THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

December 28, 2009

+*+*~Countdown: 3 Days To Go~*+*+

Hoih, cepatnya masa berlalu. Lagi 3 hari nak masuk 2010 ni. Just like my friend Filya, resolution for 2010 tak abis compile lagi ni..hihi. Most probably I will come out my quarterly goals just like I did last year. So far, goals last year for 2nd quarter and 3rd quarter accomplished. Cuma 1st quarter, 4th quarter and holiday wish yang tersangkut. 2010 must be more merrier, at least for me :)


Today started my day at 10 am. Aiyark...really need to improve this. Then straight away to Herbalife HQ, did the stock repurchase and oso I've bought my 2010 Spectacular & 4th Anniversary ticket! Akan menghadiri event itu bersama Kak Zhura, cannot wait! After that, straight away to our house of nutrition. Rumput kat laman dah menampakkan improvement. Dah banyak kaler hijau berbanding kuning, setelah puas saya membaja dan menyikat rumput tu. Dan rumput-rampai yang saya tebas kat belakang rumah tu pun dah nampak kering, esok boleh bakar. Yippie...nampak gaya by new year projek tanaman makanan saya akan dapat di-execute-kan. Sungguh gumbira, menari2 di dalam hati :)


Picture source from here

Started from today onwards I've decided that I will spent half day at that house. Doing the gardening and taking care of the house cleanliness. Kata Pak Sheikh, kalau ekosistem kawasan itu bagus, banyak burung2 yang akan datang. Saya mahu burung2 datang ke rumah nutrisi kami, dan saya juga mahu RAMAI orang datang ke rumah kami. Jadi first step is to give life to the house :)

Saya nak cerita lagi pasal Aimar. Baby itu telah duduk tegak dengan jayanya hari ini. According to my mom actually dah 2-3 hari dia dah boleh duduk without support. And oso sudah pandai memanjat ke sana ke mari. Yang bestnya, last week dia memanjat sampai takat melutut saja, this week dah panjat sampai boleh berdiri. Guess that another couple of week dia akan start berdiri lepas tangan, lepas tu...hoih, lu pikir la sendiri. And that baby will only turn to 7th months next week! And I read about bouncing baby dan memang baby Aimar sangat bouncy, setiap hari. Thats why bila orang pegang kaki dia people keep saying that his leg is so strong. Come on man, he's a bouncing baby. Mahu try kah?

Dan dia sangat suka makan! Tiap kali nampak orang bawa mangkuk/pinggan berisi makanan dia akan kejar sambil buat muka excited. Luckily I have Herbalife and I gave him the shake every single day, so of course this amazing product helping me a lot in managing my son's weight. Dan sekarang dia sudah addicted to the shake, kalau susunya tak dicampur dengan Herbalife shake he will refuse to drink his milk and protesting some more. Kalau dah itu makanan yang baik and full of nutrients for him, why must I stop him from taking it, no?

Wait for another countdown tomorrow :)


December 26, 2009

+*+*~Merry Christmas, hohoho!~*+*+

Picture source from here

Which happened yesterday. Oleh itu semua umat beragama Kristian (juga seluruh rakyat jelata di muka bumi) dapatlah bercuti, termasuklah saya. Dan semalam melayan cerita pasal christmas daripada pagi sampai ke malam. Tapi saya tak ke mana pun, hanya keluar kejap waktu pagi teman sang suami ke tapak projek sambil bawa anak jalan2 makan aircond angin dalam kereta.


Last Tuesday Aimar went for his 6th months check up. Kali ni semua measurement diambil secara menyeluruh sebab next check up bila dia 9 bulan nanti. Tinggi dia dah 66cm dan berat 7.1kg. Patutla separuh pengsan tiap kali saya dukung dia especially time dia tidur. Dan sangat mobile, instead of dah merangkak serumah dan duduk, dia juga sudah pandai memanjat. Kalau tinggalkan dia dalam play pen dia memang dia akan berguling2 seperti beruang panda. Panjat-jatuh-panjat-jatuh tu memang permainan wajib dalam play pen.
And as for me, sekarang masih bekerja keras menumbuh (growing) diri sendiri, especially bab time management yang sangat fail. Kalau ikutkan kegelabahan saya, confirm 24 jam sehari itu adalah tidak cukup. Mana nak handle anak, mana nak handle suami, mana nak handle FB. Mungkin saya akan meminta masa lebih, atau tangan tambahan ataupun klon. Huh..saya dah start merepek. Tapi, saya perlu belajar lebih keras bab time management. Dan weight management saya telah menampakkan hasil yang memberansangkan. Kebanyakan baju zaman anak dara saya dah boleh pakai semula. Sangat happy sampai hari2 senyum sampai ke telinga. Ada sesiapa yang nak join saya?


December 21, 2009

+*+*~Tentang "dia"~*+*+

Malam2 ni tiba2 rasa macam nak membelog tentang anak saya - Mukhlis Aimar yang sudah berusia 6 bulan. Sungguh cepat masa berlalu, rasa macam baru semalam saya melahirkan dia. -Tipu, sebenarnya dah lupa pun macam mana rasa sakit nak bersalin ari tu. Agaknya sebab semuanya sepantas kilat tu yang tak ingat apa pun tu :P

Di usia 6 bulan, Aimar dah boleh merangkak dan duduk. Skill2 ini telah digenerate sekaligus. Dan dalam masa yang sama sekarang ni dia telah belajar memanjat pula. Kalau pasal melompat, tak payah ceritalah. Memang boleh pengsan dibuatnya, especially kepada sesiapa yang volunteer untuk pegang dia.

Masa mandi adalah paling mencabar sekali. Sekarang ni pantang dia nampak bath tub dia, dia sendiri merangkak pegi kat bath tub dan jengah2 kat dalam bath tub tu. Bila dah duduk dalam bath tub, dengan kita sekali "mandi" dengan dia. Mana taknya, selagi boleh ditendangnya air dalam bath tub tu bagi keluar, macam cuba nak keringkan air dalam bath tub tu. And the latest one, dah pandai tepuk2 air bagi terpercik kat muka pulak.

Lepas mandi, nak pakaikan baju, lagilah mencabar. Memang tiap kali nak pakaikan baju dia, sampai berpeluh la saya dibuatnya. Salah satu cara nak lose weight tanpa pergi ke gym atau jogging track :) Dan sekarang ni sangat2 manja (adakah mengada). Tadi nak tidurkan dia kena nyanyi2kan dia, ajar mengira, peluk2 dia, barulah tido. Oh ya,saya memang train dia daripada sekarang untuk tido jam 10pm, not later than that unless saya terpaksa keluar dan bawa dia bersama.

Makan wise, sekarang ni memang dah start on solid foods. Baby bites, farley's rusks, nestum - you name it. Susu dia - saya bagi dia minum Dupro sahaja sebab susu tu dah lama so tak mungkin ada skandal melamin kan. Tapi susu Dupro tu saya mixkan dengan Herbalife Formula 1 in order nak completekan nutrition nya. Daripada segi pemakanan pun saya dah start train dia untuk eat healthily dan ikut time. Makan 3 kali sehari, dan minum air mesti up to 240ml per day (according to last check up his weight was 6kg, so 6kg x 40ml = 240ml). Esok check up 6 bulan dia so kita tengok berapa naik weight dia.

