THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


Showing posts with label Permulaan Kisah. Show all posts
Showing posts with label Permulaan Kisah. Show all posts

June 14, 2009

+*+*~The Day I Almost Gave Up - Part II~*+*+

Malam Aimar dilahirkan dia menghabiskan masa dengan tidur sahaja. Puas saya kejutkan dia supaya dia mula menyusu tapi tidak diendahkan. Bila saya acukan susu dimulutnya responsnya hanyalah senyum dan tidur. Saya tak boleh tidur malam tu sebab ubat bius telah hilang jadi sakit berdenyut-denyut pada bekas jahitan.


Keesokan harinya saya masih puas memujuk Aimar untuk menyusu tapi dia tetap enggan. Apalah yang saya tahu masa tu sedangkan ini adalah anak pertama saya. Jam 8.30 pagi doktor membuat pemeriksaan di wad dan apabila doktor memeriksa Aimar saya dimaklumkan yang Aimar menghidapi jaundice. Jadi pemeriksaan darah perlu dibuat dan sekiranya sah dia perlu ditahan di wad.


Waktu lawatan tengah hari husband dan emak saya hanya hadir sekejap sahaja kerana mereka ada kerja di Shah Alam. Alangkah terperanjatnya husband saya bila dia melihat Aimar telah diletakkan di bawah ultra violet light. Saya lihat mukanya berubah melihat keadaan anak kami. "Kenapa ni", itu saja yang mampu ditanya. "Budak kena kuning lah bang. Tak boleh balik lagi hari ni sebab dia kena observation".


Petang itu, Aimar dipindahkan ke wad SCN (Special Care for New Born) dan bermulalah detik-detik mencabar saya bersama dia. Ini adalah kerana dalam unit ini hanya ibu dan bapa baby sahaja yang dibenarkan masuk. Ahli keluarga lain tidak dibenarkan masuk langsung.


3 hari bersama Aimar di wad ini benar-benar mencabar kesabaran saya. Dengan melayan kerenah Aimar yang tidak mahu tidur di bawah ultra violet light dan pada masa yang sama saya perlu educate dia untuk menyusu sedangkan saya sendiri tiada pengalaman. Dengan kepenatan dan kesakitan lepas bersalin yang belum lega lagi. Kalau ikutkan hati saya memang dah lama saya give up!! Tapi setiap kali saya melihat wajah Aimar yang tenang ketika dia tidur dan sewaktu dia menyusu terdetik di hati saya, saya mesti kuat sebab bayi ini terlalu kuat berjuang untuk melawan penyakitnya. Kalau saya sakit, dia lebih sakit lagi sebab dia perlu duduk di bawah ultra violet light yang sangat panas dan pada masa yang sama kuman jaundice sedang menghurung darahnya. Mungkin dia tak mampu nak beritahu saya betapa sakitnya dia tapi saya yakin dia sangat kuat melawan penyakitnya.







Walau bagaimanapun saya bersyukur dianugerahkan dengan suami yang banyak memberi moral support kepada saya. Dengan kekuatan suami dan baby saya dapat menempuh 3 hari yang sukar itu dengan jayanya. Alhamdulillah pada hari Isnin, 8 Jun 2009 kami dibenarkan pulang ke rumah.

Saya amat menghargai segala bantuan dan kerjasama serta tunjuk ajar yang diberikan oleh staff2 hospital Kajang. Dan saya berdoa agar baby akan terus sihat dan saya mampu menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri yang terbaik untuk suami saya dan ibu yang terbaik bagi anak saya.

Insya Allah....

August 07, 2008

+*+*~Project Cupcakes & The Begining~*+*+

Finally project cupcake aku selesai jugak hari ni. Beria-ia nak buatkan cupcakes for Richard sempena wedding dia. Bukan setakat buat cupcake je tau, siap dengan basket decoration lagi. Naaa...inilah hasilnya...
Cupcake yang aku buatkan untuk Richard ni come in 2 perasa, 1 perasa coklat chips & another one is blue berry. Rasa dia...mestilah sedap & decoration tu just simple one jelah, maklumlah this is my first trial. Insya Allah bulan Ramadhan ni aku akan keluarkan "petite cupcake" which is much more smaller, cuter and yummier. Sesuailah kalau nak dijadikan sebagai desert waktu berbuka puasa nanti. Kalau nak tempah pun boleh, sila lah email kepada aimi.mukhlis@gmail.com untuk pertanyaan lebih lanjut. Kalau nak buat tempahan untuk birthday atau majlis kera'ian juga diterima, just drop in your mail and I'll quote the best price for you!

