Terasa sangat best merapu di pagi hari. At least bagi ketenangan jiwa dan fikiran sikit...ngeh...ngeh.
Semalam dengan jayanya aku pegi ke MARA utk dengar taklimat tentang pinjaman perniagaan MARA. Yang paling syok sekali bila dapat tau untuk pinjaman RM50k ke bawah tak perlu penjamin & cagaran. So, MARA ni memang nak tolong. Also, untuk pinjaman sebanyak tu tak perlu apa2 business plan, just that borang dia jelah yang perlu disubmit. Nampak macam mudah, tapi kalau nak tau mudah ke tak kena try apply dulu lah kan.
Now, kena discuss balik dengan board of director, nama siapa kita nak pakai untuk apply loan. Also nak kena discuss jugalah apa nak buat. Duit dah ada depan mata, macam mana nak apply je yang masih jadi persoalan.
However, that business plan is still killing my head. Macam mana pun, nak kena buat jugak sebab kalu tak buat payah business nak berjalan lancar nanti.
+*+*~Quote Of The Day~*+*+
Don't wish it were easier, wish you were better.
Jim Rohn, Business Philosopher
October 30, 2008
+*+*~Rapu-rapan~*+*+
Cerita Rozelia Shariff pada 9:22 AM 0 komen
Cerita Tentang: my work, progress review
October 28, 2008
+*+*~Reschedule~*+*+
Huarghhh....after a long,long holidays. Nasib baik hari ni macam rajin sket nak pegi opis. Taklah kena blues2 macam sorang my friend yang suka kena Tuesday blues...+*+*~no offense okey, en.S***t~*+*+
Now a days, kena reschedule balik all the activities. Kalau dulu boleh suka2 masuk opis tengah hari skang ni tidak lagi. Later by 10 am dah tercongok depan PC ni. And no more Kinrara-capati-lepak-lepak session because breakfast is at home! Which means, kul 7 am dah kena bangun sebab nak kena prepare the breakfast and what not. Also no more Kakak-Gemuk-Malay-Dishes-Rice session in the afternoon sebab ekonomi makin tenat so kena berjimat2 sikit. Which means, awal pagi bukan saja prepare the breakfast, but the lunch simultaneously!
I did all this because I believe, to achieve something different, you have to act differently. Kalau schedule aku macam tu je, termasuk nak layan malas2 tu, memang company achievement tak ke manalah kan. Pas tu, skang ni memang tengah crack the head for company's next year planning. Ada masa 2 bulan je lagi, which is too short for me sebab banyak benda lain lagi nak tengok - sales, payment, etc.etc. Esok most probably ada meeting belah pagi and petang ada session dengan MARA for financial funding and what not. And this business plan is really crack my head!
Bukan senang nak senang kan. Hari tu terbaca quote ni kat dalam buku The 8th Habit - its okay if you have to sacrifice something good for something better - which is pelepak kena kat muka aku sebijik. Saje nak tulis previous history, actually previously I've secured a good post with one of the listed company in Malaysia. But I sacrifice it all sebab selagi aku duduk kat situ aku takkan dapat buat apa yang aku nak buat dan aku takkan dapat mencungkil potential as leader yang ada dalam jiwa aku ni. Lagipun, senang cerita kalu aku still secure and comfort duduk keje kat sana, bulan2 dapat gaji +*+*~buta & celik~*+*+, aku tidak akan berpeluang untuk menggunakan semua bahagian otak aku untuk berfikir. Saje nak membuktikan teori Einstein yang manusia yang SANGAT PANDAI pun gunakan 1/4 sahaja daripada otak dia adalah SALAH! Sedangkan kalau kita guna kedua-dua bahagian otak untuk berfikir +*+*~left & right brain~*+*+ akan menghasilkan sesuatu yang sangat MIRACLE! Dan itulah yang aku cuba practicekan sekarang and I tell you adalah sangat susah okeh!!
Okey, now back to cerita reschedule. Aku ada masa sebulan je lagi untuk betul2 fokus on this business plan thingy. After that maybe dah nak start focus on financing matters, nak hire staff lagi, staff training & development lagi. At least dalam bulan May tahun depan aku dah boleh lepas sikit2 kat staff aku untuk run the business sebab insya Allah aku akan start bercuti panjang pada pertengahan bulan 6. Cuti panjang & rehat secukupnya...hihihi... Kalau schedule & plan ni tak dilaksanakan, bulan 6 nanti tak boleh cutilah nampak gayanya....huhu...
Hmm...banyak lagi benda nak buat ni. Plan lagi, schedule lagi, BP lagi...huarghh...memang susah la nak senang!
Cerita Rozelia Shariff pada 12:19 PM 0 komen
Cerita Tentang: my work, progress review
October 23, 2008
+*+*~Takde Tajuk~*+*+
Actually, tak tau nak letak tajuk apa. Ari ni agak awallah masuk ofis, pukul 9.45am dah tercongok kat kedai makan Kinrara for breakfast. Saya telah memakan 2 keping capati+kari daging+ayam goreng+teh tarik dengan jayanya. Apesal ntah tekak ni tetibe rasa nak makan makanan2 sebegitu lak pagi ni.