And 1 more thing, kalau ada kelapangan saya dah start bawa dia pergi ke taman permainan petang2. Nak train dia on socializing dan mesti bersenam. I'm really looking forward to leading him to healthy life style, and he shall start it now. Sekarang dia sudah boleh main jongkang-jongket, buaian dan gelungsur - tapi dengan 100% pengawasan daripada sayalah.

At least, I'm really enjoying my motherhood and my full time house wife's-hood sebab task untuk develop my son in the correct way adalah sangat mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Takpe, yang pentingnya result and I believe it would be the best sacrifrice and investment I've ever made.


December 14, 2009

+*+*~6 Months, Hair Falls, Crawling, Sitting & Solid Foods~*+*+

Ini namanya update sekali harung selepas 2 minggu..hehe :P Kebizian sikit lately thats why bersawang bagai blog ni. Takpe, kita bawa penyapu kasi buang itu cob-web2 semua..hiii :D

Basically, my Aimar had turned 6 months officially. Skarang ni dia dah boleh merangkak, dan duduk dalam masa yang sama. 2 skills develop at the same time...menarik bukan? Tapi yang pengsan for sure lah mamanya..oso ada chancelah lose weight secara natural juga. Just that kena berhati-hati sikit dengan mamat ni sebab exploration dia memang sangat hebat skarang ni. Macam malam tadi, dia bangun pukul 4.30am and refused to sleep. Saya memang tengah mamai bagai masa tu so babah dialah yang take turn melayan dia. Ntah macam mana husband saya boleh terlelap and bila dia tersedar mamat tu dah hilang daripada pandangan. Rupanya dia telah explore area makan dan dah samapi depan pintu bilik parents saya. (Notes: disebabkan dia sangat lasak sekarang ni kami opt untuk tido di ruang tamu sahaja).

Dan memandangkan Aimar sudah 6 bulan sekarang ni, I need to introduce solid foods to him. I mean bukan I need, I MUST sebab banyak petanda yang dia tunjukkan to show he is ready for solid foods. Instead of signs yang saya dapati daripada baby center, Aimar telah memberi petanda dia sendiri iaitu merampas makanan daripada tangan saya. Aiyaaa...baby 6 bulan boleh rampas makanan kah? Tapi itulah anak saya :) And that is what good and complete nutrition can do to a baby.

Finally, cerita pasal hair falls. Before this saya pernah dengar myths yang mengatakan kalau baby dah mula menyembur2 air liur rambut mak dia mesti gugur. At first susah saya nak percaya sebab no scientific explanation on that. Apa yang saya faham, rambut gugur sebab kekurangan iron dalam badan. TAPI, that's what happened to me now. Rambut-gugur-gila-babeng punya. And am still wonder, adakah kejadian ini disebabkan air liur the baby or what? Hari tu Aimar main gigit2 kepala husband saya (see, betapa ganasnya baby ini), tiba2 seketul air liur dia jatuh atas kepala husband saya tapi takde pulak gugur rambut dia kat area situ. Ada sesiapa boleh merungkaikan kemusykilan saya ini?

November 04, 2009

+*+*~He Turns 5!!~*+*+

Hihi...bukan 5 years ye...but 5 months. Alhamdulillah...tak sangka Mukhlis Aimar telah menyempurnakan 5 bulannya bersama kami. You're really our bundle of joy. Eventho at one time (most of the time actually) I feel like I'm giving up but I really thanked God that He sent you to us.

Mukhlis Aimar, u have turned 5 months today. Mama is so proud of u. I can turn your body so well now, u love to stand (of course by asking other peoples hand) and your cheeky smile really melt my heart away. And the best thing now u can realize who is your mama, your babah and other people as well. And i'm also proud as you grow as a healthy and happy baby. You allow me to stay focus on my work without having to worry about u so much as u never had fever and other diseases as well. I'm really proud of u my baby.

And what ever it takes, u will always be my baby. We love u so much!


August 31, 2009

+*+*~Merdeka!!~*+*+

Sudah tahun ke 52 Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan negara. Hari2 cuti begini saya manfaatkan untuk keluar bersama keluarga kecil saya menuju ke KLCC. Tujuan utama -mahu ke Menara Maxis untuk selesaikan overdue bill, kalau tak saya tak dapat buat kerjalah jawabnya. Singgah sekejap di Toys 'R Us, melayan si kecil kalau2 dia nak toys baru dan akhirnya terjebak. Nasib baik perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh suami saya :P.

Sambil memilih mainan baru yang dikehendaki oleh si kecil ( melampau bukan, bayi yang baru nak masuk 3 bulan sudah pandai memilih mainan), suami saya bersembang dengan sales assistant yang tiba2 datang meng-offer membership card kepada saya. SA itu bercerita yang malam tadi siapa yang datang ke KLCC semuanya dihalau oleh FRU kerana tiada apa2 sambutan yang dibenarkan di sekitar KL. Lebih menyedihkan, SA tersebut sampai ke rumah jam 5 pagi disebabkan dia tersekat dalam road block di sekitar KL. Ohh..tidak kutahu banyak road block di sekitar KL malam tadi sebab saya hanya menghabiskan masa di rumah dan melayan cerita Iron Man dan 1957- Hati Malaya.

Dalam kita galak menyambut kemerdekaan ini, terlintas di fikiran saya, merdekakah kita? Adakah selepas 52 tahun negara kita merdeka kita benar2 dapat mengecapi erti kemerdekaan itu? Adakah kita hanya merdeka dari segi zahirnya sedangkan mental dan rohani kita tidak merdeka? Adakah kita benar2 faham erti kemerdekaan. Yang penting, the damage is already done, kitalah yang perlu mengembalikan kegemilangan kemerdekaan itu kepada generasi akan datang.

Haih...lagi 10 hari kami akan bertolak ke Taiwan. Hopefully kami dapat bersedia mental dan fizikal untuk pergi ke sana. Dengan keadaan H1N1 yang semakin tidak terkawal dan saya perlu membawa baby Aimar bersama, saya hanya mampu berdoa kepada Tuhan agar kami semua selamat peri dan selamat kembali. Seminggu selepas pulang ke tanah air, hari raya akan menjelang. Nampak gaya last minute preparation lah tahun ni. Lagi satu persoalan...rayakah? Sudah bersediakah untuk beraya?

Huish...lamanya puasa. Dah tak sabar nak berbuka. Tapi nak berbuka dengan apa ya?

August 24, 2009

+*+*~Diary Ramadhan - Part I ~*+*+

Hoih...tiba-tiba ada mood nak update. Sungguh pelik. Bulan2 Ramadhan ni tiba2 membuak2 keinginan nak merepek kat sini.

Actually, I would like to announce, dengan jayanya saya telah berjaya meng-launch-kan blog liku2 ke puncak saya di President's Team 2011 blog. Actually this blog was created since last week, tapi baru berjaya launch hari ni. Basically, I will write down my 90 days plan and my DMOs in this blog, supaya boleh menjadi tatapan bakal2 partner saya dan sebagai bukti yang saya bekerja keras untuk menjadi President's Team pada September 2011 nanti.

