THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


Showing posts with label husband. Show all posts
Showing posts with label husband. Show all posts

February 25, 2010

+*+*~New Shoes (selepas almost 1 year)~*+*+

I am kind of shoes freak to be frank. Dulu pantang nampak kasut design pelik2, mulalah gatal tangan bawak balik (of course kena beli dululah ye puan2). Falsafah dulu, biar tak sedap di kaki, tapi sedap di mata. Tapi setelah saya memahami apa itu "money management", splurging kepada perkara yang tidak tentu hala is definitely No No. So, setelah hampir setahun barulah saya pergi membeli kasut baru, setelah kasut yang sedia ada sudah tahap hidup segan mati tak mahu.

Mama yang bermuka excited sebab nak beli kasut baru. Aimar buat muka kompius, apelah mama ni tak habis2 dengan kamera.

Ke mana kita? Ke AEON Cheras Selatan lah...kan tempat tu yang paling dekat :)

Orang yang baik hati mahu membelanja kasut baru buat isterinya :). Sebab dia yang nak belanja dia kena drivelah bawak kami ke sana. Kalau saya yang drive saya bawak pegi KLCC atau Pavillion nanti..hihi :P

The harvest. Saya tetap beli Vincci sebab saya memang sangat menyokong barangan buatan Malaysia. Kalau saya sebagai rakyat Malaysia tak sokong barangan buatan Malaysia, siapa lagi nak sokong kan?

Inilah dia rupanya. Actually ada kaler hitam, but I prefer Gold sebab senang juga nak match dengan apa2 baju pun. Lagipun kaler hitam tu macam bosankan. Ada juga try 2-3 patern yang lain, yang ada tali kat belakang tu, tapi...tali tu pendek sangatlah. Tak muat pula di kaki saya. Harga kasut ni RM89 sahaja :) Dan akan dilenjan selama setahun, so kepada kasut baru u make sure boleh tahan dilenjan selama setahun ye. Otherwise I will make noise and compaint to Vincci.

Tapi mama, susu Aimar dah nak abislah. Mama ni excited dengan kasut baru dia je, lupa lah tu nak beli susu Aimar. Biar Aimar yang drivekan pula :P

Hoho, pergi ke Manjaku Kajang sebab nak beli susu Aimar. Actually boleh je beli kat Jusco tapi sebab my husband nak pegi Metro Kajang nak beli tali gitar, so terus singgah kat Manjaku. Besides beli susu Aimar, saya beli ini juga.


I just love the taste! Sungguh refreshing :)

Sekianlah karut marut saya untuk hari ini. Berjumpa lagi di lain kali.


February 24, 2010

+*+*~Jagung oh Jagung~*+*+

Sudah agak lama tidak mengupdate blog ini. Hujung minggu yang penuh dan disusuli oleh 2 hari selsema anak dan ibu, hari ni barulah agak selesa mahu mengupdate blog. So, marilah mengupdate sampai muntah dan lebam..hehe :)

Memandangkan suami saya seorang usahawan-tani yang berjaya, minggu lepas adalah harvesting time! Oh ya, meh saya cerita apa projek terbaru suami saya sekarang. Dia sedang mengusahakan projek tanaman kontan dan sekarang ini sedang fokus pada tanaman jagung manis. Jadi disebabkan dia telah berjaya mengharvest first round projek dia adalah rezeki sikit untuk kami rasa di rumah. So, ini jadi projek saya pula lah :)

Projek 1 : Cucur Jagung

Bahan-bahan:

1. 2 tongkol jagung - leraikan isinya (dapat dalam 330 g)

2. 5 cawan tepung gandum (diayak)
**its happened ada sekali dulu, dalam tahun 2001 tak salah saya, masa tu my parents pegi haji so I'm the acting chef at home. Punyalah semangat nak buat cok-kodok sekali lupa ayak tepung, alih2 ada lipas kat dalam tu. Mangsa saya adik bongsu saya si Labu, patutlah dia ada macam short sikit skarang ni..hehe. Selepas insiden itu, tiap kali nak masak cucur macam ni mesti pastikan tepung adalah diayak.**

3. 3 biji telur (dipukul sehingga kembang)
**ada orang suka letak baking powder in order nak jadikan cucur ni lembut and fluffy. Saya tidak berapa gemar guna baking powder so saya gunakan telur instead. But make sure telur ni dipukul sehingga kembang-sekembang-kembangnya**

4. Garam secukup rasa
5. Air
6. Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

1. Campurkan tepung (yang telah diayak), jagung, telur (yang telah dipukul sehingga kembang) dan garam dalam bekas yang besar.

