Its about "me" time. Setelah sibuk gedebak-gedebuk dengan hal anak dan suami, sekali sekala para ibu juga memerlukan waktu untuk diri mereka sendiri, agree with me mommies? So today disebabkan Mukhlis Aimar bangun dengan begitu awal dengan jayanya, saya telah menyelesaikan hal mandi-makan dia dengan begitu awal juga. So, bolehlah fokus pada perkara2 yang perlu diselesaikan hari ini dan as a reward to myself, a me time for me :). Malam pulak pergi terjah ke Tesco Kajang sebab nak beli bahan2 untuk prepare shake for Loges and Selan. Ooo..saya telah mendapat distributor baru dari Puchong, young Indian couple but very determine to get rich. Sangat happy dan bersemangat untuk menolong mereka :). Sambung cerita kat Tesco. Bila pegi kat area fresh veggies, boleh tak most of the tray adalah kosong! Almost semua harga barang adalah naik! Inilah bahananya bila orang2 Cina bercuti, sumber makanan pun terputus. Paling tak boleh blah, epal hijau cap Granny Smith yang besarnya stok bagi kuda makan je kat Amarika adalah berharga RM1.25 sebiji! Tapi marah2 pun masih menginvest di Tesco. Belikan bun mantou untuk Aimar, sebab dia sangat suka makan now adays. Memakan bubur nasi dan nestum sahaja adalah definitely not enough for him. And I found this.... Looking forward for more "me" time! **Hoho, finally I'm on Photoscape again. Flickr adalah super lembab dan sangat kedekut juga. Banyak frame tak boleh pakai unless upgrade to Premium. Makcik sangat kedekut bab itu ye anak2, kalau yang free2 ni memang makcik suka...hehe :D**
Ke Jusco Cheras Selatan lah saya, paling dekat dan bila pergi awal taklah ramai sangat orang. I've been eyeing a pair of walking shoes for Aimar. Hari tu semua booth kat baby section dalam Jusco Cheras Selatan tu dah saya telek, tapi bila fikir2 balik, nantilah. Aimar pun tak boleh berjalan sangat2 lagi, so spending for RM20-RM30 just to buy a pair of shoes yang akan dipakai sekejapan saja is not a wise decision. Tapi bila saya masuk je ke Jusco hari ni, ada baby fair pulak and they all baru je buka that section, means tengah susun2 barang2 lagilah. So I found this..... 
and this.....
for only RM6 per pair!! What a wise investment kan?? Senyum lebar sampai ke telinga dan menari2 dalam hati...hihi :D.
Hoho...selama ni saya cuma pernah beli juices perasa oren, epal atau cap Nestle yang 100% pure vegetable juice ke. Tapi yang ni tak pernah jumpa - sour cherry nectar. Tastewise - sedap! Tapi kalau tak tahan masam sila jangan cuba sebab memang kena dengan namanya. Dan malam tadi terpaksalah belasah Herbalicious Shake vanilla+sour cherry nectar. Kalau mix dengan F1 strawberry mesti lagi sedap. Mahu cuba di House of Nutrition lah today. Calorie wise per 100mL is only 46.8 kcal. And this product is imported from Turkey. For more info about Dimes product bolehlah melawat di http://www.dimes.com.tr/
+*+*~Quote Of The Day~*+*+
Don't wish it were easier, wish you were better.
Jim Rohn, Business Philosopher
February 18, 2010
+*+*~Sometimes Mothers Need To Be Alone~*+*+
January 29, 2009
+*+*~Orange...Please..~*+*+
Entah kenapa, sejak kebelakangan ini saya terlalu asyik masyuk dengan benda2 yang berbau oren. (Nota: Bau ye, bukan rasa atau pun warna). Saya selalu juga mencuri Herbalife Radiant-C Face Scrub suami saya kerana saya sangat suka baunya...sangat keorenan!
Dan disebabkan keasyikan saya dengan oren scent ni, saya telah membeli sabun Fruitalle perisa oren yogurt & shower cream New & Trendy yang sangat berbau oren di Tesco tadi. Saya juga telah dengan jayanya membuang benda2 lain yang tiada unsur bauan oren seperti syampu Mustika Ratu & shower foam Adidas suami saya. Jangan tak percaya, saya juga telah mencilok ubat gigi Safi milik adik saya yang ada perisa oren (saya tak tau pun ubat gigi tu wujud sebelum ni).