Ok, skarang ni saya nak cerita pasal puasa saya hari ini. Actually, hari Sabtu saya berbuka puasa di rumah kakak ipar saya di Melaka and semalam (Ahad) saya berbuka puasa pula di rumah kakak ipar saya di Rembau. Permulaan Ramadhan yang baik nampaknya, awal2 puasa lagi dah pegi berbuka di rumah ipar2 saya.

So, hari ni barulah merasa berbuka di rumah emak saya pula. (Notes: saya dengan rasminya telah berpindah dan tinggal permanently di rumah emak saya..hehe :P). So, menu hari ini emak saya telah memasak bihun sup dan jemput2 udang. Suami saya dan saya telah berjaya 'memasak' di pasar Ramadhan Taman Delima. Hari ni kami telah berjaya membeli tau foo fa, rojak paru yang ya rabbi mahal (cucur udang 2 keping, tempe 1, tahu 1, ayam seketul, paru berkeping-keping cost us RM 10..hoih...bia betul kau pakcik??), kuih tepung talam gula merah yang yummeh, kuih tepung talam berlauk yang agak kureng, kuih pau Malaysia yang murah gila (tebal nak mati tapi dijual dengan harga RM1 untuk 3 keping...manalah nak dapat sekarang ni), and also kuih tepung pelita yang menjadi menu wajib suami saya. And also we had my signature soya cincau gula merah and kordial mangga. Dan selepas menikmati makanan2 yang 'ala kadar' itu saya telah berjaya bertapa di meja makan dan membelasah buah dokong yang suami saya belikan di Kuala Sungai Baru semalam. Hoih...I cannot resist that dokong...sangat sedaplah!

Dan hari ni, baru saya sedar sejak ada anak ni banyak betul kerja yang tak settle. Dengan baby Aimar yang semakin demanding perhatian saya, and also babah Aimar yang juga demanding perhatian saya...susah juga nak jaga 2 lelaki dalam 1 masa ye. Masa tengah dodoikan Aimar tadi, tiba2 terpandang pula baju suami saya yang berlonggok2 tak gosok lagi. Haiya..banyaknya kerja. Dengan 90 days plan saya yang baru berlalu seminggu...woih tak boleh jadi ni. Kena susun jadual betul2, otherwise boleh pengsan saya jadinya.

Takpe, segala penyeksaan hanyalah sementara. Kerja kuat mesti boleh kaya cepat. Lepas tu nak buat apa pun boleh buat dengan senang hati. Saya teringin nak buat biskut raya macam dulu2, tapi bukan tahun ini atau tahun depanlah. Lepas jadi President Team 2011 nantilah baru boleh concerntrate kat other business pulak.

August 07, 2009

+*+*~Its Raining Cats & Dogs And I Wish...~*+*+

I'm in Milan now and shopping like no one business.

Oh..sangat ridiculous angan2 itu. Meh kita lempang diri sendiri sampai pengsan..muahaha.

Actually its raining cats and dogs outside and my baby and my husband is travelling soundly to their lala land. Saya yang mengantuk tapi mata degil tanak lelap sebab asyik sibuk berangan nak pegi shopping kat Milan sambil pakai coat, highheels, scarve macam minah rusia and over sized sunglass. Oh ye, ada glove juga di kedua belah tangan saya sebab its winter. Gila la...berangan tanak kalah. Siap detail gila angan2ku itu.

Ni semua akibat request saya nak pegi IKEA pada husband tidak dilayan sama sekali..haih...

However, next month we're confirmed going to Taiwan. So, bulan ni memang kena keje keras sangat sebab nak cari extra money for training ticket, flight ticket and the accommodation too (yang telah diadvancekan oleh emak saya, thank you mama..I love u so mucho!!). But before that, peringatan kepada sesiapa yang mengambil loan PTPTN dan telah tidak melangsaikan hutang anda dalam jangka masa yang agak lama (macam saya), sila check dengan PTPTN status anda sebelum anda pergi ke luar negara or else mungkin anda akan menghadapi masalah besar di air port sebab sekarang tindakan undang2 PTPTN melibatkan pihak imigresen..huhu.

And sebelum tu, I need to make Aimar's passport first and baru saya tau skarang ni infant juga perlu ada passport dia sendiri. As what told by my mum, dulu infant punya passport tumpang kat emak dia punya passport tapi tidak lagi skarang and cost dia ialah RM150 bagi passport 60 muka. So, sekarang ni saya terfikir, macam mana nak amik gambar Aimar ye. Musti muka dia gila tak boleh blah kan..ngehee :P

Also, promosi Healthy Sahur for coming Ramadhan. Healthy nutrition which ensure that you will have tremendous energy eventhough you're fasting all day long. So, sape yang berminat boleh email saya ye dan email saya seperti di sebelah.

August 05, 2009

+*+*~Mukhlis Aimar Is 2 Months Old!!~*+*+

Alhamdulillah...setelah berpenat lelah mengharungi kehidupan bergelar "ibu" ini akhirnya putera sulung saya, Mukhlis Aimar telah berusia 2 bulan semalam.

So, semalam was his check-up visit day. And semalam dia menerima suntikan 5 in 1 nya (which I forgot what is it all about, yang saya ingat suntikan untuk saluran pernafasan, polio, kejang badan, otak and...ntah lupa pula untuk apa 1 lagi tu). Dan suntikan kali ni menyebabkan dia demam!

Actually balik je dari clinic visit, midwife dah pesan suruh bagi ubat demam yang dibekalkan pada Aimar. But being Aimar yang baru 2 bulan tapi dah tau apa itu erti "tak sedap" dia telah meluahkan semua ubat yang saya suapkan pada dia. Tambahan pula semalam saya terpaksa menghabiskan masa seharian di HBL office so tak dapatlah Aimar rehat secukupnya. Akibatnya hari ni saya terpaksalah mengadap dia seharian pula.

However, alhamdulillah...Aimar berjaya mencapai umur 2 bulan dengan jayanya. Few updates on him:-

1. Dah pandai bezakan rasa sedap dan tak sedap. F1 shake yang dicampurkan dengan air masak saja adalah tidak sedap oleh itu jangan harap dia nak minum kalau disumbatkan dalam mulutnya, dan air masak juga adalah tidak sedap walaupun dah dicampur dengan Herbal Aloe Herbalife dan ubat demam juga adalah tidak sedap. Tapi kalau ambil honeydew and letak kat mulut dia, dia akan mula jilat like no tomorrow.

2. Sekarang dah mula alert and belajar recognize muka orang. Bila dia nampak muka baru dia akan stare2 lama2 sebelum dia start jadi friendly.

3. Sangat friendly especially dengan warga2 emas. Kalau warga2 emas ni pegang dia mulalah dia cooing & squecking ajak bersembang.

4. Dah mula dapat bezakan malam dan siang. So, waktu siang dia akan tido kejap2 je sebab sibuk nak main and malam dia akan tido all night long. Cuma bangun sekali sekala sebab nak menyusu saja.

5. Dan dia masih lagi exclusive breast feed by me. Mungkin looking forward untuk start bagi soy based milk to him.

6. However, walaupun exclusively berat badan dia bukan main lagi naik! Now his weight is 4.9kg and his height is 60cm!

Sekarang ni saya tengah gigih setup Aimar's Diary. Mungkin akan publish as soon as possible, so later!