Suppose that kul 11 am dah tercongok lak kat KKB, further discussion dengan production side. Apa kita nak check ye...let see...capacity planning, stock level, workers availability, quality level, etc.etc. Hmm..I should prepare the meeting minutes firstlah, tapi boleh tak aku pegi update blog ni...sheishhh...
Macam nilah bila takde P.A. Dulu masa keje kat tempat lama, assistant aku yang siapkan semua bila nak pegi meeting. Ni dah gatal nak running sendiri, dan tidak mampu sempat untuk hire PA, so nak pegi meeting semuanya kena prepare sendirilah. Kalau tak nanti, sah masuk meeting jap lagi director akan men-tiow aku tanpa penghujung dunia.
By the way, semalam dah buat administration planning. So, organization structure pun dah buat. Bila present kat director he seems quite satisfy. Tapi kena detailkan job scope lah. Dengan ini saya mengumumkan, there'll be a lot of vacancies in our company, and jawatan2 ini akan dioffer kelak, once our loan is approved lah. Kalu tak sape nak bayar gaji pekerja oiii..
Oklah, oklah..asyik tersangkut kat blog ni je. Banyak keje tertangguh ni. Nanti2lah jap lagi aku sambung update.
Cerita Rozelia Shariff pada 10:41 AM 2 komen
Cerita Tentang: my work, progress review
October 22, 2008
+*+*~Finaly...!!~*+*+
Finally, this lovely mighty seasoning got its Trademark or TM!! Afterwards, dah bolehla letak lambang TM tu nama seasoning ni. Nampak gaya banyaklah perkara yang kena update, i.e Fliers, Phamplet, Brochure, etc.etc.
Yeah..I'm glad to get it done. +*+*~Clap!Clap!~*+*+
Cerita Rozelia Shariff pada 5:23 PM 0 komen
Cerita Tentang: my work, progress review
+*+*~Cari Duit Melalui Blog? Part 2~*+*+
Haha...katakanlah apa yang kamu mahu katakan... Aku memang tengah mood TAMAK skarang ni!! Muahahaha!!! +*+*~evil sungguh bunyi gelaknya~*+*+
Semalam setelah terjumpa dengan +*+*~pro-affiliate~*+*+ application, tetiba aku terpikir kan. Daripada aku dok sibuk tulis blog tapi tak memberi apa2 faedah pun kat aku, baik aku letak something yang boleh bagi manfaat kat aku +*+*~so that my husband pun taklah bising sebab keje aku separuh hari asyik dok update blog je..hihi..~*+*+. Jadi dengan jayanya aku telah menginstall widget +*+*~advertlets~*+*+ dan juga +*+*~nuffnang~*+*+ yang selama ini telah kuabaikan kehadirannya...sheishhh... Dan melalui 1 blog cari duit juga +*+*~aku lupa link dia, nanti aku letak kat sini~*+*+ aku telah belajar sikit2 taktik macam mana diorang mencari duit tanpa perlu keluarkan modal, tapi perlukan MASA sahaja. Caranya, cuba buat satu e-book tentang apa saja, publish kat web dan guna affiliate system. Dah ramai orang buat business ni and kalau siapa yang pandai dan kreatif PASTI akan mendapat pulangan yang lumayan. Macam Jutawan Internet Irfan Khairi tu...dia pun start dengan business macam ni juga...and kat oversea yang teknologi internetnya dah tak boleh disangkal lagi..benda macam ni memang dah bersepah2 dah. Jadi, kosekuennya, aku juga akan belajar untuk buat satu e-book yang boleh bagi manfaat kat masyarakat...and am still learning on it.
However, sebelum projek jutaan ini dapat diteruskan, aku kena settlekan +*+*~Arvore Cold Case~*+*+ punya base dulu. Target aku by next year dah boleh jalan fluently, sistem pun start smoothing sebab aku ada 6 months je untuk train staff sebelum aku berlibur panjang...hehe.. :P Bila Cold Case punya progress dah nampak kemajuannya, baru boleh buat internet marketing ni yang PASTINYA tak terbatas market segmentnya. Also, barulah projek e-book aku boleh berjalan.
Skang ni aku tengah build up 1 blog kat wordpress, tapi blog ni more ilmiah lah, takde la mengarut bagai macam kat sini kan, focusing on +*+*~Foods Of Joy~*+*+. Nak tau apa dia, nanti bila dah siap sikit aku reveal kat sini ok. So...tungguuuuu.
So now, have to back off. Banyak keje tak siap lagi ni. Will update more later.
+*+*~Happy Working~*+*+
Cerita Rozelia Shariff pada 11:23 AM 0 komen
Cerita Tentang: cerita kami, happy time, my work, progress review
October 21, 2008
+*+*~Cari Duit Melalui Blog??~*+*+
Should I say +*+*~side income~*+*+. Kisahnya macam ni, masa aku tengah dok sibuk check email pagi tadi, tiba2 tersangkut kat satu iklan ni, which I found sangatlah bagusnya. Sekali sekala try benda baru apa salahnya ye tak??
Actually, am alert with this affiliate system, especiallu Nuffnang. Cakap, blog sape yang tak serve nuffnang? +*+*~Kecuali blog aku..miahahaha~*+*+. Normally, siapa yang ada blog mesti serve nuffnang punyalah. Just that, nuffnang ni susah sikit sebab kalau nak jadi servant dia kena ada banyak traffic ke blog kita. Kalau kena blog aku yang hanya aku sebagai pengunjung setia, kan ke parah namanya.