Tapi ada satu perkara pelik yang berlaku sewaktu saya di Tesco tadi. Tiba2 di kepala saya terbayang "pear juice". Shit! Manalah nak dapat benda macam tu kat tempat sehebat Tesco. Abis kuat pun dapat juice Ceres perasa Apple + Pear....jadilah..daripada takde langsung...
Cerita Rozelia Shariff pada 12:12 AM 0 komen
Cerita Tentang: sengal, shopping, Shopping mall
October 05, 2008
+*+*~Hajat Tak Sampai~*+*+
First, I've removed weight loss ticker from this blog and I have my own reason for doing this. Ye, diet saya telah screwed up during this festive month sebab keje saya hari2 adalah makan & tido. Oleh itu, cuba bayangkan badan yang di-pam2...sigh...
Second, hajat saya untuk membeli langsir untuk rumah kami adalah tidak kesampaian. Saya telah membuat lawatan ke IKEA tapi berakhir dengan membeli doblas keping curry puff +*+*~see...makan lagi!!~*+*+ yang rasanya agak kureng daripada version awal2 dulu. Oleh itu, kita akan cuba di lain kali.
Bila misi saya ke IKEA adalah GAGAL, saya telah bergerak ke JUSCO Cheras Selatan, tetapi sekali lagi gagal kerana hari hujan dan parking lot di luar Jusco sahaja telah menunjukkan betapa ramainya manusia di dalam JUSCO itu. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk pulang dan membeli langsir di dalam mimpi sahaja.
Tetapi apabila sampai di rumah saya telah membatalkan niat untuk membeli langsir di dalam mimpi sebaliknya saya telah melayan cerita Kala Malam Bulan Mengambang +*+*~sehingga ke saat saya mengupdate blog ini~*+*+ sambil mencari mood untuk menyusun aktiviti yang bakal dilakukan pada hari esok.
Oh ya, sekarang ini saya sedang gigih membuat bacaan buku The 8th Habit oleh Stephen Covey, dan sebaik saja saya selesai menghabiskan bacaan ini saya akan membeli buku hasil penulisan beliau yang bertajuk First Thing First +*+*~yang mungkin memakan masa 1/2 tahun lagi~*+*+ Walaubagaimanapun, saya mendapati buku ini sangat menarik dan sangat menghidupkan semangat saya yang sekejap terang dan sekejap malap ini.
Sekarang saya sudah berasa lapar semula dan ingin menjengah ke dapur dan melihat apa yang emak saya masak untuk makan tengah hari.
Tata...
Cerita Rozelia Shariff pada 4:53 PM 0 komen
Cerita Tentang: cerita kami, my crib, shopping, Shopping mall
July 17, 2008
+*+*~Release The Tense~*+*+
Hari ni record. Kul 4.30 pm baru masuk opis. Sah berlarutan sampai ke malam.
Pagi tadi, kul 9.30am klua terus pegi Shah Alam ke +*+*~Emstech Engineering~*+*+ settlekan projek dgn En.Syed. Pastu lepak2, sembang2, anyam2 ketupat pasal company lama, termasuk lak kisah DEBAT haritu. Akibat daripada DEBAT tu, DSAI dah kena tangkap, siap hantar komando tu tangkap dia...kasihannn.. Tulah, tak sabar menyabar, baru release tak sempat-menyempat nak reveal diri. And akibat daripada itu juga, semua jalan masuk ke KL kena road block. Tak sewkerrr...sebab ini semua mengundang jem!
Sebab nak mengelak daripada road block ni, kami ikut Subang untuk ke ofis. Nak jadi cerita, my husband boleh lak tetinggal kunci opis dia kat opis, so kenalah tunggu assitant dia sampai ofis. Sementara nak menunggu tu, terpaksalah kitorang melencong ke Sunway Pyramid..yeay!!

Sampai je Sunway, kami terus ke tingkat atas sekali. Tujuan utama sebab nak tengok movie. Ye..dah lama gila since last time I watched the movie. Tak sempat sehhh.. So, my husband suh aku pilih apa citer aku nak tengok. I chosed this....