July 10, 2009

+*+*~Seharian Bersama...~*+*+

Sebenarnya bukan seharian, dah 2 hari macam ni. Mana taknya, maktok Aimar & Babah Aimar ada exhibition kat Mid Valley so Aimar kena tinggallah dengan Mama Aimar and Tokwan Aimar. Tapi Tokwan Aimar pun agak bizi dengan rumah kat Serdang sebab bakal ada penyewa baru bulan Ogos ni, so Aimar yang masih dalam pantang kenalah tinggal dengan Mama Aimar yang juga masih dalam pantang.


Dah sebulan lebih ni, Aimar dah pandai nak manja2. Ada masa siap tido kat atas dada saya. Keje dia asyik nak berkepitttt je..(in fact skang ni dia tengah tido bekepit dengan babah dia as mama Aimar sibuk nak update blog...hihi.. :P) Hari tu Pak Ngah a.k.a BIL saya datang and dia hadiahkan Aimar play gym. Skarang ni dia dah pandai tepuk2 benda kat play gym yang bergantungan itu. Tengah dok tepuk2 play gym tu boleh pula dia buat2 nangis. Kalau saya memang saya tak layan, tapi bila sampai kat Tokwan dia cepat2 Tokwan dia angkat. Sukalah Aimar, taktik nak minta angkat dia menjadi.


Semalam barang yang saya order kat Tootsie Bitsie dah sampai dan hasilnya..





Thanks mummy Rinie from Tootsie Bitsie :)

Nampak gaya pergi Taipei nanti ada chancelah Aimar jadi Stitch. Jangan kena tahan dengan guard kat airport nanti dahla..."No animal allowed on the plane". Kalau ada sesapa berani panggil anak saya "animal" akan ku starlight dahi dia..huh!

So, this is the latest photo of my handsome son.


Mukhlis Aimar at 36th day - dah ada kening...hihi :)

I love to see him sleeping..sebab kalau dia menangis its really a disaster :P.

July 07, 2009

+*+*~His First Visit To The Clinic~*+*+

Actually it happened yesterday - tapi disebabkan saya dalam mood "rajin" untuk mengupdate blog skarang ni that's why cerita ni diupdate hari ni.

As usual, the check up happened at Klinik Desa, Sungai Sekamat. Memang part check up and what so ever ni saya rely 100% on Government's service sebab kat sini they can be considered as excellent. Ari tu lepas saya dah balik daripada hospital pun they did came to my house to make the visit, checking up on me and the baby. So yesterday, they did the check up again and Aimar received his 2nd jab of Hepatits-B. However, hari Rabu ni nak kena pegi semula ke klinik sebab ada appointment dengan doktor.

Yang bestnya, sepanjang perjalanan dari rumah-klinik, klinik-rumah, Aimar tidur saja. Maybe budak2 skarang ni memang macam tu, bila kena air cond je mulalah tido tak hengat dunia..(in his case, kalu tak kena air cond pun tido tak hengat dunia gak..hihi). Masa kat klinik pun tido je. Tapi masa nak amik weight, kena bo-gelkan dia, masa tu dia terbangun kejap and menyanyi lah...terperanjat agaknya, tetiba sejuk semacam. And guess what...dalam masa sebulan he had gained 1.2kg!! Berat dia semalam is 3.7kg. (By this time I dah start salute ibu-ibu yang melahirkan anak from 3.5kg up to 4kg secara normal. Memang uols kuat lah..) and his height is 55 cm! Masa lahir haritu 47 cm saja. No wonder saya rasa macam anak saya semakin membesar sekarang ni, thanks to good nutrition from Herbalife!

Masa kena injection, dia menangis sikitlah, terperanjat masa kena cucuk jarum tu agaknya, sampai merah muka dia menahan sakit kena cucuk jarum tu. Tapi kejap je dia nangis, lepas dah selesai, saya angkat dia, pujuk2 sikit, terus dia sambung tido yang tak hengat dunia tu semula. Anak mama kuatkan... :P

As for me, semalam kena jugalah check blood pressure, urine and weight. As mentioned I've lost 11kg, bp back to normal, 116/70 and urine clear. Nampak sangat towards end of pregnancy tu memang tanda2 my baby nak keluar that's why suddenly bp naik and urine kotor sikit. And yang lagi best, midwives yang ada kat klinik tu pun nak start on Herbalife nutritional programme, which is good for them because they need the energy and need to be healthy in order to give their best service to the preggers and the babies as well. Cuba bayangkan kalau midwives tak sihat, mesti tak best tengok they all service dalam keadaan monyok and tidak happy. Am so happy, kalau they all nak start am willing to help. Just that I'll be happy seeing other people getting healthy and happy!

I think I want to promote on Babies and Kids Nutritional programme and for the preggers as well sebab good nutrition is important for the babies and kids growth. Skang ni tengah buat research, and I'll create the blog/website and I'll publish it as soon as possible. Do wish me luck!

Ok, feeding time! :P

July 04, 2009

+*+*~Little Mukhlis Aimar Is 1 Month Old!!~*+*+

On 4th June 2009, 5.44pm I gave birth to this little man. To be frank, after a month giving birth to this little man I have forget the labor pain. But I can't believe, it has been a month this little man been at my side.

At 1 month year old, this little man can smile, cooing and squeking and causing me awake almost every night. He can also hold my hand and fingers and one thing that make me touched most is he can hug me every time I want to burp him! And every time I talk to him, he will look deeply into my eyes as if he understand my words to him.

And he grew very fast. Now he can wear almost all of his newborn shirts and the pants too. And he drinks a lot too! And he started to ask me to accompany him playing almost every night. Mau jadi hamster kah anak saya ini?

I cannot believe how time flies so fast eventhough I feel like a year before this confinement period end. Tau-tau nanti anak saya dah berlari pula.

Happy 1 month birthday Mukhlis Aimar. Mama & Babah love you so much!


July 01, 2009

+*+*~I Cannot Stand Of Being FAT!!~*+*+

Hari ni dah masuk 28 hari saya berpantang, dalam erti kata lain dah 28 hari selepas saya melahirkan baby Aimar. Sepanjang 28 hari ni, saya telah berjaya mengurangkan 11kg berat badan saya. Macam best kan??

Ni saya nak cerita. Actually masa pregnant ari tu saya tak mengalami pertambahan berat badan yang melampau. Total weight gain saya around 6kg which is sangatlah sikit dan mendapat kebisingan daripada midwives. Dengan pertambahan berat yang sebanyak itu, total berat badan saya ialah 89kg!! Kan ke besar rumah tu jadinya...

So, for the time being, berat saya telah menjadi 78kg, which is another 21kg to lose before I get that ideal weight. Ideal weight saya yang sesuai dengan ketinggian saya ialah 57kg so saya perlu bekerja keras untuk mencapai berat impian itu dan saya nak sangat tengok rupa saya kalau dah mencapai 57kg tu. So far, dalam umur yang semakin meningkat ni, berat paling rendah yang pernah saya capai is around 58-60kg, tu pun figure saya dah nampak kurus gila, macam orang sakit. But this time I'm doing it in healthy way sebab saya ada Herbalife sebagai healthy meal saya...that's why I love Herbalife so much.

