THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


Showing posts with label anniversary. Show all posts
Showing posts with label anniversary. Show all posts

August 11, 2009

+*+*~We've Been Together For 2 Years!!~*+*+

Last 2 years, di waktu2 begini, saya sedang berdebar2 menantikan suami saya selesai melepaskan aqad sebelum kami disahkan sebagai suami isteri oleh Pak Imam. Hari ini, diwaktu begini, saya baru selesai menidurkan extension kami yang pertama, baby Aimar.

Haih...tak sangka, kejap je masa berlalu. Segala pahit manis telah berjaya kami tempuhi bersama sepanjang bergelar suami-isteri sepanjang 2 tahun ini. Dan lebih membahagiakan lagi pada tahun kedua ini kami berupaya menyambut ulang tahun perkahwinan kami dengan anugerah dari Ilahi iaitu putera sulung kami. Syukur Alhamdulillah..!!

To my husband, thank you very much for being my best companion, thru better or worse moment. You're my friend, my love, my everything. And i thank you for all the moment we share together, eventhough I always been that difficult for you everytime you're in front of my eyes - when you release your "death gas", when you making noise while you're sleeping, when you make the lot-of-asking-joke that I cannot resist - but when you're far away from me I'll be the most cranky woman in the world! Thank you for all your love and support to me!

And to my little boy, you cherrish mama's and babah's life! Thank God we have you as our bundle of joy. Eventhough we know that we are lacking of everything - patience, wealth, time- but we're trying our best to be the best parent for you. Just stay patience with us and we promise you that the best moment will come soon, sayang.

And no luxury celebration for us. Cukuplah kita raikan dengan tau foo fa, ayam rangka dan char kuey tiow yang dibeli di pasar malam di atas sana. Alhamdulillah....

August 12, 2008

MAHA Day 1

So sorryyyy... gila aku tak sempat langsung nak update blog. Tapi sebab aku tak nak blog ni sunyi macam tu je selama 2 minggu, aku update jugak lah malam ni.

Actually aku cadang nak update setiap hari start daripada begining kami check in kat booth MAHA tu, tapi tak sempat pulak semalam sebab

1. Aku kena balik Puchong kejap, kemas rumah, did laundry and what not.

2. Belah petang kena rushing loading barang kat booth sebab ingatkan diorang close at 7 pm, but end with dapat tau ada jugak org yg loading barang sampai kul 12 tgh malam..tsk..tsk..

3. Aku kena siapkan order 500 pcs of seasoning for delivery to Tg. Karang. Ceritanya gini, hari Jumaat pagi aku dapat call daripada Tg. Karang order for that 500 pcs, supplier tak sempat nak siapkan label, so kitorang take charge on the label la. Semalam aku tido sejam je sebab kena buat preparation MAHA and delivery at the same time.

What happen on 1st day? Actually today MAHA belum officially launch lagi, dia just open for traders. So, hari ni sempat lagila aku nak merayau bagai ke booth org lain and sembang2. Official launch will be tomorrow so tak tau la outcome dia macam mana. According to study yang kami dah buat on previous MAHA, sehari crowd dia boleh cecah sampai 40,000 orang! Jadi kita tunggu jelah esok.

Booth kami buat food testing with different dishes every day. Tomorrow kami buat "Roasted Chicken" for food testing, so, kalu siapa yang berdekatan kehadiran anda adalah amat-amat dialukan. Oh ye, MAHA is open from 10 am till 7 pm only daily, from 12th-23rd August. And my advice is, silalah datang sebab memang meriah & best!!

Ok, now its time for bed. Pagi nanti nak bangun awal sebab nak roast chicken. Stay tune for my 2nd day update.

Daaaaa....