Yeah...we watched Hellboy 2. Sebelum masuk wayang tu sempat la membuang masa and duit kat tempat game dekat dengan TGV. Mula-mula my husband main game Street Fighter (ye..dia adalah hantu game, tak macam aku), pastu dah boring dia ajak aku main game Mario Cart. Walaupun game tu tak mencabar & hanya seswai utk budak2 tadika, tapi sangatlah refreshing. 2 round jugaklah kitorang belasah main game tu. Haha..lawak gila, sambil racing kete boleh lak belasah orang la, bom orang la...so comel! Also, dia akan tangkap gambar kita dengan costume character yang kita pilih. I chosed mushroom boy, so bayangkanlah..amik gambar dengan topi mushroom kat atas kepala...muahahaha..comey kan?? Ngeh..ngeh..
Pastu, back to Hellboy II : The Golden Army. Citer dia memang fantastic. Paling aku suka bila bini si Hellboy - Liz Shermen mengamuk dengan dia boleh tak dia bom kan si Hellboy tu tapi sebab Hellboy ni sayang kat bini dia sikit pun dia tak kesah. Ye..aku suka part tu sebab boleh jadi bahan kalau aku nak mengamuk dengan husband aku nanti..hihihi...
So far, apa yang aku leh komen pasal citer ni, memang best, fantastic, superb! Rugi kalau tak tengok, oleh itu pegilah ramai-ramai ke cinema yang berdekatan SEGERA!
Enough for update today. Nak concerntrate tengok citer EZORA ni...ye I'm a drama freak.
Next time ok....
Cerita Rozelia Shariff pada 5:56 PM 2 komen
Cerita Tentang: happy time, movie review, Shopping mall
July 04, 2008
+*+*~Happy Friday!!~*+*+


Cerita Rozelia Shariff pada 10:15 PM 2 komen
Cerita Tentang: cerita kami, good food, happy time, my work, Shopping mall
June 30, 2008
+*+*~Am Trying To Make My Self Happy~*+*+
Kan aku dah cerita yg aku frust gile sebab pencil case aku hilang kan? So tadi saje aku klua pegi ke JJ Cheras Selatan, sambil buat survey, sambil cuci mata kalu adalah pencil case yang murah yang boleh gantikan pencil case lama..~ohh..tidakk, walaupun beli pencil case baru, isi pencil case tu tetap HILANG..~.
Tak de pencil case pun yg aku berkenan, tapi terberkenan pulak kat satu handbag kat Orange Sorbet. Memang kaler dia striking ~ orange, hijau, kuning, putih ~ sangat retro, compartment ikut taste aku, dan sangat besar. ~Yes, I need really,really huge hand bag to dump everything inside~. Tapi yang lagi best ada pencil case tersangkut kat beg tu and harga dia sangat murah..RM49.90 sahaja. Tapi aku tak beli lah pulak sebab mind u satu perangai pelik aku ialah aku memang takkan beli terus benda yg aku suka. Kalau aku rasa mcm berkenan, aku blah dulu dr tempat tu, biar terkenang-kenang, baru aku beli. Kalu mcm tu, konpim aku akan lenjan benda tu sampai hancur. Kalau tengok je terus beli, konpim aku pakai kejap je..heh!
Pastu, pegi JJ beli pakaian2 dlm sebab semua dah out sized ~huh..I became fatter & fatter~. So, jap lagi nak sambung kemas bilik and nak dump everything especially pakaian2 dalam yg dah tak boleh pakai tu..~i.e: yg dah loose getahnya, dah koyak and what not~. Aku nak ganti semu baru ~kalau boleh~ sebab aku akan melalui fasa hidup yang baru lepas ni.
Also, beli 1 fiction kat popular entitled ~The Accidental Wife~. Macam best je cerita dia, we'll see. Agak peliklah bila aku beli buku "cerita" sebab aku bukan jenis yg mcm tu. I'm more to informational and educational books. But, I need to improve my English. Lately aku rasa macam English aku getting worse, macam budak tadika. At first, aku ternampak satu buku bertajuk ~The Secret~. Actually ada video pasal The Secret ni, cerita tentang mind power that allow us to do anything even the miracle in the world. TAPI....harga dia mahal sangat ~ RM79.90 each~ which I know valuable for a book, tapi poket aku dah makin nipis, so kenalah batalkan niat suci murni tu. Fiction tu aku beli pun harga dia ~RM35.90~ sahaja.
