THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


Showing posts with label resolution. Show all posts
Showing posts with label resolution. Show all posts

December 28, 2009

+*+*~Countdown: 3 Days To Go~*+*+

Hoih, cepatnya masa berlalu. Lagi 3 hari nak masuk 2010 ni. Just like my friend Filya, resolution for 2010 tak abis compile lagi ni..hihi. Most probably I will come out my quarterly goals just like I did last year. So far, goals last year for 2nd quarter and 3rd quarter accomplished. Cuma 1st quarter, 4th quarter and holiday wish yang tersangkut. 2010 must be more merrier, at least for me :)


Today started my day at 10 am. Aiyark...really need to improve this. Then straight away to Herbalife HQ, did the stock repurchase and oso I've bought my 2010 Spectacular & 4th Anniversary ticket! Akan menghadiri event itu bersama Kak Zhura, cannot wait! After that, straight away to our house of nutrition. Rumput kat laman dah menampakkan improvement. Dah banyak kaler hijau berbanding kuning, setelah puas saya membaja dan menyikat rumput tu. Dan rumput-rampai yang saya tebas kat belakang rumah tu pun dah nampak kering, esok boleh bakar. Yippie...nampak gaya by new year projek tanaman makanan saya akan dapat di-execute-kan. Sungguh gumbira, menari2 di dalam hati :)


Picture source from here

Started from today onwards I've decided that I will spent half day at that house. Doing the gardening and taking care of the house cleanliness. Kata Pak Sheikh, kalau ekosistem kawasan itu bagus, banyak burung2 yang akan datang. Saya mahu burung2 datang ke rumah nutrisi kami, dan saya juga mahu RAMAI orang datang ke rumah kami. Jadi first step is to give life to the house :)

Saya nak cerita lagi pasal Aimar. Baby itu telah duduk tegak dengan jayanya hari ini. According to my mom actually dah 2-3 hari dia dah boleh duduk without support. And oso sudah pandai memanjat ke sana ke mari. Yang bestnya, last week dia memanjat sampai takat melutut saja, this week dah panjat sampai boleh berdiri. Guess that another couple of week dia akan start berdiri lepas tangan, lepas tu...hoih, lu pikir la sendiri. And that baby will only turn to 7th months next week! And I read about bouncing baby dan memang baby Aimar sangat bouncy, setiap hari. Thats why bila orang pegang kaki dia people keep saying that his leg is so strong. Come on man, he's a bouncing baby. Mahu try kah?

Dan dia sangat suka makan! Tiap kali nampak orang bawa mangkuk/pinggan berisi makanan dia akan kejar sambil buat muka excited. Luckily I have Herbalife and I gave him the shake every single day, so of course this amazing product helping me a lot in managing my son's weight. Dan sekarang dia sudah addicted to the shake, kalau susunya tak dicampur dengan Herbalife shake he will refuse to drink his milk and protesting some more. Kalau dah itu makanan yang baik and full of nutrients for him, why must I stop him from taking it, no?

Wait for another countdown tomorrow :)


January 02, 2009

+*+*~My New Year Resolution~*+*+

Rasanya belum terlambat saya mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2009". Sebenarnya saya bercadang untuk update semalam, supaya lebih enak dan seronok bercerita tentang new resolution, tapi sambutan tahun baru saya diserikan lagi dengan demam, sakit tekak dan selsema! Mungkin kerana cuaca di Melaka sangat panas tempoh hari menyebabkan ketahanan badan saya tercabar. Tapi takpe, masuk hari ni demam saya dah berkurangan cuma masih sakit tekak dan selsema. Insya Allah, menjelang esok demam saya ini akan baik semula.

Setelah mengrti mengapa saya perlu ada resolusi dan menyenaraikan resolusi saya untuk tahun 2009 ini, saya rasa saya mahu mencatatkannya di sini supaya saya tidak lupa (dan inikan blog saya, jadi saya ada hak untuk menulis apa pun di sini).

Resolusi pertama - Saya mahu jadi Presindent's Team member pada penghujung tahun ini. Ini adalah kerana sewaktu mula2 menyertai HBL tempoh hari saya agak blur dengan karier saya di sini, tapi selepas sebulan saya dah mula nampak hala tuju saya. Pada mulanya saya memutuskan saya mahu menjadi Millionaire's Team member dalam masa 3 tahun, tapi setelah saya meneliti semula peluang dan sistem yang disediakan saya menjadi yakin utnuk menjadi President's Team member dalam masa 1 tahun. Oleh itu, hujung tahun ini saya WAJIB menjadi President's Team member.

