkan appointment hari ni banyak yang kena kensel, my husband pun ajak pegi Great Eastern Mall kat Jln Ampang sebab dia nak pegi ambik weight measurement kat sana. So, sampai pun dah pukul 11++ so kitorang pun terus early lunch kat Cozy House.

I had Penang Style Char Kuey Teow and Ice Jasmine Tea while my husband had Fried Yee Mee with Prawn & Vanilla blended with coffee jelly. Aku malas nak review pasal taste makanan ni kat sini sebab now adays aku buat review nie semua kat foodbuzz je. So, kalau nak baca review tentang makanan2 ni, just pegi kat food buzz tu & search for aimi mukhlis.

Lepas makan terus balik and sampailah kat the most interesting part for today. Kalu tengok my husband's wish list kat sebelah tu, nampak tak dia nak BMW E60 in alpine white? So, today kitorang pegi survey dulu E60 yang mana yang dia nak. So, En.Alfian (Sale Advisor kat Sapura) siap bagi kitorang test drive lagi E60 ni. Memang marvellous and sangat comfort! Tak sabar nak tunggu end of the year sebab penantian kami akan terjawab..jeng,jeng,jeng...


Tak dapat nak gambarkan betapa bestnya this driving machine. Memang initial price nampak macam dasyat sangat, tapi kalau calculate balik, lagi baik beli kereta ni daripada kereta2 lain yang mengarut2 tu. Dan yang paling penting this machine is business tool yang sangat2 berguna. Will explain it later.

Wah, panjang betul cerita aku hari ni. Oklah, nak pegi kedai henpon kat bawah tu, nak pegi tengok henpon yang aku order tu dah sampai lum..kui,kui,kui.

July 17, 2008

+*+*~Release The Tense~*+*+

Hari ni record. Kul 4.30 pm baru masuk opis. Sah berlarutan sampai ke malam.


Pagi tadi, kul 9.30am klua terus pegi Shah Alam ke +*+*~Emstech Engineering~*+*+ settlekan projek dgn En.Syed. Pastu lepak2, sembang2, anyam2 ketupat pasal company lama, termasuk lak kisah DEBAT haritu. Akibat daripada DEBAT tu, DSAI dah kena tangkap, siap hantar komando tu tangkap dia...kasihannn.. Tulah, tak sabar menyabar, baru release tak sempat-menyempat nak reveal diri. And akibat daripada itu juga, semua jalan masuk ke KL kena road block. Tak sewkerrr...sebab ini semua mengundang jem!


Sebab nak mengelak daripada road block ni, kami ikut Subang untuk ke ofis. Nak jadi cerita, my husband boleh lak tetinggal kunci opis dia kat opis, so kenalah tunggu assitant dia sampai ofis. Sementara nak menunggu tu, terpaksalah kitorang melencong ke Sunway Pyramid..yeay!!


Sampai je Sunway, kami terus ke tingkat atas sekali. Tujuan utama sebab nak tengok movie. Ye..dah lama gila since last time I watched the movie. Tak sempat sehhh.. So, my husband suh aku pilih apa citer aku nak tengok. I chosed this....


Yeah...we watched Hellboy 2. Sebelum masuk wayang tu sempat la membuang masa and duit kat tempat game dekat dengan TGV. Mula-mula my husband main game Street Fighter (ye..dia adalah hantu game, tak macam aku), pastu dah boring dia ajak aku main game Mario Cart. Walaupun game tu tak mencabar & hanya seswai utk budak2 tadika, tapi sangatlah refreshing. 2 round jugaklah kitorang belasah main game tu. Haha..lawak gila, sambil racing kete boleh lak belasah orang la, bom orang la...so comel! Also, dia akan tangkap gambar kita dengan costume character yang kita pilih. I chosed mushroom boy, so bayangkanlah..amik gambar dengan topi mushroom kat atas kepala...muahahaha..comey kan?? Ngeh..ngeh..

Pastu, back to Hellboy II : The Golden Army. Citer dia memang fantastic. Paling aku suka bila bini si Hellboy - Liz Shermen mengamuk dengan dia boleh tak dia bom kan si Hellboy tu tapi sebab Hellboy ni sayang kat bini dia sikit pun dia tak kesah. Ye..aku suka part tu sebab boleh jadi bahan kalau aku nak mengamuk dengan husband aku nanti..hihihi...