2. Masukkan air dan kacau bahan-bahan sehingga kelihatan seperti gambar di bawah.


3. Panaskan minyak untuk menggoreng di dalam kuali. Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit ke dalam minyak.
**ada orang suka guna tangan masa nak membentuk cucur ni. Saya tak suka guna tangan, so guna sudu instead **


4. Balik-balikkan cucur tu sampai nampak kekuningan. Jangan sampai hangus sudah. Angkat dan toskan minyak selepas cucur selesai digoreng.



Saya layan dengan sardin sebab saya buat cucur ni masin instead of manis. Tapi my husband kata tak berapa syok layan dengan sardin sebab jagung tu manis so better buat sos yang manis (will try it in the future).

Projek #2: Puding Jagung

Bahan-bahan:

1. Jagung yang dileraikan (saya guna 3 tongkol)
**kalau takde fresh corn, boleh guna jagung dalam tin instead**


2. Agar-agar (saya gunakan yang satu peket 500g)
3. 5 cawan gula
4. 2 cawan tepung kastad (saya gunakan Bird's custard powder)


5. 1 tin susu cair (saya gunakan cap F&N)


6. Air

Cara penyediaan:

1. Rebuskan agar-agar (ukurannya 500 g agar-agar, 2.4L air) sehingga kembang. Rebuskan agar-agar ni berserta gula.


2. Disebabkan saya menggunakan fresh corn, saya rebuskan juga jagung. Kalau guna jagung dalam tin boleh skip langkah ini.


3. Apabila agar-agar sudah kembang, masukkan tepung kastad (make sure cairkan dulu dengan air ye puan-puan), susu dan jagung. Kacau sehingga sebati dan menjadi warna seperti dalam gambar di bawah.


4. Masukkan dalam acuan. Biarkan sejuk dan keras.


Bila dah keras, boleh potong2 dan boleh dinikmati oleh sesi keluarga. Boleh juga tuangkan susu cair atas puding yang dipotong tadi jika suka lebih lemak berkrim disukai ramai.

Maka completelah sudah projek resepi jagung saya. Next harvest saya akan publish resepi baru pula. Dalam kepala sekarang ni dok kira nak buat corn soup, and roti jagung maybe. Takpe, lambat lagi next harvest, another 3 months. :)

Kalau ada sesiapa yang nak merasa sweet corn ni fresh2, silalah bagitau saya. Nanti nak dekat time harvest saya bagitau kat sini. Stay tune :)



September 28, 2009

+*+*~Berhenti Membelog Itu Hanyalah Rekaan Semata-Mata~*+*+

Haih...macam mana lah saya nak meninggalkan blog kesayangan saya ni sepi tanpa berita begitu sahaja. Puas saya menahan diri daripada mengingati blog ini, tapi bila nak makan teringat blog ni (remember my weight lose ticker?), bila nak tido teringat blog ni (as my son sleeping beside me, so remember his age ticker) and bila pegi office atau sedang menjalankan kerja saya pun saya akan teringat kat blog ni (remember my marriage ticker?). Pendek kata, ticker itu memainkan peranan penting dalam perjalanan blog ini..haih...

Oleh itu, saya announcekan di sini, saya tak berniat mahu memprivatekan blog ini mahupun berhenti membelog..(sebenarnya ni semua sebab my old friend, Komeng. -if u read this entry-. U're rawk..!! and u know my reason why kan..hehe :P)

And also, dengan rasminya saya mengannouncekan di sini SAYA ADALAH PERSONAL WELNESS COACH, jadi sesiapa yang berminat untuk menurunkan berat badan, menambah berat badan, improvekan kesihatan atau mempelajari healthy eating habit, silalah contact saya di alamat email di sebelah :)

Ok, saya nak cerita juga tentang profile saya sebagai wellness coach. Actually, dah ada 5 orang yang serious yang saya telah bantu untuk mengurangkan berat badan (for the time being am focusing on losing weight). Saya loadkan gambar 3 customer saya dulu :)




This is me. During end of my pregnancy, my weight shhot up to 89kg! Bayangkan betapa besar rumahnya saya :( However, throughout my pregnancy saya dah mula belajar tentang healthy eating habit which is good for me and my baby as well, right? So, actually, my additional is not that much...only 6kg extra is not that bad kan? So now u know what's my actual problem right? I was overweight since my reception day...uwaa!!To prove it let me show u...