So, bila terjumpa affiliate system ni, aku rasa its better if I try. Lagipun, semua registration adalah PERCUMA. Siap boleh dapat e-book lagi macam mana nak jadi affiliate yang berjaya. Kalau nak tau lebih lanjut, bolehla lawat ke rahsia-pro-affiliate.com. Manalah tau ada rezeki, boleh dapat side income yang melimpah ruah...hihi... Boleh jugaklah buat cover duit minyak ke, bil telefon + elektrik + air ke.
Ok, now back to work. Aku tengah sibuk nak siapkan next year planning ni. Of coursela business plan kena setup baru. Nak kena mengadap MARA dan konco-konconya sebab nak minta budget untuk run business tahun depan. So, wish me luck!
Cerita Rozelia Shariff pada 1:18 PM 0 komen
Cerita Tentang: affiliate, cerita kami, my work, rahsia-pro-affiliate
October 07, 2008
+*+*~Back to the Crib~*+*+
Betapa rindunya hati ini pada rumah yang terchenta...ewah...
Tadi pagi angkat bungkus daripada rumah my parents terus balik ke rumah kami kat Puchong. Gila lama tinggalkan rumah tu. Tak salah aku sepanjang bulan Ramadhan hari tu dekat sebulan gak lah aku tak duduk kat sana. Tapi, sebab projek kat sana dah settle, aku balikla semula ke syurga kami.
Tapi satu benda je yang tak tercapai kat hati lagi. Aku belum dapat lagi beli langsir untuk syurga kami tu. Dah dekat setahun aku duduk kat situ, memang belum pernah pasang langsir lagi. Maklumla, duduk kat situ macam main2, kejap duduk, kejap tak. So, sebab rumah selalu tinggal, takdelah aku nak hias rumah beria-ia. Tapi rasanya macam nak start serious balik duduk kat sana...gilo...
So malam ni aku nak basuh baju yang bertimbun-timbun tu. Tadi dah beli sabun, softener & clorox for colour kat kedai runcit Ban Kah Chai. Jadi ada semangat sikitlah nak buat keje rumah. Pastu nak kemas apa2 yang patut. Maklumla dah lama tinggal rumah tu, nak harap adik aku yang duduk kat situ sekali alamatnya...jangan harap.
By the way, aku dah jumpa supplier kordial lain. So makcik, bersiap sedialah untuk tutup kedai lepas ni....muahahahaha!! +*+*~gelak evil~*+*+
Now, back to work.
Tata...
Cerita Rozelia Shariff pada 1:11 PM 0 komen
Cerita Tentang: cerita kami, my crib, my work
October 06, 2008
+*+*~Not In Mood~*+*+
Apa kena ntah dengan aku hari ni. Semuanya serba tak kena. Dah masuk opis pun takde selera nak buat keje. Bencilah macam ni.
Actually aku sakit hati deal dengan orang melayu ni. Kalu nak bisnes, buatlah cara nak bisnes. Ni tak, hati besar nak bisnes, tapi bila sampai masa cuti raya, mulalah lupa diri. Sakit hati tau! Tadi masuk je opis aku terus call supplier kordial dengan harapan dia dah startla operation dia, tapi, HAMPEH! Boleh tak kedai tak buka lagi? Bila aku tanya bila nak start operation boleh tak jawapan dia "Botol tak sampai lagi lah, macam mana makcik nak buat". Makcik...boleh tak makcik telefon supplier botol tu suh dia cepat sikit. Kalau makcik buat tak port je tu pasal jadi macam tu...
Patutla 12 tahun makcik buat kordial, kedai makcik besar "tu" je....
Yang buat aku sakit hati sangat ni, orang melayu ni tak serius buat bisnes. Main2! Bila dah dapat untung sikit, mulalah dia bunyi...."Cukuplah tu...dah boleh cover makan-pakai kita anak beranak...tak baik tamak2 ni".. PUII!!
Bosanlah! Kena tang customer lak, buat order bagai nak rak, tapi tang payment...punya liatnak settle. Memang PUII la!!
Dahla, cukup emo aku ari ni. Skang ni aku nak duduk diam2 tamau buat apa2...
September 12, 2008
+*+*~Rampasan Kuasa~*+*+
Waaa...mata ni macam berat je. Aku baru je sampai kat rumah dari Taiping dalam kul 8pm tadi. Penat, tapi aku puas! Macam2 hal dapat discuss dengan Pn. Rosmah tadi.
Tapi satu hal jelah, semua botol besar yang telah dihantar kena tarik balik sebab packaging problem. Tulah orang2 production, aku dah kata. Kedekut sangat nak buat investment nah skang hamek kau. Dahla barang kena return, order kena cancel lak tu. Potong...potong. Alhamdulillah frozen foods kitorang takde masalah. Hopefully everything will be fine la with that thing.
Discussion dengan Pn. Rosmah went well. Dia setuju dengan distributorship yang kami offer. Then kami offer juga kat dia untuk buat demo & food testing for that seasoning and sambutan dia sangatlah bagus. Siap offer nak bagi bilik free kat Bukit Merah Lake Town. Yes, this lady is very kind and hopefully our business deal with her will last longer.