And now, am sharing the benefit of Herbalife healthy meal with baby Aimar. Dia telah menjadi baby yang sangat aktif. Bayangkan, walaupun tak sampai sebulan lagi susah betul saya nak suruh dia tidur. Ada je akal yang dia cari, saya pun tak tau dia nak buat apa sebenarnya. Ada satu malam tu, saya bedungkan dia waktu tidur dan saya terpaksa sumbat mulut dia dengan soother or else dia asyik nak bergantung saja pada susu cap gantung saya..mana boleh tahan kan. Dalam keadaan mulut bersumbat dan tangan berbedung tu boleh tak dia menendang sekuat hati sehingga ikatan bedung pada bahagian kakinya terburai dan dengan seronoknya dia menendang selimutnya ke langit. Mata pejam lak tu tapi mulut dok bising buat bunyi mengerang. Comel memanglah comel, tapi saya rasa taklah comel mana sebab perlakuannya itu adalah pada waktu tengah malam di mana waktu itu adalah peak hours orang semua tido..haihhh..

Dan ada satu lagi habitnya yang memang saya tak tau nak bendung macam mana. Baby Aimar ni sangat suka kentut. Kalau bunyi kentut dia perlahan takpe lah, takdelah saya nak complain kan. Ini, bunyi kentutnya..masya Allah..kuat gila macam bunyi kentut orang dewasa. Cuba bayangkan kalau saya bawa dia jalan2 di shopping mall nanti, dengan gaya yang paling vogue the vass, tetiba baby Aimar melepaskan anginnya dengan bunyi yang tak boleh blah tu...mesti semua orang akan memandang serong kepada vogue the vass saya tu kan..aiyoh.. Aimar, macam nie hilanglah vogue mama awak...

Takpelah...hilang vogue pun hilanglah...yang penting saya nak kena kerja keras ni nak turunkan berat badan saya...


June 25, 2009

+*+*~My Little Man Is Growing!!~*+*+

Terasa macam cepat sangat masa berlalu. Pejam celik,pejam celik tau2 my little baby is going to be 1 month old in few days time. Rasa macam baru semalam keluarkan dia daripada perut, tak hilang lagi penat melayan cranky mode dia almost every night, baby mama dah nak masuk sebulan!!

Macam2 perkara bermain di kepala skarang ni. Afterwards, Aimar memang takde chance nak duduk rumahlah. Seems that mamanya dah abis pantang and dah boleh start drive sendiri, Aimar tidak akan ditinggalkan keseorangan di rumah. Busuk2 pun 2 hari sekali mama confirm kena pegi opis HBL and mengadap itu 2 bisnes partner. Ya, menjadi perancang @ master mind lebih sukar daripada executer. Nampak keje macam senang, tapi nak share vision with the executer Ya Allah, punyalah payah. And also nak perah otak and turn the vision into reality bukanlah satu perkara yang mudah!

And one more thing, saya berharap sangat by bulan 9 ni b**i2 semua telah mula pulih dari selsema. Saya mahu bawa anak saya bersama ke Taipei, so kalau expose dia kepada crowd macam tu bimbang juga saya kalau terjangkit selsema itu padanya. Bukan saya tak mahu tinggalkan dia di Malaysia, tapi nak tinggalkan dia selama 5 hari di Malaysia dan jauh daripada saya adalah big NO-NO! Walau apapun yang terjadi biarlah anak saya ada bersama saya, dan suami saya juga.

Sekarang ni my little man really growing. I dont think he weighs 2.5 kg anymore. Macam dah lebih je sebab haritu masa masukkan dia dalam buai siap boleh masukkan 2 bolster lagi tapi semalam bila saya masukkan dia dalam buai 1 bolster pun dah tak boleh letak sebab dah sempit. Pagi tadi mak saya pakaikan binder dia yang previously boleh pakai pun dah tak muat! And also, baju new born dia pun dah boleh butang. Am really happy to see him growing sebab my baby tidak bergantung kepada any formula milk, I'm breast feeding him exclusively. So, berbaloi saya tak tido malam sebab menyusukan dia and berbaloi juga boobies saya sakit dikerjakannya.

And also my little man sekarang ni dah ada 1 habit yang sangat pelik masa dia tido. Setiap kali dia mengeliat dia akan mengeluarkan bunyi mengerang yang sangat kuat sehingga kadang2 saya sendiri pun confuse sama ada dia menangis atau mengeliat. Kata mak saya kalau macam tu sekalilah style dia mengeliat cepat panjanglah anak saya itu. Kita tengok saja kebenaran teori itu.

Oklah, sekarang saya mahu pergi tido bersama bucuk2 Aimar saya.

June 23, 2009

+*+*~Small Family United~*+*+

Finally, my husband arrived home safely from Korea. Macam mana pun bukan main lama lagi flight delay. According to his email dijangkakan dia akan sampai ke KLIA around 7-8 pm. Then because of flight dia bukan direct flight, kena transit kat Shanghai he texted me masa dia kat Shanghai bagitau flight delay so mungkin sampai KLIA around 11pm. But at the end of the day, pukul 12.51am baru landed kat KLIA. Gitu gini, check out from KLIA around 2am. Kesian Aimar, saya janji dengan dia babah dia akan sampai around 11pm so dekat2 jam 11pm tu dia bangun dari tido and tamau tido sampai jam 12am. Disebabkan saya dapat berita flight delay saya terpaksa lah pujuk dia supaya tido. Kadang2 saya pun tak faham, macam mana makhluk kecil ini boleh faham apa yang saya katakan padanya.

So today, our small family has united again! Yeayy!! :)

Hari ni bila babah dia dukung je Aimar, dia tengok dengan muka confuse and lepas tu dia senyum2 kat babah dia. Lepas tu, bila dia terjaga dari tido and saya pujuk dia supaya tido semula sikit pun dia tak layan, tapi bila saya serahkan dia pada babah dia, elok je dia tido. Ohh..anak babah rupanya Aimar ni. (However, he still chooses me to comfort him especially at night. I'm still his source of delicious milky bar remember?)

Ahh...apalah saya merapu ni? Sebenarnya saya update blog ini dalam keadaan mamai sebab since saya bersalin tiada lagi erti tidur lena di tengah malam buat saya. Bukan setakat tidur lena di waktu malam, jangan harap nak tidur lena lah sebab anak saya ada sensor yang mana dia akan bangun apabila saya baru sahaja mahu melelapkan mata. Jadi saya memilih untuk tidak tidur sebab saya tahu apa consequence apabila saya tidur. Bagaimanapun saya mengucapkan terima kasih kepada nutrisi berkhasiat daripada Herbalife kerana mampu memberikan tenaga yang cukup kepada saya walaupun saya kekurangan tidur setiap hari. Nampak gaya lagi cepatlah saya kurus lepas ni. Dan Formula 1 perasa Cookies n Cream yang suami saya beli di Korea adalah sangat superb! Nasib baik lah saya tengah berpantang so tak boleh minum sejuk-sejuk, kalau tak confirm saya buat ice blended yang kalah Starbucks atau San Francisco Coffee punya.

Oh ya, selepas confinement ni saya teringin sangat nak beli benda ni.