During my solemnization day

During my reception day

Apa motif ntah amik gambar macam ni? Macam nak buat comparison, sape lagi besar bunga atau saya??Chist!!

See...I've told u. Saya adalah BESAR since I got married lagi. Before that I only weighted 58 kg tapi masa my reception ni I was 80 kg!! And can u see me when I was 76 kg...much more beautiful kan? And believe me, when I've shed another 13kg I will be more beautiful and younger than this!

This is my beloved husband. When he started on Herbalife weight lose program he was 153 kg! What an eating monster kan?


During solemnization day

Hang buah...hahah :D (Sori Yang kalu u baca entry ni)

Ni gambar masa our wedding day. Masa tu dia pun adalah BESAR - the reason why saya pun memBESARkan diri, supaya balance di atas pelamin..ngahaha :D And yang lebih menyedihkan....

1st attempt

2nd attempt

Tengok...muka kitorang tak muat dalam LOVE shape tu sebab 2-2 adalah BULAT dan BESAR...hahaha... (now u know the reason why I never upload any of our wedding picture in anywhere). Agaknya puaslah photographer tu nak adjust lense kamera dia supaya muka kitorang masuk kat dalam shape tu...hihi :P

And finally, this is our friend whom recently we help to lose weight. His name is Devaraj from Klana Jaya. When we first met him, his weight was 122 kg and he kept complaining that he got a gout (which I believe its not gout actually but his leg was in pain because of his weight). See his shrinking progress. I believe he will shrinking more in another 3 months time :).

I'll upload another 2, tapi basically I've helped them to lose more than 3 kgs and shape up their waist line up to 5 inches!!

So, kalu ada sesiapa yang seriously nak lose weight and learn how to start healthy eating habit sila email kepada saya ye sebab saya sangat2 willing untuk membantu...as long as u open your heart and open your mind :).


August 24, 2009

+*+*~Diary Ramadhan - Part I ~*+*+

Hoih...tiba-tiba ada mood nak update. Sungguh pelik. Bulan2 Ramadhan ni tiba2 membuak2 keinginan nak merepek kat sini.

Actually, I would like to announce, dengan jayanya saya telah berjaya meng-launch-kan blog liku2 ke puncak saya di President's Team 2011 blog. Actually this blog was created since last week, tapi baru berjaya launch hari ni. Basically, I will write down my 90 days plan and my DMOs in this blog, supaya boleh menjadi tatapan bakal2 partner saya dan sebagai bukti yang saya bekerja keras untuk menjadi President's Team pada September 2011 nanti.

Ok, skarang ni saya nak cerita pasal puasa saya hari ini. Actually, hari Sabtu saya berbuka puasa di rumah kakak ipar saya di Melaka and semalam (Ahad) saya berbuka puasa pula di rumah kakak ipar saya di Rembau. Permulaan Ramadhan yang baik nampaknya, awal2 puasa lagi dah pegi berbuka di rumah ipar2 saya.

So, hari ni barulah merasa berbuka di rumah emak saya pula. (Notes: saya dengan rasminya telah berpindah dan tinggal permanently di rumah emak saya..hehe :P). So, menu hari ini emak saya telah memasak bihun sup dan jemput2 udang. Suami saya dan saya telah berjaya 'memasak' di pasar Ramadhan Taman Delima. Hari ni kami telah berjaya membeli tau foo fa, rojak paru yang ya rabbi mahal (cucur udang 2 keping, tempe 1, tahu 1, ayam seketul, paru berkeping-keping cost us RM 10..hoih...bia betul kau pakcik??), kuih tepung talam gula merah yang yummeh, kuih tepung talam berlauk yang agak kureng, kuih pau Malaysia yang murah gila (tebal nak mati tapi dijual dengan harga RM1 untuk 3 keping...manalah nak dapat sekarang ni), and also kuih tepung pelita yang menjadi menu wajib suami saya. And also we had my signature soya cincau gula merah and kordial mangga. Dan selepas menikmati makanan2 yang 'ala kadar' itu saya telah berjaya bertapa di meja makan dan membelasah buah dokong yang suami saya belikan di Kuala Sungai Baru semalam. Hoih...I cannot resist that dokong...sangat sedaplah!

