THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

August 24, 2009

+*+*~Diary Ramadhan - Part I ~*+*+

Hoih...tiba-tiba ada mood nak update. Sungguh pelik. Bulan2 Ramadhan ni tiba2 membuak2 keinginan nak merepek kat sini.

Actually, I would like to announce, dengan jayanya saya telah berjaya meng-launch-kan blog liku2 ke puncak saya di President's Team 2011 blog. Actually this blog was created since last week, tapi baru berjaya launch hari ni. Basically, I will write down my 90 days plan and my DMOs in this blog, supaya boleh menjadi tatapan bakal2 partner saya dan sebagai bukti yang saya bekerja keras untuk menjadi President's Team pada September 2011 nanti.

Ok, skarang ni saya nak cerita pasal puasa saya hari ini. Actually, hari Sabtu saya berbuka puasa di rumah kakak ipar saya di Melaka and semalam (Ahad) saya berbuka puasa pula di rumah kakak ipar saya di Rembau. Permulaan Ramadhan yang baik nampaknya, awal2 puasa lagi dah pegi berbuka di rumah ipar2 saya.

So, hari ni barulah merasa berbuka di rumah emak saya pula. (Notes: saya dengan rasminya telah berpindah dan tinggal permanently di rumah emak saya..hehe :P). So, menu hari ini emak saya telah memasak bihun sup dan jemput2 udang. Suami saya dan saya telah berjaya 'memasak' di pasar Ramadhan Taman Delima. Hari ni kami telah berjaya membeli tau foo fa, rojak paru yang ya rabbi mahal (cucur udang 2 keping, tempe 1, tahu 1, ayam seketul, paru berkeping-keping cost us RM 10..hoih...bia betul kau pakcik??), kuih tepung talam gula merah yang yummeh, kuih tepung talam berlauk yang agak kureng, kuih pau Malaysia yang murah gila (tebal nak mati tapi dijual dengan harga RM1 untuk 3 keping...manalah nak dapat sekarang ni), and also kuih tepung pelita yang menjadi menu wajib suami saya. And also we had my signature soya cincau gula merah and kordial mangga. Dan selepas menikmati makanan2 yang 'ala kadar' itu saya telah berjaya bertapa di meja makan dan membelasah buah dokong yang suami saya belikan di Kuala Sungai Baru semalam. Hoih...I cannot resist that dokong...sangat sedaplah!

Dan hari ni, baru saya sedar sejak ada anak ni banyak betul kerja yang tak settle. Dengan baby Aimar yang semakin demanding perhatian saya, and also babah Aimar yang juga demanding perhatian saya...susah juga nak jaga 2 lelaki dalam 1 masa ye. Masa tengah dodoikan Aimar tadi, tiba2 terpandang pula baju suami saya yang berlonggok2 tak gosok lagi. Haiya..banyaknya kerja. Dengan 90 days plan saya yang baru berlalu seminggu...woih tak boleh jadi ni. Kena susun jadual betul2, otherwise boleh pengsan saya jadinya.

Takpe, segala penyeksaan hanyalah sementara. Kerja kuat mesti boleh kaya cepat. Lepas tu nak buat apa pun boleh buat dengan senang hati. Saya teringin nak buat biskut raya macam dulu2, tapi bukan tahun ini atau tahun depanlah. Lepas jadi President Team 2011 nantilah baru boleh concerntrate kat other business pulak.

August 22, 2009

+*+*~Selamat Berpuasa!!~*+*+

Skarang ni memang tengah busy gila sampai nak update blog pun takde masa. (Actually lebih takde idea). Bukan setakat tu je, nak jadi Kak Nam menyibuk kat blog orang lain pun tak sempat juga. Aiya...19 days before going to Taiwan...urusan PTPTN tak selesai lagi ni...silap haribulan kena tahan kat imigresen kacau nih...

Hari ni kami akan pulang ke Melaka. Haiyoh...beg tak kemas lagi ni. Nasib baik tido semalam je, esok kami balik semula ke KL. Ni semua kes menjaga hati mentua. Kalau ikutkan hati saya, memang saya duduk kat sini sampai jadi kaya baru balik mengadap muka mentua. Tapi tak nak la pulak kena cop menantu derhaka.

By the way, Selamat menyambut Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini akan membawa perubahan dalam hidup kita semua.

Ohh...menu wajib bulan Ramadhan tahun ini - tau foo fa (am so addicted to this soya desert) and also kuih talam gula merah (ni kes tak dapat makan this type of kuih yang meet my specification). Hoho...azam nak kurangkan more kilos pada bulan Ramadhan macam mana...belum apa2 dah sibuk cerita menu wajib buka puasa.


September 04, 2008

+*+*~Ramadhan 1428 #3~*+*+

Hmmm..hari2 citer pasal ayam. Tak abis lagi order ni. Tapi hari ni paling ngeri la. Tadi dekat sebesen gak ayam aku dah buang sebab bau dia...perghhhh...pekat gila.