Rio from Crocs.
Picture from here.

ATAU

Algarve from Crocs.
Picture from here.

Bukanlah saya tidak berminat kepada high heels. Saya mampu memakai high heels yang setinggi 5 inci sekalipun, tapi mengenangkan saya telah mempunyai anak sekarang ini jadi saya opt kepada kasut yang selesa dan selamat dipakai, tetapi mestilah mempunyai tapak yang tinggi juga. Waktu mengandung haritu pun sampai ke saat terakhir saya masih mengenakan wedges yang 3 inci tinggi. And for both shoes from Crocs ni, ketinggiannya adalah 3 inches each which is not bad and designnya juga menjadi pujaan hatiku. Tapi comparing both design, I prefer that Rio design kerana lebih vogue dan saya rasa lebih selesa dipakai. So, lepas pantang ni nampak gaya kena pergi terjah butik Crocs and check whether this design exist kat Malaysia or not. Maklumla, taste saya ni biasanya design dia tak exist kat Malaysia ni.

And also, I need new lipstick...maybe I opt for the one that I found from MAC counter in SOGO as my husband pun dah approve that colour. "SEXY!" katanya. And I need new clothes too! Nampak gaya kena start buat budget list ni sebab saya nak kena beli tiket kapal terbang ke Taipei, Taiwan juga. Bulan 9 kami akan ke sana untuk menghadiri Herbalife university pula.

Kerja keras! Banyak duit nak pakai ni. :)

June 21, 2009

+*+*~The Bonding~*+*+

Its really fun and blessed to have a baby, a new comer, a new face in the family. I admit it. At the moment I saw my baby's face for the first time after I delivered him I almost drop into tears. To see his decent face is really a relieve for me.

Tapi, selepas beberapa hari yang perlu saya harungi, termasuk siri tak dapat tido malam sebab dia bangun nak menyusu and also sudah pandai cari akal nak ajak main2, kadang2 buat saya rasa fed up. Yes, call me selfish or bodo punya emak, I don't care. The main thing is The Bonding between me and the baby.

Seriously, masa saya pregnantkan Aimar saya tak pernah mewujudkan bonding itu. Saya tahu ada makhluk kecil di dalam perut saya yang setiap hari menggeletek dan berakrobat di dalam perut saya tapi saya tidak pernah mewujudkan bonding itu. Maksud saya, saya tidak pernah mengadakan sesi dialog dengan makhluk kecil di dalam perut atau cakap2 sambil panggil nama atau apa saja. Bagi saya aktiviti seperti itu adalah bullshit dan buang masa.

But when the time comes, saya rasa macam...kenapalah my son ni susah sangat nak dengar cakap saya? Kadang2 saya rasa macam takde connection dengan dia. Kadang2 saya rasa dia macam orang asing. That's why bila dia bangun malam nak menyusu saya akan marah2 and minta dia tido and tidak menganggu tido saya. How I wish all that to happen, tapi dia hanyalah seorang baby dan dia tetap akan kekal dengan tindak balas refleksinya. The problem is me, I have to create the bonding.

However, alhamdulillah, after 16 days with me slowly I can feel the bonding became tighter and tighter. I know he is my son and what ever it is he will choose me to comfort him. That's why masa dia demam and saya letak dia tido dalam dia punya cot dia asyik meragam saja. Tapi bila dia dah ok and started to sleep with me again dia tak meragam banyak sangat pada waktu malam. I have to work hard to make the bonding even tighter. He is my son. He came out from my womb. I had carried him for last 9 months. He is the proof of the meaning of true love between my husband and I.

Adakah simptom ini normal for first time mommies? Ada confinement-blues kah?

By the way, tomorrow my husband will be back from Korea so our small family will unite back. Yeayy...can't wait to see my daddy boo again.

And specially for my husband...Happy Father's Day, sayang. U're so lucky sebab sempat sambut father's day dengan anak di sisi. Hope that you will be the best father for our little bundle of joy.


June 18, 2009

+*+*~Cranky Aimar Got A Fever~*+*+

Kesian Aimar, tiba-tiba badan dia panas pulak. Patutla sepanjang malam asyik meragam je sampai tak lena tidur saya dibuatnya. Bukan saya saja, bahkan maktuknya pun tak lena tido sama.

Aimar minum susu banyak-banyak pastu tido ye sayang. Biar cepat baik demam tu.


By the way,suami saya telah selamat sampai ke bumi Korea. Malam tadi ber-Skype call dengan dia. Lega hati bila dia dah selamat sampai di sana. So hari ni dia akan menghadiri World Team training jam 3 pm (waktu Korea) dan malam ni ada konsert. Huh..saya sungguh dengki! Takpe tahun depan ada lagi.
Yang penting Aimar dah tak cranky sebab demam dia dia dah beransur pulih and mama dia dah tak cranky sebab dah dapat cakap dengan babah Aimar. :)


June 16, 2009

+*+*~My Confinement~*+*+

Kebanyakan ibu yang baru lepas bersalin pasti akan melalui tempoh berpantang, begitu juga saya. Kebanyakan ibu tidak sabar menantikan tempoh berpantang habis kerana dalam tempoh berpantang semuanya dicatu. Alhamdulillah, bagi saya, saya sangat enjoy dengan tempoh berpantang saya. Berpantang maksudnya lebih masa rehat sebelum saya mengerah tenaga semula selepas ini.


Dalam tempoh berpantang ini, saya masih mengamalkan Herbalife Shakes setiap pagi, bahkan saya mengambil shake setiap petang dan malam sebelum tidur. Ini adalah kerana baby makin kuat menyusu jadi untuk memastikan bekalan susu yang mencukupi saya perlu mengambil ekstra kalori. Saya catatkan di sini rutin meal plan saya setiap hari.


Pagi


1/2 jam sebelum mengambil sarapan saya akan makan pil Amme 60 Days daripada Sendayu Tinggi. Ini adalah untuk memastikan badan saya mendapat rawatan daripada dalam.

Saya beli set Amme Complete sebagai confinement set saya.
Gambar daripada Google.

Selepas itu saya akan mengambil Herbalife Shake sebagai sarapan pagi saya. Saya campurkan 2 scoop F1 dengan 2 scoop Quaker Oats dan air masak.

Delicious F1 Shake + Quaker Oats as my complete daily nutrition supply.
Picture from here.
Selepas selesai mandi dan menggunakan Tummy Tone dan Body Tone daripada set Amme Complete serta berbengkung, saya akan makan 3-4 keping roti dan Kopi Herba Folia 4 in 1 daripada Sendayu Tinggi. Saya mengamalkan "mandi daun" pada waktu pagi dan dengan cara ini saya dapat mengurangkan angin dalam badan dan mengembalikan kesegaran badan. Dan ya, saya mengamalkan berbengkung supaya perut saya dapat diflatkan semula.



Tengah hari



Waktu makan tengah hari biasanya saya akan makan nasi dengan lauk yang dimasak oleh emak saya. Biasanya lauk saya adalah ikan yang dikukus atau dibakar. Kemudian saya akan meminum Pati Herba Amme 60 Days daripada Sendayu Tinggi.




Pati Herba Amme 60 Days - saya ambil sebagai minuman selepas makan.
Gambar daripada Google.

