THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

January 24, 2010

+*+*~Updating Blog At 4 am Is Pathetic, No?~*+*+

Disebabkan jaraaaang nak jumpa muka saya mengupdate blog pukul 4 pagi, so today I'm updating it, yeah at damn 4am. Gilo! Actually, bangun sebab nak burn CD Jim Rohn untuk Kak Zhura, dah janji dengan dia tadi nak bagi esok. So disebabkan saya seorang yang sangat setia pada janji (ahemmm), sambil menunggu the burning process, sambil lah mengupdate blog ini.

And the Spectacular Event is soooooo amazing! Paco Perez , the President's Team from Mexico is so damn amazing! Masa dia cerita how Mark Hughes life and fight for Herbalife business really touched my heart, sipi2 nak menitik air mata saya, tapi control sebab kak Zhura duduk kat sebelah. (See, how i tremendously improve my English with this company, kalu dulu tengok citer omputih confirm kena on translation, kalu tak jangan harap nak faham. Skarang ni, dengar Mexican-English pun dah boleh faham...hoyehh for my self!). Cannot wait for his session tomorrow.

The best part is there are new products launching - the Aloe line. I will update it later as I also managed to get few latest items for myself during this event. MAybe I'll post it tomorrow after the event...atau tengok tahap kerajinan saya. Now, am going to continue my sweet dreams with busyuk-masyam-budak-botak saya..hehe :P

January 22, 2010

+*+*~Herbalife Malaysian Spectacular & 4th Anniversary~*+*+

will happen tomorrow at Sunway Convention Center. Don't forget to bring your FM radio as most probably there is guest speaker who will give their speech using their preferable language. Jangan jadi masa saya pergi SEA Supervisor Academy last April, masa President's team daripada Thailand bagi speech, bukan main menganga saya jadinya. Ni semua akibat lupa bawak FM radio lah ni. And this year all the distributors are so lucky because Herbalife proudly bring up to the stage 5 Presiden't team of Malaysia!! So, don't forget your camera!

And at night there will be celebration party. Theme kali ini is Arabian Night (most probably this year saya tidak memakai apa2 costume sebab tak boleh pikir, last minit sangat, takpe yang penting boleh makan!) And the best thing is I'll be accompanied by Kak Zhura for the whole training session! Takdelah sangap attend training sorang2 kan sebab En Najib tak boleh ikut serta kali ni.

Hoho...agak excited jugalah nak pegi training event esok. Ambik mood excited dulu...tarik napas, in...out...in...out. Hoih, 2-3 hari ni memang agak busy sikit, perlu beri fokus yang tak terkira pada projek yang bakal launching next week. Hoho, profesional tak alasan ni? Padahal hakikat sebenar serious takde idea nak update, eh, sebenarnya idea banyak tapi bercampur-baur, last2 ambil keputusan malas nak update. Dok log in, log out kat blogspot ni je memanjang, updatenya tak juga.

Hehe...sebenarnya adalah juga update sikit. Tu kat wall sebelah tu, nampak tak? Instead of putting my quaterly goal macam tahun lepas, I decided to put my dream wall. So, tak kisahlah bila nak achieve, yang penting ada usaha untuk dapat kan apa yang dicita-citakan dah cukup baik. Law of Attraction kan???

Haih...sebenarnya hati ni nakkkkkkk sangat update-mengupdate ni (apadaaa berapa banyak punya cerita updatela), tapi saya perlu susun dulu mahu update dari mana. Semalam masa baca John Maxwell - 21 Irrefutable Law of Leadership, terbaca tentang Law of Legacy. Dia ada mention tentang "life sentence". Perhaps I will start form that point, so bolehla saya share sedikit sebanyak tentang life sentence ni dengan pembaca/kawan2 saya. Hoho...mcm la ada banyak reader kat blog ni. Dan sedikit sebanyak, nampak berilmiah jugalah blog ni kan, takde lah asyik nak layan cerita karut-marut saya saja :P

Oklah, nanti saya update lagi ye. Skarang ni mahu buat preparation untuk esok dulu. Tak sabar nak pegi training ni :)