Now, nak pegi call Richard, banyak bendA nak explain kat dia.
Cerita Rozelia Shariff pada 9:02 PM 0 komen
Cerita Tentang: my work, progress review
September 11, 2008
+*+*~Jari-jariku Sakit Semua~*+*+
Baru je lepas sesi mencuci freezer. Hari tu sebab terlalu panic tengok ayams yang terlalu banyak, my mother telah meng-dump ayam2 tu ke dalam freezer. Akibatnya, selepas 5 hari defrost pun ayam2 tu masih terlekat sesama sendiri dan tidak boleh dikeluarkan. Malam tadi, dengan kerjasama daripada si Labu, dapat gaklah tarik freezer tu keluar & operasi nyah-keluaran ayam dapat dilakukan dengan jayanya.
Tapi, akibatnya... Jari2ku sakit semua. Nak tarik ayam tu bukan senang. Si Labu siap "berenang" kat dalam freezer tu semalam. Chisttt...berenang dengan air ayam..gilakah?? Tapi tulah dia kemanisan "duit", nak jadi kaya ni memang macam2 nak kena buat.
Oklah, later, nak siapkan chicken chops dulu. Esok aku nak ke Taiping, yippiee!!
Cerita Rozelia Shariff pada 12:58 PM 0 komen
Cerita Tentang: my work, progress review
September 10, 2008
+*+*~Back To Basic~*+*+
Tadi malam my husband balik di saat aku baru je nak lelapkan mata. Kepenatan, seharian mengadap order2 yang tak siap2 tu. Barulah aku benar2 kenal erti kepuasan...just imagine, RM16k++ menanti bila order2 tu dah disiapkan.
Dia balik je terus dia buka cerita tentang supplier baja yang buat hal dengan dia. Yes...we're running our own company now. Aku dengan f&b aku, my husband dengan plantation dia, tapi kadang2 aku pun take over jugak handle company dia. Macam nilah company kecik, semua kena jadi multi-tasking.
Daripada cerita dia tu buat aku berfikir, apa kesudahan masa depan peniaga2 Melayu ni. Macam tulah, banyak sangat politik, terlalu berkira dan takde tolak ansur. Bila tengok rakan seperjuangan maju mulalah cari jalan macam mana nak jatuhkan kawan sendiri, kalau boleh sepanjang masa dia je yang nak berada kat atas, takde siapa boleh menyaingi dia, perangai macam FIRAUN! Bagi aku kalau peniaga2 Melayu terus dengan paradigma sebegini PASTI orang Melayu takkan maju, sepanjang masa terkebelakang. Cuba tengok bangsa yang mendominasi bidang perniagaan & ekonomi, tak payah tengok jauh, kat Malaysia pun cukup. Aku rasa diorang tak takut dengan persaingan, sebaliknya mereka mengamalkan paradigma SYNERGIZE. Tak kesahla kalau perniagaan kau maju as long kau nak buat bisnes dengan aku and aku akan pastikan kita sama2 maju.
Yes, back to basic. Dalam bisnes macam tulah, ada yang "membunuh" dan ada yang "terbunuh". Business is like gambling, full of risk. Kalau tersilap percaturan alamatnya memang terlungkup jawapannya. But there are A LOTS of things to be learnt. Dan yang paling aku suka aku berpeluang mencabar diri sendiri dan tidak berhenti berfikir.
Macam sebelum ni, aku pun hampir tersilap percaturan. Tapi bila orang yang "mengaku" business partner tu mula tunjuk belang, tak treat aku as business partner sebaliknya buat kami macam hamba, alamatnya dia memang silap besar. Memang betul sekarang ni dia nampak kami ni anak2 ikan saja, tapi dia kena pastikan dia tengah deal dengan anak ikan spesies apa. Kalau anak ikan gapi senang2la dia tenyeh, tapi kalu anak ikan JAWS...haaa..kau tunggu jelah padahnya.
Takpe, buat masa ni aku masih bersabar lagi. Maklumla, kami ni masih muda, masih setahun jagung. TAPI, bila kami dah mula mengorak langkah nanti kami pastikan MELAYU akan ada perubahan. MELAYU yang tanak berubah, boleh pegi mampus! Silalah siapkan tajak dan cangkul untuk gali lubang kubur kau sendiri.
Cukuplah membebel. Aku kepenatan ni. Seharian aku keluar settlekan hal2 admin. Macam mana pun trademark issue memang dah nampak progressnya, insya Allah after 5 weeks nanti dah boleh letak TM kat seasoning label tu. Pastu nak call Diana kat Karangkraf pulak nak tanya arrangement tentang advertising dalam RASA. Maybe kita go for 1 keluaran dulu, saje nak tengok macam mana impact dia.
Hopefully semuanya akan berjalan lancar as plan. Kalau semuanya berjalan lancar tahun ke-3 bolehla kita synergize...insya Allah.
Cerita Rozelia Shariff pada 4:37 PM 0 komen
Cerita Tentang: my work, progress review
+*+*~Which One To Choose?~*+*+
Kalau nak ikutkan, tak layak aku ajukan soalan macam ni sebab aku takde kuasa nak memilih. Apa yang perlu aku lakukan sekarang ialah MENCUBA bukan MEMILIH.