Selepas makan saya akan makan vitamin range daripada Herbalife iaitu:-




Tripple berry complex.
Gambar daripada sini.





Formula 2 Multivitamin Complex.
Gambar daripada sini.




Cell-U-Loss - Thermojetic Dietary Supplement.
Gambar daripada sini.


Herbalifeline.
Gambar daripada sini.


Sebenarnya vitamin range daripada Herbalife ini tidak boleh didapati daripada Herbalife Malaysia. Tetapi rakan saya yang baik hati iaitu Jeffrey & Connie telah menghadiahkan set vitamin ini kepada saya untuk saya gunakan sepanjang waktu berpantang saya. Apa yang saya tahu secara keseluruhannya vitamin-vitamin Herbalife ini membantu saya merawat semula sel-sel saya dan seterusnya membantu saya dalam proses menurunkan berat badan saya.


Petang/Malam


Saya akan mengambil F1 shake sekali lagi pada waktu minum petang. Waktu makan malam saya akan makan nasi dan lauk disusuli dengan Pati Herba Amme 60 Days. Dan sebelum tidur saya akan mengambil sekali lagi Herbalife Shake.

Observation

Alhamdulillah, dengan halthy meal plan yang saya ikuti sekarang ini saya berjaya menurunkan berat badan saya sebanyak 9kg selepas 10 hari berpantang!! Dan tiada allergy yang berlaku pada saya mahupun bayi saya bahkan bayi saya semakin sihat dan semakin bijak pula. Bayangkan dalam usia 12 hari bayi saya mampu bermain dengan jari-jemarinya, sudah pandai memegang jari-jari saya dan telah mampu mengangkat kepalanya sendiri.

Enough on my confinement meal plan. Sekarang ni nak persiapkan barang untuk Husband saya, dia akan ke Korea esok. Am gonna miss him so much...sobs.

June 14, 2009

+*+*~The Day I Almost Gave Up - Part II~*+*+

Malam Aimar dilahirkan dia menghabiskan masa dengan tidur sahaja. Puas saya kejutkan dia supaya dia mula menyusu tapi tidak diendahkan. Bila saya acukan susu dimulutnya responsnya hanyalah senyum dan tidur. Saya tak boleh tidur malam tu sebab ubat bius telah hilang jadi sakit berdenyut-denyut pada bekas jahitan.


Keesokan harinya saya masih puas memujuk Aimar untuk menyusu tapi dia tetap enggan. Apalah yang saya tahu masa tu sedangkan ini adalah anak pertama saya. Jam 8.30 pagi doktor membuat pemeriksaan di wad dan apabila doktor memeriksa Aimar saya dimaklumkan yang Aimar menghidapi jaundice. Jadi pemeriksaan darah perlu dibuat dan sekiranya sah dia perlu ditahan di wad.


Waktu lawatan tengah hari husband dan emak saya hanya hadir sekejap sahaja kerana mereka ada kerja di Shah Alam. Alangkah terperanjatnya husband saya bila dia melihat Aimar telah diletakkan di bawah ultra violet light. Saya lihat mukanya berubah melihat keadaan anak kami. "Kenapa ni", itu saja yang mampu ditanya. "Budak kena kuning lah bang. Tak boleh balik lagi hari ni sebab dia kena observation".


Petang itu, Aimar dipindahkan ke wad SCN (Special Care for New Born) dan bermulalah detik-detik mencabar saya bersama dia. Ini adalah kerana dalam unit ini hanya ibu dan bapa baby sahaja yang dibenarkan masuk. Ahli keluarga lain tidak dibenarkan masuk langsung.


3 hari bersama Aimar di wad ini benar-benar mencabar kesabaran saya. Dengan melayan kerenah Aimar yang tidak mahu tidur di bawah ultra violet light dan pada masa yang sama saya perlu educate dia untuk menyusu sedangkan saya sendiri tiada pengalaman. Dengan kepenatan dan kesakitan lepas bersalin yang belum lega lagi. Kalau ikutkan hati saya memang dah lama saya give up!! Tapi setiap kali saya melihat wajah Aimar yang tenang ketika dia tidur dan sewaktu dia menyusu terdetik di hati saya, saya mesti kuat sebab bayi ini terlalu kuat berjuang untuk melawan penyakitnya. Kalau saya sakit, dia lebih sakit lagi sebab dia perlu duduk di bawah ultra violet light yang sangat panas dan pada masa yang sama kuman jaundice sedang menghurung darahnya. Mungkin dia tak mampu nak beritahu saya betapa sakitnya dia tapi saya yakin dia sangat kuat melawan penyakitnya.







Walau bagaimanapun saya bersyukur dianugerahkan dengan suami yang banyak memberi moral support kepada saya. Dengan kekuatan suami dan baby saya dapat menempuh 3 hari yang sukar itu dengan jayanya. Alhamdulillah pada hari Isnin, 8 Jun 2009 kami dibenarkan pulang ke rumah.

Saya amat menghargai segala bantuan dan kerjasama serta tunjuk ajar yang diberikan oleh staff2 hospital Kajang. Dan saya berdoa agar baby akan terus sihat dan saya mampu menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri yang terbaik untuk suami saya dan ibu yang terbaik bagi anak saya.

Insya Allah....

June 12, 2009

+*+*~The Day I Almost Gave Up~*+*+

It started with the labor sign on Tuesday's night, 2nd June 2009. By that time, my mood swings, I don't know how am gonna face it. Saya belum bersedia. Macam2 benda bermain di fikiran saya. Sakitkah? Kena jahit kah? Kena potongkah? Saya tak dapat nak bayangkan sakitnya nanti macam mana dan terdayakah saya menanggung kesakitan itu nanti?

Macam mana pun saya perlu hadapi semua tu. Malam itu rahim saya sakit tidak berhenti-henti. Suami di sebelah bukan main lagi lena tidurnya. Puas saya gerakkan dia dengan harapan dia akan melayan sakit saya, tapi hampa. Dia tetap asyik dibuai mimpinya. Tapi terlintas di fikiran saya, ni baru sikit sakitnya, nanti kalau dah sampai masa mesti lebih sakit lagi dan masa tu pasti saya keseorangan. Maklumlah saya dah buat keputusan untuk bersalin di hospital kerajaan.

Keesokan paginya, pagi Rabu 3 Jun 2009, saya beritahu pada ibu saya yang saya hendak ke hospital. Tanda lendir yang keluar malam tadi dah bertukar kepada warna coklat, silap hari bulan boleh turun darah. Saya kejutkan suami dan kedua-dua mereka mengiringi saya ke hospital. Sampai saja di hospital, terus kami menuju ke wad bersalin. Doktor buat pemeriksaan bukaan servik saya - baru 1 cm kata doktor. Jadi saya perlu ditahan di hospital. Seharianlah saya menanggung kesakitan di hospital, tanpa suami di sisi tetapi dikelilingi oleh ibu-ibu mengandung lain yang sama-sama sedang menanggung kesakitan. Malam itu saya tak boleh tidur kerana kesakitan makin kerap berulang-ulang! Sepanjang malam saya berbalas sms dengan suami saya. Kesian dia, tak lena tidur sebab melayan kesakitan isterinya dari jauh.