**Tadi tengok leadership training & VIP seating qualifiers, apesal nama Jeffrey n Farhani takde ekk? Musykil nihh...**

June 24, 2009

+*+*~We're Going To Taipei, Yeayy!!~*+*+

Tadi suami saya pergi ke HBL office sebab dia ada discussion dengan Jeffrey about next 90 days plan. Alhamdulillah, lepas balik dari Korea ni makin bersungguh-sungguh suami saya menghidupkan bisnes ini. Bak kata MOJ seperti yang dia tunjukkan dalam video hari tu - We're Herbalife Independent Distributor, Our Mission is to change other people's life in their health and financial freedom. Jadi kami perlu bekerja keras sekarang ini kerana banyak kehidupan yang perlu diubah!

Selepas meeting dia telah pergi ke Herbalife HQ dan membelikan early bird ticket for Herbalife university yang akan diadakan di Taipei! Yes, we're going to Taipei this September. It will be me husband, me mother, Aimar and me! Ya...Aimar sungguh beruntung, baru 3 bulan dah boleh travel sampai ke Taipei.

Dan saya dah check flight ticket ke Taipei. It will cost us RM1319 for 3 adults and 1 infant which is very2 cheap, thanks to Air Asia. So, dah settle training ticket and flight ticket, nanti Connie akan tolong arrange on hotel kat Taipei pula sebab dia lebih tau. Dia kan orang sana.

Haih...another 24 days before confinement ends. Dah rindu nak keluar buat keje nih. Cepatlah abis pantang...

June 18, 2009

+*+*~Cranky Aimar Got A Fever~*+*+

Kesian Aimar, tiba-tiba badan dia panas pulak. Patutla sepanjang malam asyik meragam je sampai tak lena tidur saya dibuatnya. Bukan saya saja, bahkan maktuknya pun tak lena tido sama.

Aimar minum susu banyak-banyak pastu tido ye sayang. Biar cepat baik demam tu.


By the way,suami saya telah selamat sampai ke bumi Korea. Malam tadi ber-Skype call dengan dia. Lega hati bila dia dah selamat sampai di sana. So hari ni dia akan menghadiri World Team training jam 3 pm (waktu Korea) dan malam ni ada konsert. Huh..saya sungguh dengki! Takpe tahun depan ada lagi.
Yang penting Aimar dah tak cranky sebab demam dia dia dah beransur pulih and mama dia dah tak cranky sebab dah dapat cakap dengan babah Aimar. :)


June 17, 2009

+*+*~Am Gonna Miss Him~*+*+

Suami saya yang tersayang akan berangkat ke Korea malam ini untuk menghadiri Herbalife Asia Pacific Extravaganza. Dia akan berada di sana sehingga hari Isnin. Flight pulang ke Malaysia adalah petang Isnin nanti.

Am gonna miss him so much. Haihh...saya yang gatal hantar dia pegi sana bila sampai masa saya yang lebih-lebih emo. Drama sungguh....


April 13, 2009

+*+*~A Year Older.. :P~*+*+

Alhamdulillah...yesterday I turned 29th! Dah tua setahun acik rupanya (walaupun jiwa tetap muda...ngehee :P). However, being a busy me, there's no galla celebration and what not...turning a year older is not that big deal...rite?

Lagipun, semalam saya perlu menghadiri seminar anjuran Herbalife. Memandangkan seminar tu dijalankan di Ritz Carlton Hotel, Jalan Imbi (which is international seminar so it comes together with dinner party) so saya menyambut birthday saya di sana saja bersama Herbalife colleagues yang lain. And JnC is so sweet as they gave me a book entitled "The Richest Man of Babylon" as my birthday present. Really appreciate it!

And one thing that really make me happy, my new consumer @ business partner, Norul Risa has lose 2 kg in 2 weeks time after consuming Herbalife healthy breakfast only! And now he wants to get his wife on the products so that they can share the result together. Hope that they will get that tremendous result as I really wanted to help them to lose their weight. And if there anybody interested in losing weight or leading a healthy life style, do let me know. I'd love to help all of you!