So far, apa yang aku leh komen pasal citer ni, memang best, fantastic, superb! Rugi kalau tak tengok, oleh itu pegilah ramai-ramai ke cinema yang berdekatan SEGERA!

Enough for update today. Nak concerntrate tengok citer EZORA ni...ye I'm a drama freak.

Next time ok....

July 05, 2008

+*+*~flickr~*+*+

Aku rajin amat kan ari ni?? Awal pagi dah terpacak kat opis, padahal malam tadi bukan boleh tido pun. Let us blame my new addiction +*+*~flickr~*+*+.



Previously, aku dah penah register account dengan +*+*~fotopages~*+*+, tapi masa tu less addiction dengan gambar2 ni. Yelah, masa tu I have no idea how I can edit the pictures to be more artistic as I wish on my own. Tapi skang ni dah start explore-mengexplore itu +*+*~photoscape~*+*+, so for me photography became more exciting and am really addicted to it.

Semalam dah minta kat my mother CD yg my sister dah burn. That CD contain our photos during our holiday in Indonesia last year and saya akan edit itu gambar semua. Pas tu, more to go with my wedding picture. So, nanti checkla kat my flicker page ye. +*+*~Boleh click kat gambar arnab kat sebelah~*+*+

Ok, nak continue dengan photo editing & having my nice hazelnut coffee. Later...

July 04, 2008

+*+*~Happy Friday!!~*+*+

Hari ni seharian aku tak masuk opis. Just pegi around office area je sebab my husband ada urusan kat bank. Lepas tu..kami pusing,punya pusing, punya pusing...boleh tak ofis aku tu kat tempat yg sgt congested, sampai parking pun takde. Baru2 ni DBKL dah letak mesin bayar parking tu area situ and berkuatkuasa parking kena bayar sampai kul 10 pm!! Which is..what the hell?? Minyak naik, DBKL pun giat nak cari makan...+*+*~haihhh..~*+*+

So, sebab kitorg nearly habiskan minyak sebab pusing cari parking, last2 my husband kata +*+*~takpelah, kita pegi MINES je~*+*+.Yippie!! Ingatkan another shopping session, rupanya...aku terlupa pasal FOODEX exhibition. So, kesanalah kami menuju.


Exhibition ni overall tentang food processing & packaging. Taklah besar sangat exhibition dia, few booths and mostly showing about food processing & packaging process. Aku ingat nak cari packaging manufacturer, rupanya that industry tak masuk pulak. So, kami just tengok2 machine, asking the rough cost so that bolehlah masuk dalam costing nanti. +*+*~We plan to start the frozen foods manufacturing by end of this year, remember?~*+*+

Dah abis pusing2 kat sana, and sementara menunggu his assitant fetch him around that area, kami pun bergerak ke +*+*~The South City Plaza~*+*+. Building ni dekat je dengan +*+*~The Mines~*+*+, macam seberang jalan je, or should I say seberang highway..hehe.. Actually, aku nak pegi makan kat +*+*~Ayamas~*+*+ as I'm really craving for the nasi ayam. Tapi, bila sampai je kat sana, punyalah terperanjat aku dibuatnya..no more +*+*~Ayamas~*+*+ outlet..and banyak sangat kedai2 yg dah tutup. Teruk gile keadaan tempat tu. Dulu, macam ok sikitlah..boleh tahan meriah nya. Dulu, ada +*+*~Parkson Grand~*+*+ kat situ..lebih memeranjatkan..+*+*~Parkson Grand~*+*+ pun tutup!! Tapi sebab dah masuk and dah amik ticket parking pun, kitorang masuk jelah lat situ and having late lunch at +*+*~Marrybrown~*+*+ Yang ni pun satu hal, dulu kalu pegi +*+*~Marrybrown~*+*+ aku SUKA makan chicken porridge dia, tapi bila aku order yg kali ni, sungguhlah mengecewakan sebab ayam dia dahlah carik halus2, pastu sikit sangat dia letak. Nak harap ikan bilis & bawang goreng je yg banyak..sungguh MENYESAL ok!! My husband order Tower burger, which is burger dua lapis, lapisan atas dia letak chicken fillet and belah bawah chicken burger. Menu yg ni kira ok sikitlah. And ice lemon tea for him & strawberry for me. +*+*~AMPUN!! Aku baned (ye ke eja macam tu?) SCP!! Dah macam bangunan tinggal rupa dia..~*+*+