Esok paginya, pagi 4 Jun 2009 saya pergi berjumpa dengan jururawat bertugas dan saya beritahu sakit saya makin kerap. Setiap 5 minit sakit itu mesti datang. Jam 8 pagi doktor bertugas pun membuat pemeriksaan dan saya diarahkan untuk masuk ke bilik rawatan. Doktor arahkan saya berbaring di atas katil dan tanpa sepatah perkataan doktor terus menyeluk di bawah sana untuk memriksa bukaan servik saya. Ya Allah, kasarnya perlakuan doktor itu, seumpama mangsa rogol saya jadinya. Pada ketika itu bukaan servik saya telah mencapai 3cm dan doktor mengarahkan saya dihantar ke labor room.

Sesampai di labor room jam 9 pagi, saya ditempatkan di labor room nombor 1. Saya diarahkan untuk membuka kain yang saya pakai dan berbaring di atas katil labor. Masa tu jantung saya berdebar Tuhan saja yang tahu. Walaupun saya dah diarahkan berbaring atas katil labor, diri saya masih belum bersedia. Minda saya tak dapat bayangkan betapa sakitnya sakit bersalin itu.

Doktor pun menjalankan prosedurnya. Tekanan darah saya diambil dan bacaan jantung saya dan bayi diambil. Kemudian sekali lagi doktor memeriksa bukaan servik saya dan kali ini doktor menjerit "Aik...pelik, ni water bed dah takde. Ni rambut ni". Datang pula midwife memeriksa bukaan dan "Dik...bila air ketuban U pecah dik??".

Disebabkan air ketuban saya telah pecah, dan saya tak menyedari perkara itu berlaku, doktor mengarahkan untuk membuat internal ECG detection. Ya Allah, masa doktor cuba masukkan wayar melalui servik saya, sakitnya Tuhan saja yang tahu. Saya tak sangka begini punya susah nak bersalin rupanya! Sudahlah internal wire dimasukkan melalui servik, saya diberi pula oksigen tambahan kerana menurut doktor saya kekurangan oksigen oleh sebab itu baby saya tidak bergerak aktif. Itu belum kira drip dan external ECG lagi! Bak kata trainee...wah, patient ni penuh dengan wire! Masa tu saya terfikir, kalaulah suami saya dibenarkan meneman saya dalam labor room, sanggupkah dia melihat keadaan saya ketika itu?

Jam 12 tengah hari doktor datang semula untuk memeriksa bukaan servik saya. "Hmm...bukaan masih 3 cm" kata doktor. "Tapi gerakan baby makin perlahan". Dan ketika itu internal wire tersebut tercabut dan perlu dimasukkan semula. Ya Allah sakitnya sampai saya minta pada doktor "Tak boleh ke cuba detect dari luar saja doktor? Sakit lah doktor". "Tak boleh kak, air ketuban akak dah takde, kalau kita tak buat macam ni kita takut jadi apa-apa pada baby". Pada ketika itu bayangkan, dengan sakit dicucuk sana sininya, dengan sakit contractionnya. Saya rasa saya dah hampir give up dengan proses kelahiran ni.

Jam 2 petang, sekali lagi doktor memeriksa bukaan servik saya dan didapati bukaan tetap 3cm. "Kalau tetap macam ni rasanya kita kena buat c-sect prosedur sebab baby movement patent pun dah tak cantik". Ya Allah...aku nak kena ceasar? Tak naklah...kalau c-sect aku tak boleh pakai bengkung (sempat lagi). Shif pagi bertukar ke shif petang. Staff nurse shif petang pun advice doktor untuk increasekan ubat (yang saya pun tak ingat namanya, yang penting bukan epidural). Mula-mula 6 dos, kemudian increase ke 12, dan kemudian maksimum 24 dos. Pada ketika itu staff nurse dah berikan saya laughing gas "Kalau sakit tekan dan sedut gas ni dik. Nanti U akan rasa kurang sikit sakit tu".

Tak lama lepas tu sakit contraction makin menjadi-jadi. Saya sedut laughing gas tu macam orang gila dan bila saya rasa macam lalok saya releasekan gas tu. Sampai satu tahap saya dah tak boleh tahan lagi. Merayu-rayu saya pada nurse "Tolonglah nurse, cepatlah...saya rasa nak terberak sangat ni". Kalau dikenangkan semula memang rasa nak tergelak pun ada sebab ada ke patut orang nak beranak tapi merayu pada nurse suruh cepat sebab nak terberak. Nurse trainee yang duduk kat sebelah saya cuba tenangkan saya "Sabar kak, kalau sakit tarik nafas, jangan teran kak". Dalam masa yang sama, doktor memeriksa semula bukaan saya dan didapati bukaan dah mencapai 7 cm.

Makin lama, sakit contraction makin tak terkawal rasanya. Masa tu saya rasa macam nak menjerit, memang saya rasa macam dah give up sangat. Saya rasa macam nak jerit kat nurse tu "Dahla, saya dah cukup sakit ni boleh tak berhentikan ubat ni dan bagi saya balik? Kalau saya tau sakit macam ni, tak beranak pun takpelah". Tapi, saya tak mampu nak cakap macam tu, apa yang saya boleh cakap "Nurse, sakit sangat nurse, saya tak boleh tahan dah ni". Kata nurse "Kalau tak tahan sangat, kenapa awak tak minta kat doktor pakar buat ceasar je tadi dik". Masa tu rasa nak lempang sikit nurse tu pun ada. Dahlah saya tengah sakit, manalah saya nak sedar doktor pakar ke siapa ke yang masuk kat labor room tu. So, sebagai balasannya, instead of masa sakit saya tarik nafas, saya teran je dengan harapan sakit tu akan berkurangan.

Disebabkan teranan saya main menjadi-jadi, akhirnya nurse surrender dan dia terus check opening servik saya. Terus dia menjerit "Dik, awak nak beranak dah ni dik!! Cepat-cepat, biar saya selesaiakn, doktor takde pergi makan". Kelam kabut juga jadinya dalam labor room tu.

Tau-tau nurse tarik laughing gas daripada tangan saya dan arahkan saya buka kaki sebesar mungkin. Kemudian dia arahkan saya pegang peha saya, angkat sikit kepala dan push. Struggle jugalah saya push masa tu. Dan masa yang sama, macam-macam bunyi saya dengar. "Haa...pandai dik, macam tu dik, betul tu dik!" "Alamak!! Tangan aku tersepit" "Alamak!! Tersangkut kat ketiak pulak". Kecoh sungguh! Dah lah tengah sakit, ada hati juga nak gelak sebab macam-macam bunyi yang saya dengar. Tapi, bila baby dah keluar je, saya rasa macam lega sangat dan yang saya ingat masa tu saya nak tau apa jantina baby saya dan saya mahu tidur.

Dan inilah hasilnya....






Mukhlis Aimar bin Mohd Najib
DOB: 4th June 2009@5:44pm
Weight: 2.5 kg
Length: 47cm

Bila baby diserahkan pada saya untuk dibawa ke wad, saya hampir menitiskan air mata melihat wajah tenangnya. Tapi kisah ini tak habis di sini, saya akan sambung lagi kerana ada 3 hari lagi cerita di hospital sebelum kami dibenarkan pulang ke rumah.