I wanted to upload some photos during the Silver Night dinner, STS training and what not tapi lappy saya ada software problem pulak so tak dapatlah access card reader and what so ever (as am updating my blog using my mom's PC). Will send the lappy to Low Yat tomorrow..and oh ya, most probably we will have big meeting tomorrow with Dato' and Datin regarding this Herbalife business. Who said that this business is small business, even the VIP also interested to do this business and this company is public listed! So, later....

March 27, 2009

+*+*~29th Weeks!!~*+*+

Yesterday went for monthly check-up. The baby already turned to 29th weeks..how time flew... cepat betul masa berlalu sampai saya tak perasan baby saya dah hampir selesai pembentukannya dalam rahim saya. Tinggal beberapa hari saja lagi before baby say hi to the world.

Baby saya sangat..sangat..sangat active lately. Maybe perkara biasa bagi babies yang dah officially 7th month in the womb. However, semalam sewaktu check-up dia telah melakukan aksi kurang sopan sehingga membuatkan nurse terperanjat. Sewaktu nurse meletakkan heart-beat reader microphone kat perut saya untuk memeriksa kadar degupan jantung baby, dengan jayanya dia telah menendang microphone itu sekuat hati. Bukan sekali, tetapi setiap kali nurse mengalihkan microphone itu, dia akan menendang tepat ke arah microphone itu, as if tried to say "May day...may day...intruder detected..". Ngeehee...sungguh comel and now I know that my baby is getting brilliant from day to day. Herbalife baby lah katakan....

So far my condition pun sangatlah meng-impressed-kan para nurse. BP under control, 122 over 67, urine condition ok, blood sugar sangatlah terkawal...last MGTT result just 4.4mmol/L selepas minum air gula, HB reading 13.2..which is high and very good...so skang ni saya dapat lihat sendiri kelebihan mengambil nutrisi lengkap setiap hari. Baby heart beat between 154-156 bit per second....see..everything in good condition, alhamdulillah. And thanks to Herbalife too!

Last night went to my eldest brother's house as he organizing his youngest son "Majlis Cukur Jambul". Baby is doing well and so behave along the ceremony, tapi bila sepupu-sepapat dia mula buat bising sementara tunggu nak balik, dia mula tak duduk diam...macam dah tak sabar nak keluar and join sama buat bising. Sabar baby...I'm sure when you already here you'll be the hero..ngeehee.. :)

As for baby preparation, hari tu adalah beli sikit2 tambahan lagi macam tikar getah, berus botol, face towel. Yang lain-lain tu dah banyak, baju dia dah ada 5 pasang, lampin 25 helai, mitten & booties dekat 6 pasang (in case mama adalah pemalas untuk basuh weekly), cap sehelai, blanket with hood sehelai, feeding bottle 1 set...apa lagi ye?? Setakat barang basic tu dah almost completelah kan. Cuma next month nak kena cari playpen (saya tak mahu baby cott...boleh pakai kejap je), and bedding set. Also kaki buai. Yang tu boleh beli kat kedai Ah Keong je...tak perlu kot saya nak kena cari sampai ke IKEA. Eventhough ramai yang kata jangan biasakan anak tido dalam buai, nanti susah kalu nak pegi rumah orang...but as what my SIL always said.."Tak pe...nanti nak pegi rumah orang pandailah aku nak angkut kaki buai ni macam mana".

Oh ya...one more thing. I think this is the part yang buat most of the mommy-to-be most excited, to do the detail scan. I just wonder...perlu ke saya buat detail scan itu? 3D-4D scan itu juga...adakah penting? Dulu masa mak saya mengandungkan saya dia takde pun buat scan tapi saya tetap sihat dan bijak sampai sekarang. Actually, I'm still considering it as I see it as non-added value activity so better duit yang digunakan untuk membuat aktiviti non-added value ini disalurkan kepada aktiviti yang lebih berfaedah seperti membeli tiket untuk Herbalife SEA Supervisor Academy next month (each ticket cost about USD100 @ RM357) ataupun dihimpun untuk membeli bag Coach untuk mama.

Yeah...next month there will be an amazing seminar training organized by Herbalife...SEA Supervisor Academy, only for Supervisors in Herbalife. Can't wait for the event!