Then his phone rung, assistant dia sampai, kiss him goodbye and I made my way home. Sampai rumah, aku pegi PENGSAN dulu. Tak tau apesal, aku rasa macam peeeeenattt sangat!!
Bangun tido, mandi2 then turun bawah and this 2 bunnies are waiting. My eldest brother is staying at our house for a while as my SIL is warded at Putrajaya Hospital atas sebab..atas sebab...ntah aku pun tak berapa pasti. Ini 2 orang budak ekk..memang SUPER NAKAL, tak macam Ain & Nani. Maybe sebab diorang ni sepasang, yang another pair tu dua-dua pompuan. Tapi, sape nakal kita SEBAT je..tu lah ubat dia..+*+*~Ye...kami memang KEJAM!! Muahahaha!!~*+*+
Hari ni hilang sikit kesengalan aku sebab aku dah berjaya call En. Ame. Rupanya dia still kat Perak, no wonder aku call banyak kali asyik tak dapat je. Dah arrange appoinment on next Tuesday, so, kena concerntrate kat keje baliklah. This is the chance for us to expand our frozen foods manufacturing! Tapi, sampai hari ni aku tak habis lagi dengan cerita Financial Planning tu..cerita pasal duit la deyy..mana boleh main-main.
Ok..ini je update hari ni. Sekali gus ye daripada pagi sampai malam. So, sila baca sampai lebam +*+*~miahahaha!!!~*+*+

July 03, 2008

+*+*~Ke Mr DIY~*+*+

Aku baru je masuk opis balik. Tadi pegi ke Mr DIY jap. Kedai ni dekat je dengan opis aku, sebelah +*+*~Hailam Kopitiam~*+*+ tu. Actually, kedai ni kedai hardware, tapi lately banyak betul dia jual benda2 kiut n harga dia pun murah-murah belaka. +*+*~Gila! Keje tak buat, dari tadi asyik update blog, buat photoscape, jalan2..apa nak jadi la..haihhh..~*+*+

Actually, aku pegi sana sebab nak beli loofah baru for us. Tapi, bak kata my friend Hanna, selalu je kitorang terpedaya bila masuk kat kedai ni. Kan aku dah kata tadi, lately banyak benda2 yang comey2, kiut2 & murah2 yg diorang jual kat situ.

Masuk je, aku ternampak word games for children tu. Teringat pulak aku tak bagi apa-apa kat +*+*~cik Ain Nabila~*+*+ masa birthday dia ari tu. So, aku angkat dua set word games tu, kena beli extra sebab hadiah + interest +*+*~chaitt!!mcm hutang ceti lak..~*+*+ Harga word games tu +*+*~RM7.90 & RM10.90~*+*+ sahaja. Pas tu, round2 la sekitar kedai, saja nak cuci mata. Amik la loofah tu, harga dia +*+*~RM1.50~*+*+ each. Rupa loofah tu mcm +*+*~CHUZZLE~*+*+, cuma dia tak de mata je. Pink colour for me, blue color for my husband. Saje aku try beli jenis yang macam ni, nak tengok berapa lama dia boleh tahan.

Pastu, pusing2 lagi, terjumpa patung rabbit 2 ekor tu. Memang aku cadang nak beli benda2 gantung ni, nak letak kat my new handbag, tetiba terjumpa rabbit comey ni. Harga dia +*+*~RM6.50~*+*+ sepasang. And tetiba terjumpa benda ni.