Pagi tadi, bangun tido, senyum2 (gilakah??), pastu terus call Pn. Rosmah, kononnya nak dapatkan feedback pasal barang semalam lah. Satu kali kena teow la.... Semuanya sebab label kat botol besar tu takde stated expired date. Aku dah kata dah... Dah banyak kali aku bising dengan orang KKB, tapi amik tak port je dengan complain kitorang ni. Sekali dapat customer complain baru nak melompat. Tapi solution yang dia buat sangat2 la tak memuaskan hati aku.

Ok, macam ni citer dia. Aku dah banyak kali bising dengan diorang suh beli inkjet coding printer. Katalah payah sangat nak dapat supplier, aku dah siap carikan quotation dah. Tapi bila aku propose je, mentah2 diorang tolak dengan alasan nak tunggu order confirmation from ***. Tunggu punya tunggu sampai ke la ni pun tak confirm2 lagi order dia. So, akibatnya kami lah yang kena tanggung.

Kalu macam ni tak boleh jadi. Aku akan bertindak. Aku dah kata, sape yang kurang hajar patut di ajar. Keje tanak buat, tapi payment nak cash aje. Cuba bayangkan, kami purchase barang sampai puluhan ribu pun dia boleh order nak cash payment. Gilakah?? Ko ingat aku ni keje cop duit ke apa?? WTF la?? Oleh itu, terpaksalah aku mengatur strategi Italian job aku kan.

1st thing, aku apply trademark dulu. Ni semua supaya aku boleh secure produk ni. 2ndly, tangkap itu chef. Skang ni pun dah nampak dia cuba buat baik dengan kami, apa je yang kami nak semua dia dah start ikut. Pas ni bolehla pegi apply kat SMIDEC ke, TEKUN ke, MECD ke, so hopefully by end of this year boleh la buat production secara serius. Hari tu marketing manager pun dah bunyi, dia nak try dapatkan market ke Dubai, tapi on condition kena secure production up to 100k every month. Which means, aku kena cari proper premis!

Ye, perjalanan masih jauh. So, wish me luck ok.

+*+*~Rasa macam esok tak leh puasa je. Selamat bercuti..hehe..~*+*+

September 02, 2008

+*+*~Ramadhan 1428 #2~*+*+

Pejam celik dah 2 hari puasa. Sampai ke hari kedua ni pun aku still tak buka stall kat pasar ramadhan lagi. Tak sempat seyh. Skang ni tengah pulun habis2 nak siapkan balance order from Al Nur.

Pagi tadi my husband & one of our colleague pergi ke Taiping untuk buat delivery. Bayangkan, bukan sikit2 punya delivery ni tau. Masa aku prepare document malam tadi macam tak percaya je. Payment yang bakal aku terima mencecah puluhan ribu ringgit! Expected 2 cheques from customer which total will be RM25k++! Macam tak percaya je! This is the pay I will get for all the efforts and this is the first time I got payment like this!

+*+*~Alhamdulillah!Alhamdulillah!~*+*+

Ni tengah take 5 kejap. My husband buka puasa pun kat hentian Tapah je tadi. Kesian dia. Takpe, sabar ye bang...tak lama lagi kita hire lorry driver ok. Tengoklah, kalau takde aral melintang perhaps after raya ni kami akan start ushar tempat + dapatkan grant untuk buat production. Macam tak best je condition production skang ni. Daif sangat! Kalau everything boleh arrange as plan, insya Allah masuk tahun ketiga business kami ni bolehla kami start explore overseas market.

Yang pentingnya, cuti raya ni kami ada plan for small vacation, dalam negeri je, takleh klua lagi sebab forsure baaanyak keje yang menanti. This is as a token lah untuk kepenatan sepanjang Ramadhan ni. Pastu kita kerja keras balik lah. Tadi dah ushar 2-3 package yang ada, nantilah aku update ke mana plan kami.

Oklah, now off to potong ayam session.

+*+*~Nak kaya punya pasal, abis satu rumah dengan aku2 sekali berbau AYAM..heheh..~*+*+

+*+*~Ramadhan 1428 #1~*+*+

Rasa macam budak tadika pun ada kan sebab tetiba je nak update pasal Ramadhan. Macam lah fisrt time sambut Ramadhan... Tapi, tak salah kan, kalu aku wat macam ni barulah ada rajin sikit nak update blog..ngeh..ngeh.. :)

My first Ramadhan taklah seglamer mana, just an ordinary Ramadhan macam tahun2 dulu. Cuma still struggling nak menyiapkan order yang beribu-ribu tu. Luckily tadi call Pn.Rosmah dia boleh terima kitorang delay sikit bab frozen foods tu. However I must make sure to deliver to her latest by Friday. Huarghh...susah rupanya nak jadi kaya ni. Sampai tak tido malam lah jadinya.

Tapi macam mana pun hari ni aku tak dapat nak open stall kami kat pasar Ramadhan tu lagi. Tengoklah nanti macam mana, kalu boleh arrange most probably this Wednesday baru kami buka sebab tomorrow akan ada 1st delivery ke Taiping. Macam ni la kan, pekerja tak cukup, so nak tanak kena buat sendiri lah semuanya. Hopefully lepas raya ni dah boleh start arrange la premis & workers.

Esok nak jumpa Mr.Lee pulak pasal trademark punya hal. Happy fasting!