March 20, 2009

+*+*~It's Gonna Be A Big Day For Me!!~*+*+

It's been quite sometime since my last update. Sangat sibuk minggu ini. Alhamdulillah, business saya mula menampakkan progress jadi saya tiada alasan untuk duduk diam lagi.

Since Monday saya terlalu sibuk menyelesaikan perkara-perkara berbangkit. Macam mana pun, I would like to congratulate my colleague, Lisa and Ahmad for completing their supervisorship this month. Hope that we can grow the business wider and wider in future. And to Wardah too as she managed to get into HBL University program. Believe me, this program worth a thousand words to you.

Hari Rabu, naik turun ke Kuala Kubu pula sebab nak open business opportunity to my friend Richard & Farhana. They already got into business just that they're trying to get the product result first. Just imagine, on last Wednesday, we have to split Jeffrey & Conney as I'm closing the business in KKB while my mother closing the business in KL. And the result is....

AM GOING TO DO THE PRESENTATION TOMORROW (SATURDAY) IN TAIPING IN FRONT OF THE VIPs!!

Actually it was my dream to do such thing, get involve in an international business, big & serious business and presenting the company in front of the VIPs. And...few steps before my dreams come true and this coming Saturday is my "examination" day! Am so excited and so nervous too! So, tadi dengan segera saya bergegas ke Jusco untuk membeli sepasang baju baru untuk dipakai esok sewaktu presentation.

I'll update the result after I came back from Taiping. Now, I need to do few homeworks on the presentation and what not.

Wish me luck!

March 11, 2009

+*+*~Nampak Gaya Kena KIV Pegi Singapore~*+*+

Still remember my 1st quarter wish list to go to Singapore? Gambar pun dah siap saya pampangkan kan wall sebelah kanan tu. Nampak gaya macam kena KIV je pegi Singapore...or, mungkin pergi but on business purpose.

Ceritanya macam ni, saya memang bercadang nak ke Singapore somewhere around April, for business trip and shopping-mopping session dan niat untuk mengepow suami saya sebuah bag Coach sempena birthday saya. Memang dah well plan pun, where to stay, what activity to do and what not. Siap pegi tengok kat website lagi and plan the ittinary with them (Singapore Tourism).

Tapi malam semalam, bila saya attend HBL University for 2nd session, the coach (yang ni bukan bag tau) announced that there will be a World Team School in September and it will be held in Taipei, Taiwan! So far yang saya tau ada leadership retreat on this coming April and also Supervisor Academy, tapi event tu will be held in KL sahaja (which means I still manage to go..yippiee!!). And then in June, there will be Extravaganza in Seoul, Korea (event yang ni saya hantar suami saya pergi sebab saya tak boleh pergi...confinement..tskk..). Terlupa pula lagi satu event, World Team School...kat Taipei pulak tu. Nampak gaya, salah satu holiday saya memang kena KIV dululah...mungkin Singapore, mungkin Langkawi...but most probably Singapore lah..sebab saya pun dah masuk fasa2 tak larat ni so tak syok lah kan pegi shopping-mopping dalam keadaan tak larat.

So, consequentnya ialah....saya tak boleh nak cari bag Coach kat Singapore, so option number 1 will be cancelled. Luckily, my friend gave me another option so bolehla masukkan dalam my option list. :)

Actually, I just came back from my SIL house in Malacca. Pegi melawat my MIL because I already got her on Herbalife program, seriously, started last month. So, kenalah pegi tengok macam mana progress dia. Alhamdulillah, berat MIL pun dah turun 2 kg (without any exercise) so kami akan keep on monitoring sebab kami berharap sangat MIL boleh berjalan semula. Currently she needs to use the walker to support her sebab berat badan berlebihan dan masalah tulang. The most important thing is Sabar dan Pengorbanan.

So, am already tired now. Dan cuaca yang sejuk sebab hujan ini menyebabkan saya rasa hendak tido. Till then...daaa.

February 16, 2009

+*+*~Ke Utara Lagi~*+*+

Esok saya akan ke utara lagi tetapi kali ini bapa saudara saya telah mengaturkan satu majlis di rumah beliau. Oleh itu kami akan berpeluang mengadakan sesi ceramah kesihatan dan bertemu dengan orang-orang utara.