Hari tu ternampak benda ni kat blog +*+*~Julia Honey Shake~*+*+. Hehe..memang kiut! Dia tulis +*+*~Dongkin Donuts~*+*+. Tape dispenser dia pun gambar donut. +*+*~Julia~*+*+ beli harga dia +*+*~RM2~*+*, tapi aku dapat kat sini harga dia +*+*~RM2.50~*+*+. Kenaikan harga sebab minyak naik kott..haihh..+*+*~sob!sob!~*+*+
Ada satu lagi benda yg aku nak beli kat situ. +*+*~Giant Calculator~*+*+. Kat kedai ni harga dia murah +*+*~RM14.90~*+*+. Dulu aku penah jumpa kat kedai dalam +*+*~MV~*+*+, tapi harga dia mahal sangat...dekat +*+*~RM50~*+*+ tak salah aku. Nantilah..apa kata kita pow sang husband +*+*~hihi~*+*+
Dan lagi satu, aku dah gila sangat nak edit gambar guna +*+*~photoscape~*+*+ tu. Ni yang semangat nak amik gambar banyak2 ni... +*+*~ngeh!ngeh!~*+*+

July 02, 2008

+*+*~The Makan-Makan Story~*+*+

Kan aku dah janji nak update tentang +*+*~Fig & Olive~*+*+ restaurant kan? Kira aku bagi combo la ni. Bila aku belek-belek balik dalam memory card tu, rupa-rupanya ada banyak gambar makanan yang aku dah ambik, tapi satu pun aku tak pernah blog kan.

William



Yang ni aku banyak terbaca kat blog +*+*~lily.lulu~*+*+. Selalu sangat dia citer pasal William ni. So, aku pun pujuklah sang husband supaya bawak aku gi makan kat sana. So, satu hari tu, kebetulan sang husband takde apa-apa hal malam tu, kami pun bergegas la ke sana.


Sampai je kat William, sungguhla kitorang tak sangka! Kedai dia cuma gerai-gerai tepi jalan je, mcm gerai2 nasi lemak Kg.Baru. Tapi, customer dia punyalah ramai! Sampai je Uncle William pun datang nak amik order and we have no idea what to eat. My husband pun tanyalah +*+*~Ada apa special hari ni?~*+*+ Uncle William pun suggestla menu2 special dia +*+*~Roasted Lamb,bla,bla,bla,Rattatouille~*+*+

What?? Rattatouille? Adakah kami bermimpi??

Tapi, tak berani la pulak nak eksperimen menu tu. So, kitorang pun orderlah +*+*~Mushroom Soup with Garlic Bread~*+*+ as starter, main course +*+*~roasted lamb~*+*+ & +*+*~fettuccini carbonara~*+*+ dan +*+*~sparkling peach~*+*+ & +*+*~asam boi blended~*+*+ sebagai penghilang dahaga. Foods dia memang sedap, tapi portion dia memang besar-besar. Terkial-kial jugaklah kitorang nak habiskan menu yg kitorang order tu. Tapi, +*+*~sparkling peach~*+*+ dia memang SUPERB!! Nak try buat sendiri la kat rumah nanti.

Fig & Olive

Macam yg aku cerita hari tu, restoran ni letaknya kat Sunway Pyramid. Konsep restoran ni is Mediterranean & Middle East. Saje je la aku nak try foods kat sini sebab memang 1st time jumpa restoran ni.



Kali ni kitorg tak order starter sebab takut tak larat nak habiskan macam masa makan kat William hari tu. Kitorang straightly order main course sahaja +*+*~carbonara chicken~*+*+ & +*+*~grilled dowry with mushroom sauce~*+*+. Penghilang dahaga kami pilih +*+*~mango & banana smoothies~*+*+ & +*+*~lime juice~*+*+.

+*+*~carbonara chicken~*+*+ tu dihidangkan bersama pasta & potato salad. Ayam dia pulak dia letak mince tomato sauce. Sedap!! Perfecto!! Memang tak menyesal amik menu tu. +*+*~grilled dowry~*+*+ dia pulak, dia letak mushroom sauce, garden salad & boleh pilih sama ada nak pasta or olive rice. Aku pilih nak olive rice sebab tak pernah rasa. Sedap jugak!! Olive rice dia ada rasa macam nasi briyani skit, dia masak dgn rempah (bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih) and of course minyak zaitun. And semua hidangan dia disertai dengan a lot of olives which is SO SEDAP!! And +*+*~olive~*+*+ ni baik untuk kesihatan yg tak salah aku boleh mengurangkan kolestrol dalam darah. +*+*~fig~*+*+ pulak dikenali jugak sebagai buah tiin. Dua-dua makanan ni disebut dalam Al-Quran, surah At-Tiin (95), so, mestilah makanan yag baik kan...

