THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


Showing posts with label party. Show all posts
Showing posts with label party. Show all posts

April 15, 2009

+*+*~The Celebrations~*+*+

As promised, few updates on KL Silver Dinner Night and STS on Sunday.

+*+*~KL Silver Dinner April 2009~*+*+

Actually this dinner was organized in order to celebrate the supervisors who completed 2,500VP in March and also the newly qualified supervisors. The dinner was held in Restoran Sari Ratu, Jalan Sultan Ismail. The foods was great and we had a lot of fun that night.

Our table - the newly qualified supervisors with Abang Azhan and Sis Kartika (The Active World Team Member)

Other clanz - Aws and the gang

The newly qualified supervisors - excuse the shaky picture, the cameraman having parkinson that night...akhemm

+*+*~English STS, 12th April 2009, Ritz Carlton Hotel, Jalan Imbi~*+*+

As usual, once a month we'll be having special training and this training is the international training. Normally we will have international leaders as a guest speaker but this time we're so lucky because we had our local Malaysian, Mr. Daniel Tan as the guest speaker. He was the highest recruiter last year (been honored during Asian Spectacular last January) and predicted to be Malaysian 1st Herbalife President's team. He was a great trainer and most of the things that he taught us today really inspired us in this business.

The guest speaker - Mr Daniel Tan

Later after the training we had a great dinner party with my newly qualified supervisors. Can't wait for the next event which will be held on this weekend - The South East Asia Supervisor Academy. This event is the biggest event of the year for this year and we're so lucky because Malaysia has been honored as a host this year.

With the partners - from left - Me (The Buyung), Mr Najib, Wardah, Shahid and Ahmad

Hope to see you all this weekend!

March 23, 2009

+*+*~From Taiping With Love~*+*+

Well, as planned, we went to Taiping last Saturday. We started our journey at 4.00pm and managed to reach Taiping at 7.30pm. The presentation started at 8.30 pm in a seminar room at Legend Inn, Taiping. Most of the guests are business man who always travel overseas (which means an opportunity for us to spread our wings overseas, right?). So, the presentation went well (so did the foods too! :)), tapi agak tak best sikit apabila sang buyung yang membuat pembentangan. Tak sangka setelah officially bulan ke-7 ini saya adalah sangat kemengahan so tidak berapa cukup angin untuk bercakap banyak. However, luckily the guests still satisfied with the presentation outcome.


Legend Inn, Taiping (main entrance)


Signage to the presentation (tengok je benda ni buat saya jadi nervous sangat)



Jeffrey with the guests


The Shakes team - Connie & My mother



Then, on Sunday sekali lagi saya ke Ipoh untuk menghantar adik-bongsu-kesayangan saya yang bercuti semester minggu lepas. Bertolak jam 9.00pm dan sampai di Ipoh jam 11.45pm. Selepas menurunkan barang-barangnya terus bertolak balik ke KL dan sampai di KL jam 2.00am. Mujurlah driver rasmi saya (suami sayalah, siapa lagi) tiada apa2 urusan so confidentlah sikit kan nak travel malam2.

Hmm...besides that, I'm officially 7th month pregnant..how time flies! So, some random ramblings of 7th month pregger...

1. Baby sangat,sangat,sangatlah active especially bila dia dalam keadaan lapar. Kalau lambat makan dia akan buat mamanya pening kepala.

2. My appetite become worse (??)...saya tak berapa suka makan nasi, benda lain saya sukalah especially benda2 yang lemak berkrim macam ice-cream and Herbalife F1 shake!

3. Taking a photo at this 7th month is a big NO-NO. That's why gambar kat Taiping tu takde muka saya (eventhough my brother did took it one, tapi saya tak mahu publish di sini).

4. Saya lebih selesa untuk memakai pakaian maternity skarang ini, and setiap hari saya kena pakai "uniform" itu menyebabkan saya terpaksa mengeluarkan duit untuk membeli pakaian2 maternity sewaktu musim sale ini.

5. Saya baru mula membeli barang2 untuk si kecik, so far hospital bag dah complete, pakaian basic pun dah complete cuma tinggal nak beli playpen, besi buat and stroller sahaja.

Ini namanya update hentam kromo...tengah cerita pasal bisnes tetiba masuk cerita lain. Haihh...

February 16, 2009

+*+*~Ke Utara Lagi~*+*+

Esok saya akan ke utara lagi tetapi kali ini bapa saudara saya telah mengaturkan satu majlis di rumah beliau. Oleh itu kami akan berpeluang mengadakan sesi ceramah kesihatan dan bertemu dengan orang-orang utara.

Minggu ini dijangkakan jadual saya akan penuh dengan sesi taklimat kesihatan & wellness evaluation. Saya bercadang mengadakan sesi taklimat di MPK pada hari Jumaat dan kemungkinan besar Dr.Nazari juga akan mengadakan taklimat kesihatan pada hujung minggu di Tanjung Karang. Harap-harapnya tenaga saya akan terus berkekalan seperti biasa.

Sekarang ini perut saya kadang-kadang menjadi sangat besar, tetapi kadang-kadang sangat kecil, tidak seperti orang yang hamil 5 bulan ++. Tetapi baby saya memanglah sangat aktif terutama sekali apabila saya mahu tidur, dia akan menendang sekuat-kuat hati mengikut arah saya mengiring sehingga kadang-kadang saya tidak tahu arah mana patutnya saya mengiring. Tendangannya seolah-olah cuba memberitahu pada saya "Mama...tolong...saya tersepit!!". Tetapi perkara itu akan berlaku jika bapanya tiada bersama saya, jika bapanya ada bersama saya, baby saya akan menjadi baby yang paling bersopan di dunia...tiada tendangan sekuat hati cuma sentuhan-sentuhan mesra sahaja daripadanya. Hmmm...dalam perut lagi dah pandai ye??