Then pegi kedai roti kejap, rasa macam lapar je hari ni. Ada 2 buah kedai roti kat JJ Cheras Selatan ~ Bee's & LaBoheme by Jusco~. Tapi 1 jenis roti pun tak memikat selera aku. Finally pegi ke Watson beli Snek Ku perasa ketam & udang + Cadbury Picnic. Pastu terus balik.
Kesimpulan : Waaaa...aku nak beg kat orang sorbet tu!! Kan best kalau ada org belikan...
Aku pegi JJ Cheras Selatan ni sorang2. Pagi tadi husband terpeleot, tetiba je demam, sakan sangat tengok EURO final malam tadi kot. Lepas dah makan ubat, tido & lunch, dia dah rasa ok sikit, terus dia pegi opis. Lagipun, aku rasa lagi best pegi shopping mall sorang2, feel free nak tengok apa saja yg aku nak. Pas ni nak pegi Sunway sorang2 lah, baru puas sikit nak meronda. ~ Hisyyy...kete dah kena tarik pun ada hati nak shopping sakan. Bila la nak insaf ni~.
Esok petang should be aku ada appointment dengan En. Ame Hamzah dari Buluhmas, but tak sure lagi boleh proceed tak sebab husband ada hal malam, takut terkejar-kejar pulak. Most probably aku nak rearrange ke hari Rabu. Hopefully, boleh la deal dengan Buluhmas ni....barula bisnes aku boleh secure sikit. Afterwards nak deal dengan PERNAMA pulak, and aku dah dapat info bukan je boleh masuk ke PERNAMA Terendak, PERNAMA PD pun boleh. We'll see how. Also nak buat quotation for Burgerock juga...and preparation for MAHA. Wah...banyak keje ni, tapi kenapa aku sengal sangat??
Ok...nak mandi and back to work....
Cerita Rozelia Shariff pada 7:27 PM 0 komen
Cerita Tentang: happy time, Shopping mall
+*+*~KECEWA!!~*+*+
+*+*~Segala peristiwa berlaku pada hari Ahad, 29 June 2008, tapi baru diupdate hari ini sebab authornya sangat malas penat :P ~*+*+
Dah penat2 balik dari Melaka, suppose on Sunday aku ada meeting dengan team FnB sebab nak review apa yang dah berlaku sepanjang aku kat Melaka. Tapi biasalah, kalu dah nama meeting Sunday, semua tak boleh bagi komitmen - ada hal family lah, anak sedara kawin lah, itulah, inilah... Sekarang nie belum nampak apa2 hasil memang semua tak mau bagi komitmen ye, takpe...kita tunggu dan lihat saja...
Disebabkan kecewa dengan sikap "mereka", aku pun ajak husband pegi ke Sunway Pyramid. Agak lama jugak aku tak menjenguk ke sana, last dalam bulan Mei yang lepas. Luckily husband agak free so bolehla dia tag along. Tujuan asal nak pegi Sunway sebab nal pegi Mark & Spencer ~ beli lotion dari floral collection dia. So, pegi Sunway aku yang drive sebab husband tak berapa sihat.
Sampai kat Sunway, puaslah aku mencari parking. Sekarang ni parking system kat Sunway dah efficient, masuk je kat parking area, nampak signboard tertulis "Just Watch For The Green Light". Dasyat la, tempat parking complete dengan sensor bagai...ingat lagi first time aku sampai kat sunway dulu, back in 1997, memang buruk gila tempat tu. Macam kat area Kotaraya zaman dulu-dulu pun ada. So, lepas dah puas pusing-pusing, jumpa jugak tempat parking kat level B2, terus masuk building cari Mark & Spencer.
Tapi bukan cerita Mark & Spencer yg aku nak crita kat sini. Visit kali ni, aku berpeluang merasa makanan kat restoran yang aku tak pernah masuk ~ Fig & Olive~. Saje nak try best tak makanan kat sini. Overall boleh tahan, tapi aku sangat KECEWA sebab pencil case aku hilang, so, card holder aku pun turut hilang menyebabkan aku tak boleh transfer gambar!!
Huh...potong selera nak update blog!! Biar aku pegi cari dulu itu pencil case...kalu dah jumpa nanti aku update balik.
Cerita Rozelia Shariff pada 9:18 AM 0 komen
Cerita Tentang: absent mind, good food, Shopping mall