Minggu ini dijangkakan jadual saya akan penuh dengan sesi taklimat kesihatan & wellness evaluation. Saya bercadang mengadakan sesi taklimat di MPK pada hari Jumaat dan kemungkinan besar Dr.Nazari juga akan mengadakan taklimat kesihatan pada hujung minggu di Tanjung Karang. Harap-harapnya tenaga saya akan terus berkekalan seperti biasa.

Sekarang ini perut saya kadang-kadang menjadi sangat besar, tetapi kadang-kadang sangat kecil, tidak seperti orang yang hamil 5 bulan ++. Tetapi baby saya memanglah sangat aktif terutama sekali apabila saya mahu tidur, dia akan menendang sekuat-kuat hati mengikut arah saya mengiring sehingga kadang-kadang saya tidak tahu arah mana patutnya saya mengiring. Tendangannya seolah-olah cuba memberitahu pada saya "Mama...tolong...saya tersepit!!". Tetapi perkara itu akan berlaku jika bapanya tiada bersama saya, jika bapanya ada bersama saya, baby saya akan menjadi baby yang paling bersopan di dunia...tiada tendangan sekuat hati cuma sentuhan-sentuhan mesra sahaja daripadanya. Hmmm...dalam perut lagi dah pandai ye??

Ok...saya perlu bersiap kerana saya akan bertolak ke utara agak awal esok. Mungkin selepas sesi taklimat di rumah bapa saudara saya kami akan singgah ke gerai mi udang di sungai dua dan menikmati ketam goreng cili di sana. Dan event ini akan menjadi surprise kepada suami saya.. :) Jumpa lagi bila saya dah balik semula ke KL.

January 18, 2009

+*+*~Herbalife 2009 Asian Spectacular~*+*+

Saya sangat excited untuk menulis tentang event ini. Buat masa ini biar saya update dulu sebab saya belum transfer gambar lagi. Later, bila saya dah transfer gambar I will download some of it here...promise..promise.. :)

Guest speaker untuk event ini ialah Katherine Yiu & Felan Yu - International President's Team Member daripada Hong Kong dan yang lebih hebat lagi Denis Dowdell - Chief Executive President's Team Member. Apa yang sangat mengujakan saya ialah apabila melihat sendiri bagaimana pasangan guru sekolah (Katherine & Felan) menjadi orang yang kaya raya, sangat berjaya dan disanjungi oleh orang2 yang bukan senegara dengan mereka. Dan lebih mengujakan lagi apabila melihat sendiri seorang yang dahulunya merupakan pemandu bas sekolah (Denis) pada hari ini menjadi seorang superstar kepada seluruh dunia!

"Belajar daripada orang bijak" (Learn from the wise) & "Bergaul dengan orang2 yang telah berjaya" (Be around the success people) - 2 perkara yang akan saya pegang kerana inilah cara mereka berjaya dan saya yakin, percaya dan pasti, jika mereka boleh melakukannya, saya juga pasti mampu melakukannya!!

Saya akan update lagi..promise..promise... Terlalu banyak yang saya nak kongsikan daripada apa pengalaman yang sangat berharga yang saya perolehi daripada event ini. Selepas ini ada event yang lebih besar - Extravaganza 2009 yang akan diadakan di Korea! Saya akan pastikan kami semua dapat ke sana dan layak menjadi VIP dalam event tersebut!


And this month, I must qualify the World Team!!

+*+*~Stay tune for my next update with the pictures!! :)~*+*+

+*+*~Pictures updated~*+*+


My husband with spectacular background

My husband and my brother (both are supervisor!!)

Sorry for taking a long time just to add in this humble pictures. Ada lagi gambar tapi dalam SD card yang satu lagi. Yang tu nak kena resize and whatsoever, and masa saya sangat limited skarang ni so ini sajalah untuk kali ini. Lain kali kalau saya berkesempatan saya akan update lagi.

Billion, Thrillion, Zillion appologies!!

January 13, 2009

+*+*~The Training Weekend~*+*+

Saya rasa 2-3 hari kebelakangan ni saya kekurangan masa untuk mengupdate blog saya. Tapi, takpe, kalau saya sempat, saya tetap akan mengupdate blog ini.