Smoothies dia pun sedap, tapi aku tak berapa suka. Lime juice dia biasala...pure & MASAM!

Hailam Kopitiam

Yang ni mesti semua org tak pernah dgr. Kopitiam ni letaknya dekat je dgn opis aku. Dah alang-alang aku review pasal makanan ni, mcm tak patut la pulak tinggalkan kopitiam ni sebab kat sinilah aku selalu menghilangkan kelaparan perut aku. Yang nie aku n husband gi makan petang tadi.

Kat sini pun kitorang tak order starter. Sebab dah biasa makan kat sini, so, menu dia kebanyakan kitorang dah familiar. Aku paling suka +*+*~mee hailam~*+*+ kat sini. Memang terangkat! Tapi tadi aku order +*+*~Nasi ayam hainan~*+*+ (kes teringin nak mkn nasi ayam kay AYAMAS) n husband aku order +*+*~chicken hor fun soup~*+*+. Also kitorang order +*+*~hot coffee~*+*+ & +*+*~jasmine honey tea~*+*+ sebagai penghilang dahaga.

Rasanya taste dia aku tak payah review kot sebab rasa dia so-so je. Kalu dah lapar tu kira sedap je lah kan.

+*+*~sori ye. kualiti gambar kurang memuaskan. aku amik gambar ni pakai kamera henpon saja, harap maklum~*+*+. Nantikan, lebih banyak review makanan aku akan buat lepas ni.

Susunan gambar tu lawa kan? Thanks to +*+*~PHOTOSCAPE~*+*+.



+*+*~Finally (^v^)~*+*+

Hari ni aku kena seret dengan husband ke ofis. Nearly 2 weeks aku tak masuk opis. Last week, sibuk dgn event kat Melaka, and week before kena prepare all the +*+*~chops-chops~*+*+ to bring there. Tapi, bila kena heret masuk opis,bukan aku wat keje pun, tadi main game kat +*+*~MEEZ~*+*+ pas tu update blog. +*+*~Haihhh..bila la nak insaf ni???~*+*+

Let us blame the PMS!! Dan aku tgh sakit perut sgt ni. Nak hilangkan sakit perut kenalah kita update blog +*+*~wink!wink!~*+*+

Actually, aku nak bagitau, finally aku dah jumpa balik pencil case aku yang hilang tu. +*+*~Yeay!!Clap!Clap!~*+*+ Rupanya aku tertinggal pencil case tu kat opis. Masa aku amik tadi dah terbuka, apa yang hilang aku tak sure lagi. Takpela, kalu ada yg berminat nak amik isi dia tu kita kira sedekah je la, yg penting memory card holder aku ada lagi.

So, next entry aku update pasal +*+*~Fig & Olive~*+*+ ye. Tu pun yang mana aku ingat lah. +*+*~I'm having memory lost syndrome, remember??~*+*+

+*+*~I'm Missing You~*+*+

Lately my husband ALWAYS come back home late at night. Kekadang sampai pagi baru balik. Sometimes I tried to understand, tapi bila dah SENGAL mula la aku buat spekulasi yg bukan2..+*+*~Jahatnya!!~*+*+

I just read +*+*~this entry~*+*+ dan buatkan aku terpikir +*+*~ye tak ye jugak ek? Nape kita kawin dgn org yg jauh berbeza dgn kita??~*+*+ Bukan la aku ni nak pertikaikan ketentuan Tuhan, tapi, saje, last entry for tonite and feel like I'm missing my husband so much! +*+*~sob!sob!~*+*+


Actually, kisahnya aku tak sempat pun nak bercintan-cintun dgn husband aku ni. We just met for about couple of months and straightly decided to tie the knots. Gilakah?? Atau adakah kami terlalu gelojoh?? +*+*~Ngeh,ngeh!~*+*+


Bukan aku tak pernah ada pakwe dulu. Adaaaaa. Husband aku pun ada makwe gak. Dia lagi gila, dekat 5 tahun bagi komitmen. Aku ni lain la citer, bercinta dgn org lain, tapi gi dating dgn org lain. +*+*~Gile bitch!~*+*+ Aku memang jenis yg sgt cepat bosan, especially bila ada sikit hal aku tak berkenan, mulalah aku cari jln mcm mana nak dump itu org. Ye, aku memang jahat!