Tadi dah go through few financing facilities yang ada for PKS a.k.a IKS. Yang aku pernah dengar such as TEKUN, PROSPER, MARA and such. Tapi macam pening, tak tau which one yang aku kena terjah dulu. Nampak macam PROSPER tu bagus juga, dia boleh bagi up to RM500k loan and memang tu requirement dia, mesti more than RM500k. However, kalau nak apply, applicant should bare 20% of initial capital. Which means kalu starting cost is RM500k, we should have RM100k inside our account. Wah..banyak betul. So, kena ada proper planning on this.
Currently company performance quite ok. Setakat 20k-30k tu dah adalah dalam account, tapi biasala cash flow macam air. Duit singgah je memanjang. Dapat payment, kena bayar kat supplier la, bayar gaji pekerja la, yada, yada, yada... adalah sikit untung. Tu yang nak rolling balik so that bolehla buat apa yang patut. Hrmmm...rasa macam susah pun ada, so nak tanak kena naik turun office diorang jugaklah nak dapatkan clearer picture about this.
Yang penting usaha and aku tak boleh putus asa. Ni baru start nak memilih. Kalau la aku boleh jumpa orang yang betul2 power bab buat business plan and boleh lak bagi guidance kat aku secara free...kan best.
Rasanya nak contact this guy la...Mr.Najieb Mokhtar. Dia ni CEO tapi muda sangat..hopefully he can help me. Also nak contact Pn.Ashah...really hope this people can help me.
Cerita Rozelia Shariff pada 2:39 AM 0 komen
Cerita Tentang: my work, progress review
September 09, 2008
+*+*~Malas...~*+*+
Dah berapa hari tak update. Malas. Keje dahla banyak gila. Silap haribulan tahun ni pasar Ramadhan kena burn. But if it's what has been fated, aku redha.
Trademark punya citer almost resolve. Esok nak jumpa Lee & sign few documents. Pastu nak buat appointment dengan Pn.Rosmah Al-Nur sebab ada few item yang nak discuss dengan dia. Kalau dia setuju aku nak appoint dia jadi distributor bahagian utara, merangkumi Perak, Penang, Kedah & Perlis. Pastu boleh la aku fokus kat production line pulak. Nanti bila production facilites dah nampak progress, bolehla turun belah selatan pulak. After that, pegi Pantai Timur & Malaysia Timur pulak. Bila dah cover 1 Malaysia ni bolehla start penetrate market overseas.
Letih. Banyak benda aku nak fikir. Kepala otak ni dah tak boleh berenti berfikir dah. Kalau aku peratikan ramai orang lain yang umur baya2 aku ni tengah dok sebok berfikir macam mana nak stablekan ekonomi, macam mana nak bina one happy family, yada,yada,yada...tapi aku boleh bangga dengan diri aku sebab dalam umur setahun jagung ni aku dah start berfikir macam mana nak build up & secure business empire aku sendiri. Bukanlah aku tak fikir nak ada anak ke, nak besarkan family ke, tapi for me anak tu anugerah. Kalau dah sampai masa, insya Allah dia datang jugak. Tapi, yang ni usaha aku. Usaha untuk menaikkan semula empayar Islam yang telah musnah.
Dah settle discussion dengan Pn.Rosmah nanti aku nak start buat paperwork. Nak pegi naik turun MECd ke, MARA ke, PROSPER ke, yang penting aku nak cari jugak tempat yang boleh offer grant untuk projek aku ni. Pas tu boleh la teruskan keje2 lain pulak. Masa dah tak panjang, another 7 years to go. Tapi takkan nak tunggu tahun ke-7 baru terhegeh2 nak amik tindakan. Sekurang-kurangnya tahun ke-5 nanti dah siap untuk sinergize. Just one thing je harapan aku, semoga apa yang aku usahakan ni mendapat keberkatan Allah, mardhotillah.
Now back to work. At least terlepas juga apa yang terpendam kat hati ni 2-3 hari ni. Banyak lagi pendaman2 yang nak diluahkan, tapi tunggulah masanya nanti.
Cerita Rozelia Shariff pada 9:15 PM 0 komen
Cerita Tentang: deep thinking, my work, progress review
September 04, 2008
+*+*~Ramadhan 1428 #3~*+*+
Hmmm..hari2 citer pasal ayam. Tak abis lagi order ni. Tapi hari ni paling ngeri la. Tadi dekat sebesen gak ayam aku dah buang sebab bau dia...perghhhh...pekat gila.
Pagi tadi, bangun tido, senyum2 (gilakah??), pastu terus call Pn. Rosmah, kononnya nak dapatkan feedback pasal barang semalam lah. Satu kali kena teow la.... Semuanya sebab label kat botol besar tu takde stated expired date. Aku dah kata dah... Dah banyak kali aku bising dengan orang KKB, tapi amik tak port je dengan complain kitorang ni. Sekali dapat customer complain baru nak melompat. Tapi solution yang dia buat sangat2 la tak memuaskan hati aku.
Ok, macam ni citer dia. Aku dah banyak kali bising dengan diorang suh beli inkjet coding printer. Katalah payah sangat nak dapat supplier, aku dah siap carikan quotation dah. Tapi bila aku propose je, mentah2 diorang tolak dengan alasan nak tunggu order confirmation from ***. Tunggu punya tunggu sampai ke la ni pun tak confirm2 lagi order dia. So, akibatnya kami lah yang kena tanggung.