Weekend saya yang lepas sangat full dengan aktiviti. Walaupun agak penat, tapi saya sangat seronok!

Jumaat

Pagi saya pergi ke klinik kesihatan Semenyih sebab suami saya perlu menjalani ujian darah sekali lagi. Bacaan kali ini menunjukkan platlet (sel darah merah) beliau telah berkurangan daripada border (border = 140, bacaan suami saya = 110). Beliau perlu mengulangi semula ujian pada keesokkan harinya (Sabtu), sekiranya platlet beliau masih menurun, beliau perlu ditahan di wad. Apa yang membuatkan saya agak pelik, walaupun bacaan platlet beliau menurun, beliau tetap bertenaga, tidak demam dan tidak mengalami sakit2 sendi. (Saya agak arif dengan jangkitan Denggi sebab saya sendiri telah menghidapi demam tersebut 2 tahun lepas). Doktor juga agak pelik dan tidak dapat memberi gambaran sebenar penyakit apa yang beliau hidapi.

Selepas selesai urusan di hospital, saya bergegas ke pasar untuk membeli ketam dan sebaik saja sampai di rumah saya memasakkan sup ketam untuk suami saya. (Ada beberapa pendapat yang saya pernah dengar, bagi sesiapa yang dijangkiti/suspek denggi digalakkan untuk makan sup ketam selain daripada meminum 100+).

Jam 4.00pm saya bergegas pula ke rumah sepupu saya di Selayang untuk bertemu dengan ibu saudara saya dan memperkenalkan Herbalife F1 kepada beliau. Ibu saudara saya ini telah berusia 74 tahun, sangat suka mencuba apa saja jenis produk kesihatan tetapi akibatnya beliau telah mengalami gastrik, sesak nafas, pedih ulu hati, sakit lutut dan beberapa penyakit lain. Kami telah memberi beliau rasa shakes yang sangat lazat daripada Herbalife (perisa vanila + susu putih) dan setelah minum dan menunggu dalam 1/2 jam, beliau mendapati tiada perkara2 pelik berlaku kepada beliau, bermakna shakes ini boleh beliau nikmati dan dijangkakan akan memberi tahap kesihatan yang diingini oleh beliau!

Selepas itu kami bergegas pula ke Restoran Sari Ratu di Jalan Sultan Ismail kerana saya perlu menghadiri satu jamuan makan malam bagi graduan2 daripada HBL University. (HBL Universiti adalah satu program yang diaturkan oleh pemimpin2 tertinggi dalam Herbalife dengan tujuan untuk membina personaliti (self development) dan memberi pengetahuan tambahan kepada Distributor baru dalam Herbalife). Dan saya dan suami saya merupakan salah seorang graduan pada malam itu! Kami sangat enjoy dengan makanan dan jamuan pada malam itu kerana dengan event seperti ini memberikan kami lebih peluang untuk mengenali dengan lebih dekat leaders2 dalam Herbalife seterusnya mempelajari sesuatu daripada pengalaman mereka.

Sabtu

Awal pagi saya bergegas semula ke klinik kesihatan Semenyih untuk mengulangi ujian darah suami saya. Apa yang menakjubkan, bacaan platlet kali ini telah meningkat daripada 110 kepada 280!! Terima kasih kepada sup ketam dan Herbalife H30! Dan suami saya tidak mengambil walau setitik pun 100+ oleh itu kandungan gula dalam darah tidak dicemari.

Jam 12 kami bergegas pula ke Bandar Tun Hussien Onn untuk menghadiri satu majlis perkahwinan, dan selepas itu terus bergegas ke pejabat HBL untuk sesi HOM (Herbalife Opportunity Meeting), Basic Training dan Organization Meeting. Semua aktiviti selesai lebih kurang jam 8.30pm. Tapi, tiada masalah, saya tetap bertenaga walaupun perlu mengahadapi aktiviti seharian dan membawa berat lebihan di dalam perut. Sekali lagi, terima kasih Herbalife!