Dan hari ni, baru saya sedar sejak ada anak ni banyak betul kerja yang tak settle. Dengan baby Aimar yang semakin demanding perhatian saya, and also babah Aimar yang juga demanding perhatian saya...susah juga nak jaga 2 lelaki dalam 1 masa ye. Masa tengah dodoikan Aimar tadi, tiba2 terpandang pula baju suami saya yang berlonggok2 tak gosok lagi. Haiya..banyaknya kerja. Dengan 90 days plan saya yang baru berlalu seminggu...woih tak boleh jadi ni. Kena susun jadual betul2, otherwise boleh pengsan saya jadinya.

Takpe, segala penyeksaan hanyalah sementara. Kerja kuat mesti boleh kaya cepat. Lepas tu nak buat apa pun boleh buat dengan senang hati. Saya teringin nak buat biskut raya macam dulu2, tapi bukan tahun ini atau tahun depanlah. Lepas jadi President Team 2011 nantilah baru boleh concerntrate kat other business pulak.

June 23, 2009

+*+*~Small Family United~*+*+

Finally, my husband arrived home safely from Korea. Macam mana pun bukan main lama lagi flight delay. According to his email dijangkakan dia akan sampai ke KLIA around 7-8 pm. Then because of flight dia bukan direct flight, kena transit kat Shanghai he texted me masa dia kat Shanghai bagitau flight delay so mungkin sampai KLIA around 11pm. But at the end of the day, pukul 12.51am baru landed kat KLIA. Gitu gini, check out from KLIA around 2am. Kesian Aimar, saya janji dengan dia babah dia akan sampai around 11pm so dekat2 jam 11pm tu dia bangun dari tido and tamau tido sampai jam 12am. Disebabkan saya dapat berita flight delay saya terpaksa lah pujuk dia supaya tido. Kadang2 saya pun tak faham, macam mana makhluk kecil ini boleh faham apa yang saya katakan padanya.

So today, our small family has united again! Yeayy!! :)

Hari ni bila babah dia dukung je Aimar, dia tengok dengan muka confuse and lepas tu dia senyum2 kat babah dia. Lepas tu, bila dia terjaga dari tido and saya pujuk dia supaya tido semula sikit pun dia tak layan, tapi bila saya serahkan dia pada babah dia, elok je dia tido. Ohh..anak babah rupanya Aimar ni. (However, he still chooses me to comfort him especially at night. I'm still his source of delicious milky bar remember?)

Ahh...apalah saya merapu ni? Sebenarnya saya update blog ini dalam keadaan mamai sebab since saya bersalin tiada lagi erti tidur lena di tengah malam buat saya. Bukan setakat tidur lena di waktu malam, jangan harap nak tidur lena lah sebab anak saya ada sensor yang mana dia akan bangun apabila saya baru sahaja mahu melelapkan mata. Jadi saya memilih untuk tidak tidur sebab saya tahu apa consequence apabila saya tidur. Bagaimanapun saya mengucapkan terima kasih kepada nutrisi berkhasiat daripada Herbalife kerana mampu memberikan tenaga yang cukup kepada saya walaupun saya kekurangan tidur setiap hari. Nampak gaya lagi cepatlah saya kurus lepas ni. Dan Formula 1 perasa Cookies n Cream yang suami saya beli di Korea adalah sangat superb! Nasib baik lah saya tengah berpantang so tak boleh minum sejuk-sejuk, kalau tak confirm saya buat ice blended yang kalah Starbucks atau San Francisco Coffee punya.

Oh ya, selepas confinement ni saya teringin sangat nak beli benda ni.



Rio from Crocs.
Picture from here.

ATAU

Algarve from Crocs.
Picture from here.

Bukanlah saya tidak berminat kepada high heels. Saya mampu memakai high heels yang setinggi 5 inci sekalipun, tapi mengenangkan saya telah mempunyai anak sekarang ini jadi saya opt kepada kasut yang selesa dan selamat dipakai, tetapi mestilah mempunyai tapak yang tinggi juga. Waktu mengandung haritu pun sampai ke saat terakhir saya masih mengenakan wedges yang 3 inci tinggi. And for both shoes from Crocs ni, ketinggiannya adalah 3 inches each which is not bad and designnya juga menjadi pujaan hatiku. Tapi comparing both design, I prefer that Rio design kerana lebih vogue dan saya rasa lebih selesa dipakai. So, lepas pantang ni nampak gaya kena pergi terjah butik Crocs and check whether this design exist kat Malaysia or not. Maklumla, taste saya ni biasanya design dia tak exist kat Malaysia ni.

