THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


Showing posts with label North. Show all posts
Showing posts with label North. Show all posts

March 23, 2009

+*+*~From Taiping With Love~*+*+

Well, as planned, we went to Taiping last Saturday. We started our journey at 4.00pm and managed to reach Taiping at 7.30pm. The presentation started at 8.30 pm in a seminar room at Legend Inn, Taiping. Most of the guests are business man who always travel overseas (which means an opportunity for us to spread our wings overseas, right?). So, the presentation went well (so did the foods too! :)), tapi agak tak best sikit apabila sang buyung yang membuat pembentangan. Tak sangka setelah officially bulan ke-7 ini saya adalah sangat kemengahan so tidak berapa cukup angin untuk bercakap banyak. However, luckily the guests still satisfied with the presentation outcome.


Legend Inn, Taiping (main entrance)


Signage to the presentation (tengok je benda ni buat saya jadi nervous sangat)



Jeffrey with the guests


The Shakes team - Connie & My mother



Then, on Sunday sekali lagi saya ke Ipoh untuk menghantar adik-bongsu-kesayangan saya yang bercuti semester minggu lepas. Bertolak jam 9.00pm dan sampai di Ipoh jam 11.45pm. Selepas menurunkan barang-barangnya terus bertolak balik ke KL dan sampai di KL jam 2.00am. Mujurlah driver rasmi saya (suami sayalah, siapa lagi) tiada apa2 urusan so confidentlah sikit kan nak travel malam2.

Hmm...besides that, I'm officially 7th month pregnant..how time flies! So, some random ramblings of 7th month pregger...

1. Baby sangat,sangat,sangatlah active especially bila dia dalam keadaan lapar. Kalau lambat makan dia akan buat mamanya pening kepala.

2. My appetite become worse (??)...saya tak berapa suka makan nasi, benda lain saya sukalah especially benda2 yang lemak berkrim macam ice-cream and Herbalife F1 shake!

3. Taking a photo at this 7th month is a big NO-NO. That's why gambar kat Taiping tu takde muka saya (eventhough my brother did took it one, tapi saya tak mahu publish di sini).

4. Saya lebih selesa untuk memakai pakaian maternity skarang ini, and setiap hari saya kena pakai "uniform" itu menyebabkan saya terpaksa mengeluarkan duit untuk membeli pakaian2 maternity sewaktu musim sale ini.

5. Saya baru mula membeli barang2 untuk si kecik, so far hospital bag dah complete, pakaian basic pun dah complete cuma tinggal nak beli playpen, besi buat and stroller sahaja.

Ini namanya update hentam kromo...tengah cerita pasal bisnes tetiba masuk cerita lain. Haihh...

February 16, 2009

+*+*~Ke Utara Lagi~*+*+

Esok saya akan ke utara lagi tetapi kali ini bapa saudara saya telah mengaturkan satu majlis di rumah beliau. Oleh itu kami akan berpeluang mengadakan sesi ceramah kesihatan dan bertemu dengan orang-orang utara.

Minggu ini dijangkakan jadual saya akan penuh dengan sesi taklimat kesihatan & wellness evaluation. Saya bercadang mengadakan sesi taklimat di MPK pada hari Jumaat dan kemungkinan besar Dr.Nazari juga akan mengadakan taklimat kesihatan pada hujung minggu di Tanjung Karang. Harap-harapnya tenaga saya akan terus berkekalan seperti biasa.

Sekarang ini perut saya kadang-kadang menjadi sangat besar, tetapi kadang-kadang sangat kecil, tidak seperti orang yang hamil 5 bulan ++. Tetapi baby saya memanglah sangat aktif terutama sekali apabila saya mahu tidur, dia akan menendang sekuat-kuat hati mengikut arah saya mengiring sehingga kadang-kadang saya tidak tahu arah mana patutnya saya mengiring. Tendangannya seolah-olah cuba memberitahu pada saya "Mama...tolong...saya tersepit!!". Tetapi perkara itu akan berlaku jika bapanya tiada bersama saya, jika bapanya ada bersama saya, baby saya akan menjadi baby yang paling bersopan di dunia...tiada tendangan sekuat hati cuma sentuhan-sentuhan mesra sahaja daripadanya. Hmmm...dalam perut lagi dah pandai ye??

Ok...saya perlu bersiap kerana saya akan bertolak ke utara agak awal esok. Mungkin selepas sesi taklimat di rumah bapa saudara saya kami akan singgah ke gerai mi udang di sungai dua dan menikmati ketam goreng cili di sana. Dan event ini akan menjadi surprise kepada suami saya.. :) Jumpa lagi bila saya dah balik semula ke KL.