+*+*~ Kami sambut anniversary kat MAHA tahun ni..hihi.. Tapi, seharian aku tak jumpa my husband sebab dia kena buat delivery ke Tg. Karang...tsk..tsk..~*+*+

+*+*~Lagi satu, sorry for no photos today. Will try my best to load some photos in the future~*+*+

August 06, 2008

+*+*~Kisah KAMI~*+*+

+*+*~This entry is specially dedicated to My Husband as my thought on our first anniversary as The Servant~*+*+

Mr.Po,

Still remember how we first met? +*+*~Rasanya hal ni yang selalu aku bahankan dia..hihi..~*+*+ Masa tu saya baru je keluar hospital. Nak buat macam mana, darah saya ni wangi sangat sampaikan sang AEDES yang dengki tu sangat suka gigit saya. Boleh tak dengan alasan +*+*~saje nak tanya khabar and nak tanya macam mana simptom nak kena demam denggi~*+*+ dengan gagahnya awak memulakan langkah nak jumpa dengan saya? Dahlah awak minta messenger hantar utusan kat saya and saya punyalah mengelak. Tapi sebab saya ni ayu dan baik hati dengan badan yang masih menggigil-gigil tu saya pun drive la jugak jumpa awak kat hentian kat bawah nun. Masa tu, kusangkakan putera kayangan mana nak jumpa hamba, rupanya sang kungfu Panda yang menjelma...hehe... ;P

Lepas dah jumpa, saya kena out station dekat seminggu, pergi menyahut seruan Negara. Balik je ke tanah lahir, awak terus call saya. Paling best masa tu suara saya memang seksi lagi menggoda, kesan daripada 2 botol 1 liter 100+ setiap hari. Tapi awak tak kesah, awak nak gak sembang2 dengan saya sampai saya berkata dalam hati +*+*~ieee, mamat ni tak reti2 ke, dahla suara aku takde, dia nak jugak cakap lama2~*+*+

Lepas tu awak selalu la berSMS dengan saya, sampaikan ofismate saya naik syak saya dah mula bercinta. Mana taknya, selalunya waktu rehat saya layan air liur basi, tapi hari tu pegi tido pun telefon di sisi. Selalunya SMS awak memang saya balas dengan loyar buruk saya dengan harapan awak tak nak sembang2 dengan saya lagi +*+*~ye..saya memang eksyen~*+*+ Tapi, awak ni memang bangsa tak reti bahasa, makin saya loyar buruk makin hebat awak layan saya.

Sampailah satu hari, awak call saya masa saya tengah tido. Akibatnya, memang saya tak angkat phone tu & biar dia mati sendiri. Sejak dari hari tu saya jadi pelik, kenapa awak tak call saya lagi. Tak sangka pulak Mr.Po sudah merajuk. Saya dapat jugak cium bau2 merajuk awak tuuu...tak maluuu.. ;P


Tapi sekali lagi sebab saya ni ayu & baik hati saya call jugak awak & bagi alasan +*+*~saya nak pegi COE, awak nak kirim apa2 ke??~*+*+ Saya tau, mesti awak hepi kan, sebab hujung minggu tu terus awak buat alasan kete awak rosak so nak bawak gi sana konon nak repair. Sebenarnya...hehehe...

Minggu seterusnya, lagi best punya cerita. Boleh tak tetiba "kawan" saya nak tumpang saya balik. Memula saya memang pelik, tapi takpelah sebab saya ni kan ayu & baik hati, saya tumpangkan jugak dia. Yang saya tau, rumah dia kat Puchong, tapi tetiba dia ajak saya pegi Bangi. Wah, sangat pelik. Apalah orang ni nak buat kat saya agaknya?

Sampai kat Bangi, dia ajak saya lepak kat kedai mamak. Baru duduk dalam 5 minit, tetiba +*+*~Alamak!! Mr. Po sang kungfu Panda menjelma semula!!~*+*+ Mulanya saya rasa macam nak lari, tapi tak sampai hati. Pastu awak pun duduk & dengan macho & tangan menggigilnya awak pun bersuara +*+*~sudikah awak menjadi isteri saya??~+*+

+*+*~Tapi aku ni taklah gelojoh kan, so takdelah aku terus setuju time tu. Bayangkan nak bagitau mak aku pun dekat 2 bulan aku simpan...punyalah seram nak bagitau..~*+*+

Mr.Po,

Tak sangka ye. Dah setahun kita pakai title +*+*~husband & wife~*+*+ So, lepas ni awak rasa kita dah ready ke nak ada "orang ketiga" diantara kita?? +*+*~ngeh..ngeh..~*+*+