And also, I need new lipstick...maybe I opt for the one that I found from MAC counter in SOGO as my husband pun dah approve that colour. "SEXY!" katanya. And I need new clothes too! Nampak gaya kena start buat budget list ni sebab saya nak kena beli tiket kapal terbang ke Taipei, Taiwan juga. Bulan 9 kami akan ke sana untuk menghadiri Herbalife university pula.

Kerja keras! Banyak duit nak pakai ni. :)

June 21, 2009

+*+*~The Bonding~*+*+

Its really fun and blessed to have a baby, a new comer, a new face in the family. I admit it. At the moment I saw my baby's face for the first time after I delivered him I almost drop into tears. To see his decent face is really a relieve for me.

Tapi, selepas beberapa hari yang perlu saya harungi, termasuk siri tak dapat tido malam sebab dia bangun nak menyusu and also sudah pandai cari akal nak ajak main2, kadang2 buat saya rasa fed up. Yes, call me selfish or bodo punya emak, I don't care. The main thing is The Bonding between me and the baby.

Seriously, masa saya pregnantkan Aimar saya tak pernah mewujudkan bonding itu. Saya tahu ada makhluk kecil di dalam perut saya yang setiap hari menggeletek dan berakrobat di dalam perut saya tapi saya tidak pernah mewujudkan bonding itu. Maksud saya, saya tidak pernah mengadakan sesi dialog dengan makhluk kecil di dalam perut atau cakap2 sambil panggil nama atau apa saja. Bagi saya aktiviti seperti itu adalah bullshit dan buang masa.

But when the time comes, saya rasa macam...kenapalah my son ni susah sangat nak dengar cakap saya? Kadang2 saya rasa macam takde connection dengan dia. Kadang2 saya rasa dia macam orang asing. That's why bila dia bangun malam nak menyusu saya akan marah2 and minta dia tido and tidak menganggu tido saya. How I wish all that to happen, tapi dia hanyalah seorang baby dan dia tetap akan kekal dengan tindak balas refleksinya. The problem is me, I have to create the bonding.

However, alhamdulillah, after 16 days with me slowly I can feel the bonding became tighter and tighter. I know he is my son and what ever it is he will choose me to comfort him. That's why masa dia demam and saya letak dia tido dalam dia punya cot dia asyik meragam saja. Tapi bila dia dah ok and started to sleep with me again dia tak meragam banyak sangat pada waktu malam. I have to work hard to make the bonding even tighter. He is my son. He came out from my womb. I had carried him for last 9 months. He is the proof of the meaning of true love between my husband and I.

Adakah simptom ini normal for first time mommies? Ada confinement-blues kah?

By the way, tomorrow my husband will be back from Korea so our small family will unite back. Yeayy...can't wait to see my daddy boo again.

And specially for my husband...Happy Father's Day, sayang. U're so lucky sebab sempat sambut father's day dengan anak di sisi. Hope that you will be the best father for our little bundle of joy.


June 18, 2009

+*+*~Cranky Aimar Got A Fever~*+*+

Kesian Aimar, tiba-tiba badan dia panas pulak. Patutla sepanjang malam asyik meragam je sampai tak lena tidur saya dibuatnya. Bukan saya saja, bahkan maktuknya pun tak lena tido sama.

Aimar minum susu banyak-banyak pastu tido ye sayang. Biar cepat baik demam tu.


By the way,suami saya telah selamat sampai ke bumi Korea. Malam tadi ber-Skype call dengan dia. Lega hati bila dia dah selamat sampai di sana. So hari ni dia akan menghadiri World Team training jam 3 pm (waktu Korea) dan malam ni ada konsert. Huh..saya sungguh dengki! Takpe tahun depan ada lagi.
Yang penting Aimar dah tak cranky sebab demam dia dia dah beransur pulih and mama dia dah tak cranky sebab dah dapat cakap dengan babah Aimar. :)


June 17, 2009

+*+*~Am Gonna Miss Him~*+*+

Suami saya yang tersayang akan berangkat ke Korea malam ini untuk menghadiri Herbalife Asia Pacific Extravaganza. Dia akan berada di sana sehingga hari Isnin. Flight pulang ke Malaysia adalah petang Isnin nanti.

Am gonna miss him so much. Haihh...saya yang gatal hantar dia pegi sana bila sampai masa saya yang lebih-lebih emo. Drama sungguh....