Ok...saya perlu bersiap kerana saya akan bertolak ke utara agak awal esok. Mungkin selepas sesi taklimat di rumah bapa saudara saya kami akan singgah ke gerai mi udang di sungai dua dan menikmati ketam goreng cili di sana. Dan event ini akan menjadi surprise kepada suami saya.. :) Jumpa lagi bila saya dah balik semula ke KL.

February 04, 2009

+*+*~Welcome To New Family Member~*+*+

Agak lama saya tak update. Rasanya saya pernah bagitau sebelum ni, sekarang ni jadual harian saya sangat padat. Bila tiba hujung minggu apatah lagi, memang penuh dengan aktiviti.

Dalam kesempatan ini saya mengucapkan selamat datang kepada ahli baru dalam keluarga kami, baby boy, belum diberi nama lagi. My sister in law gave birth to him last Friday through C-sect. Sebenarnya ini merupakan anak ketiga abang sulung saya. Walau bagaimanapun, baby menghadapi sedikit komplikasi menyebabkan dia terpaksa di tahan di hospital buat sementara waktu. Kakak ipar saya telah selamat pulang ke rumah tapi baby belum boleh pulang ke rumah lagi.

Hari Jumaat lepas sekali lagi emak saya mengadakan "shake party" di rumah beliau. Jeffrey & Conney sama2 hadir ke rumah kami. Dan yang paling menggembirakan, kami berjaya mendapat seorang doktor dalam group kami! Jadi selepas ini, kalau ada sesiapa yang berasa khuatir dengan kredibilty produk herbalife, kami boleh referkan kepada doktor kami.

Saya tak tau apa lagi yang saya nak tuliskan. Esok saya appointment dengan seorang Dato' and have some business talk. So, need to prepare myself tonight.

Daaa...

January 09, 2009

+*+*~The 1st Shake Party~*+*+

Malam Rabu tempoh hari, emak saya telah mengadakan Herbalife shakes party yang pertama di rumah beliau. I really had a great time that night. Dengan kehadiran kawan2 lama, Paul & geng, Jeffrey & Connie and my most special guest, Kak Nurni and family.

Jeffrey sedang membuat presentation dan saya menjadi penterjemah tidak bertauliah ;P




Antara tetamu yang hadir


Secara keseluruhan, malam itu telah diadakan presentation tentang syarikat Herbalife, produk2nya, marketing plan dan yang sewaktu dengannya. Selain itu, Connie dengan baik hatinya telah membantu emak saya di dapur dengan menyediakan beberapa Shakes pelbagai perisa dan jamuan makan. I'm sure everybody had really great time!

Walau bagaimanapun, dalam 2-3 hari yang lepas suami saya telah mengalami demam yang agak pelik. Waktu malam suhu badan beliau akan meningkat tapi kemudian menurun, kemudian meningkat dan menurun - satu keadaan di mana suhu badan sangat tidak stabil. Pagi semalam bila saya mengejut beliau daripada tidur saya dapati bintik2 merah mula memenuhi badannya! Sungguh risau saya dibuatnya. Pagi itu juga beliau telah bergegas ke Klinik kerajaan untuk memastikan apakah jenis penyakit yang menjangkiti beliau. Apa yang saya risaukan sangat bimbang kalau beliau dijangkiti DENGGI!! Tetapi apabila pulang daripada klinik beliau memaklumkan kepada saya yang platlet beliau adalah sebanyak 200++ yang bermakna itu adalah sangat bagus!

Jadi malam semalam, sebelum shakes party dimulakan saya bersembang2 dengan Jeffrey dan Connie dan mereka bertanya bagaimana keadaan suami saya. Suami saya memberitahu mereka kemungkinan beliau dijangkiti denggi. Jeffrey lalu bertanya, jika dijangkiti denggi apakah ubat yang biasanya pihak hospital akan berikan. Saya menerangkan kepada beliau bahawa denggi tiada ubat. Normal practice penghidap akan diminta minum 100+ sebanyak2nya untuk menggantikan kandungan hemoglobin yang hilang. Lalu Jeffrey telah meng-offer produk ini kepada kami.



Herbalife H3O Fitness Drink

Menurut apa yang diterangkan dalam website Herbalife, produk ini adalah untuk mengekalkan tenaga dan antioxidan. Antara kebaikannya ialah menghilangkan dahaga dan mengelakkan dehidrasi, memberi tenaga dan tidak mengandungi kafein.

Sayangnya produk ini hanya boleh didapati di USA sahaja, dan saya sangat beruntung kerana coach saya berasal dari sana jadi kami berpeluang untuk explore produk2 Herbalife yang tidak dipasarkan di Malaysia. Rasa H3O ini saaaaangatlah sedap, dan kandungan gulanya sangat rendah berbanding minuman isotonik yang biasanya didapati di Malaysia. Selepas menggunakan produk ini selama 2-3 kali, demam suami saya pulih, bintik2 merah pada badannya hilang dan suami saya telah kembali bertenaga seperi biasa! Terima kasih Herbalife!

Bulan April ini kemungkinan Jeffrey akan pulang ke States untuk melawat ibu beliau, jadi bolehlah saya mengirim beberapa F1 yang tidak dipasarkan di Malaysia seperti F1-cookie 'n cream dan yang terbaru F1-caffe latte.