Kalu macam ni tak boleh jadi. Aku akan bertindak. Aku dah kata, sape yang kurang hajar patut di ajar. Keje tanak buat, tapi payment nak cash aje. Cuba bayangkan, kami purchase barang sampai puluhan ribu pun dia boleh order nak cash payment. Gilakah?? Ko ingat aku ni keje cop duit ke apa?? WTF la?? Oleh itu, terpaksalah aku mengatur strategi Italian job aku kan.
1st thing, aku apply trademark dulu. Ni semua supaya aku boleh secure produk ni. 2ndly, tangkap itu chef. Skang ni pun dah nampak dia cuba buat baik dengan kami, apa je yang kami nak semua dia dah start ikut. Pas ni bolehla pegi apply kat SMIDEC ke, TEKUN ke, MECD ke, so hopefully by end of this year boleh la buat production secara serius. Hari tu marketing manager pun dah bunyi, dia nak try dapatkan market ke Dubai, tapi on condition kena secure production up to 100k every month. Which means, aku kena cari proper premis!
Ye, perjalanan masih jauh. So, wish me luck ok.
+*+*~Rasa macam esok tak leh puasa je. Selamat bercuti..hehe..~*+*+
Cerita Rozelia Shariff pada 1:11 AM 0 komen
Cerita Tentang: my work, progress review, ramadhan
September 02, 2008
+*+*~Ramadhan 1428 #2~*+*+
Pejam celik dah 2 hari puasa. Sampai ke hari kedua ni pun aku still tak buka stall kat pasar ramadhan lagi. Tak sempat seyh. Skang ni tengah pulun habis2 nak siapkan balance order from Al Nur.
Pagi tadi my husband & one of our colleague pergi ke Taiping untuk buat delivery. Bayangkan, bukan sikit2 punya delivery ni tau. Masa aku prepare document malam tadi macam tak percaya je. Payment yang bakal aku terima mencecah puluhan ribu ringgit! Expected 2 cheques from customer which total will be RM25k++! Macam tak percaya je! This is the pay I will get for all the efforts and this is the first time I got payment like this!
+*+*~Alhamdulillah!Alhamdulillah!~*+*+
Ni tengah take 5 kejap. My husband buka puasa pun kat hentian Tapah je tadi. Kesian dia. Takpe, sabar ye bang...tak lama lagi kita hire lorry driver ok. Tengoklah, kalau takde aral melintang perhaps after raya ni kami akan start ushar tempat + dapatkan grant untuk buat production. Macam tak best je condition production skang ni. Daif sangat! Kalau everything boleh arrange as plan, insya Allah masuk tahun ketiga business kami ni bolehla kami start explore overseas market.
Yang pentingnya, cuti raya ni kami ada plan for small vacation, dalam negeri je, takleh klua lagi sebab forsure baaanyak keje yang menanti. This is as a token lah untuk kepenatan sepanjang Ramadhan ni. Pastu kita kerja keras balik lah. Tadi dah ushar 2-3 package yang ada, nantilah aku update ke mana plan kami.
Oklah, now off to potong ayam session.
+*+*~Nak kaya punya pasal, abis satu rumah dengan aku2 sekali berbau AYAM..heheh..~*+*+
Cerita Rozelia Shariff pada 8:22 PM 0 komen
Cerita Tentang: my work, progress review, ramadhan
August 25, 2008
+*+*~Getting Busy~*+*+
Seems like my life is totally change after MAHA. I've expected this tapi tak sangka lak perubahannya sedrastik ini. Anyhow, alhamdulillahhh...
This morning got a call from Pn.Rosmah in Taiping, dealing for quotation and what not. Gila tak gila lah kan, boleh tak aku jot down fax number dia sambil driving. Masa tu aku on the way ke MPSJ sebab nak settlekan hal lesen. Sampai je opis, settlekan hal quotation tu & straight away fax kat dia. Pastu klua lak pegi Low Yatt sebab my husband nak beli RAM for his lappy.
On the way balik from Low Yatt, dapat call from Pn.Rosmah again, dia bagitau dia nak raise P.O. So, aku pun bagitau, delivery seminggu selepas dia raise P.O. Ingatkan dia nak order sikit2 je...sekali..hamek ko! Frozen foods je pun dia order sampai 50 carton each for 3 items, which I told her each carton contain 24 packs. Which means 1200 packs each. So, just imagine lah, 3600 packs to be completed in 1 week. Wish me luck lah ye. Kalu aku tak update blog, harap faham jelah ye.
Esok pun schedule aku dah almost pack. Pagi nak pegi Chow Kit sebab nak pegi beli meja besi & payung. Lepas tu nak terus ke Puchong sebab nak discuss dengan Tok Ngah apa dia plan nak buat during pasar ramadhan. Petang ada appointment dengan Diana from Karangkraf pulak sebab dia nak offer buat advertisment kat dalam magazine RASA. Hari Rabu plan nak ke Melaka sebab nak rediscuss dengan PERNAMA tentang pricing, tapi nampak gaya encik Husband jelah yang kena represent aku sebab forsure aku sibuk gila dengan production kat sini. After dah complete order untuk Pn.Rosmah ni aku kena cepat2 panjat ke TEKUN, SMIDEC, PROSPER & what so ever sebab nak apply grant or what so ever yang boleh lah. Nampaknya cita2 aku nak ada premis production by end of this year dah nampak makin cerah ni, alhamdulillahhh.