Berbeza dgn my husband. Dia ni memang jenis setia habis. Gila! Dia citer dia penah naik moto sampai JB semata-mata nak jumpa awek kat UTM. Itu adalah keje gila!


Pastu, aku ni gila blogging. Kalau boleh semua benda aku nak blog kan. Tapi my husband tidak. Komputer ni macam nyawa dia. Bagi dia blogging ialah buang masa. Kalu nak keje dgn komputer biar keje yg mendatangkan duit!


Aku suka membaca. Every month aku boleh spend up to ratusan RM sebab nak beli buku. But my husband tidak begitu. +*+*~Apa susah2 nk beli. Kat internet kan banyak, download aje~*+*+ katanya.


Tapi tulah. Itu yg dinamakan JODOH kan. And I'm proud having him as my better half +*+*~eventho sometimes I feel like I'm living with a stranger. Tu semua symptom "short term memori lost"~*+*+ He always try to cheer me dan selalu cuba memahami aku walaupun aku ni sarcastic, panas baran, kuat mengamuk dan sebagainya.


+*+*~I love u so much my bubu!~*+*+





Hope that we'll be together forever! +*+*~Mood jiwang tgh mlm~*+*+

July 01, 2008

+*+*~Yeay!!~*+*+

Finally, aku berjaya jugak beli handbag kat +*+*~orange sorbet~*+*+ tadi. Disebabkan aku kena hantar husband pegi ofis ari ni, aku terus heret dia pegi JJ Cheras Selatan. Kebetulan dia pun nak beli new pair of shoes for himself, so dia pun agree masuk ke JJ tu.

Masuk je JJ aku pegang baju dulu. Mesti hangin je mamat tu kan...kata nak beli bag, tetiba pegang baju pulak..FICKLE rite ;P. Tapi dia dah bagi green light, kalu nak beli amikla...and as usual, aku takkan beli terus. Tengok, belek, telek dan segalanya...balik rumah dulu. Kalu rasa nak beli, esok boley pegi JJ lagi. +*+*~Tapi, rasa mcm nak pulak..lalala~*+*+

Dah telek2 sket kat tempat baju, straight aku heret dia pegi +*+*~orange sorbet~*+*+. Aku tunjuk handbag tu kat dia, ada 3 colour yg berbeza with same design and same price. Perkataan pertama yg kluar dpd mulut husband +*+*~"mcm lawak je"~*+*+. Chittt!! Ingat aku beli handbag tu sebab nak jadi badut ke?? But, lepas dia dah telek2, dia pilih yg ni..

Comel?Comel? Kalau tak comel pun ada aku kesah...yg penting aku suka and I'm very happy because today I'm the official owner of this cute bag..yeayyy!! +*+*Clap!Clap!~*+*+

So, skang ni aku dah ada suitable place to place this fiction.

Sesuai kan?? Kalu nk pegi lepak kat starbuck ke or any coffee outlet sambil tunggu husband habis meeting tak la malu sangat. Sebab saya dah ada fiction and bag yg comel. After this nak hunting for other wish list pulak.

Tadi masa husband sibuk cari shoes for him, aku pun ikut sibuk sama menerai kasut. Jumpa satu high heel yg super tinggi & sesuai dgn saya yg vogue nih. Suka!! Sebab heels tu selesa evetho tinggi. Aku tunjuk kat husband, terkejut jap dia sebab tak percaya wife dia leh pakai heels setinggi itu. But believe me, tunggu je bila aku dah kurus sket, konpim aku start semula pakai heels2 ni. Skang tak boleh, sebab overweight, nanti sakit kaki..+*+*~ngeh,ngeh~*+*+

Most probably tomorrow aku akan jumpa En.Ame, but half day I tried to ring him tapi tak dapat. Don't know what happen to him. Kalu esok baru dpt contact dia, nampak gaya Khamis baru dapat jumpa dia. Tak boleh! Tak boleh! Aku kena jumpa dia esok jugak sebab I need MONEY!

Ok, now back to work! +*+*~Clap!Clap!Tak habis lg sebab hepi sangat!~*+*+