Pernah tak dengar terms "visceral fats" atau dalam bahasa Melayu "lemak viseral". Dahulu saya tidak punya idea apa itu lemak viseral. Apa yang saya tahu lemak viseral itu amat berbahaya. Di sini saya ingin berkongsi beberapa info tentang "lemak viseral".
Dalam badan kita terdapat 2 jenis lemak - lemak pada kulit (cutaneous fat) dan lemak di sekitar perut dan organ dalaman (lemak viseral/visceral fats/abdominal fats). (Source: Health Today Magazine, Edition March 2010 & Wikipedia). Kita memerlukan sedikit kuantiti lemak dalam badan kita untuk memelihara suhu badan dan organ kita, tetapi lemak yang berlebihan boleh mendedahkan kita kepada risiko penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis (diabetis malitus), darah tinggi (hypertension), angin ahmar (stroke) seterusnya kegagalan fungsi organ dalaman lain seperti hati dan buah pinggang. Obesiti bukan sahaja diukur daripada kadar berat badan yang berlebihan, tetapi lebih mudah jika saya terjemahkan obesiti itu adalah "masalah lemak yang berlebihan di dalam badan". 
Mengapa Lemak Viseral sangat berbahaya?
Lemak viseral ini akan dicernakan oleh hati dan ditukar kepada kolestrol. Kolestrol tidak boleh diserap dalam darah tetapi akan dibawa ke seluruh badan oleh lipoprotein dalam saluran darah. Terdapat 2 jenis lipoprotein - low density lipoprotein (LDL atau dikenali sebagai kolestrol tidak baik) dan high density lipoprotein (HDL atau dikenali sebagai kolestrol baik). Kandungan HDL yang tinggi dalam darah dapat melindungi kita daripada risiko penyakit jantung. Tetapi kadar LDL yang tinggi dalam darah akan menyebabkan saluran darah kita menjadi sempit. Selepas beberapa tahun (mungkin 10-20-30 tahun), saluran darah kita akan semakin menyempit menyebabkan darah kita sukar untuk mengalir melalui arteri. Akibatnya, plaque akan terpecah dan membentuk darah beku. Darah beku (blood clots) sangat berbahaya kerana ia boleh menyumbat aliran darah kepada organ2 penting dalam badan. Sebagai contoh, jika aliran darah kepada jantung tersumbat menyebabkan kita mendapat serangan jantung (heart attack) dan jika aliran darah ke otak tersumbat kemungkinan besar kita akan diserang angin ahmar (strok).
Secara ringkasnya, semakin tinggi kandungan lemak viseral dalam badan kita, semakin tinggi kandungan LDL atau kolestrol tidak baik dalam saluran darah kita, oleh itu meninggikan risiko kita kepada penyakit jantung dan strok. Selain itu, kandungan lemak viseral yang tinggi berserta dengan diabetis peringkat ke-2 akan meningkatkan risiko penyakit jantung.
(semua kenyataan di atas dipetik daripada majalah Health Today, edisi March 2010)
Bagaimana Lemak Viseral boleh bertambah?
Menurut pembacaan saya dalam majalah "Health Today" edisi March 2010, banyak faktor yang menyebabkan bertambahnya lemak viseral antaranya:-
1. sebab keturunan
2. perubahan hormon
3. pertambahan usia
Bagaimana mengetahui sama ada tahap lemak viseral seseorang itu memberikan risiko kesihatan yang tinggi atau tidak?
Terdapat beberapa cara untuk mengetahui kadar lemak viseral yang terdapat di dalam badan kita, antaranya:-
1. Pengiraan Indeks Berat Badan (BMI)
menggunakan formula BMI=berat(kg)/tinggi kuasa dua (m2)
BMI = kurang daripada 18.5
BMI = 18.5-24.9 --> normal
BMI = 25 - 29.9 --> lebih berat badan (overweight)
BMI = lebih daripada 30 --> GENDUT!! (obese)
2. Pengiraan nibah pinggang-pinggul (waist to hip ratio)
dimulakan dengan mengukur ukur lilit pinggul, pita pengukur haruslah melilit bahagian paling lebar pada pinggul. Kemudian ukur pula ukuran lilit bahagian paling kecil pada pinggang, biasanya atas sedikit daripada pusat.

Buat pengiraan dengan menggunakan formula, Nisbah Pinggang-Pinggul = ukuran pinggang (cm)/ukurang pinggul (cm).
Nisbah pinggang-pinggul (NPP) yang sihat ialah 0.8 dan ke bawah untuk perempuan dan 1.0 dan ke bawah untuk lelaki. Kalau NPP melebihi kadar yang sepatutnya bererti lemak viseral kita adalah tinggi dan kita mendedahkan diri kita kepada risiko penyakit tak berjangkit! Menurut kajian, seseorang yang mempunyai bentuk badan seperti buah epal - yang memiliki bilangan lemak yang tinggi di kawasan tengah - mempunyai risiko kesihatan yang lebih tinggi berbanding seseorang yang mempunyai bentuk badan seperti buah pir.

3. Menggunakan teknologi imbasan (scanning)
contohnya seperti mesin Viscan oleh Tanita. Kalau tak salah saya kos untuk sekali imbasan mencecah RM300! 4. Menggunakan mesin penimbang istimewa daripada Tanita
Picture source from Google