Oh ye. Hari ni juga aku dah dapat "kunci rumah baru" kat MAHA. Pagi tadi aku pegi dengan big boss for check-in registration and pegilah jenguk2 tapak booth. Our booth will be located in Exhibition Hall C, booth number C133 under Arvore Group. Rasa macam seram sejuk je, maklumlah first time kami masuk exhibition gempak macam ni and tak sangka we manage to arrange it all. Alhamdulillah, nilah dia kalau Allah tu nak bagi, yang penting sabar and teruskan usaha.

So, according to Steven, one of the organizer team, we only can start to load our equipment tomorrow. So, start esok mulalah kesibukkan aku kan. However, aku akan cuba sedaya upaya untuk update so that we can share this historical moment with our off-spring. Actually, memang tak senang nak sampai ke tahap ni. Macam2 dugaan yang kami kena tempuh. And nak sampai ke tahap ni pun, aku sendiri sampai 3 kali miscarriage. Takpe, bagi aku, aku redha dengan apa yang dah berlaku sebab aku yakin tu semua hanyalah ujian Allah ke atas kami. Semua yang pahit tu pastinya akan jadi manisan bagi kami di kemudian hari :).

Oklah, now back to production. Kesian my mother dok selesaikan ayam tu sorang2. Nanti sampai kat bab packaging akulah yang tak cukup tangan kan. Malam ni hopefully my husband tak lupa nak bawak balik label yang dah siap print, so tomorrow boleh la berhempas pulas siapkan packaging. Kan hari tu aku ada blog kan pasal packaging cost yang mencecah ratusan ribu tu kan? So, kenalah buat plan B, takpe yang penting packaging kami tetap cantik, comel dan selamat.

August 06, 2008

+*+*~Kisah KAMI~*+*+

+*+*~This entry is specially dedicated to My Husband as my thought on our first anniversary as The Servant~*+*+

Mr.Po,

Still remember how we first met? +*+*~Rasanya hal ni yang selalu aku bahankan dia..hihi..~*+*+ Masa tu saya baru je keluar hospital. Nak buat macam mana, darah saya ni wangi sangat sampaikan sang AEDES yang dengki tu sangat suka gigit saya. Boleh tak dengan alasan +*+*~saje nak tanya khabar and nak tanya macam mana simptom nak kena demam denggi~*+*+ dengan gagahnya awak memulakan langkah nak jumpa dengan saya? Dahlah awak minta messenger hantar utusan kat saya and saya punyalah mengelak. Tapi sebab saya ni ayu dan baik hati dengan badan yang masih menggigil-gigil tu saya pun drive la jugak jumpa awak kat hentian kat bawah nun. Masa tu, kusangkakan putera kayangan mana nak jumpa hamba, rupanya sang kungfu Panda yang menjelma...hehe... ;P

Lepas dah jumpa, saya kena out station dekat seminggu, pergi menyahut seruan Negara. Balik je ke tanah lahir, awak terus call saya. Paling best masa tu suara saya memang seksi lagi menggoda, kesan daripada 2 botol 1 liter 100+ setiap hari. Tapi awak tak kesah, awak nak gak sembang2 dengan saya sampai saya berkata dalam hati +*+*~ieee, mamat ni tak reti2 ke, dahla suara aku takde, dia nak jugak cakap lama2~*+*+

Lepas tu awak selalu la berSMS dengan saya, sampaikan ofismate saya naik syak saya dah mula bercinta. Mana taknya, selalunya waktu rehat saya layan air liur basi, tapi hari tu pegi tido pun telefon di sisi. Selalunya SMS awak memang saya balas dengan loyar buruk saya dengan harapan awak tak nak sembang2 dengan saya lagi +*+*~ye..saya memang eksyen~*+*+ Tapi, awak ni memang bangsa tak reti bahasa, makin saya loyar buruk makin hebat awak layan saya.