Ni pun curi masa jap update blog kat rumah my mother sebelum aku bergerak pegi cari plastic for frozen packaging and what not. Malam ni aku nak balik Puchong jap sebab dah almost 2 weeks tinggalkan rumah so tak tau apa jadi dengan rumah tu. Pas tu nak siapkan account balance & contact list sebelum aku pass kat staff2 yang lain untuk selesaikan contacts tu.
Wish me luck ok!
Cerita Rozelia Shariff pada 7:09 PM 0 komen
Cerita Tentang: my work, progress review
August 24, 2008
+*+*~MAHA Updates Until The End~*+*+
+*+*~MAHA day 10~*+*+
Actually, on 10th day aku tak stay sangat kat booth. Mana taknya, nak kena pegi MPSJ settlekan lesen, tapi setelah bersusah payah mengharung jem ke USJ, aku tak dapat jugak amik lesen lagi. Sebabnya, dokumen tak lengkap! Tapi just i/c fotostate je yang tak de. Takpe, sabar. Perhaps will return to MPSJ on Monday to collect that license. Dah settle keje kat USJ, straight away to MAHA. Tengok2 apa yang patut, then off to Gemas. Kan aku ada bagitau MIL buat kenduri doa selamat. My husband's siblings semua ada kat sana. So, kitorang terusla tido sana. Again sorry for no pictures, tak laratla nak keluarkan kamera dalam keadaan rumah yang ramai gila orang tu.
+*+*~MAHA day 11~*+*+
Dalam kul 10am baru kitorang gerak balik ke KL. Tu pun MIL macam sedih je sebab dia ingatkan kami nak balik lepas lunch. Bukan taknak stay, tapi tak boleh. Nanti booth MAHA tu sape nak tengok. Tinggal my mother je yang nak kena control the situation. Sepanjang perjalanan balik dari Gemas~KL aku tido je. Tak larat sungguh, tetiba rasa badan macam demam. Tapi, bila sampai je kat booth, kenalah buat keje macam biasa semula.As usual, orang memang ramai gila, but perhaps because it was Friday, sales agak slow sikit. But it's ok, banyak lagi kerja yang menanti lepas MAHA ni.
+*+*~MAHA day 12 ~The Final~*+*+
Ya Salammmm...hari ni memang ramai gilaaaaa orang. Bayangkan, nak naik escalator pun boleh jem. Booth kami buat demo non-stop from 10am ~ 9pm. Sales juga increase today sampai 100%!! Best, tapi of course la penat. Just one thing, aku tak sempat nak ronda2 during MAHA ni. Sepanjang masa kena stay kat booth sebab kakitangan tak cukup. Orang citerla ada rumah Johor la, rumah N.9 la, ada jual rabbit la...semua aku tak sempat nak jengah. But it's ok, maybe next time. Habis je exhibition time at 9pm, kitorang terus kemas & unload barang2 daripada booth. Oh ya, yesterday Richard also came to join us. Masa kemas2 tu, dia pun join sama. Siap kemas semua at 11pm, then straight away back home sebab nak unload barang2 pulak.
+*+*~My Review about MAHA~*+*+
Actually, aku tak nak komen apa2 sebab for me this exhibition means a lot to me & my business. Tapi, rasanya ada few things yang nak kena tengok.
+*+*~For Event Management~*+*+
1. +*+*~Macamlah diorang baca blog aku kan..hihihi~*+*+ Cara korang manage security system agak kaput & buat aku naik darah. Ada ke patut kena stop load barang dalam hall after 10am. Katakanlah aku punya stock datang dari jauh & sampai kat tangan kitorang after 10, do you expect that kami nak angkat stock tu 1-1 sampai ke booth tanpa pakai trolley. Pakai otak sikit la weyyy... Apa salahnya ko buka pintu belakang hall, letak 1 guard kat situ & tulis kat entrance tu +*+*~For Exhibitor Only~*+*+. Susah sangat ke nak buat macam tu?
2. Lagi satu aku naik hangin dengan orang2 yang jaga parking. Ada ke patut exhibitor dia suruh parking kat tempat visitor dengan alasan takde car sticker. Wtf?? Aku banyak gila barang nak angkat, ko suruh parking berjela2 jauh nak mapus & u expect that aku nak angkut barang berat2 tu & jalan kaki jauh gila ke hall? Kalau ko nak tolong angkatkan barang2 aku tu, bolehla aku parking jauh gila macam tu. Padahal parking exhibitor baaaaanyak gila kosong. Kot ye pun ikut perintah, guna otak sikitlah weyyyy
3. Masa opening day aritu, ada ke patut korang suruh exhibitor ikut jalan jauh gila, I mean kena ikut visitor's entrance. Pas tu, bila tolak trolley kosong tak boleh lalu kat laluan tramp, kena lalu kat pintu masuk yang ada pagar tu jugak. Again, wtf?? Korang ni buat keja boleh pakai otak tak? Ended with kitorang jadi mangsa kena buat keje macam Abu Nawas..chaitt!!