Resolusi kedua - Pendapatan saya WAJIB mencecah RM100k++ menjelang hujung tahun ini.

Resolusi ketiga - Saya mahu bercuti ke Spain pada penghujung tahun ini. Sepatutnya saya perlu menyertai satu course-event yang bakal diadakan di Korea pada pertengahan tahun ini tapi nampak gaya suami saya dan adik saya sahaja yang boleh ke sana kerana saya akan menyambut kehadiran orang baru dan emak saya WAJIB berada di sisi saya sekiranya suami saya tiada.

Resolusi keempat - Saya mahu mengurangkan jisim berlebihan pada badan saya sehingga 20kg++ dan ini hanya akan berlaku selepas pertengahan tahun ini. Saya berkeyakinan kerana saya telah menemui penyelesaiannya dan caranya tidak menyakitkan, sihat dan sangat mudah! Selain itu keputusannya juga amat cepat! Jadi kalau suami saya boleh menukar 50kg lemaknya kepada RM1 juta, mungkin jisim berlebihan saya akan bernilai RM1/2 juta...oleh itu kami berpeluang untuk menjadi jutawan sebelum mencecah 30 tahun!

Saya rasa itu sahaja resolusi saya. Dan saya mencatatkan ini semua kerana perkara2 ini boleh diukur dan dinilai. Daripada saya menulis perkara2 seperti "Saya mau jadi emak/anak/isteri yang baik, menjadi seorang muslimin yang solehah, menjadi seorang usahawan yang berjaya, yada..yada..yada..", bagi saya no point sebab perkara tersebut sangat subjektif dan sukar untuk saya menilainya semula sebelum bermula tahun hadapan.

Selesai sudah catatan resolusi saya. Oh ya, suka saya nak bercerita tentang program herbalife saya. Suami saya telah berjaya menurunkan 4 kg dalam masa 3 minggu. Dan sekarang beliau lebih serius dengan program ini dan saya menjangkakan beliau akan kehilangan lagi 2 kg dalam masa seminggu ini. Baju dan seluar beliau yang dibeli sewaktu hari raya yang lepas semuanya telah menjadi terlalu longgar, mungkin dia akan kembali semula ke saiz xxl nya (sebelum ini suami saya adalah 3xl atau 4xl). Visceral fat (lemak yang menyelaputi organ) beliau juga telah menunjukkan perkembangan yang positif iaitu daripada bacaan 24 ke 23. Saya seronok sangat dengan perkembangan positif ini dan akan lebih serius memastikan beliau berjaya dalam program ini (kerana itulah janji saya kepada anak saya).

Ok..of to lala land...kepala saya dah mula berat semula jadi saya memerlukan rehat yang secukupnya!

December 27, 2008

+*+*~Towards The End Of Year~*+*+

Tinggal kurang lebih 4 hari lagi sebelum berakhirnya 2008. Semakin hampir penghujung tahun, saya semakin sibuk mengejar penghabisan tahun dan menyelesaikan perancangan untuk tahun hadapan. Dan, semakin banyak seminar yang perlu saya selesaikan sebelum penghabisan 2008. (Tapi, saya masih ada masa untuk berblogging..hihi..)

Esok, saya akan melalui satu lagi seminar besar. Lebih ramai peserta dijangkakan dan there will be a lots of funs! Dan penghujung tahun ini juga akan menyaksikan saya memulakan langkah baru dalam bisnes saya, dengan bantuan dan sokongan rakan2 yang baru dan saya yakin inilah peluang yang perlu saya ambil. Sekiranya saya melepaskan peluang ini, mungkin peluang keemasan seperti ini tidak akan datang lagi kepada saya. Great opportunity never comes twice!

Dan banyak nota2 seminar perlu saya salin semula. Saya perlu menyelesaikan semuanya sebelum bermula tahun hadapan kerana apabila banyak cuti bererti lebih banyak peluang keemasan saya. Saya perlu mengaut semua peluang yang ada dan saya yakin saya boleh melakukannya!

Tinggal kurang lebih 4 hari saja lagi. Kalau saya tak selesaikan semuanya sebelum berakhir tahun 2008 ini dan membawa perkara2 yang tertangguh ke tahun hadapan bererti saya belum cukup bersedia untuk menghadapi tahun hadapan. Oleh itu, semua pekerjaan untuk tahun ini perlu diselesaikan sebelum bermula 2009 kerana apabila bermulanya 2009 bermula bererti saya akan mula membuka lembaran baru dengan lonjakan berserta momentum yang sangat hebat.

2009, wait for my resolution!