January 16, 2009

+*+*~Northern Visit & Tanita Scale~*+*+

Sepatutnya saya memblogkan 2 perkara yang berbeza ini dalam 2 entry yang berbeza, tapi seperti yang saya bertahu dalam entry sebelum ini, saya sangat kekurangan masa untuk mengupdate blog dengan jayanya. Sekiranya saya tidak menggabungkan peristiwa2 yang sepatutnya saya catitkan dalam satu entry yang sama alamatnya berhabuklah blog ini.

Ok, first of all journey saya ke utara tanah air. Sepatutnya saya telah membuat satu janji temu dengan ibu saudara saya yang kini berada di Kuala Kedah. Malangnya, pada hari itu beliau terpaksa menghadiri kursus luar daerah dan beliau terpaksa menginap di hotel berdekatan (last minute confirmation). Jadi kami terpaksa membatalkan niat kami ke Kedah. Walau bagaimanapun kami tetap ke Bukit Mertajam Pulau Pinang untuk bertemu dengan sepupu saya dan seorang lagi bapa saudara saya. Sekali lagi malang tak berbau, rumah sepupu saya telah dimasuki pencuri pada petang itu dan sesampainya kami di rumah beliau, polis baru sahaja selesai melakukan siasatan.

Jadi malam itu kami tumpang bermalam di rumah beliau, tanpa sempat bercerita tentang produk Herbalife. Tetapi esok pagi sewaktu sarapan kami menunjukkan kepada beliau cara membancuh sarapan pagi F1 Herbalife, tetapi kami terlupa memberi beliau merasa keenakkan sarapan pagi tersebut!


Pak Long Mahmud & Mak Ngah Yam

Selepas sarapan kami terus bersiap dan berangkat ke rumah bapa saudara saya di Kepala Batas, Pulau Pinang. Bapa saudara saya ini menghidapi kencing manis (diabetes) yang sangat kronik. Menurut beliau, kali terakhir beliau berjumpa doktor, doktor telah menasihati beliau untuk bermalam di hospital kerana meter yang digunakan untuk memberi bacaan diabetes beliau tidak dapat memberi bacaan terhadap kekronikan diabetes beliau. Ibu saudara saya pula memberitahu beliau sedang menghidapi penyakit hati yang agak serius. Tetapi buat masa ini hati beliau masih boleh berfungsi lagi tetapi agak lemah. Saya telah memberikan produk Herbalife ini kepada mereka dan berharap agar produk ini dapat membantu mereka mengecapi kesihatan yang sempurna semula, Insya Allah.

Semasa kunjungan kami ke sana, kami telah membawa bersam
a satu alat penimbang yang dapat memberi bacaan tentang struktur badan pelanggan jadi dengan cara ini lebih mudah untuk wellness coach seperti saya mendiagnosis keadaan pesakit berdasarkan keadaan fizikal mereka.


Tanita Scale dengan permukaan kaca


Antara elemen yang boleh diukur oleh Tanita Scale

Alat penimbang ini boleh menimbang sehingga berat maksimum 180kg. Alat ini juga membantu memberi bacaan terhadap beberapa perkara yang melibatkan keadaan fizikal seseorang seperti berat, peratusan lemak badan, peratusan air dalam badan, muscle mass, physique rating, BMR, Basal Metabolic Age dan visceral fats. Saya akan membuat tutorial tentang penggunaan Tanita scale dan elemen2 yang boleh diukur dalam entry akan datang (ingatkan saya kalau saya terlupa).

Secara keseluruhan, apa yang boleh saya perhatikan daripada kunjungan saya di utara tanah air ini ialah:-

1. Kesedaran masyarakat terhadap tahap kesihatan adalah sangat rendah.
2. Masyarakat masih alpa bahawa masalah kesihatan berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak baik.
3. Tahap tenaga saya dan suami saya sepanjang perjalanan adalah sangat memberansangkan. Pada hari kami bertolak ke utara suami saya berupaya untuk memandu selama 6 jam tanpa henti dan tidak berasa penat. Pada hari kami pulang ke KL, beliau memandu selama lebih kurang 5 jam tanpa henti dan tanpa berasa letih dan selepas itu masih mampu berjaga hingga lewat malam untuk menghadiri business meeting beliau. Bagi saya pula, saya merasakan sangat bertenaga sepanjang perjalanan seperti orang yang tidak membawa berat lebihan (maksud saya tidak mengandung). Sekali lagi terima kasih kepada produk Herbalife!

Saya rasa setakat ini dahulu update saya untuk kali ini. Ada beberapa perkara yang perlu saya selesaikan dan malam makin larut, oleh itu saya perlu mengejar masa untuk tidur kerana esok saya perlu bangun awal pagi memandangkan saya perlu menghadiri satu sesi pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Semenyih.