+*+*~To My Collleague~*+*+
1. Thank you very much for your support. Sanggup datang tolong jaga booth padahal korang tau takde payment pun yang aku sediakan. But so far, I believe we will get the glory in shorter time.
2. To my mother, thank you very much for supporting me. Setiap hari siapkan barang2 and make sure barang2 yang nak dibawa ke booth tak tertinggal. Also willing to demonstrate our product to people walaupun aku dah tak larat nak buat. +*+*~Eventho I know U never read this blog...hehe~*+*+
So..that's it about MAHA. MAHA is over....millions of jobs awaiting for me. Bulan puasa ni kami ada projek pasar Ramadhan, most probably marketing job will be taken care by my husband. Lepas raya aku amik alih balik keje marketing & looking forward to get any grant that they're offering for the IKS.
So, stay tune...I believe our journey will be more exciting onwards!!
Cerita Rozelia Shariff pada 9:06 AM 0 komen
Cerita Tentang: MAHA, my work, progress review
August 20, 2008
+*+*~MAHA day 9~*+*+
Today aku masuk lambat sikit kat booth...actually, taklah masuk lambat. Aku dah tolong gi loading barang semua at 10.15am, then aku kluar balik pegi buat photostate lah +*+*~brochure pun dah macam pisang goreng panas, cepat gila habis~*+*+, pastu pegi bank sebab nak follow up whether kes incomplete transaction ari tu dah settle belum + cek sekali samada transaction malam tadi success ke tak, then pegi ke MPSJ nak settlekan hal lesen. Unluckily, sampai kat MPSJ dah lunch hour, kalu nak tunggu jam 2.30pm baru diorang operate semula, so, esok jelah nampak gayanya aku settlekan hal lesen tu.
Ari ni pun phone still tak berenti berdering, nak tanya mana nak beli seasoning lah, kat mana booth lah...but it's ok..more calls means more customers. More customers means more business. More business means...tak lama lagi my husband boleh senyum lebarlah sebab bayang2 E60 dah makin jelas...eheh.. :)
Esok kemungkinan besar aku akan berada 1/2 day saja kat tapak MAHA. Nak kena balik Gemas jap...malam tu my MIL nak buat tahlil untuk arwah FIL. Dah 10 tahun FIL meninggal...aku pun tak sempat jumpa my FIL. Tiap tahun just pegi melawat kubur je. +*+* tskk..mcm dah banyak kali je, padahal baru tahun lepas sekali pegi~*+*+
Hopefully, tomorrow will be the better day. Jauh lagi perjalanan ni and am sure will be more exciting!
August 19, 2008
+*+*~MAHA day 8~*+*+
Hari ni macam semalam, customer tak berenti2 berkunjung to our booth. Ni lah akibat bila berita dah masuk kat newspaper...alhamdulillah.
Disebabkan sales yang tetiba boom aku kena atur beberapa strategi:-
1. Call my cousins yang ada kat Penang, minta they all jadi dealer kitorang kat sana untuk cater orang2 utara.
2. Kena wujudkan 1 department baru +*+*~warehouse & logistic department ~*+*+ untuk urusan delivery ke sekitar lembah Klang.
3. Cepat2 cari sesiapa saja yang berminat untuk jadi dealer dari seluruh Malaysia.
4. Call Richard cepat2 sebab nak kena uruskan production as soon as possible.
Wah...nampak gaya lepas raya ni memang aku kena start menjelajah ke seluruh Malaysia. Kalau ada rezeki by end of this year memang aku kena buka satu mini factory untuk buat proper production. Alhamdulillah...nampak gaya memang bertambah maju bisnes ni. Doakan terus kejayaan kami ye.... :)
Cerita Rozelia Shariff pada 11:37 PM 0 komen
Cerita Tentang: MAHA, my work, progress review
August 18, 2008
+*+*~MAHA day 7 - meletup!!!~*+*+
Hari ni sales memang betul2 meletup. Pagi2 lagi aku dah dapat SMS daripada Kelantan bertanya tentang this magical seasoning sauce. Pelik gak aku, macam mana phone number aku boleh terlepas sampai ke sana?
Buka gerai dalam kul 11, sebab terlambat sikit & jalan masuk nak ke parking dah jem. Dah buka gerai & prepare apa yang patut, tetiba ada kawan my mother datang bagi tau muka aku masuk surat khabar!! Punyalah excited nak tau surat khabar mana, terus call one of my collegue suruh gi tengok. Rupanya, masuk kat UTUSAN, bahagian dalam negeri +*+*~sori, tak dapat upload gambar dia, scanner rosak & camera kawan my husband pinjam~*+*+. Tapi, memang salutla sama itu brother UTUSAN, memang dia tak tipu punyalah.
Alhamdulillah, skang aku dah start dapat call daripada seluruh Malaysia. Insya Allah, lepas MAHA ni memang aku kena round satu Malaysia sebab nak start cari agen untuk pasarkan produk ni.
Wish me luck kay. Aku nak rest kejap, hari ni penat sangat... :)
+*+*~edited~*+*+
nilah gambar dalam newspaper tu, courtesy of my friend Ridza. Thank you very much friend! Nanti aku dah bukak steak house I'll make sure kau orang pertama aku jemput.

Cerita Rozelia Shariff pada 11:53 PM 0 komen
Cerita Tentang: happy time, MAHA, my work, progress review