Sampailah satu hari, awak call saya masa saya tengah tido. Akibatnya, memang saya tak angkat phone tu & biar dia mati sendiri. Sejak dari hari tu saya jadi pelik, kenapa awak tak call saya lagi. Tak sangka pulak Mr.Po sudah merajuk. Saya dapat jugak cium bau2 merajuk awak tuuu...tak maluuu.. ;P


Tapi sekali lagi sebab saya ni ayu & baik hati saya call jugak awak & bagi alasan +*+*~saya nak pegi COE, awak nak kirim apa2 ke??~*+*+ Saya tau, mesti awak hepi kan, sebab hujung minggu tu terus awak buat alasan kete awak rosak so nak bawak gi sana konon nak repair. Sebenarnya...hehehe...

Minggu seterusnya, lagi best punya cerita. Boleh tak tetiba "kawan" saya nak tumpang saya balik. Memula saya memang pelik, tapi takpelah sebab saya ni kan ayu & baik hati, saya tumpangkan jugak dia. Yang saya tau, rumah dia kat Puchong, tapi tetiba dia ajak saya pegi Bangi. Wah, sangat pelik. Apalah orang ni nak buat kat saya agaknya?

Sampai kat Bangi, dia ajak saya lepak kat kedai mamak. Baru duduk dalam 5 minit, tetiba +*+*~Alamak!! Mr. Po sang kungfu Panda menjelma semula!!~*+*+ Mulanya saya rasa macam nak lari, tapi tak sampai hati. Pastu awak pun duduk & dengan macho & tangan menggigilnya awak pun bersuara +*+*~sudikah awak menjadi isteri saya??~+*+

+*+*~Tapi aku ni taklah gelojoh kan, so takdelah aku terus setuju time tu. Bayangkan nak bagitau mak aku pun dekat 2 bulan aku simpan...punyalah seram nak bagitau..~*+*+

Mr.Po,

Tak sangka ye. Dah setahun kita pakai title +*+*~husband & wife~*+*+ So, lepas ni awak rasa kita dah ready ke nak ada "orang ketiga" diantara kita?? +*+*~ngeh..ngeh..~*+*+


June 29, 2008

+*+*~Lembaran Baru~*+*+

Akhirnya, aku mengambil keputusan MUKTAMAD untuk berpindah. Bukan sebab merajuk atau apa2 sebab lain, tapi aku dah bosan (aku memang cepat bosan).

Bukan aku tak sayang kat blog lama aku tu. Selama nie dia yang bersama aku. Suka dan duka, ups and downs, dia lah tempat aku nak meluahkan rasa. Tapi, aku perlukan pembaharuan. Aku tak nak berpura-pura dan cuba menjadi "orang lain". Aku ingin kembali menjadi AKU.

Actually, dah lama aku minta husband aku create kan blog kami ni. Memang dia dah buatkan satu, sejak kami bertunang dulu. Tapi harapkan dia..hmmm..alamatnya sampai berabuklah blog tu tak dijenguknya. He's not type of blogging person, dia tidak suka mencatit sejarah, bagi dirinya apa saja yang berlaku, biar saja berlalu. Sangat berbeza dengan aku, disebabkan akhir2 ini aku mula menyedari aku akan mengalami short & long term memory lost ~ aku pun tak pasti, yg pasti aku memang pelupa~ aku rasa lebih baik aku catatkan perjalanan kami. Sekurang-kurangnya ada cerita yg boleh aku ceritakan pada generasi kami nanti.

Main reason kenapa aku create juga blog ni, sebab bila balik dari Melaka hari tu aku rasa pelik bila tidur sekatil semula dengan husband aku. Macam tak pernah kenal & pada ketika tu baru aku sedari yang aku memang menghidapi memory lost syndrome. Kalau aku tak mula sekarang, PASTI takde apa yang aku boleh ceritakan pada generasi akan datang nanti.

Kalau sudi, sila lah bersama kami, mengharungi segala badai bersama kami, untuk mencapai satu kehidupan yang ABADI.