Ahad

Saya sekeluarga (suami, emak dan adik saya) keluar daripada rumah jam 9.30pagi dan berada di Berjaya Times Square jam 10.00 pagi untuk menghadiri satu event Herbalife iaitu Mega HOM & Bahasa Melayu Quick start. Sekali lagi event saya ini diserikan lagi dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu Kak Nurni & Abang Zul. Event kali ini agak besar, lebih kurang 700+ tetamu and I'm really having so much fun! Event habis lebih kurang jam 7.00pm, kami singgah sebentar di Restoran Ehsan di Berjaya Plaza dan selepas mengisi perut kami bergegas pulang ke rumah.

Isnin

Saya keluar rumah jam 11.30pagi, terus ke Glenmarrie, Shah Alam untuk mengambil Tanita Scale yang telah kami order minggu lepas. Selesai urusan di Shah Alam, saya bergegas pula ke Jalan Raja Chulan untuk mengambil order dan membuat beberapa order baru. Selepas itu, saya bergegas pula ke Taman Selaseh, Gombak, ke rumah sepupu saya untuk memperkenalkan produk Herbalife F1 kepada beliau. Sepupu saya ini telah berusia 56 tahun dan mengalami masalah kolestrol yang sangat tinggi. Beliau bergantung kepada ubat-ubatan dan perlu mengambil pil kolestrol setiap malam sebelum tidur. Oleh itu saya WAJIB membantu beliau.

Selesai urusan di Gombak, saya bergegas pula ke Shah Alam untuk menghantar barang2 adik perempuan saya, selepas itu singgah di rumah emak saya untuk mengecas bateri henpon dan selepas mengecas bateri henpon lebih kurang 10 minit saya keluar pula ke Taman Bukit Mewah, Kajang untuk menghantar pesanan.

Kesimpulan

Sebenarnya di sini, saya bukanlah nak menceritakan lame story tentang schedule harian saya, tapi saya perlu menceritakan pemerhatian saya tentang tahap tenaga saya selepas menggunakan produk Herbalife, terutama sekali Herbalife F1 dan Tea mix. Cuba bayangkan, saya sedang mengandung 18 minggu tapi saya masih mampu bergerak cergas seperti orang yang tidak mengandung. 3 bulan pertama kandungan saya, dan pada waktu itu saya belum menggunakan produk Herbalife lagi, saya sangat cepat penat. Kalau saya bangun tidur jam 8.00 pagi, jam 10.00 pagi atau 11.00 pagi saya akan tidur semula dan bangun jam 2.00 petang atau 3.00 petang di mana selepas itu saya bukan merasa bertenaga semula, tetapi badan saya semakin lesu dan tenaga saya sangat berkurangan. Bayangkan, tenaga saya sekarang lebih hebat daripada bateri henpon saya! Oleh itu mari kita berikan tepukan hebat kepada produk hebat Herbalife! +*+*~clap!clap!~*+*+

Dan apa yang lebih menggembirakan dan mengujakan saya lagi, peristiwa yang berlaku kepada suami saya. Walaupun beliau termasuk dalam golongan suspek Denggi, tetapi beliau tetap bertenaga seperti orang yang tidak sakit. Dan tanpa di tahan di wad atau menggunakan 100+ langsung, beliau mampu pulih seperti biasa! (Impak selepas Denggi yang saya alami selepas ditahan di wad selama 3 hari dan menggunakan 100+ dalam kuantiti yang banyak - berat badan saya naik mendadak dan batuk teruk selama 2 bulan. Thank God perkara itu tak berlaku kepada suami saya).

Cuma satu perkara saja yang membuatkan saya agak terkilan, saya lupa mengambil gambar bagi setiap event yang saya sertai. Selepas ini saya mesti ingat sebab gambar itu adalah bukti dan gambar boleh menceritakan segala-galanya. Ya, saya mesti ingat untuk sentiasa bawa kamera dan mengambil gambar setiap event yang saya sertai.

Sekarang saya perlu masuk tidur sebab esok saya akan ke Utara tanah air untuk berjumpa dengan saudara mara saya di sana dan memperkenalkan produk Herbalife kepada mereka. Saya akan update apa yang berlaku di sana hari Rabu atau Khamis nanti.